KAU TETAP SEMPURNA

Autorstwa imzafira_

1M 39.3K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... Wiฤ™cej

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

18 | AM

16K 618 65
Autorstwa imzafira_

Alyssa membuka pintu rumah sebaik Afiq memandu kereta audi rs7 ke dalam villa Aryan. Afiq keluar dari perut kereta lalu membantu Alyssa membawa satu beg pakaian Alyssa. Alyssa menolak tetapi Afiq tetap mahu menolong jadi dibiarkan saja.

"Abang, boleh tak singgah dekat 7E kejap." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Sure, little princess." Afiq senyum kepada Alyssa sebelum dia fokus ke jalan semula.

Setibanya di 7 Eleven, Afiq membuka tali pinggang keledar.

"Little princess, nak beli apa? Biar abang pergi belikan" kata Afiq. Alyssa menggaru kepala.

"Takpe abang. Alyssa boleh beli sendiri." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Takpelah, biar abang yang tolong belikan. Banyak sangat ke barang yang little princess nak beli?" soal Afiq. Kepala terteleng sedikit.

Alyssa melarikan pandangan ke arah lain. Macam mana Alyssa nak cakap yang dia nak beli pad sebenarnya. Kepalanya digaru tidak henti.

"Yelah. Little princess pergi beli. Jangan lama sangat mummy tengah tunggu dekat rumah" kata Afiq. Alyssa berasa lega.

"Ada duit tak?" soal Afiq lalu berura-ura ingin mengeluarkan dompetnya. Alyssa terus mengangguk laju.

"Abang Aryan ada bagi card bank untuk Alyssa." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Afiq mengangguk sekali.

Alyssa keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam 7 Eleven.

Alyssa mencapai satu bungkusan pad lalu dia berura-ura ingin pergi tetapi terlanggar seseorang. Jatuh barang mereka berdua.

Alyssa menunduk berkali-kali meminta maaf.

"Eh, takpe cik. Takpe" kata jejaka itu. Dia tunduk ke ebawah dan mengutip barang Alyssa dan sebotol air mineralnya yang jatuh tadi.

"Nah, barang cik" kata jejaka itu sambil menghulurkan bungkusan pad itu kepada Alyssa. Alyssa mengambil bungkusan itu.

"Nama cik apa?" soal jejaka itu. Alyssa menunduk lalu mengeleng laju.

Alyssa ingin pergi tetapi dihalang jejaka itu.

"Saya cuma nak berkenalan dengan cik. Sumpah saya takde niat lain" kata jejaka itu lembut. Alyssa mula berasa cemas. Dia berpusing ke belakang untuk menggunakan jalan lain tetapi tetap dihalang jejaka itu.

"Cik, boleh saya dapatkan nombor telefon cik?" soal jejaka itu. Dia langsung tidak berputus asa.

"Kau nak aku bagi nombor hospital sekali?" soal seseorang dari belakang Alyssa. Pantas mereka berdua menoleh memandang jejaka itu.

Afiq Naufal. Dia berjalan mendekati mereka berdua.

"Lain kali bila perempuan dah reject maksudnya dia dah berpunya" kata Afiq dingin.

"Kau siapa? Boyfriend dia? Nak belagak hero pula dekat sini" kata jejaka itu.

Alyssa berada ditengah-tengah antara mereka berdua yang tinggi lampai.

"Kau tak perlu nak tahu. What you should do is to stay away from her" kata Afiq dingin.

"Kalau aku tak nak?" soal jejaka itu dengan sinis.

"That's even worst. I swear your parents will be crying so hard on your funeral" kata Afiq dingin. Jejaka itu beredar dari situ setelah diberi amaran keras daripada Afiq.

Alyssa menelan liur melihat wajah serius Afiq. Kali pertama dia melihat Afiq serius selalunya dia happy go lucky orangnya.

"Little princess dah ambil barang yang nak beli tadi?" soal Afiq lembut. Wajahnya berubah apabila memandang wajah Alyssa. Senyuman manisnya kembali terukir.

Alyssa mengangguk laju. Dia berjalan ke depan cashier diikuti Afiq dari belakang.

Afiq memandang barang yang Alyssa letak atas cashier itu. Patutlah dia tak bagi Afiq tolong belikan. Alyssa menoleh memandang Afiq lalu Afiq memandang ke arah lain.

Setelah membuat pembayaran mereka keluar dari kedai itu. Kereta dipandu menuju rumah agam Dato Mustafar.

Mereka tiba dirumah agam Dato Mustafar. Kedatangan Alyssa disambut oleh Datin Katrina. Datin Katrina memeluk tubuh Alyssa erat. Teruja betul dapat jumpa menantunya.

"Rindunya mummy dekat Alyssa" kata Datin Katrina setelah meleraikan pelukan.

"Mummy dah masak. Jom kita makan sama-sama. Daddy pun dah tunggu" kata Datin Katrina teruja. Alyssa mengangguk setuju.

Datin Katrina memeluk bahu Alyssa lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

Alyssa salam tangan Dato Mustafar sebelum duduk di kerusi bersebelahan Dato Mustafar.

"Kamu sihat, Alyssa?" soal Dato Mustafar. Alyssa mengangguk sambil tersenyum manis.

Mereka semua menjamu selera seperti satu keluarga bahagia walaupun ketiadaan Aryan di situ.

"Little princess, buat apa dekat dapur ni?" soal Afiq sambil mencekak pinggang. Terkejut Alyssa dengan kehadiran Afiq.

Alyssa curi-curi masuk ke dalam dapur untuk membasuh pinggan sementara Mak Timah solat asar. Dia tidak ada kerja jadi dia cari lah sesuatu yang boleh dibuat. Bosan kalau duduk saja.

"Alyssa nak tolong je." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Afiq mengeleng kepala lemah.

"Meh sini, abang tolong lapkan pinggan" kata Afiq lalu mengelap pinggan-pinggan yang masih basah itu. Tak sampai hati dia nak marah Alyssa lebih-lebih. Alyssa terus tersengih lebar.

Alyssa menghabiskan pinggan terakhir lalu membantu Afiq menyusun pinggan di rak atas.

"Hati-hati princess" kata Afiq yang sedang melihat Alyssa menjengket kaki untuk menyusun pinggan itu.

Alyssa berura-ura ingin mengambil pinggan yang sudah Afiq selesai lap tetapi dihalang.

"Yang ini biar abang yang simpan. Princess tak cukup tinggi nak simpan. Nanti kalau jatuh pecah mummy tahu habis kita semua" pesan Afiq lagi. Alyssa mengangguk setuju. Kepala menjenguk-jenguk ke luar dapur.

"Ya Allah, kamu berdua ni.. Kenapa kamu basuh pinggan-pinggan tu? Sudah, pergi duduk depan nanti Mak Timah pula yang kena marah" halau Mak Timah. Tubuh Alyssa dan Afiq ditolak keluar dari dapur.

Alyssa dan Afiq memandang sesama sendiri lalu ketawa kecil.

"Jom kita tengok drama nak? Drama china favorit princess lagi kan?" soal Afiq. Alyssa mengganguk laju.

{°•°•°•°•°•°•°•°}

Aryan berada di tapak pembinaan untuk membuat pemantauan terakhir sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur esok. Dia berjalan diiringi Affendi. Mata mereka melihat sekitar kawasan pembinaan itu.

Drriiinggg...

Telefon pintar Aryan berbunyi. Tertera nama April di skrin telefon.

"Kau nak apa?" soal Aryan dingin.

"Baby, kenapa you cakap kasar sangat dengan I?" soal April dengan gedik.

Aryan menjuling mata malas. Orang tengah sibuk dia nak ber-baby baby pula.

"Baby, kenapa guard you tak bagi I masuk rumah you? He keep pushing me. Sakit tau.." adu April. Aryan tersenyum sinis.

Aryan ada upah satu pengawal keselamatan di luar villanya untuk menjaga keselamatan Alyssa. Dia memberi arahan supaya tidak membenarkan sesiapa masuk ke  villa semasa ketiadaannya terutama sekali April.

"Baby! You dengar tak apa I cakap ni?" soal April sedikit kuat.

"Tak payah nak jerit-jerit aku belum pekak lagi. Aku yang suruh dia halang kau masuk rumah aku. Tak ada adab langsung datang rumah orang buat kecoh" kata Aryan dengan tegas.

"Berani you cakap macam ni dengan I kan! You jangan sampai I bagitahu uncle Leonardo pasal kerja sebenar you. You jangan lupa I simpan semua rahsia you dalam poket I. Bila-bila masa je I boleh bongkarkan" kata April dengan kuat. Membulat mata Aryan. Belakang lehernya diurat.

"Ja..ngan April. Ja..ngan. Aku minta maaf. Aku tak sengaja tengking kau tadi" kata Aryan mengundang senyuman kemenangan dibibir April.

"Hahaha.." tiba-tiba Aryan ketawa lepas. Berkerut kening April. Terus mati senyuman kemenangannya.

"Mesti kau bangga kan dapat takut-takutkan Aryan Mikael? Mungkin Aryan Mikael akan takut sikit but not Ryan. Ryan and Aryan is completely a different person. I bet that you still remember I used to kill people before." Sinis Aryan berkata.

"Pergi mampuslah dengan rahsia tu! Leonardo dah tahu awal-awal lagi. Kau tu yang bodo! Lurus! Kau patut bersyukur yang aku takde dekat KL sekarang" tegas Aryan. April menelan liur kasar. Kalau Aryan ada dekat Malaysia mungkin April dah kehilangan nyawa.

Tersentak April apabila dapat merasakan muncung pistol yang berada dihujung kepalanya.

"Aku terlupa pula. Aku ada pesan dekat Mr.Teddy kalau kau berdegil tak nak pergi. Just kill her." Membulat mata April.

April ingatkan Aryan tidak berani nak bunuh orang ketika di Malaysia tetapi sangkaannya memakan diri sendiri.

"I guess you better run now. Mr.Teddy is not a patience person" sinis Aryan lalu mematikan panggilan.

Terkejut April apabila memandang wajah Mr.Teddy. Dia memakai satu topeng muka teddybear.

(Gambaran topeng muka Mr.Teddy)

Nampak comel untuk orang lain tetapi bukan pada mangsanya. Senapang patah itu berada tepat di depan muka April.

April berlari lintang pukang. Apabila dia berasa tidak dikejar oleh Mr Teddy, dia berhenti dan menoleh ke belakang.

Mr.Teddy melambai ke arah April. Semakin takut April dan langkah kakinya bergerak lebih laju kali ini.

"Tuan, semua dah siap" kata Affendi yang baru muncul di belakang Aryan.

"Kalau macam tu aku rasa dah tak ada apa-apa. Esok flight aku pukul berapa?" soal Aryan kepada Affendi. Mata Aryan setia memandang ke arah kawasan pembinaan itu.

"Esok flight tuan pukul 10 pagi. Lepas breakfast kita boleh gerak terus" kata Affendi mendapat satu anggukan daripada Aryan.

"Aryan, my old friend! How are you?" Aryan menoleh ke kiri apabila mendengar suara itu.

Aryan membuang nafas berat lalu beredar dari situ. Dia menghiraukan lelaki yang menyapanya itu.

"My friend, where are you going so fast? Chill lah bro. Dah lama kita tak jumpa. Let's grab some coffee. Aku belanja" kata Zakuan.

Zakuan Zaqil merupakan ketua pembuli di sekolah mereka dahulu. Guess what? Alyssa adalah mangsa utamanya.

Zakuan yang selalu menyuruh budak-budak sekolah membuli Alyssa seperti membuang sampah di atas kepala Alyssa, membuang buku-buku Alyssa, menyimbah Alyssa dengan air sejuk, membuang bekal Alyssa dan mengunci Alyssa di dalam tandas.

Paling teruk dia hampir saja ingin membunuh Alyssa ketika mereka menghadiri kem sekolah di dalam hutan. Nasib menyebelahi Alyssa kerana Aryan dan Afiq cepat tiba di tempat kejadian.

Sudah lama mereka tidak berjumpa selepas Zakuan dibuang sekolah kerana tingkah lakunya yang melampau. Memang bala kalau Aryan Mikael bertemu dengan Zakuan Zaqil. Boleh terjadi pergaduhan yang besar seperti dulu.

"I don't drink with bullies" kata Aryan dingin lalu melangkah meninggalkan Zakuan.

Apabila melihat wajah Zakuan pasti Aryan akan marah mengenangkan apa yang pernah dia lakukan kepada Alyssa dulu.

"I heard that you marry her. Congratulations my friend you married to a handicapped. You must be suffering living with a person that can't talk." Sinis Zakuan berkata.

Aryan tidak mampu menahan lagi. Dia menarik kolar Zakuan lalu ditumbuk wajah lelaki itu.

"Watch your mouth when you talk about my wife!" tengking Aryan.

Affendi yang terkejut akan ketegangan itu hanya tercengang. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Zakuan tersenyum sinis. Hujung bibirnya yang berdarah dilap.

"Kesian aku tengok kau selalu kena protect isteri kau yang cacat. Aku tertanya-tanya sangat macam mana muka anak korang berdua nanti. Mesti cacat juga kan?" sinisnya lalu ketawa lepas.

"Pekak? Buta? Or maybe bisu macam mak dia juga." Aryan mahu menumbuk wajah Zakuan sekali lagi tetapi ditahan Affendi.

"Tuan sabar tuan. Semua pekerja tengah tengok kita sekarang. Bertenang tuan" kata Affendi. Affendi menarik Aryan jauh daripada Zakuan.

"Kau jangan berani tunjuk muka kau depan aku lagi! I swear I will kill you!" tegas Aryan. Rahang diketap kuat.

Aryan menepis tangan Affendi yang menahannya. Dia berjalan pergi diikuti Affendi dari belakang.

Zakuan tersenyum puas. Bibirnya yang berdarah dihiraukan seperti sudah terbiasa.

Sesampai di bilik hotel. Aryan mencampak kunci keretanya ke atas meja.

"Lepas satu bala satu bala datang. Arghh!" Aryan meraup wajahnya dengan kasar.

Baju kemejanya dibuka kasar. Tubuh dibaringkan di atas katil. Dia terlelap kerana terlalu penat.

"Okay memandangkan semua orang dah penat pasang khemah dan memasak. Sekarang tibalah masanya untuk makan!" Seorang cikgu bernama Hasnul memberi kebenaran untuk mereka makan.

"Fiq, mana Alyssa?" soal Aryan sambil menahan tangan Afiq yang ingin menuju ke tempat makan.

"Yelah, aku pun tak tahu? Dia kata nak pergi tengok sungai dekat bawah sana" jelas Afiq.

Aryan berasa tidak sedap hati. Sungai itu terletak agak jauh dari tapak perkhemahan mereka. Alyssa juga sudah lama berada di situ.

Aryan menarik tangan Afiq mengikutinya. Dia berlari dengan pantas menuju ke sungai itu.

"Hei, cacat! Kau tu tak sempurna macam perempuan lain. Takkan ada lelaki yang nak jadikan kau isteri. Daripada kau hidup baik kau mampus" kata Zakuan lantang.

Alyssa mengeleng laju. Wajah Alyssa dalam ketakutan.

Alyssa meronta-ronta ingin dilepaskan kerana kedua tangannya dipegang kawan-kawan Zakuan.

"Zakuan, apa kau tunggu lagi?" soal kawan Zakuan.

"Cepatlah, aku dah tak sabar ni" kata seorang lagi kawan Zakuan.

Zakuan merentap kaki Alyssa dan dihayun Alyssa ingin dicampak ke dalam sungai.

"Satu!"

"Dua!"

"Ti-"

"Woi! Lepaskan adik aku!" jerit Afiq saat melihat tubuh Alyssa dihayun.

Zakuan mencampak tubuh Alyssa ke dalam sungai lalu berlari dengan teruja.

Aryan menyuruh Afiq untuk memanggil cikgu-cikgu manakala Aryan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Alyssa. Aryan reti berenang jadi tiada masalah. Air sungai yang deras dihiraukan.

Aryan membawa Alyssa ke darat dengan selamat. Cikgu-cikgu dan murid-murid berkerumun di hadapan Alyssa dan Aryan. Cikgu Ridzuan memberi pertolongan kecemasan kepada Alyssa. Muka Aryan kelihatan sangat risau dengan keadaan Alyssa.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Alyssa memuntahkan air sungai yang dia tertelan. Lega hati Aryan.

Aryan terjaga sebaik terdengar laungan azan berkumandang dari telefon pintarnya.

"Astagfirullahalazim.." kata Aryan lalu meraup wajahnya sekali.

Aryan bangun dari katil menuju bilik air untuk mandi. Balik dari tapak pembinaan tadi dia tidak sempat mandi. Terus saja dia tidur.

Setelah selesai mandi, dia mengambil wuduk untuk solat asar. Air matanya jatuh membasahi pipi ketika dia berdoa di atas sejadah.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Afiq melihat Alyssa mundar mandir di hadapan pintu lalu dia berjalan mendekati Alyssa.

"Untunglah, bila si suami balik ada orang tengah tunggu depan pintu. Kita ni siapa je nak tunggu? Setiap kali balik tak ada orang pun kesah" keluh Afiq yang sedang berdiri disebelah Alyssa. Alyssa ketawa kecil.

"Kalau nak ada orang tunggu depan pintu cepat-cepatlah kahwin. Setiap kali Afiq balik or pergi mesti ditemani dan ditunggu." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Amboi, sekarang dah tak ada panggilan abang dah. Semalam sempat lagi berabang-abang hari ni hilang dah?" Alyssa tersengih sambil menggaru kepala.

Afiq kan adik ipar dia jadi dia kenalah praktis buang panggilan 'abang' itu.

Afiq meminta Alyssa untuk memegangkan helmetnya sementara dia memakai kasut. Melihat daripada pakaian Afiq tidak seperti mahu pergi bertugas. Mungkin dia ada hal lain.

"Terima kasih kakak ipar" usik Afiq sembari mengambil helmet dari tangan Alyssa. Alyssa ketawa kecil.

"Adik ipar nak pergi kerja dulu. Kakak ipar jaga diri tau. Assalamualaikum kakak ipar" kata Afiq. Alyssa ketawa lepas bersama Afiq.

Sebuah kereta bugatti divo meluncur masuk ke rumah agam Dato Mustafar. Kereta itu berhenti betul-betul depan Afiq. Afiq dan Aryan berpandangan tajam. Terkejut beruk Alyssa.

"Panjang umur suami kakak ipar" kata Afiq sambil menoleh memandang Alyssa dibelakang dengan seukir senyuman. Afiq bergerak ke garaj untuk mengambil motorsikalnya.

Alyssa berlari ke depan pintu kereta Aryan dengan teruja. Alyssa salam tangan Aryan penuh hormat. Tanpa berkata apa-apa Aryan terus masuk ke dalam rumah. Terkedek-kedek Alyssa mengejar langkah besar Aryan.

Afiq mengeleng kepala melihat perlakuan abangnya terhadap Alyssa. Ini ke plan bodo yang abang dia katakan itu? Kalaulah Afiq yang kahwin dengan Alyssa pasti dia akan layan Alyssa bagaikan permaisuri. Tetapi Aryan dah cop Alyssa awal-awal. Terpaksalah dia cari yang lain.

---------------------

Czytaj Dalej

To Teลผ Polubisz

571K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-๐€๐‘๐™๐„๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‹ ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘ Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...
52.5K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
HYDRA 187 Autorstwa eynaasarah

Tajemnica / Thriller

22.2K 2K 29
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
555K 19.1K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...