MR PIRATE

Από CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Περισσότερα

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

Bab 9

28.5K 2.1K 399
Από CIK_ZALIKHA

                  Disepanjang pesisiran pantai, Husna berjalan sambil memegang baldi biru yang penuh dengan cangkerang. Dia tak pasti mengapa lelaki yang sedang membelakanginya itu hendak mengumpul semua cangkerang kosong ini. Kalau nak diikutkan, di kedai yang menjual cenderamata lebih cantik berbanding yang terdampar dipasir pantai.

Namun, dia ikutkan sahaja kerana mahu menemaninya buat kali terakhir. Kerana hari ini adalah hari terakhir percutian dia di sini.

"Kita nak buat apa dengan semua cangkerang ni?" Soal Husna sambil kepala menunduk melihat ke dalam baldi. Rasa macam dah banyak. Tapi lelaki itu masih lagi tercari-cari cangkerang kosong di pasir.

"Buat gelang dan rantai." Jawabnya tanpa menoleh.

"Dekat kedaikan ada jual? Tak perlu susah-susah kutip dekat sini. Lagipun cengkerang-cangkerang ni nampak macam dah nak reput."

"Ada bezanya kalau awak buat sendiri dan beli." Balas lelaki itu sambil dia mengorek pasir pantai, mengeluarkan satu cangkerang siput berwarna ungu. Dibasuh dahulu cangkerang yang melekat pasir itu ke air laut. Setelah bersih barulah cangkerang itu dicampak masuk ke dalam baldi. Terhegeh-hegeh Husna hendak menangkapnya.

"Apa bezanya? Yang saya tahu, yang beli lebih cantik!" Ujar Husna. Banyak pula merungut. Padahal dia sendiri yang nak teman ikut kutip cangkerang. Tapi bila dah ikut, banyak pula yang dipersoalkan.

"Ya. Memang lebih cantik. Tapi cantiknya cuma kosong. Kalau buat sendiri,  bukan sahaja cantik tapi ada kenangannya. Dan ia lebih mahal daripada apa yang kita beli." Kata lelaki itu sambil membelek cengkerang siput ditangan. Dari tepi kelihatan bibirnya sipi-sipi tersenyum. Itu yang membuatkan Husna makin tenggelam. Automatik jantung rasa berdebar-debar.

"Salah satu kenangan yang mahal adalah waktu sekarang. Iaitu pertemuan kita." Sambungnya. Perlahan-lahan dia memusing badan ke belakang.

Husna buka mata luas-luas. Dia mahu lihat wajah itu dengan jelas. Baldi ditangan dipeluk sekuat mungkin. Kaki langsung tak berkutik biarpun ombak daripada tadi memukul-mukul tanpa henti.

Dan tiba-tiba...

Kring!!!

Sekali lagi. Loceng mencelah setiap kali mimpi itu datang. Semuanya lesap. Ah, mengapalah loceng ini begitu berdendam dengan aku!

Bantal yang berada di sebelah kiri dicapai lalu ditekup ke muka. Lantas Husna melepaskan jeritannya tanda tidak puas hati. Bila dah puas, barulah dia campakkan bantal itu ke tepi semula.

Kemudian dia bangun dari pembaringan.

"Dasar loceng tak guna! Lebih baik aku diamkan kau buat selama-lamanya!" Laju tangan Husna mengambil loceng jam yang masih berdering. Suis dibelakang dimatikan. Serta-merta deringan terhenti.

Heh, padan muka!

Selepas ini tiada apa lagi yang boleh menganggu mimpinya. Dihentak jam loceng itu ke sisi meja dengan kuat. Geram.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik diketuk seseorang daripada luar. Husna mendengus kecil. Siapa pula yang datang mengetuk pintu waktu pagi begini? Rambut panjang yang agak serabai itu disisir ke belakang sebelum kepala menoleh ke arah pintu.

"Siapa?" Husna menyoal daripada katil. Malas dia hendak bangun buka pintu.

"Ayah ni."

Sebaik sahaja suara garau itu menjawab, terkontang-kanting Husna turun daripada katil.  Rambut yang serabai itu dirapikan dengan kemas sebelum tombol pintu dipulas dan ditarik. Jelas Dato Idris sudah tercongok di situ. Memandangnya daripada atas hingga ke bawah. Masih lagi memakai baju tidur.

Bibir Husna menyengih. Ya. Dia tahu dia masih belum mandi. Apa salahnya kalau anak dara mandi lambat sekalipun? Bukannya selalu.

"Baguslah kamu tak mandi lagi." Kata Dato Idris.

Kening Husna automatik berkerut. Bukankah sepatutnya dia harus mendengar bebelan? Mengapa pujian pula?

"Huh?"

"Tak perlu pergi kerja hari ni. Duduk rumah."

"Kenapa tiba-tiba pula? Husna ada banyak kerja lagi dekat office. Tak boleh.  Husna kena pergi juga." Bidasnya. Tidak setuju. Baru sahaja kaki ingin melangkah mencapai tuala mandi, suara Dato Idris terlebih dahulu mencelah.

"Kerja dekat office ayah boleh buat. Sekarang ni ayah nak kamu buat kerja dekat rumah."

"Apa?" Husna terkejut. Terus dia menoleh ke belakang. Tak jadi ingin mengambil kain tuala.

"Mak Timahkan ada? Kenapa Husna pula yang nak kena buat kerja rumah?" Soal Husna, tidak puas hati. Ada dengusan nafas dihujung ayat.

"Mak Timah tak ada hari ini. Ayah bagi dia cuti sampai kita balik daripada Sabah nanti. Jadi kamu kena uruskan sendiri."

"Mana boleh macam tu! Lamanya ayah beri dia cuti? Bukannya dia ada cucu dekat kampung pun sampai nak bagi cuti panjang macam itu! Banyak lagi kerja dekat dalam rumah ni yang dia belum buat. Husna nak sarapan apa kalau dia tak ada?"

"Buatlah sendiri. Semalam kamu juga yang sombong tak nak makan, kan? Tidak pun. Makan masakan mak. Banyak lauk dah terhidang dekat meja makan."

Husna mengeluh. Anak mata dijulingkan ke atas dengan mimik muka meluat. Dia lebih rela makan mi segera daripada hasil tangan perempuan tua itu. Sengajalah tu ayah nak suruh aku makan masakan dia! Padahal ayah sendiri tahu aku tak suka air tangan Datin Khadijah daripada dulu. Benci!

"Ayah..."

"Ini sebagai hukuman kamu berkelakuan kurang ajar depan dia semalam. Ayah nak kamu minta maaf dan berbaik semula. Selagi ayah tak dengar perkataan maaf keluar dari mulut kamu, selagi itu ayah takkan benarkan Husna pergi kerja. Duduk dalam rumah ni berdua dengan mak supaya hati kamu boleh terima dia."

Jatuh rahang Husna mendengarnya serupa tak percaya. Sampai begitu sekali dia dihukum? Tidak lain tidak bukan, perempuan tua itu pasti mengadu tentang semalam pada ayah! Ish, makin menyampah aku dengan perangainya.

Tapi tak sanggup juga dia hendak terkurung di dalam rumah ini bersama Datin Khadijah. Boleh gila dibuatnya nanti!

"Kenapa ayah nak sangat Husna berbaik dengan dia? Kalau iya pun ayah nak Husna minta maaf, tak perlu sampai macam ini. Husna tak ada masalah nak berbaik, nak bermanja dengan mak tiri tu!"

"Siapa pun dia, dia tetap mak kamu. Pangkat dia sama macam arwah."

"No!" Protes Husna. Siap dengan gelengan lagi. Jauh beza!

"Sampai mati pun level dia takkan sama dengan arwah. Ayah seorang aje yang anggap benda tu tapi bukan Husna! Dia tu pernah..."

"Husna? Abang?" Sampuk suara Datin Khadijah semerta menghentikan kata-kata Husna. Pandangan mereka berdua serentak beralih ke tepi. Melihat Datin Khadijah yang baru muncul bersama senyuman mesra dibibir. Sekejap pandangan Datin Khadijah menoleh ke arah Husna. Tegang sahaja muka wanita muda itu.

Terus Husna berpaling ke lain. Makin menyampah apabila dipandang.

Namun Datin Khadijah sekadar tersenyum kelat sebelum perhatiannya beralih kepada Dato Idris. 

"Abang nak sarapan dulu ke sebelum pergi kerja?" Soalnya. Lembut sungguh suara.

Tatkala Husna pula menjeling. Tak boleh lembut lagi ke suara tu? Macam suara maknyah aje. Ejek Husna di dalam hati.

Dato idris mengangguk kepala.

"Boleh juga.  Awak dah siap masak ke?"

"Dah. Banyak lauk saya masak. Saya belajar buat di youtube. Harap-harap menjadilah. Tapi takkan kita berdua sahaja yang makan? Husna tak nak makan sekali ke? Kita tak pernah makan semeja." Kini Datin Khadijah memandang Husna pula.

"Tak nak. Tahulah saya nak masak makanan saya sendiri." Balas Husna acuh tak acuh. Langsung tidak berpaling memandang perempuan tua itu.

Melihat riak wajah Datin Khadijah berubah kecewa buatkan Dato Idris geleng kepala. Husna tidak sepatutnya menolak ajakan mak tirinya.

"Jangan nak mengada. Turun bawah sekejap lagi. Kita sarapan sama-sama. Kalau kamu tak turun, tahulah apa akan jadi kalau ayah naik ke bilik nanti."  Dato Idris memberi amaran. Serius.

Husna sudah cukup mengenalinya.  Sekali dia memberi amaran, jangan dicabar. Ada juga yang kena hukum selama satu minggu.

Husna merengus geram. Malas hendak berkata apa lagi terus dia melangkah masuk ke bilik semula. Menghempas pintu dengan kuat.

Dato Idris geleng kepala. Apa nak jadilah dengan anak daranya yang seorang ini...

"Jom, bang. Kita turun bawah dulu?" Ajak Datin Khadijah. Siap memaut lengan kanan suaminya dengan manja. Kemudian mereka pun sama-sama melangkah turun ke tingkat bawah.





                 
                 USAI mandi dan menyiapkan diri, Husna terus turun ke tingkat bawah. Sambil kaki melangkah menuruni tangga, kepala menunduk melihat skrin telefon. Berbalas mesej dengan Mia. Dengan dia sahaja yang aku mampu mengadu tentang perempuan tua itu. Malah Mia turut memberi peranan menyokong dipihaknya. Senanglah sikit hati ini apabila ada yang sependapat.

Sampai sahaja diruang makan, telefon diletakkan ke atas meja. Buat seketika Husna melihat lauk-pauk yang terhidang. Ada ketam masak cili api, daging bakar bersama air asam, ikan goreng dan sambal belacan.

Yang pastinya dia takkan ambil ikan goreng dan sambal belacan itu. Kalau boleh jauhkan makanan itu daripadanya.

"Husna nak air apa? Oren ke teh?" Datin Khadijah menegur. Tangan sudah bersedia ingin mencapai jag air. Memandang Husna yang baru sahaja melabuh punggung. 

"Err..."

"Ambil teh ajelah ya? Sedap tau!" Belum apa-apa lagi Datin Khadijah sudah memotong. Tanpa menunggu jawapan Husna, terus jag air teh dicapai lalu dituang ke dalam cawan.

Husna mengetap bibir. Kecil sahaja matanya memandang perempuan tua itu. Rasanya dia sendiri tahu aku tak suka minum air teh! Hendak sahaja Husna bersuara, namun apabila melihat Dato Idris datang ke meja. Terus niatnya terbatal.

"Nah, bang. Air oren." Gelas air oren ditolak ke arah Dato Idris. Tersenyum suaminya menyambut.

"Terima kasih." Ucap Dato Idris sebelum air oren itu diminum sedikit.

"Pandai awak bancuh. Sedap!" Puji Dato Idris.

Tersengih-sengih Datin Khadijah mendengarnya. Sampai nampak gusi pulak tu! Sedangkan Husna menjeling penuh meluat.

"Buat air oren aje pun..." sindir Husna perlahan. Cukup untuk dia sahaja yang dengar. Kalau buat air teh tarik gempak juga. Ini sekadar air oren, pejam mata pun aku boleh buat!

Selesai menuang air untuk semua orang. Kini nasi pula diceduk ke atas pinggan. Dato idris sudah kelihatan tidak sabar ingin menjamu selera. Lauk yang terhidang juga nampak menyelerakan.

Husna pula...

Entahlah.

Macam orang demam yang tidak lalu untuk telan makanan.

"Abang nak ketam?" Soal Datin Khadijah sambil mencapai mangkuk berisi ketam masak cili api. Sebaik sahaja suaminya mengangguk, seekor ketam diceduk lalu diletak ke atas pinggan Dato Idris.  Manakala seekor lagi diletak ke atas pinggannya.

Dan kemudian...

"Alamak." Datin Khadijah buat-buat terkejut melihat mangkuk ketam cili apinya yang cuma tinggal kuah.

"Ketam tak cukuplah. Mak Timah beli dua ekor aje. Mungkin dia ingat Husna makan kat luar. Kesian Husna. Tak mengapa, ada daging bakar. Pun sedap juga. Kejap mak tolong cedukkan ya?" Kini pinggan daging bakar pula dicapai.

"Mak cedukkan untuk ayah dulu tau." Pinta Datin Khadijah. 

Husna tidak berkata apa. Dia masih sabar menunggu giliran untuk mendapat lauk.

Lantas daging bakar diceduk sedikit dan diletakkan ke pinggan Dato Idris. Kemudian sedikit lagi ke pinggannya pula. Dan tiba giliran Husna, pinggan itu sudah kosong. Cuma hiasan salad segar sahaja yang tinggal.

"Alamak!" Buat kali kedua Datin Khadijah terkejut.  Siap menayangkan pinggan kosong itu kepada Husna.

"Tak cukup jugalah. Aduh, Mak Timah ni kenapalah beli sikit sangat? Oh, ada ikan goreng. Husna ambil ikan goreng ya? Mak dengan ayah dah cukup makan lauk ini aje. Husna ambillah semua ni tanda maaf mak kepada Husna." Ujar Datin Khadijah konon rasa serba salah.  Lantas pinggan berlauk ikan goreng bersama sambal belacan ditolak ke arah Husna yang duduk dihadapannya. 

Riak wajah Husna jelas tegang. Tajam renungan matanya menikam ke arah Datin Khadijah.  Dia tak pasti sama ada lauk yang dimasak benar-benar tidak cukup atau sebaliknya. Tetapi... dia terasa seperti di sindir.

Sekecil-kecil api yang menyala di dalam dadanya seolah-olah sengaja disimbah minyak tanah biar marak. Tanpa sedar kedua-dua belah tangan Husna sudah mengepal di bawah meja. Geram. Tunggu sedikit masa sahaja gunung berapi ini akan meletus.

Namun demi Dato Idris, dia terpaksa menahan perasaan itu daripada keluar.

"Jemputlah makan. Sejuk nanti tak sedap pula." Pelawa Datin Khadijah. 

Selesai membaca doa makan, lantas Dato Idris dan Datin Khadijah pun menjamah nasi mereka. Selera sungguh dia melihat Dato Idris menyuap makanan. Siap ditambah lagi kuah masak lemak cili api ke atas nasi.

Sedangkan Husna masih lagi merenung ikan goreng yang berada di atas pinggannya. Tangan teragak-agak ingin mencubit sedikit isi ikan itu. Dan saat itu, fikirannya tiba-tiba terbayangkan wajah arwah emaknya. Seeolah-olah ada mesin masa yang sengaja memutarkan kembali memorinya ke suatu ketika dahulu.

Suara emak... seakan-akan kedengaran ditelinga. Suara yang begitu sayu sekali. Buatkan hatinya turut terasa sebak.

"Ini sahaja yang kita mampu, Husna. Ayah mungkin dah tak kesah tentang kita."

"Mak tahu Husna teringin nak makan lauk selain ikan goreng. Tapi mak tak mampu nak beli. Maafkan mak, husna. Mak dah gagal untuk jaga Husna selama ni..."

Cukup!

Husna pejam mata. Kesabarannya sudah tidak dapat ditahan lagi. Gunung berapi yang sedaya-upaya dikawal daripada meletus akhirnya musnah juga.

"I'm done with this!" Pinggan berisi nasi dan ikan goreng itu terus dicampak ke lantai. Berderai bunyi kaca pecah. Menyentakkan Dato Idris dan Datin Khadijah dengan perbuatannya.

"Apa kena dengan kamu ni? Depan rezeki buat perangai macam budak-budak! Itu nasi bukannya mainan kamu nak main campak-campak!" Bentak Dato Idris.

Husna mengetap bibir. Langsung dia bangun dari kerusi. Memandang ayahnya dengan pandangan amarah.

"I will not apologize for what I just did. Especially, to her." Sinis Husna bersama jelingan tajam memanah tepat ke arah Datin Khadijah yang menundukkan kepala. Kalau nak diikutkan amarah yang bergelora sekarang, hendak sahaja dia tonyohkan sambal belacan ke muka berkedut itu. Biar pedih selama berhari-hari!

Namun, dia tahu perbuatan itu akan buatkan Dato Idris lebih menganggapnya kurang ajar. Malas hendak bertikam lidah, lantas Husna terus mencapai telefon canggih yang berada di atas meja. Membawanya bersama menuju ke luar rumah.

"Kamu nak pergi ke mana pula tu?! Datang ke sini balik, Husna!"

Jeritan Dato Idris yang memanggilnya langsung tak diendahkan. Kunci kereta diambil. Dia mahu pergi ke suatu tempat yang menyenangkan.

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
1.9K 151 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
highschool love [nasya] Από N.E

Εφηβική Φαντασία

292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
Enemy to Lover Από MatchaSquare

Εφηβική Φαντασία

1.9K 130 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...