KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 39.4K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

36 | AM

13.3K 530 57
By imzafira_

Setelah Alyssa selesai mandi, dia bergerak ke meja solek untuk merapikan rambutnya. Aryan datang memeluk Alyssa dari belakang.

"Sweetheart, tidur dulu boleh? Hubby nak keluar kejap. Ada hal" kata Aryan lalu mencium leher Alyssa sekali. Alyssa membalikkan tubuhnya.

"Hubby nak pergi mana? Lambat ke hubby balik?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Tak ada lah lama sangat tapi tempat tu jauh. Hubby tak nak sweetheart tunggu sebab dah malam sangat nanti sweetheart mengantuk."

"Kalau macam tu jangan keluar." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan tersenyum lalu tangan naik ingin memegang kepala Alyssa tetapi cepat-cepat Alyssa menunduk sambil menutup mata rapat. Tersentak Aryan.

Mungkin Alyssa ingat Aryan nak tampar pipinya. Aryan mencapai tangan Alyssa.

"Sweetheart tidur dulu. Tangan tu sakit lagi kan?" soal Aryan. Tangan kiri Alyssa diusap lembut. Berkerut kening Alyssa menahan rasa sakit di pergelangan tangannya. Kalau pegang sikit pun dah sakit memang teruk lah kan.

Aryan membuka laci meja solek itu lalu mencapai first aid kit. Ubat sapu dikeluarkan. Aryan duduk di kerusi meja solek itu lalu menarik lembut pinggang Alyssa duduk di atas ribanya.

Ubat disapu perlahan. Hatinya sakit melihat tangan Alyssa yang merah padam dan ada sikit tanda biru hijau itu. Dia meniup kesan luka itu lalu dicium sekali.

"Do you feel better now, sweetheart?" soal Aryan lembut. Alyssa mengangguk laju. Aryan tersenyum. Ubat disimpan semula.

Dia mendukung tubuh Alyssa ke atas katil. Comforter ditarik menutupi tubuh wanita itu. Ciuman dilabuhkan di dahi, pipi dan bibir Alyssa.

"Sleep tight, sweetheart. I promise I will come back as soon as possible" pesan Aryan lembut.

Alyssa memejamkan matanya rapat. Aryan mengusap kepala Alyssa. Dia menunggu beberapa minit untuk Alyssa betul-betul tidur nyenyak sebelum dia keluar.

Aryan tiba di markas mereka. Semua sudah lama menunggu Aryan. Dengan selamba Aryan melabuhkan punggung di sofa.

"April ada dekat hospital. ICU. Haniff dengan Fathi akan pantau dia" kata Afiq. Aryan memejam matanya sambil kepala disandarkan di belakang sofa. Langsung tidak berminat dengan kata-kata Afiq.

"Kau bernasib baik dia masih hidup. Kalau dia mati kita semua pun mati sekali kau faham tak?" Tegas Afiq berkata. Aryan tersenyum sinis.

Afiq mengeleng tidak percaya melihat abangnya yang langsung tidak peduli dengan apa yang telah dia lakukan.

"Aku dah dapat maklumat tentang Rico." Mendengar saja Fathi berkata begitu terus Aryan mencelik mata. Badan dibawa ke depan untuk mengambil file daripada Fathi.

"Dia ada dekat Malaysia sekarang. Dia dah berkahwin dengan seorang perempuan melayu. Juliana Aqilla." Terkejut Aryan apabila melihat gambar isteri Rico. Betina tak guna tu! Sungguh Aryan tidak sedar akan kehadiran Rico di situ. Kalau dia tahu dah mati Rico ditangannya.

"Hari ni dia ada attend satu event reunion dengan isteri dia dan aku pasti kau ada dekat event tu juga kan, Aryan?" soal Fathi. Majlis itu untuk semua bekas pelajar uni satu Malaysia jadi mesti isteri Aryan turut serta.

Aryan hanya diam sambil membelek file-file itu.

"Aku rasa Rico dah bukan macam dulu. Dia dah makin licik sekarang. Sampaikan hacker terhebat kita pun tak dapat nak kesan dia dalam masa singkat" kata Haniff seperti menyindir Fathi. Berkerut dahi Fathi.

"Kerja nak mengata aku je. At least aku function bukan macam dia. Tak function langsung." Bisik hati Fathi.

"Mana dia sekarang?" soal Aryan dingin.

"Kau tengok muka surat akhir baris nombor dua. Last aku check dia ada dengan isteri dia dalam rumah diorang" yakin Fathi. Lama Aryan memandang muka surat itu.

"Bak phone kau jap Ryan" kata Fathi sambil menghulurkan tangan kepada Aryan.

"Kenapa pula minta phone aku?" soal Aryan dengan dahi berkerut.

"Bak lah phone kau kejap. Aku nak download tracker dalam phone kau so kau boleh jejak Rico bila-bila masa." Aryan menunduk, berfikir sesuatu.

"Kau send je lah link tu nanti aku download sendiri."

"Apa yang susah sangat kau nak bagi phone kau? Sebelum ni elok je. Bapak kedekut siot!" Keras Fathi berkata. Naik berang dia dengan sisi kedekut Aryan sejak berkahwin ini. Sebelum ni dia minta pinjam kereta pun Aryan dah tak bagi. Alasan nak bawa isteri jalan-jalan. Macam dia sorang je ada bini.

"Kepala bapak kau! Suka hati aku lah phone aku!" Marah Aryan pula.

Haniff dan Afiq sudah mengeleng kepala dengan perangai budak-budak mereka berdua yang masih tidak berubah. Tengah serius bincang pun boleh pula bergaduh tiba-tiba.

"Kepala bapak kau lah! Kedekut haji bakhil!" Marah Fathi pula. Aryan sudah bangun ingin bertumbuk dengan Fathi. Fathi pula sudah bersedia ingin lari daripada Aryan tetapi terhalang apabila penggera Fathi berbunyi.

Tit!

Tit!

Tit!

Fathi berlari ke arah komputernya. Terkejut mereka semua melihat Fathi.

"Rico dah keluar dari rumah dia" kata Fathi. Mereka bergerak mendekati Fathi.

Fathi mencari tempat yang Rico sedang tuju. Pelik apabila Fathi melihat jejak Rico bergerak ke tempat di atas pergunungan dan hanya ada satu rumah di situ. Membulat mata Fathi.

"Ryan, dia pergi rumah kau" kata Fathi lalu berpusing memandang Aryan di belakang.

"Fuck!" Aryan terus berlari keluar dari markas.

Kereta dipandu laju menuju rumahnya. Afiq dan Haniff mengikuti Aryan dari belakang untuk memberi bantuan. Fathi tetap berada di markas untuk tidak terlepas jejak Rico.

Aryan menghubungi Alyssa tetapi tidak dijawab. Berkali-kali dia cuba menghubungi Alyssa tetapi tidak dijawab. Aryan memukul stereng melepaskan amarahnya. Pedal minyak ditekan kuat. Laju bugatti divo Aryan meluncur di atas jalan. Waktu sudah sangat malam jadi tiada kereta di atas jalan. Ada pun dua tiga kereta atas jalan.

Pintu bilik dibuka dengan sekali tekaan password pada tombol pintu itu. Lelaki berbaju serba hitam dan topi berwarna hitam menutupi kepalanya. Pelitup muka berwarna hitam dipakai menutupi separuh wajahnya. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam bilik itu dengan kasut boot nya. Senyuman sinisnya terbit apabila ternampak tubuh Alyssa yang sedang berbaring nyenyak di atas katil walaupun dia memakai pelitup muka tetapi masih dapat dilihat. Kaki bergerak semakin mendekati katil itu. Dia bercangkung betul-betul depan wajah Alyssa.

Kepala terteleng ke kiri dan kanan memandang wajah ayu lagi cantik milik Alyssa Maisara.

"God damn... He really owns an angel. I lose to him far away. But we are still friends. He doesn't care if I wanna share with him, isn't it?" Sinisnya.

Telefon pintarnya dikeluarkan sebelum dia berselfie dengan Alyssa. Siap buat pose peace lagi. Gambar itu ditatap lama sambil diusap pipi Alyssa dari skrin telefon. Dia kembali mendongak memandang Alyssa. Tangan bergerak naik ingin menyentuh ubun-ubun Alyssa tetapi dia terdengar bunyi kereta yang sangat kuat memasuki rumah itu.

Terhenti pergerakkannya. Gigi diketap rapat kerana dia tahu siapa yang sudah mengganggu kemesraannya bersama Alyssa. Sempat dia memandang wajah Alyssa buat kali terakhir sebelum pergi dari situ melalui koridor di dalam bilik itu.

Aryan berlari masuk ke dalam rumah. Pantas kaki berlari naik ke tingkat atas menuju bilik mereka. Lampu dibuka sebelum dia berlari ke arah Alyssa. Terlihat Alyssa sedang nyenyak tidur di atas katil.

Pandangan Aryan teralih ke arah sliding door bilik mereka yang terbuka. Aryan berlari ke luar koridor. Tiada sesiapa di situ. Dia terlambat tetapi nasib baik tiada apa yang berlaku kepada Alyssa. Dia mengucap syukur sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik semula dan pintu sliding door ditutup.

"Aryan!"

"Abang!" Jerit Afiq dan Haniff yang baru masuk ke dalam bilik. Terkejut Aryan lalu dia berlari ke depan pintu menghalang mereka daripada mendekati Alyssa. Alyssa terjaga apabila mendengar jeritan mereka.

"Mana Rico?" soal Haniff sambil menjenguk-jenguk ke belakang. Aryan sedaya upaya menghalang mereka tetapi mereka tetap menjenguk ke belakang.

"Dia dah pergi" kata Aryan.

"Little princess ok tak?" soal Afiq. Aryan menolak kedua tubuh sasa itu keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup rapat.

"Engkau jangan nak panggil isteri aku dengan panggilan tu lagi. Pecah muka kau karang!" Tegas Aryan berkata. Afiq dan Haniff memandang sesama sendiri. Apa kena mengena pula ni? Sekarang tengah bincang tentang Alyssa kan?

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam. Aryan menarik semula tombol pintu itu untuk ditutup rapat. Tersentak Alyssa. Dia mengetuk-ngetuk pintu itu dari dalam. Telinga diletakkan pada pintu bilik itu mendengar suara di luar. Dengar seperti suara Aryan. Dengan siapa pula Aryan bercakap malam-malam buta ini?

"Blah lah! Rico tak ada dekat sini" halau Aryan. Mereka berdua menjeling mata malas sebelum pergi dari rumah Aryan. Tadi dia yang panik lebih sekarang nak halau orang pula. Cakaplah elok-elok.

Setelah memastikan mereka betul-betul pergi Aryan masuk ke dalam bilik semula. Pintu dibuka lalu Alyssa ingin berlari keluar. Aryan lebih pantas merentap pinggang Alyssa sebelum sempat dia berlari keluar.

"Hey, sweetheart where are you going?" soal Aryan. Dagu Alyssa ditarik lembut mendongak memandang ke atas.

"Why are you crying?" soal Aryan lalu menyelitkan rambut Alyssa ke belakang. Wajah Alyssa sedaya upaya dipandang tetapi wanita itu menunduk jadi dia terus menarik wanita itu ke dalam pelukannya.

"Shhh.. Don't cry, it's me sweetheart. I'm your husband, Aryan. Dah, dah jangan nangis." Hujung kepala Alysaa dicium. Belakang Alyssa diusap berkali-kali.

Panggilan telefon yang sedang berbunyi dihiraukan. Panggilan itu pasti dari pasukannya. Esok-esok pun boleh jawab. Isteri lagi penting.

Alyssa masih tidak henti menangis jadi Aryan terus mendukung tubuh Alyssa gaya anak bayi ke atas katil. Tubuh Alyssa diletak di atas katil dengan berhati-hati. Dengan posisi Aryan yang sedang menindih Alyssa dia mengesat air mata Alyssa lemah lembut. Tangan Alyssa masih melingkar dileher Aryan.

"Shhh..." Aryan meletakkan jari telunjuk di atas bibir Alyssa membuat Alyssa terdiam.

"Tidur dulu aku nak pergi mandi" kata Aryan lalu Alyssa mengeleng laju. Dia menarik Aryan dekat dengan wajahnya. Aryan tersenyum nipis. Dia menyelak rambut Alyssa ke belakang telinga.

Tubuh direbahkan ditepi sebelum menarik tubuh Alyssa ke dalam pelukannya. Erat Alyssa memeluk leher Aryan dengan sebelah kaki memeluk kaki Aryan dari bawah. Tersenyum Aryan dengan tingkah comelnya. Geramnya dengan budak kecil ni.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Rico sedang bersiap dengan luggagenya yang sudah terisi pakaiannya. Manakala Juliana masih sedang tidur di atas katil.

"Where are you going?" soal Juliana sebaik dia mencelik mata. Tubuh sasa Rico dipandang lama.

"I'm going back to Italy" kata Rico senafas. Dia langsung tidak memandang Juliana. Minyak wangi Tom Ford Oud Wood disembur dilehernya.

"How long? Wait, let me get ready. You should wake me earlier" kata Juliana lalu berura-ura ingin bangun dari katil itu. Rico tersenyum sinis lalu berpusing memandang Juliana. Tangan mencekak pinggang.

"Who says you're coming with me?" soal Rico dengan sinis. Berkerut dahi Juliana.

"I'm coming because I'm your wife, Rico. Did you forget about that?" soal Juliana pula.

"Oh, yes! You are my wife. So you have to follow me everywhere I go. Am I right, baby girl?" Sinis Rico lagi. Laju Juliana mengangguk.

Tiba-tiba Rico ketawa lepas sambil menepuk tangan kuat. Juliana mengerut kening melihat suaminya yang sudah seperti orang gila.

Rico mengambil satu sampul di atas meja solek itu lalu dia berjalan mendekati Juliana. Sampul itu dihulurkan kepada Juliana. Juliana memandang Rico dan sampul itu silih ganti.

Kerana terlalu lama Rico mengeluh lalu mencapai tangan kanan Juliana untuk mengambil sampul itu.

"This is our divorce letter. I already sign it" kata Rico selamba.

"What?!" Suara Juliana naik seoktaf. Sampul itu dibuka dengan pantas lalu dibaca.

Rico mencapai beg bajunya ingin pergi dari situ.

"Rico! Wait!" Juliana mengejar langkah Rico sehingga ke depan pintu lalu menghalang laluan Rico.

"What is this suppose to mean? Why are we divorcing? It's only a day of our marriage. You already sleep with me and now you're leaving? You can't do this to me" kata Juliana kegeraman. Dahi berkerut sejuta memandang lelaki yang hati kering dihadapannya. Sesenang je nak ceraikan Juliana selepas dah bermalam dengan Juliana.

"Hey, hey, hey. We never done anything, baby girl. I even slept on the couch last night. So like it or not we are done. You make your own way and I make mine. Clear enough?" Sebelum Rico melangkah pergi sempat dia titipkan satu pesanan.

"By the way you are not even my type. You are too rude. Your attitude is the worst. Rude people doesn't deserve to be happy." Rico sangat terkilan dengan sikap biadap Juliana terhadap Alyssa di majlis semalam. Nasib baik Aryan datang sebelum Rico sempat pergi menyelamatkan Alyssa. Entah gosip apa pula akan timbul nanti.

"But you can be my puppet, baby girl. Puppet that can get me money with your body." Sinis Rico lalu mengenyitkan matanya. Tubuh Juliana dia tolak ke tepi dengan lembut sebelum keluar dari rumah itu.

"I told you to take care of my house! Take care of my wife!" kata Aryan sambil menumbuk muka Mr.Teddy.

Tumbukan demi tumbukan mendarat di muka Mr.Teddy. Seperti punching bag Aryan menumbuk, menendang perut Mr.Teddy sehingga terjatuh ke tanah. Mr.Teddy tidak melawan. Dia berdiri tegak semula. Dia membiarkan saja Aryan memukulnya. Memang salah dia kerana kelalaian dia semalam Rico dapat pecah masuk ke dalam villa. Nasib baik saja tiada apa yang berlaku kepada Alyssa atau Mr.Teddy dah lepak underground.

Satu tendangan berpusing melayang diwajah Mr.Teddy. Jatuh tersungkur Mr.Teddy ke atas tanah dengan mulut berlumuran darah. Kemarahan Aryan tidak dapat dikawal. Dia tidak dapat memaafkan dirinya kalau apa-apa terjadi kepada Alyssa.

Mr.Teddy berusaha berdiri tegak semula. Wajahnya sudah penuh dengan darah. Basan juga sudah tidak berdaya untuk berdiri tegak tetapi digagahkan juga. Dia mengetap bibirnya. Kepalanya berdesing tetapi dihiraukan saja.

"Ancora una volta sei disattento. La tua vita sarà cambiata.(Sekali lagi kau cuai. Nyawa kau akan jadi ganti.)" Pesan Aryan dengan tegas sebelum dia masuk ke dalam villa semula.

"Si signore(Ya, tuan)" kata Mr.Teddy sebelum dia jatuh melutut ke atas tanah.

Alyssa masuk ke dapur dan ternampak sosok tubuh suaminya yang sedang memasak. Alyssa berjalan mendekati Aryan lalu memeluk tubuh Aryan dari belakang.

"Did you take a good nap, sweetheart?" soal Aryan sambil mengusap tangan Alyssa yang melingkar diperutnya. Alyssa mengangguk laju.

Lepas solat subuh Alyssa mengadu yang dia sakit badan, rasa macam nak demam. Jadi Aryan suruh dia baring kejap nanti Aryan akan kejutkan bila makanan dah siap tapi Alyssa bangun sendiri.

Alyssa melepaskan pelukan lalu bergerak ke sebelah Aryan. Tangan kanan Aryan dipeluk.

"Are you hungry?" soal Aryan lalu Alyssa mengangguk laju sambil mengusap perutnya.

"Pergi duduk dekat depan nanti hubby hidangkan" kata Aryan. Alyssa tersenyum manis. Dia menampar kuat punggung Aryan sekali sebelum berlari keluar dari dapur. Terkejut Aryan. Dia memejam mata rapat lalu menarik nafas dalam. Kenapa Alyssa berani mencabar dirinya?

"Sabar Aryan. Awal lagi, awal lagi" kata Aryan lalu kepala digeleng berkali-kali.

Makanan dihidangkan sebelum di bawa ke ruang makan.

Alyssa tercengang dengan hidangan yang Aryan hidang di depannya. Kenapa semua berwarna hijau dan putih?

"Sweetheart, kena makan makanan yang berkhasiat sebab sweetheart tak sihat kan? Sebab tu lah hubby tak bagi sweetheart makan banyak makanan ringan kan dah demam." Bebel Aryan. Alyssa masih tidak berkata apa. Makanan di depannya terlihat terlalu sihat sampai terkata dia. Ini betul-betul makanan untuk manusia ke?

(Gambaran masakan Aryan)

Aryan selalu masak masakan yang sihat saja sebab itu dia masak macam ini untuk Alyssa juga.

"Bismillah hirrohmannirrohim.." kata Aryan sambil mengumpal nasi dengan tangan kanannya. Alyssa menelan liur melihat masakan yang sangat unik itu.

Tersentak anak tekak Alyssa dengan masakan unik Aryan. Perlahan-lahan Alyssa kunyah dan ditelan dengan paksa. Terpejam kedua biji mata Alyssa.

"Sedapkan hubby masak?" soal Aryan dengan teruja. Alyssa angguk dengan senyuman pahit. Tidak sampai hati dia mahu mengecewakan Aryan.

Pertama kali Alyssa merasa masakan yang tiada garam, gula mahupun apa-apa rasa selain rasa tawar. Bau wangi tapi bukan pada rasanya. Orang lain seronok bila suami masakkan untuk mereka tapi bukan Alyssa Maisara. Tetiba rasa menyesal.

--------------------

Continue Reading

You'll Also Like

34.7K 2.9K 21
π™»πš˜πš›πšŽπš—πš£πš˜ π™Ίπš’πš– : πš…πš˜πš•πšžπš–πšŽ 2πŸ¦‹ "Aydan Lorenzo Kim. Itu nama aku." "Saya tak macam perempuan normal yang lain." "Sedaplah nama pakcik. Dah l...
5.5M 280K 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubun...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
3.2K 158 9
Astra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang...