KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 38.6K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

23 | AM

14.6K 576 32
By imzafira_

Kereta mercedes AMG G63 warna hitam meluncur ke dalam sebuah rumah banglo.

Aryan dan Afiq keluar dari perut kereta. Terlopong mulut Afiq melihat kebesaran rumah Aryan.

"Bapak besar rumah kau, bang. Kau nak tinggal sini terus ke?" soal Afiq dengan sinis. Aryan mendukung tubuh Leissandra keluar dari kereta.

"Tak adalah besar mana pun cukuplah buat ngaso-ngaso" kata Aryan lalu bergerak masuk ke dalam rumah diikuti Afiq.

Setelah selesai mandi Aryan menuju ke wadrobe. Dia tidak membawa sebarang beg kerana pakaian di dalam rumah ini masih banyak. Sehelai baju t putih dan seluar panjang kelabu disarungkan ke tubuhnya.

Telefon pintarnya yang berada di atas meja solek dibuka. Flight mode ditutup. Bertubi-tubi notifikasi masuk semuanya missed call daripada Alyssa. Berkerut dahi Aryan lalu tangan bergegas menelfon Alyssa. Takut ada apa-apa yang terjadi pada Alyssa.

Alyssa baru balik dari membeli belah dengan Datin Katrina. Telefonnya yang berbunyi diambil dari dalam begnya. Kening Alyssa terjongket. Tidak pernah Aryan membuat panggilan video selalunya mesej saja. Panggilan video daripada Aryan dijawab Alyssa.

"Alyssa, kau ok tak? Kau ada luka dekat mana-mana tak? Kau dah buat report polis? Mummy dengan daddy mana? Aku nak cakap dengan diorang." Bertubi-tubi soalan Aryan lemparkan. Terkejut Alyssa dengan dengan soalan cepumas Aryan.

"Saya ok je. Buat apa nak report polis? Ada apa-apa yang jadi ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengeluh berat sambil kepala mendongak ke atas.

Alyssa melambai-lambaikan tangan di depan skrin telefon.

"Abang ok tak?" Soal Alyssa lagi. Aryan menarik nafas dalam sebelum dia menayangkan wajah bapak singanya.

"Kenapa kau telefon aku berkali-kali? Aku ingatkan kau dah bakar rumah mummy daddy. Kau ni memang suka menyusahkan aku kan?" Kata Aryan tegas. Dadanya turun naik.

"Mana ada saya bakar rumah mummy daddy? Saya call abang sebab nak minta izin keluar dengan mummy. Abang tak baca ke mesej Alyssa?" Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengerutkan kening. Mesej? Dia ada mesej ke?

Alyssa memuncung ke depan kerana dia tahu pasti Aryan tak baca lepastu nak sergah orang macam tu. Eh kejap sejak bila Aryan faham bahasa isyarat? Alyssa berfikir seketika sebelum Aryan bertanya semula.

"Aku tengok kau bersiap ni kau keluar juga dengan mummy tanpa izin aku lah kan?" soal Aryan dingin. Alyssa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bibir tersengih macam kerang busuk.

"Sorry, abang." Aryan menjeling mata. Nasib saja Aryan tiada di Malaysia sekarang.

"Kau beli apa? Dah habis dah kau kikis duit aku?" Alyssa memukul skrin telefonnya sekali. Tersentak Aryan. Berani betul Alyssa buat macam tu. Dia beli mana confident? Berani lah sebab Aryan takde dekat sebelah dia kalau tidak mahu pecah muka Alyssa.

"Mana ada saya kikis duit abang. Itu memang nafkah saya kan? Lagipun ini semua mummy yang belanja tau. Saya tak guna duit abang sikit pun." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Tak cukup dengan duit aku kau kikis. Duit mummy pun kau nak kikis? Hebat betul kau ni kan?" Sinis Aryan.

Alyssa memukul skrin telefon berkali-kali. Tersentak Aryan kali kedua. Hantu mana dah rasuk Alyssa pula ni? Berani betul dia melawan Aryan.

"Saya bukan perempuan macam tu lah! Semua ni mummy yang nak belanja. Saya nak guna card yang abang bagi tapi mummy tak bagi. Mummy kata ini hadiah untuk menantu kesayangan dia." Kata Alyssa dengan bangga.

Skrin telefon diputar menunjuk beg-beg kertas yang berada di atas lantai. Gucci, Prada, LV, YSL, Dior.

"Pandai betul kau bodek mummy. Buat malu aku je dapat isteri macam kau." Alyssa menjelir lidah kepada Aryan. Tercengang Aryan. Makin dibiarkan makin berani Alyssa.

"Berani betul-" ayat Aryan terpotong apabila Leissandra masuk ke dalam biliknya.

"Papa! Papa! Sandra ha sonno. Dormiamo(Sandra mengantuk. Jomlah tidur.)" Kata Leissandra kuat sambil memeluk kaki Aryan. Tangan menggosok mata dengan jarinya.

Aryan tersenyum memandang wajah anaknya yang sudah mengantuk itu.

Alyssa tersentak mendengar panggilan itu. Dadanya turun naik. Tak mungkin, tak mungkin. Dia tersalah dengar agaknya. Tak mungkin itu anak Aryan.

"Sandra aspetta papà vicino al letto. Papà verrà dopo(Sandra tunggu papa dekat atas katil. Nanti papa datang.)" Kata Aryan sambil tersenyum kepada Leissandra.

Tersentak hati Alyssa untuk kedua kalinya. Dia terus mematikan panggilan itu.

Selepas memastikan Leissandra naik ke atas katil Aryan kembali memandang telefonnya. Aik! Mana Alyssa? Dah letak ke? Aryan mengangkat bahu sekali lalu telefon pintarnya diletak di atas katil. Badan dibaringkan disebelah anak kesayangannya.

"Goodnight, little angel." Kata Aryan lalu mencium dahi Leissandra.

"Goodnight, big guy." Kata Leissandra. Tersentak Aryan. Mana dia belajar perkataan tu?

Leissandra memeluk leher Aryan dengan tangan kecilnya. Aryan dodoikan Leissandra sebelum dia pun tertidur bersama.

Kaki Alyssa lembik lalu terduduk di atas lantai. Air mata mengalir deras membasahi pipinya. Tangan menyapu-nyapu dadanya. Memujuk agar tidak terluka. Fikiran dipaksa agar tidak overthinking.

"Aryan dulu pernah dihantar ke Itali untuk bertugas di sana selama 4 tahun."

Kata-kata Datin Katrina bermain difikiran Alyssa semula.

"Mummy pelik dah empat tahun dia dekat sana tapi dia tak bawa balik pun bakal menantu untuk mummy dengan daddy. Tapi mummy bersyukur sebab dapat menantukan Alyssa..."

Nafas Alyssa semakin sesak. Air mata mengalir tanpa henti. Dia mencengkam dadanya.

"Berapa banyak lagi rahsia yang abang sorokkan daripada Alyssa? Tak penting ke Alyssa dalam hidup abang sampai abang sanggup buat Alyssa macam ni? Sebelum ni April sekarang siapa pula? Abang dah janji abang takkan duakan Alyssa. Kenapa abang tipu Alyssa?" Bisik hati Alyssa. Fikirannya sangat kusut sekarang. Persoalan demi persoalan bermain di dalam fikirannya.

Apa niat Aryan Mikael berkahwin dengan Alyssa Maisara sebenarnya? Hanya untuk senangkan hati Dato Mustafar dan Datin Katrina atau sengaja mahu permainkan Alyssa. Berkali-kali Aryan menyakiti hatinya. Dia sembuhkan sendiri luka tersebut tanpa bantuan Aryan. Luka yang lama masih belum sembuh ditambah dengan luka yang baru. Apa yang patut Alyssa Maisara lakukan selepas ini?

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Aryan bertemu empat mata dengan Rico di markas Rico. Dia datang seorang diri tanpa senjata. Aryan tidak takut pada Rico kerana selicik mana pun Rico licik lagi seorang Ryan. Semua rancangan Rico sudah dapat dibaca Aryan. Afiq berada di rumah menjaga Leissandra.

"Have a sip, old friend" pelawa Rico sambil mengangkat tinggi gelas araknya.

"I don't drink anymore. You can have mine before I send you to the hell." Sinis Aryan sambil menolak gelas itu dengan jari telunjuknya. Rico tersenyum sinis.

"Berani kau datang jumpa aku dekat sini. Kau tak takut mati ke?" sinis Rico di dalam bahasa Itali. Aryan tersenyum miring.

"Aku tak takut mati sebab mati itu pasti. Bezanya cepat atau lambat saja. Kau yang patut takut sebab tak sempat bunuh aku." Tatapan maut diberikan kepada Rico.

Senyuman Rico memudar. Rahangnya diketap rapat. Anak-anak buahnya ada yang sedang menahan tawa membuat Rico semakin berang.

"Aku bersumpah akan bunuh kau dulu sebelum kau bunuh aku! Aku yang berkuasa disini!" tengking Rico. Aryan ketawa kecil.

"Rico, Rico. Kau masih sama seperti dulu. Tak pernah penat nampak bodo" kata Aryan dingin sambil menekan perkataan 'bodo' itu. Rico mengepal buku limanya.

"I didn't kill you right now because I respect this is your place. Not because of I'm afraid of you. I came here to remind you again, stay away from my wife. Don't include others in our war."

"You never want to see the evil Ryan that I buried a long time ago. Didn't you?" Tegas Aryan dengan wajah seriusnya. Pecah ketawa Rico untuk menghilangkan kejanggalan.

"Aku suka bila kau marah. Bila kau marah kau sanggup buat apa saja demi menyelamatkan orang yang kau sayang." Rico tersenyum miring.

"Memang. Memang aku sanggup lakukan apa saja untuk orang yang aku sayang. So you better watch out. The moment you woke up the lion, that was the time you dig your own grave." Sinis Aryan berkata. Matanya tajam mencerun ke arah Rico.

"Your funeral is near. Don't let me be the last person you saw on earth" kata Aryan dengan dingin. Rico menelan liur kasar.

Aryan bangun dari sofa itu lalu pergi begitu saja. Malas mahu melayan budak tak cukup umur ini. Gertak Rico sikit sudah cukup membuatkan Rico takut dan mengalah. Tidak perlu rugi tenaga dan masa.

Leissandra merangkak ke arah Afiq yang sedang sibuk membuat kerjanya di dalam macbook.

"Uncle, Candra want to watch bawbie" kata Leissandra dengan pelatnya sambil menepuk tangan Afiq berkali-kali.

Leissandra sudah terbiasa dengan Afiq memandangkan Afiq selalu menjaga Leissandra ketika Aryan keluar.

"Alright, princess." Afiq mencapai remote di sebelahnya lalu membuka televisien. Rancangan barbie ditekan sebelum dia kembali fokus dengan kerjanya.

Leissandra memandang setiap gerak geri Afiq sedari tadi. Dia memandang Afiq seketika sebelum memukul tangan Afiq lagi.

"Yes, princess. Do you need anything else?" soal Afiq lembut. Mata masih tertumpu pada skrin macbooknya. Leissandra duduk bersila sambil memeluk tubuh.

"Uncle watch with me!" Kata Leissandra kegeraman.

"I'm busy right now princess. You watch on your own first next time uncle accompany you. Okay?" Kepala Leissandra diusap seketika dengan mata fokus di skrin macbook.

"Uncle Waffle!" Afiq menoleh memandang Leissandra. Dahi Leissandra berkerut sejuta. Bibir dimuncung ke depan menunjuk protes.

Afiq mengerling Leissandra sebelum macbooknya diletakkan ke tepi. Tubuh kecil itu didukung ke atas ribanya.

"Okay, little princess I'll watch barbie with you."

"Little princess?" Leissandra teleng kepala sedikit memandang ke arah Afiq.

"Yes, cuz you are my cute little baby princess." Afiq menggomol pipi Leissandra sampai ketawa besar Leissandra.

"Do you like that nickname, baby?" Laju Leissandra mengangguk.

"I love you my little princess."

"I love you too uncle waffle."

"It's uncle Naufal princess not waffle. Follow me Nau."

"Nau."

"Fal."

"Fal."

"Uncle Naufal."

"Uncle Waffle!" Sekali lagi pipi gebu Leisaandra digomol Afiq. Tidak henti Leissandra ketawa sampai memerah pipinya.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

"Assalamualaikum, Afiq. Kamu tengah buat apa tu?" soal Datin Katrina disebalik panggilan.

"Waalaikumsalam, mummy. Afiq tengah masak. Mummy sihat? Semua orang sihat dekat sana?" soal Afiq. Tangan ligat mengacau omelet di atas dapur.

"Alhamdulillah. Semua orang sihat. Cuma Alyssa. Sejak kebelakangan ni dia makan sikit sangat. Nasi pun dia makan tak ambil lauk. Mummy dah pujuk dia makan lebih sikit tapi dia tak nak. Muram je muka dia. Mummy risaulah Afiq" kata Datin Katrina panjang lebar. Afiq mengerutkan keningnya.

"Kenapa boleh jadi macam tu? Dia tak sihat ke, mummy?" soal Afiq. Api ditutup lalu omelet diletak ke atas pinggan.

"Entahlah. Bila mummy bercakap dengan dia, dia angguk atau geleng je. Muka dia tak ceria macam selalu" jelas Datin Katrina.

Afiq mula berasa tidak sedap hati. Nafas dihela panjang.

"Tak apa. Nanti Afiq tanya abang. Mana tahu abang tahu apa-apa" pujuk Afiq ingin meredakan kerisauan Datin Katrina.

"Yelah. Kamu berdua jangan lupa solat, makan. Nanti ada masa mummy call lagi. Kirim salam dekat abang kamu sekali. Assalamualaikum" pesan Datin Katrina.

"Waalaikumsalam" jawab Afiq. Panggilan dimatikan sebelum dia menghidangkan omelet di atas meja.

Hari ini giliran Aryan untuk mandikan Leissandra. Setelah itu dia menyiapkan Leissandra untuk pulang ke rumah Leonardo kerana sudah tiga hari Leissandra tinggal bersama Aryan. Hari ini Afiq dan Aryan bercadang untuk pulang ke Malaysia semula memandangkan tiada apa lagi di sini yang mereka ingin lakukan.

Rambut Leissandra dilepas saja dengan satu pin rambut strawberi diletak di kanan rambutnya. Aryan tidak reti mengikat rambut anak kecil. Setiap kali dia cuba mengikat rambut Leissandra pasti Leissandra akan menangis kerana sakit. Ditambah rambut Leissandra kerinting menyukarkan Aryan untuk sikat dengan lemah lembut.

(Gambaran Leissandra dan pin rambut strawberi pemberian Afiq)

Aryan mendukung tubuh
Leissandra menuruni tangga menuju ke dapur.

"Bang, mummy kirim salam" kata Afiq sejurus ternampak Aryan turun dari tangga. Perlahan Aryan menjawab salam itu.

"Good morning, my little princess. Uncle cook a very delicious meal for you today. Come here, baby." Afiq mengambil tubuh Leissandra daripada Aryan. Pipi Leissandra dicium sekilas lalu Leissandra mencium pipi Afiq pula. Teruja Leissandra melihat banyak makanan di atas meja.

"Do you like the hair pin that uncle bought for you?"

"I like it! Thank you uncle!" Kata Leissandra dengan teruja. Afiq tersenyum lebar dengan reaksi Leissandra.

Tubuh Leissandra diletak di atas kerusi bersebelahan dengannya. Apron dibuka lalu dia duduk disebelah Leissandra. Dia mencucuk satu sosej menggunakan garfu untuk Leissandra. Sosej digigit Leissandra. Tidak henti Afiq memandangnya dengan segaris senyuman.

"Semua perempuan kau nak panggil princess. Dah tak ada nama panggilan lain ke?" Soal Aryan dengan dingin. Roti bakar disapu jem lalu dimakan. Afiq menoleh memandang Aryan.

"Itu soalan ke cemburu?" Sinis Afiq lalu tertawa kecil. Aryan menghiraukan soalan Afiq dan menikmati roti bakarnya.

"Aku suka dengan panggilan princess. Ia menaikkan lagi martabat diorang sebagai seorang wanita. Nama panggilan mempengaruhi cara layanan kita pada diorang."

"Kalau aku panggil diorang princess maknanya aku hormat diorang sebagai seorang wanita. Most importantly that person is the most precious and valuable in my life" kata Afiq sambil menuangkan sos cili di atas pinggan Leissandra. Anak kecil itu mencicah sos cili lalu menikmati sosej yang sedap itu.

"Aku pula pengawal keselamatan diorang. Aku akan berikan sepenuh kasih sayang dan penjagaan yang lengkap. Takkan aku sia-siakan diorang walau sesaat." Sambung Afiq lagi sambil memandang Leissandra yang sedang menikmati sarapannya.

Aryan terkesan dengan kata-kata Afiq. Memang sepatutnya dia biarkan Afiq yang berkahwin dengan Alyssa bukannya dia. Afiq lebih layak untuk menjaga Alyssa dan dia yakin Afiq takkan sakitkan Alyssa seperti yang dia lakukan.

"Milk." Leissandra menunjuk ke arah segelas susu yang dibuat Afiq untuk Leissandra setiap pagi. Afiq mengambil gelas itu lalu membantu Leissandra minum.

"Ahh~" Puas dia meneguk air susu itu. Atas bibirnya yang comot dengan kesan susu dikesat Afiq menggunakan ibu jarinya.

"Kau ada call mummy dengan daddy tak?" soal Afiq. Aryan mengangguk sekali.

"Alyssa?" Aryan mengangguk lagi. Afiq menyuapkan omelet ke dalam mulut Leissandra.

"Tapi dia tak jawab" kata Aryan selamba. Afiq menoleh memandang Aryan.

"Kenapa pula dia tak jawab?" soal Afiq. Hujung bibir Leissandra yang comot dengan sos cili dilap. Aryan mengangkat bahu sekali tanda tidak tahu.

"Mummy kata Alyssa jarang makan sekarang. Kalau makan pun sikit je. Mummy risau sebab tu mummy suruh aku tanya kau" jelas Afiq. Aryan tidak membalas apa-apa. Hanya diam membisu.

"Tak apalah, nanti aku cuba call Alyssa mana tahu dia jawab. Kau tak marah kan?" soal Afiq lagi. Aryan hanya mengeluh berat.

Walaupun mulut tidak berkata apa-apa tetapi hati Aryan sangat risau apabila Afiq berkata begitu. Kenapa isterinya tidak makan? Rindu pada Aryan sangat ke sampai tak makan?

Aryan ada cuba telefon Alyssa semalam tetapi tidak dijawab. Berkali-kali juga Aryan mencuba tetapi tetap tidak dijawab. Ada apa-apa yang terjadi ke sepanjang ketiadaan Aryan? Tak mungkin tentang April lagi sebab Aryan telah warning dia.

"Uncle Waffle! Eat!!" Leissandra sudah ingin kerana Afiq tidak makan dari tadi hanya suapkan dia saja.

"Ok, ok. Uncle eat." Afiq menggigit sekeping roti bakar dan menyuapkan omelet ke dalam mulutnya. Leissandra kembali tersenyum lebar.

-----------------------

Continue Reading

You'll Also Like

16.4K 1.6K 59
[ Karya Ketiga : Hara ] โ€ขDanny Choi ร— Farah Aiqirahโ€ข Dia Danny Choi, mafia dari Korea yang terpaksa berkahwin dengan seorang gadis beragama Islam ker...
618 172 15
๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ ๐“๐ก๐ž ๐ˆ๐ฆ๐ฆ๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ซ๐ข๐ž๐ฌ๐ญ Seorang lelaki yang bernama Ming, diberi gelaran The Immortal Priest. Dia disuruh turun ke Wilay...
273K 10.5K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
239K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...