MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

Bab 8

32.2K 2.2K 217
By CIK_ZALIKHA

MATAHARI sedikit demi sedikit tenggelam ke dasar lautan. Hari kian gelap. Obor-obor yang tergantung disepanjang laluan gua tersorok itu dipasang mencerahkan suasana. Barulah jelas menampakkan wajah-wajah wanita pucat yang saling berpelukan ketakutan dipenjuru sana. Seluruh darah rasa berderau saat lelaki muka bengis itu melabuh punggung di atas batu berhampiran mereka.

Dengan berseluar jeans yang terkoyak dibahagian lutut. Baju lusuh berbau hanyir air laut. Rambut pendek agak serabai. Ada tatoo tengkorak dicacah pada lehernya. Siap memakai rantai yang dihiasi taring gigi buaya. Sekali lihat memang orangnya menggerunkan.

Asap rokok berkepul-kepul keluar saat dia menghembuskan nafas. Anak mata turut meliar memerhati satu demi satu wajah wanita yang duduk dalam kaki terikat. Masing-masing menundukkan kepala saat bertentang mata dengannya.

"Nokuro isio au korikot?"(Kenapa dia tak datang?) Suara garau itu menyoal. Sekali lagi rokok ditangan dibawa ke mulut, dihisap sedikit lalu dihembus sebelum dicampak ke tanah dan dipijak.

Mereka diam tidak menjawab. Masih lagi takut.

"Hmm? Nokuro daada? Bobou doid huh?" (Kenapa diam? Dah bisu huh?) Soalnya, kasar. Adakala hujung kaki wanita berdekatannya disepak sedikit mahukan respon. Namun mereka tetap mengunci mulut daripada bersuara. Membuatkan si bengis itu makin rasa tercabar.

Dia ketawa penuh angkuh. Lantas, turun dari duduk di atas batu. Berjalan mengelilingi tawanan yang terikat itu. Semerta mereka mengesot rapat kearah sesama sendiri, ketakutan kembali menyerbu. Ada yang sampai menangis. Seolah-olah dapat menghidu malapetaka yang akan menimpa tak lama lagi.

"Kalo tida faham bahasa dusun, biar aku cakap Sabah, bah. Napa dia masih lagi tida datang? Bukankah dia sepatutnya ada di sini sekarang selamatkan orang-orang kampung kesayangan dia?"

"Endak ada gunanya kalo ko culik kami. Kami tida akan sesekali biarkan dia datang sini dan bazirkan hartanya pada ko!"bentak salah seorang tawanan itu dengan sekelumit keberanian yang tersisa.

Si bengis itu menghentikan langkah. Akhirnya, ada juga yang bersuara. Ingatkan dia cakap dengan tengkorak tadi.

Dia tersenyum senget.

Tanpa sebarang isyarat, terus rambut wanita itu dicengkam kasar lalu ditarik memaksa untuk berdiri menghadapnya. Jeritan kecil bergema ke segenap gua. Dia mengerang sakit. Sesekali tangan berurat itu dipukul-pukul agar cengkaman dilepaskan. Namun tindakannya seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan.

"Apa ko bilang tadi? Ulang lagi sekali kalo ko berani!"

"Lanun. Endak. Akan. Sama sekali datang sini beri ko harta. Tinguk sajalah nasib ko nanti... mungkin mati menanti."

BUK!!!

Kuat tumbukan melayang ke wajah wanita itu sehingga dia terpusing jatuh ke tanah. Dahi tersembam ke batu. Dan saat satu jari menceleknya, setompok darah melekat. Kepala rasa berdenyut. Bibir tak henti mengerang sakit. Apalah daya yang dia ada untuk melawan semula. Hendak kembali berdiri pun sudah tak larat. Namun, takkan sesekali dia tunduk kepada lelaki yang angkuh itu. Biarpun nyawanya berada di hujung tanduk sekarang.

"Ini saja ko mampu? Sakiti wanita huh?" Dengan pandangan penuh garang dan berkaca, dia beranikan diri bertentangan mata dengan si penunggu laut itu. Bibir mengetap geram.

Makin berderau apabila melihat lelaki itu masih boleh tersenyum Sinis.

"Ini saja? Tidak." Dia geleng kepala bersama gelak tawa jahat.

"Aku bulih buat lebih daripada apa yang Lanun itu buat. Salah satunya Ini." Terus pistol yang berada di belakang seluarnya dicapai. Tanpa belas kasihan, sedas tembakan dilepaskan tepat mengena pada dahi wanita itu. Terpancut-pancut darah keluar. Sampaikan ada yang terpercik kena pada wajah wanita-wanita yang kaki tangannya diikat. Tubuh yang tak lagi bernyawa itu terus rebah ke bumi. Darah yang masih mengalir dibiarkan terserap ke tanah. Mata terbeliak.

Suasana di dalam gua kini riuh dengan jeritan penuh ketakutan. Muka bertukar pucat membiru. Ada yang pejam mata, tak sanggup melihat mayat yang terbaring di hadapan mereka.

Tatkala lelaki itu masih tersenyum jahat. Siap sebelah kaki dengan selamba memijak perut mayat itu. Tubuh ditundukkan sedikit. Ingin menatap wajah yang mati dalam keadaan mengejut. Tiada langsung riak bersalah. Malah makin puas.

"Lain kali... jangan ko cari pasal sama Mondu."
















           
                    

PAKET oat berperisa coklat dikoyak sebelum dituang ke dalam cawan. Kemudian dibawa menuju ke arah mesin penapis air yang berada dipenjuru dapur. Air panas ditekan. Separuh saja diisi. Lantas, air oat coklat itu dikacau hingga sebati. Beginilah rutin Husna setiap malam sebelum tidur. Mengelakkan diri daripada berlapar.

Lenguh berdiri. Husna bersandar pada kabinet. Tangan masih lagi mengacau air, tatkala kepala menunduk dengan pandangan kosong. Dan fikirannya pula jauh terbang ke lain. Entah mengapa kata-kata datin Khadijah tak boleh berhenti bermain di kepala. Ia benar-benar mengganggu fokus.

"Minta maaf?" Bibir Husna menjuih penuh Sinis. Kepala tergeleng-geleng pabila teringatkan kembali permintaan gila wanita tua itu.

"Apa dia ingat kalau dia lebih tua, aku perlu tunduk huh? Jangan harap. Tak mudah dia nak pijak kepala Cik Husna." Omong Husna bersendirian. Benci sungguh kepada datin Khadijah itu. Daripada rupa hinggalah ke perangainya semua dia tidak suka. Entah bagaimana ayah boleh terpikat dengan perempuan tua itu. Mak lagi cantik!

Husna menjeling menyampah. Selesai mengacau air, sudu diletakkan ke dalam sinki. Oat coklat yang masih panas ditiup terlebih dahulu sebelum dihirup perlahan-perlahan.

"Kalau aku jadi kaulah Husna, memang aku ajar si perempuan tua tu cukup-cukup masa dekat Sabah nanti. Buat dia macam orang gaji masa bapak kau pergi meeting dengan client. Biar padan muka dia!" Sampuk suara itu.

Terpinga-pinga Husna memandang sekeliling dapur. Suara siapa pula yang menyampuk secara tiba-tiba? Dan saat dia menoleh ke arah ruang meja makan. Kelihatan jelmaan jahatnya sedang duduk disitu dengan gaya kaki bersilang. Angkuh sekali.

Berkelip-kelip mata Husna buat beberapa saat. Sekali lagi dia berhalusinasi?

"Ish, mana boleh buat macam itu. Tak baiklah! Siapa pun datin Khadijah tu, dia tetap mak kepada kau Husna. Kita tak boleh benci dia, ingat tu!" Bidas si jelmaan baik yang baru muncul kan diri.

Ah, sudah. Suara mana satu yang dia patut dengar sekarang ni?

Langsung si jelmaan jahat itu bangun dari tempat duduknya. Berdiri menghadap si baik dengan pandangan tidak puas hati. Jelas tidak menyokong.

"Sejak bila pula aku mengaku yang perempuan tua tu mak aku? Aku tak pernah terima dia dari hari pertama ayah kahwin dengan dia, tahu tak?! Jadi perkataan hormat tu takkan pernah wujud untuk dia!" Bentak si jahat.

"Kau tak terima dia sebab apa? Sebab kau cuma ikut hawa nafsu sahaja. Kau langsung tak fikir apa yang ayah nak dalam hidup dia. Semuanya asyik nak kena ikut tekak metrialistik kau! Ada dia buat benda jahat dekat kau? Ada? Tak adakan?"

"Siapa kata tak ada? Perkahwinan dia dengan ayah aku itulah yang jahat bagi aku! Kalau dia baik, dia takkan rampas tempat arwah!"

"Ish, sudah! Sudah! Aku tak nak dengarlah, bising!" Jerit Husna dengan nada geram. Bingit telinganya mendengar perbalahan mereka berdua. Tanpa sedar dia cuma menjerit pada meja makan yang kosong. Dua jelmaan tadi lesap sekelip mata pabila disergah.

Husna terdiam. Tatkala melihat Mak Timah berdiri kaku di tengah laluan dapur buatkan mukanya membahang malu. Berkedip-kedip mata Mak Timah apabila dia tiba-tiba sahaja dimarahi Husna. Padahal dia cuma mahu letak cawan kotor di sinki.

"Cik Husna marahkan Mak Timah ke? Mak Timah tak cakap apa-apa pun." Ujar Mak Timah.

Husna mengetap bibir. Air oat yang berbaki separuh dibuang sahaja ke dalam sinki. Tanpa membersihkan cawan yang digunakan, dia terus berlalu pergi dari dapur. Bahu Mak Timah yang menghalang laluanya dilanggar sahaja. Tersenget-tersenget orang tua itu mengimbangkan badan. Mujurlah cawan kaca yang dipegang tidak jatuh ke lantai. 

"Tak payah sibuklah!" Bentak Husna sekali lalu tanpa memandang orang tua itu.

Hilang sahaja kelibat Husna daripada pandangan,  kepala yang tidak gatal digaru. Kening Mak Timah berkerut penuh tanda tanya. Apa dah jadi sebenarnya?

"Period ke? Tulah, Selalu sangat menyendiri sampai dah mula cakap sorang-sorang. Kesian muda lagi..." tergeleng-geleng kepala Mak Timah. Ada keluhan kecil dihujung bibir. Lantas dia meneruskan langkah menuju ke sinki. Membersihkan segala pinggan dan cawan kotor yang telah digunakan.

"Mak Timah."

"Oi cawan kau diamlah! Eh?" Tak semena-mena Mak Timah termelatah. Mana tidaknya suara Datin Khadijah tiba-tiba sahaja menegur dari belakang. Sudahlah tingkap di dapur ini terbuka. Mati-mati dia ingat hantu yang tegur. Kurus semangat!

Terus Mak Timah pusing ke belakang. Bibir menyengih.

"Maaf, Datin. Saya terkejut tadi." Kata Mak Timah.

Datin Khadijah sekadar tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Tak mengapa. Dia faham. Buat seketika anak mata melirik ke segenap ruang dapur.  Mencari kelibat seseorang. Selalunya waktu-waktu begini Husna berada di dapur membuat minumnya. 

"Datin cari Cik Husna ke? Dia baru aje naik ke bilik tadi. Kalau Datin nak jumpa dia, saya boleh tolong panggil." Ujar Mak Timah, tahu-tahu sahaja apa yang Datin Khadijah sedang cari.

Namun wanita itu menggeleng. "Tak perlu. Saya sebenarnya nak cakap dengan Mak Timah."

"Dengan Mak Timah?" Kening Mak Timah berkerut sedikit. Ah, sudah... Dia ada buat salahkah? Atau ini kerana hal pagi tadi kerana dia membela pihak Husna?

Datin Khadijah mengangguk sambil mengatur langkah menuju ke arah ruang meja makan. Salah satu kerusi ditarik sebelum dia melabuh punggung menghadap Mak Timah yang masih lagi berdiri. Muka orang tua itu sudah terpinga-pinga. Mungkin takut dimarahinya.

"Mak Timah tahukan kami akan ke Sabah minggu depan?" Soalnya.

Mak Timah angguk kepala. "Tentulah tahu. Dato kata saya pun akan ikut sekali. Kenapa ya Datin?"

Datin Khadijah diam buat beberapa saat. Seolah-olah sedang menyusun ayat.

"Kalau saya nak Mak Timah duduk sahaja di rumah ni boleh? Tak perlu ikut. Bagilah apa-apa alasan dekat Dato supaya dia benarkan Mak Timah tinggal sorang-sorang dekat sini."

"Mak Timah tak kesah nak tinggal dekat sini. Tapi... macam mana dengan Cik Husna? Datin pun tahukan, setiap kali bercuti mesti Mak Timah akan ikut sekali sebab nak temankan Cik Husna. Dia tu mana nak kalau orang lain yang jaga dia. Dato pun mungkin sibuk dengan kerja nanti dekat sana. Kalau saya tak ada, dengan siapa Cik Husna nak minta tolong?"

"Itulah sebab saya tak nak Mak Timah ikut." Kata Datin Khadijah. 

Makin berkerut kening Mak Timah mendengarnya. Kurang faham.

Datin Khadijah menghembus nafas kecil. Dia kembali bangun dari kerusinya, berjalan menghampiri Mak Timah.

"Saya nak eratkan hubungan diantara saya dan dia. Apalah guna gelaran Mak pada saya, kalau dia tak pernah minta pertolongan dengan saya? Jadi kalau Mak Timah tak ikut, mungkin dia akan rapat dengan saya pula selepas ini?"

"Tapi Datin, Cik Husna tukan..."

"Mak Timah." Kedua-kedua belah bahu Mak Timah disentuhnya. Ingin merayu.

"Tolonglah. Ini sahaja peluang yang saya ada untuk eratkan hubungan kami berdua. Mak Timah tak kesian kan saya ke? Tiap-tiap hari saya dan dia kena bertekak setiap kali berjumpa?"

Mak Timah terdiam. Ya, dia mengaku.  Dia memang kasihan pada Datin Khadijah. Malah dia juga rindu untuk melihat keluarga ini bahagia seperti suatu ketika dahulu. Namun. Dia tak pasti,  keputusan Datin Khadijah mampu mengubah hubungan mereka dalam masa yang singkat.

"Tolonglah, Mak Timah. Kali ini sahaja... bagilah peluang untuk saya rapatkan diri saya dengan Husna. Cuma kali ini. Saya janji akan jaga dia elok-elok dekat sana nanti." Tekan Datin Khadijah, bersungguh-sungguh.

Tatkala Mak Timah masih lagi tidak bersuara mengeluarkan jawapan.  Dia buntu. Hatinya juga berbolak-balik ingin setuju atau tidak.







Continue Reading

You'll Also Like

8.1M 549K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
1.9K 126 27
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...