MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

47

32.5K 2.7K 556
By CIK_ZALIKHA

"ADUH, semua dah basah. Macam mana ni?" Keluh Husna. Semua baju yang disidai di ampaian pagi tadi habis dibahasi air hujan. Sudahlah ini sahaja pakaian yang dia ada. Haruskah dia pergi ke rumah Odu dan minta baju yang terpakai? Sesekali Husna cuba menyentuh pakaian yang lain. Ah, tetap sama. Lembab juga. Bahkan baju T shirt Lanun yang turut tersidai di sebelahnya juga terkena nasib yang sama.

Kulit kepala yang mula terasa gatal dan tidak selesa digaru. Dia masih belum mandi, sedang menunggu giliran Lanun habis menggunakan bilik air. Dah berapa minit berlalu, lelaki itu masih belum keluar.

Cuci lantai sekali agaknya. Kenapalah lelaki suka sangat mandi lama-lama? Ayah pun sama juga begitu. Tapi bila keluar, pergh! Bau harum semerbak.

Husna langsung mengatur langkah ke belakang rumah. Menuju ke arah kontena bilik air yang terbina disitu. Pintu masih tertutup, bermakna Lanun masih ada di dalam.

"Nak ketuk atau nak tunggu dia keluar?" Soal Husna, perlahan kepada dirinya sendiri. Kini dia berdiri di hadapan pintu. Sebelah tangan sudah bersedia ingin mengetuk, tetapi hati pula yang teragak-agak.

"Ketuk ajelah." Baru tangan ingin dihayun, pintu itu terlebih dahulu terkuak daripada dalam. Susuk tubuh Lanun menjelma dimuka pintu. Hanya memakai sweatpants kelabu dan singlet berwarna hitam, menampakkan bahagian lengannya yang berotot dan maskulin.

Sangkakan Husna sahaja yang terpanar. Malah Lanun yang sedang mengelap rambutnya juga terkaku. Tuala putih yang dipegang dibiarkan tergantung di leher, sebelum anak matanya merenung ke arah Husna dengan penuh tanda tanya.

"Apa kau buat dekat sini?"

Soalan Lanun mematikan lamunan Husna. Pantas kepala digeleng. Pandangan redup itu bertamu diwajah membuatkan Husna sedikit tidak keruan.

Haahlah, Kenapa aku ada dekat sini ya? Lupa pula. Gerutu Husna di dalam hati. kepala digaru.

"Err... oh! Baju saya." Husna baru teringat. Jari laju menunding ke arah ampaian di sebelah rumah. Mata Lanun turut bergerak sekilas ke arah yang ditunjuk. Kemudian, kembali memandang Husna yang sedang tersengih pula.

"Baju saya semua basah. Kalau awak tanya Odu ada baju lebihan boleh tak? Saya... malu nak minta sendiri."

"Baju sahaja?" Sebelah kening Lanun terjongket. Sesekali bahagian hujung tuala dilap pada dahinya.

Husna angguk kepala. Ya, baju sahaja. Yang lain masih ada.

"Kalau macam tu... tak perlu pinjam baju Odu."

Husna tercengang.

"Huh?" Muka habis berkerut ditayang. Kalau tak pinjam, dia mahu pakai apa? Takkanlah hendak pakai singlet hitam sama seperti Lanun. Jangan harap! Boleh buntang mata lelaki ini melihatnya nanti.

Silap-silap kena serangan jantung!

"Ma... mana boleh..."

"Ikut aku." Arah Lanun, sebelum kakinya melangkah keluar daripada bilik air. Tanpa pedulikan Husna yang baru hendak membuka mulut, dia terus menuju masuk ke dalam rumah menggunakan pintu belakang yang dibiarkan ternganga. Tatkala Husna pula hanya mengekor serupa anak ayam. Sambil-sambil itu otak ligat memikirkan ke mana lelaki itu ingin membawa dia.

Apa aje yang ada dalam rumah tu? Mana ada pakaian yang lain, melainkan cuma pakaian milik Lanun. Ah, Jangan cakap yang Lanun hendak memberi baju T shirtnya yang terpakai. Sudah tentu-tentu baju itu pernah berada ditubuh tegapnya itu. Kemudian, hendak diberi pula kepada dia? Aduh, tak boleh nak bayang. Muka Husna sudah meruap merah.

Lanun menghentikan langkah sebaik saja tiba di hadapan almari. Husna yang tak sempat menghentikan langkahnya secara tidak sengaja terlanggar belakang tubuh lelaki itu.

"Apa yang kau fikir sampai muka merah macam itu?" Soal Lanun setelah berpaling ke belakang.

Husna tersengih. Kepala digeleng sambil sebelah tangan menggosok dahi.

"Tak ada fikir apa-apa. Cuma... kenapa kita ada dekat depan almari sekarang? Kalau awak nak beri baju awak, saya rasa... saya lebih sanggup pergi ke rumah Odu atau Orkid. Bukannya apa, saya tak pernah pinjam baju lelaki. Bukan sebab saya jijik dengan awak atau seangkatan dengannya. Tapi... tak selesa." Omel Husna sambil menundukkan kepala. Takut pula penolakannya akan mengguris hati Lanun. Dia tidak mahu lelaki itu fikir yang dia tolak kerana jijik dengan tubuhnya, tapi atas sebab yang lain.

Kemudian, dia dengar Lanun ketawa. Terus kepala Husna melangut memandangnya dengan kening berkerut.

Dia ada buat lawakkah tadi?

"Kau ingat aku nak bagi baju aku ke?"

Kening Husna berkerut. Namun kepala tetap saja diangguk. "Yalah. Habis baju siapa lagi yang ada dalam tu, selain baju awak?"

"Aku takkan sesenang itu kongsi baju aku dengan orang. Apatah lagi kepada seorang perempuan. Aku tahu takkan ada perempuan pun yang selesa pakai baju bekas lelaki. Jadi, jangan risau. Aku takkan bagi kau baju aku. Lainlah kalau..." Mata hazel Lanun naik merenung mata bulat Husna.

Bibirnya tersenyum sedikit.

"Kau isteri aku."

Tak berkelip mata Husna saat ini. Mengapa dia rasa berbunga-bunga apabila mendengar kata-kata Lanun? Isteri? Bila agaknya dia akan dapat gelaran itu?

Melihat muka Husna yang berbahang malu, bibir Lanun menyenget kecil. Dia kembali memusing menghadap almari. Pintu dibuka, kedua-duanya sekali. Ada satu kotak bersaiz sederhana yang berada di tepi lipatan kemas baju-bajunya. Lantas, kotak itu dibawa keluar.

"Aku tak pernah benarkan sesiapa pakai baju ni." Kata Lanun, sambil berpaling menghadap Husna semula. Mata mereka bertembung seketika ini. Ada senyuman nipis terbit dibibir saat kepalanya menunduk memandang kotak yang dipegang.

"Jadi... tolong pakai dan jaga pakaian ni baik-baik. Sebab ia masih bermakna buat aku." Sambung Lanun lagi. Kemudian, barulah kotak itu diserahkan kepada Husna.

Teragak-agak tangan Husna mahu mengambilnya. Dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya siapa pemilik pakaian ini sehingga bermakna buat Lanun. Lantas, kotak dibuka. Kening sedikit terangkat. Baju kurung kedah? Banyak juga. Kenapa ada baju kurung dalam rumah ni? Husna menarik satu keluar, baju kurung berwarna merah jambu dengan corak bunga-bunga kecil.

Dia tertarik dengan yang ini. Nampak klasik dan cantik. Tentu yang pernah memakainya juga seorang yang anggun, saiz baju ini pun nampak muat-muat sahaja dengan dia. Milik siapa agaknya?

"Baju ni..." Husna mengangkat wajah memandang Lanun. Sengaja dia biarkan ayat tergantung untuk menanti sambungan daripada lelaki itu.

"Arwah mama aku punya."

Husna terdiam.

Ap... apa?

Alamak. Tak mengapakah dia pakai baju arwah emak Lanun? Timbul rasa bersalah pula mahu memakai. Terus Husna simpan semula baju kurung kedah itu ke dalam kotak. Siap ditutup rapat-rapat lagi sebelum ditolak kepada Lanun semula.

Lanun tayang riak pelik. Mengapa Husna serahkan semula? Dia... tak sudi hendak pakaikah?

"Kenapa?"

"Saya tak nak pakai baju ni. Saya... tak nak buat awak teringatkan dia bila saya pakai nanti. Saya tahulah, sebab saya pernah rasa perasaan macam itu. Pedih bila kita teringatkan kenangan lama. Kalau boleh... nak hapuskan terus. Jadi, ambillah balik. Saya rela tebalkan muka pergi minta pakaian daripada Odu." Terus kotak itu diserahkan kepada Lanun. Cepat-cepat Lanun menangkapnya daripada terjatuh ke bawah.

Tatkala melihat Husna ingin pergi, lekas Lanun menaruhkan kotak itu ke bawah. Kaki pantas mengejar langkah wanita itu daripada belakang.

"Husna, tunggu dulu!"

PAP!

Pantas tangannya menolak pintu yang sudah ditarik separuh itu tertutup semula.

Husna tersentak, lantas memusing ke belakang. Air liur langsung ditelan. Kesat. Gugup pula apabila jarak mereka agak rapat. Manakala sebelah tangan Lanun masih tertekap kemas disisi kanan wajahnya. Seolah-olah mengunci dirinya daripada pergi.

Hendak pula suasana di dalam rumah ini agak suram apabila pintu dan tingkap dibiarkan tertutup. Lagilah Husna rasa tak keruan. Tatkala anak mata tak sengaja turun ke tubuh yang cuma mengena singlet hitam itu, buatkan jantungnya makin berdegup laju. Walaupun dia masih muda, tapi rasa macam nak kena serangan jantung!

Cepat-cepat Husna melarikan anak mata ke lain. Seluruh darahnya rasa berderau.

"Saya rasa... elok kalau buka sedikit pintu. Nanti orang kampung fikir yang bukan-bukan." Omel Husna, masih tidak berani bertentangan mata dengan lelaki itu.

Lanun yang baru menyedari suasana sekitar mereka agak gelap, langsung buka pintu itu semula. Dia menyengih dengan muka kekok. Belakang kepala digosok perlahan.

"Siou (maaf)."

Kepala Husna terus terdongak. Agak terkesima. Langsung jari terlunjuk naik menunding ke muka sendiri.

"Awak cakap saya sial?" Soal Husna, mata kembali menikam dengan tajam.

"Eh, tak!" Pantas Lanun menafikkannya. Siap geleng laju lagi. Gelabah dia hendak membetulkan tanggapan Husna.

"Maksud aku, maaf. Siou maksudnya maaf dalam bahasa dusun. Bukannya sial."

"Oh..." Husna termalu sendiri. Manalah dia tahu. Ingatkan Lanun marah apabila dia suruh buka pintu semula. Selalunya, Lelaki itu akan menggunakan bahasa dusun untuk menyakatnya. Mentang-mentanglah dia tidak faham. Buat masa sekarang, dia cuma belajar tiga perkataan sahaja iaitu Koupusan (sayang), hino ko po (selamat tinggal) dan pounsikou (terima kasih). Dan kini, tambah perkataan baru. Iaitu siou.

Tidak lama lagi,mungkin dia boleh faham loghat dusun tanpa kamus. Ada manfaat juga kena paksa duduk di kampung ini.

"Pasal baju kurung tu..." Lanun kembali bersuara, mengalihkan perhatian Husna memandangnya.

"Aku tak kesah. Lagipun, tak elok kalau dibiarkan baju tu tersimpan tanpa terusik. Lama-lama akan rosak juga. Jadi lebih baik aku beri kau pakai. Tak adalah membazir. Dan tentang kenangan aku dan arwah, kau tak perlu risau. Kadang, kita perlu selam kepahitan itu untuk cari dimana kemanisan dia juga. Dan bila difikirkan balik, kenangan bukan terletak pada suatu benda. Tapi disini..." Dia menunjuk pada dadanya, jelas menunjuk ke arah hati.

"Kenangan sentiasa ada disini. Dan baju-baju tu pula, cuma barang yang pernah dipakai sahaja. Jadi tiada kena mengena jika kau pakai akan buat aku rasa sedih. Malah, aku akan lebih suka. Jadi, ambillah." Ujar Lanun. Memujuk Husna mengambil pemberiannya semula.

Sedangkan Husna masih lagi diam. Mata hazel Lanun ditenung lama. Kenapa ya? Setiap kali lelaki ini berbicara dan memberikan kata-kata serupa nasihat, pasti fikirannya akan teringatkan Mr Blue.

Ya. Mr Blue juga, pernah memberi kata-kata seperti itu. Malah hati ini juga turut merasakan perasaan yang sama. Perasaan yang seolah-olah dia sudah lama mengenali lelaki yang berdiri dihadapannya sekarang.

Cuma dia tak pasti, sama ada benar atau tidak firasat yang dirasakan saat ini? Atau sekadar mainan perasaan.

"Betul ni awak tak kesah?" Soal Husna, sekadar mahu memastikan. Jangan nanti si Lanun ini menyesal dikemudian hari pula, memang dia akan siku mulut lelaki itu!

Lanun angguk kepala. Yakin. "Ya, pakailah. Kalau kau minta baju Odu, nanti Odu nak pakai apa?"

Ya tak iya jugakan. Kenapalah dia tak terfikir soal itu? Husna menyengih. Nyatanya dia harus ambil juga pakaian di dalam kotak itu.

"Terima kasih." Seraya Husna kembali ke arah kotak yang diletakkan di atas lantai itu. Baju kurung berwarna merah jambu tadi dibawa keluar semula. Dibelek terlebih dahulu, takut ada mana-mana bahagian yang sudah pun terkoyak. Nampaknya masih elok.

Bibir Husna menguntum senguman. Sejujurnya, dia bukanlah peminat warna Pink, tapi entah mengapa yang ini sangat menarik dihatinya.

"Saya nak yang ini." Ucap Husna, lantas baju kurung yang menjadi pilihan hati itu ditayang ke arah Lanun.

Lelaki itu turut tersenyum dengan pilihannya. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"Itu... baju arwah mama yang paling dia suka." Sengaja Lanun beritahu tentang itu. Tak sangka, citarasa Husna sama dengan arwah Puan Thalia. Wanita itu juga nampak tergamam.

"Oh, kalau macam itu..."

"Pakai aje. Kan aku dah cakap tadi, aku tak kesah. Lagipun... baju itu nampak sesuai dengan kau."

"Ya ke?" Husna tunduk memandang baju kurung yang dipegang. Sesekali dibawa ke tubuh, konon-konon sedang membayangi dirinya apabila sudah mengenakan pakaian ini nanti. Tak lekang senyuman dibibir Husna tika ini. Dia pun rasa warna ini sangat kena dengan kulitnya.

Tanpa dia sedar, Lanun hanya ralit memandang daripada tadi. Laman wajah Husna yang sedang tersenyum gembira itu ditatap lama. Matanya langsung tak fokus pada baju yang ditayang oleh Husna, namun lebih tertarik menatap senyuman yang beraja dibibir mungil wanita itu. Ia lebih cantik dan mempersonakan.

"Betul cakap awak, baju ni memang sesuai dengan saya. Nampak cantik." Komen Husna setelah mencuba beberapa gaya tadi.

Lanun angguk perlahan.

"Ya, memang cantik." Ucap Lanun. Tepat merenung ke anak mata Husna. Buatkan Husna terdiam sesaat apabila bertentangan mata dengannya.

Husna tunduk kepala ke bawah. Pujian Lanun buatkan hatinya rasa berbunga. Dalam hati sudah bermain kompang. Dia cuba untuk menyembunyikan senyuman, setelah mampu mengawal riak wajahnya agar terus berlagak tenang barulah Husna angkat wajah semula.

"Saya rasa... nak pergi mandi." Pamit Husna. Kotak tadi disimpan semula ke dalam almari. Cuma baju kurung sahaja yang dibawa bersama. Tak lupa, tuala juga dicapai. Setelah memastikan semuanya telah berada ditangan, Husna mula menapak ke arah pintu belakang.

Namun, tak sampai beberapa langkah. Dia pegun di tengah jalan. Husna langsung berpaling ke belakang. Memandang Lanun yang masih tercegat di tempat sama sambil mengelap rambutnya yang masih lembab.

"Lanun..." panggil Husna, mengalihkan perhatian lelaki itu kepadanya.

Lanun tayang muka tanda tanya. Dia berhenti seketika mengelap rambut. Dibiarkan serabai akan tetapi tetap sahaja menarik.

"Ya?" Lanun masih menanti. Kedua-dua belah tangannya elok tergantung pada tuala yang berada di lehernya.

Husna telan air liur. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum...

"Badan awak... nampak seksi bila pakai macam itu!" Terus Husna pecut keluar menggunakan pintu belakang. Tak pedulikan lagi reaksi yang terpapar diriak wajah lelaki itu. Malu. Sungguh malu!

Entah celah mana keberanian itu muncul saat dia mengatakannya. Harap-harap masuk keluar kanan, keluar telinga kiri. Atau, abaikan sahaja. Ya. Itu lebih baik! Harap-harap Lanun abaikan sahaja ayat merepek yang baru diucapkan tadi. Dia pun tidak tahu apa yang merasuk kotak fikiran beberapa saat yang lalu.

Sedangkan Lanun masih lagi terkesima. Mata langsung tak berkelip. Dia kematian kata.

Seksi?

Lanun menunduk memandang tubuh sendiri. Dan tiba-tiba dia tersenyum sumbing.

"I think so." Bibirnya mencebik. Bahu dijongket. Dia rasa macam dah lama tidak ke gym, mungkin kerana selalu tolong para nelayan disini angkat bakul hasil laut dan buah kelapa yang buatkan tubuhkan kekal begini. Lepas ni, makin rajin dia tolong angkat bakul orang.












"KATILKU!" Buka sahaja pintu bilik, benda pertama yang diterpa adalah katil. Terus Mia melompat lalu merebahkan dirinya ke situ. Ya Tuhan, sedapnya dapat baring di atas katil empuk ini setelah berejam di atas kapal terbang. Ceh! Terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur sahaja, bukannya dari Dubai sampai penat begini.

Ah, tak kesahlah. Janji dia dapat baring dengan selesa. Baru nak lelapkan mata tiba-tiba...

"Ha, dah tahu baru balik tu jangan lupa mandi pula!" Jerit Puan Hamisah, ibu kepada Mia jelas daripada tingkat bawah. Terus kelopak mata terbuka luas semula.

Alahai, mak ni... tak bagi peluang langsung dia mahu tidur sekejap.

"Yalah! Nanti Mia mandi!" Sahut Mia. Entah dengar atau tidak. Kalau dah senyap tu, dengarlah kut? Haih, malas betul dia nak mandi. Tetapi kalau tak mandi, nanti kena kejar dengan penyangkut baju besi si Mak pula!

Dengan rasa malas, Mia paksa diri bangkit semula. Beg bagasi yang berada di sisi katil ditarik mendekat. Baru Zip hendak dibuka, tiba-tiba bunyi notifikasi daripada telefon naik mengalihkan perhatian Mia.

Lantas tangan Mia beralih arah kepada beg tangan miliknya. Mengeluarkan telefon canggih yang tadinya berdering sekejap.

"Nombor siapa pula ni?" Kening berkerut melihat nombor telefon tak dikenali terpapar diskrin utama. Tanpa menunggu lama, terus ditekan. Automatik muncul satu mesej yang dihantar oleh nombor tak dikenali itu.

"Hey, Mia. This is me, Nathan. Have you arrived at home safely?"

Terus tangan Mia naik menekup mulut. Matanya membulat. Sumpah terkejut! Macam mana...

"Maaf kalau buat awak terkejut dengan nombor ni. Saya terlupa nak minta pada awak sendiri masa atas flight tadi, jadi saya minta pada Tan Sri Raqib."

Muncul lagi satu mesej. Macam tahu-tahu sahaja apa yang Mia sedang fikirkan tadi. Oh, minta pada Tan Sri Raqib rupanya. Kepala terangguk-angguk. Tidak mahu membiarkan Nathan menunggu balasan dengan lama, langsung Mia menaip.

"Saya dah sampai rumah. Encik Nathan pula? Dah sampai ke?"

Mia gigit kuku ibu jari. Berdebar pula menunggu balasan mesej daripada crush sendiri. Suhu bilik yang dingin ini pun masih buatkan dahinya berpeluh-peluh.

"Yeah, dah sampai. By the way... esok masa lunch, awak akan keluar makan dengan group staff ke?"

Aduh! Makin berdebar hati ini. Otak sudah laju memikirkan hal yang itu. Tapi, tak mungkinkah. Takkan bos seperti Encik Nathan mahu mengajak dia keluar makan bersama-sama?

Kalau betul...

Argh! Hatinya menjerit. Terlebih teruja. Langsung mesej daripada Nathan dibalas.

"Sebenarnya saya tak berapa rapat dengan staff yang lain. Selalunya waktu Lunch, saya akan keluar makan dengan Husna. Tapi dia tak ada. Bermakna, saya makan seorang."

Mia menunggu. Dan apabila skrin tiba-tiba terpadam, cepat-cepat Mia buka semula. Dia tak mahu terlepas pandang. Tahu-tahu saja, satu mesej lagi telah masuk.

"That's great! Saya pun tak biasa dengan staff di sana lagi. Jadi apa kata kita pergi ke gerai cendol yang sebelum ni? Tiba-tiba rindu pula."

Mia mengulum senyuman. Rindu cendol ke rindu dia? Aish, tak boleh perasan sangat nanti kecewa!

"Boleh saja, Encik Nathan. Saya pun memang ada cadangan nak pergi ke sana esok."

Ceh! Sejak bila pula dia buat plan nak ke gerai cendol itu? Ada-ada saja. Tika ini bibirnya tak berhenti daripada tersengih serupa kerang busuk. Beginikah rasa cinta pada kali pertama?

Tiba-tiba fikirannya teringatkan Husna pula. Jika dibandar hubungan dia dan Encik Nathan makin rapat, bagaimana pula dengan Husna dan Tuan Andikha Rafael di pulau? Lihat dari segi perwatakan, Tuan Andikha itu nampak baik dan rendah diri orangnya. Pasti dia layan Husna baik-baik saja di sana.

Entah-entah Husna terlebih bahagia berada di pulau itu?

Ting!

Mesej masuk. Terus Mia melarikan anak mata ke skrin.

"Jumpa esok. Rest well."

Mia mengemam bibir. Kira jadilah ni? Rasa macam tak percaya pula, atau dia sedang bermimpi? Sesekali lengan kuning langsat itu dicubit.

"Aw!" Mia mengaduh sakit. Bermakna bukan mimpi. Lelaki itu...

Benar-benar mengajak dia keluar keluar makan bersama hari esok!

"Arghhh!!!" Mia menjerit kegembiraan. Terus dia bangkit daripada katil, melompat-lompat serupa baru menang loteri. Telefon dilekap ke dada. Merasakan debaran yang masih tak berhenti sejak tadi.

Kalau Husna ada, dia akan kongsikan detik ini bersamanya. Pasti wanita itu juga mahu menumpang kegembiraan bersama.

"Dah kenapa terjerit-jerit dekat atas tu?!" Suara Puan Hamisah menyampuk sekali lagi. Terus Mia menekup mulut. Berhenti daripada menjerit. Alamak, kuat sangatkah suara dia tadi?

"Ma... maaf! Ada lipas terbang tadi!" Bohong Mia. Yalah tu lipas terbang! Padahal, Encik Nathan yang terbang ke hatinya. Itu yang menjerit serupa orang gila.

"Nak mak bawa racun serangga ke?!" Jerit Puan Hamisah lagi daripada tingkat bawah.

Pantas Mia geleng kepala.

"Tak payah, Mia dah lempang dia tadi! Lipas tu dah mati!"

Continue Reading

You'll Also Like

18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...