KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1.2M 45.3K 3.7K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
34 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
38 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

16 | AM

19.1K 714 20
By imzafira_

Alyssa yang terakhir sampai ke ruang tamu dengan telekung yang sudah siap dipakai.

"Aryan, bangun." Mansur mengejutkan Aryan yang tertidur sementara menunggu Alyssa bersiap. Aryan menggosok matanya lalu berdehem sekali.

"Aryan, kamu jadi imam" kata Mansur. Aryan mengangguk sekali sebelum bergerak ke saf depan. Aylssa tersenyum tipis kerana ini merupakan kali kedua mereka solat berjemaah.

Setelah Mansur selesai memberi iqamat, Aryan menarik nafas dalam lalu berniat solat subuh.

"Allahuakhbar."

Setelah selesai solat subuh yang diimamkan oleh Aryan. Mansur mengiringi bacaan doa lalu mereka bersalaman.

"Aryan, pergi tidur dalam bilik. Abi tengok muka kamu penat sangat. Ini mesti Alyssa paksa kamu balik kampung kan?" kata Mansur sambil mengerling Alyssa yang sedang duduk disebelah Aryan.

"Alyssa, lain kali jangan buat macam ini. Suami kamu kerja bukan biasa-biasa. Dia seorang askar. Bila-bila masa saja dia akan dipanggil untuk menjalankan misi. Dia perlukan banyak rehat. Kaki abi terseliuh sikit je tak teruk pun" kata Mansur dengan tegas tetapi terselit kelembutan pada nada suaranya.

Mansur mengeleng kepala melihat Alyssa yang sedang tertunduk. Mesti betul tekaan Mansur kalau Alyssa menunduk begitu.

Aryan memandang Alyssa terdetik perasaan simpati.

"Abi janganlah marah Alyssa. Aryan yang nak balik sebab risaukan abi sensorang dekat sini." Aryan cuba meredakan situasi tegang itu. Sedar tak sedar Aryan juga salah seorang yang akan menyelamatkan Alyssa apabila dimarahi sesiapa.

"Yelah." Mansur mengeluh berat sebelum berura-ura ingin bangun dari kerusi lalu dipapah oleh Aryan. Aryan memapah Mansur sehingga ke dalam bilik.

Alyssa mengeluh kecil lalu melipat sejadah-sejadah yang digunakan. Sedih hatinya apabila dimarahi Mansur tadi. Dia bukan sengaja buat macam ini. Dia memang betul-betul terkejut dan tidak berfikir panjang pada masa itu.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

"Kamu nak pergi mana, Katrina?" soal Dato Mustafar kepada isterinya.

"Nak pergi rumah Aryan. Saya rindu sangat dengan Alyssa" kata Datin Katrina.

"Tak payah, Aryan text saya tadi kata diorang balik kampung sebab bapa mertua dia jatuh tangga."

"Ya Allah, teruk ke?" soal Datin Katrina penuh cemas.

"Tak teruk, cuma terseliuh sikit Aryan kata" jelas Dato Mustafar. Datin Katrina mengangguk faham. Baru nak jumpa dengan menantu kesayangan.

"Saya outstation 3 hari. Saya dah bankin duit untuk awak. Kalau tak cukup call saya. Kalau ada apa-apa jadi pun call saya tau" kata Dato Mustafar lalu menghulurkan tangan kepada Datin Katrina. Datin Katrina salam penuh hormat dengan sengihan lebar. Tak dapat jumpa menantu kesayangan tapi dapat duit. Lagi lah happy Datin Katrina. Boleh lah shopping sepanjang suaminya tiada di rumah.

Alyssa seorang saja yang tidak tidur selepas solat subuh. Dia mandi kemudian mengemas rumah. Setelah jam menunjukkan pukul 8 pagi dia menuju ke dapur untuk memasak, menyediakan sarapan untuk Mansur dan Aryan.

Kalau di kampung dia selalu masak nasi lemak sebab itu adalah favorit Mansur. Alyssa belajar resepi itu daripada arwah uminya sendiri.

"Alyssa, kamu dah siap masak?" soal Mansur yang sedang berdiri di atas tangga.

Melihat Mansur berjalan membuatkan Alyssa marah. Dia naik ke atas lalu memapah Mansur untuk masuk ke dalam bilik semula.

"Kita nak pergi mana Alyssa?" soal Mansur bingung. Alyssa melepaskan tangan Mansur.

"Abi tak boleh jalan. Kaki abi sakit lagi. Jom masuk bilik." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Tapi abi dah lama sangat terperap dalam bilik tu. Biarlah abi makan dekat bawah" rayu Mansur. Alyssa menggeleng laju. Dia terus saja memapah Mansur sampai ke dalam bilik.

"Abi tunggu dekat sini. Nanti Alyssa bawa makanan naik atas." Mansur menganggukkan kepala sambil tersenyum segaris.

'Ahhh! Ahhh! Ahhh!' Jeritan daripada mangsa-mangsa penculikan itu. Mereka menjerit ketakutan apabila mendengar das-das tembakan dan bunyi bom yang kuat.

"Ikhwan! Bawa semua mangsa ke bangsal di sebelah kiri!" Leftenan Aryan mengarahkan prebet-prebetnya untuk membawa mangsa ke tempat yang lebih selamat.

"Baik, tuan!"

"Fathi, Ilyas, Afiq! Ikut aku!" arah Leftenan Aryan.

"Baik, tuan!" Serentak mereka berkata.

Setelah menarik perhatian musuh ke dalam hutan untuk menjauhkan mereka daripada mangsa-mangsa itu.

"Helang now!" arahan diberikan kepada Haniff yang sudah berada diposisi. Tembakan dilepaskan kepada 5 orang musuh yang mengejar dari belakang.

Semua tumbang ditembak Haniff. Peluru Haniff tidak pernah terlepas dari seorang musuh walaupun musuh yang licik.

POM!

Bunyi letupan yang sangat kuat didengari mereka semasa sedang membunuh musuh di dalam hutan. Tanpa berfikir panjang Leftenan Aryan berlari keluar untuk memeriksa diikuti Haniff dari belakang.

"Tidakkk!!!" Jerit Leftenan Aryan ketika melihat bangsal yang menempatkan mangsa-mangsa tadi telah terbakar. Langkahnya ditahan oleh Staf Sarjan Haniff ketika musuh melepaskan das tembakan ke arah mereka.

Aryan tersedar dari tidurnya. Dia bangun dari baringannya. Wajahnya diraup berkali-kali. Memang jadi tentera akan ada mimpi buruk macam ni kadang-kadang.

Alyssa membawa satu dulang berisi nasi lemak dan segelas air putih ke dalam bilik Mansur. Dia menyuapkan Mansur nasi walaupun sudah ditolak oleh Mansur berkali-kali. Yang sakit kaki Mansur bukan tangan. Kalau tak diikutkan kemahuan Alyssa mahu merajuk dia nanti. Perangai saling tak tumpah macam arwah uminya.

"Aryan dah bangun, Alyssa?" soal Mansur sambil menghirup segelas air putih. Alyssa mengeleng lemah.

"Penat sangat agaknya. Aryan memang kuat bekerja ke Lyssa? Abi tengok muka dia penat sangat. Kamu tak tolong urutkan suami kamu ke, Lyssa?" Kalau dulu sebelum Alyssa berkahwin dia yang selalu urutkan bahu dan kaki Mansur. Alyssa memang seorang anak yang baik.

"Lyssa, kamu dengar tak ni abi tengah bercakap?" Panjang Mansur bercakap tetapi satu pun Alyssa tidak menjawab. Dia menundukkan kepala sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Aryan tak pernah suruh Alyssa urutkan dia. Jadi Alyssa tak buatlah." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mansur mengeleng kepala.

"Pergi tengok suami kamu. Mana tahu dia tengah cari kamu" kata Mansur dingin.

"Tapi abi belum habis makan." Kata Alyssa lalu berura-ura ingin mengambil pinggan yang berada di atas meja kecil itu.

"Syurga kamu di bawah telapak kaki suami kamu. Bukan lagi ditelapak kaki abi. Pergi tengok suami kamu. Jangan risaukan abi. Nanti ada apa-apa abi panggil." Tegas Mansur. Alyssa mengangguk lalu keluar dari bilik Mansur.

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan sebelum Alyssa menjenguk Aryan yang masih tidur nyenyak di atas katil. Dia masuk lalu merapatkan pintu semula. Dia bergerak ke arah Aryan lalu menepuk lengan Aryan berkali-kali.

Aryan langsung tidak bergerak. Alyssa duduk di hujung katil lalu digoncang bahu Aryan berkali-kali. Berkerut kening Alyssa kerana tiada respon daripada Aryan.

Alyssa melihat dada Aryan masih lagi naik turun maksudnya hidup lagi lah kan? Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Aryan. Jari telunjuk diletak di depan hidung Aryan. Masih bernafas.

Dengan pantas Aryan menangkap pinggang Alyssa lalu ditarik ke atas katil sehingga berbaring disebelah Aryan. Pinggang Alyssa dipeluk kuat sehingga tiada jarak antara mereka. Senyuman miring Aryan terukir lalu matanya dibuka perlahan.

Alyssa menolak dada Aryan tetapi tidak dapat menandingi kekuatan Aryan. Jarak mereka semakin intim.

"Kenapa kau takut sangat kalau aku nak pegang kau? Kalau aku nak buat apa-apa sekali pun kita dah halal kan?" soal Aryan dengan sinis.

Mestilah Alyssa takut. Kalau Aryan pukul dia lagi macam mana. Lagipun Aryan dah pernah kata yang dia takkan sentuh perempuan macam Alyssa. Jadi siapa yang takut siapa sekarang.

Aryan semakin mendekatkan wajahnya dengan wajah Alyssa.

Prang!

Aryan dan Alyssa serentak bangun dari katil dan bergegas ke bilik Mansur.

Aryan memapah Mansur duduk di atas katil. Alyssa mengemas pinggan yang terjatuh di atas lantai.

"Abi minta maaf Aryan, Alyssa. Tadi abi nak pergi tandas tapi tertepis pinggan" kata Mansur lembut.

"Kenapa pula abi nak minta maaf? Bukan salah abi pun. Kitorang lagi risau kalau apa-apa terjadi dekat abi" balas Aryan lembut.

Alyssa tersenyum segaris melihat Mansur dan Aryan. Dia mengemas sisi nasi yang tertumpah di atas lantai.

Setelah Aryan membawa Mansur ke tandas, dia membawa Mansur ke bilik semula.

"Bosan betul duduk dalam bilik ni. Nak jalan-jalan tapi Alyssa tak bagi. Nanti merajuk pula Alyssa dengan abi." Aryan tersenyum segaris lalu duduk dibirai katil.

"Haih, perangai Alyssa sebijik macam umi dia. Kalau ada sesiapa sakit dalam rumah ni kena duduk dalam bilik tak boleh bergerak pergi mana-mana" kata Mansur lalu ketawa kecil mengingati arwah isterinya. Aryan turut tersenyum mendengar cerita singkat Mansur.

"Alyssa tu manja sebernarnya kalau kamu nak tahu. Bila sakit dia banyak meragam. Makan tak nak, makan ubat tak nak, apa pun tak nak. Tapi dia akan makan kalau ada orang suapkan dia" kata Mansur mengundang ketawa kecil Aryan.

"Aryan, kamu jaga Alyssa baik-baik ya? Dia adalah satu-satu nya permata peninggalan arwah umi untuk abi. Abi sayang dia separuh nyawa abi. Jangan sakitkan dia walaupun kamu terpaksa.. Pulangkan dia pada abi macam mana abi berikan dia pada kamu kalau kamu rasa kamu tak mampu nak pimpin dia lagi. Setitis air mata dia mengalir seperti Aryan menikam pisau dijantung abi sekali." Pesanan abi membuatkan Aryan tergamam. Macam mana abi boleh tahu tentang semua ni? Alyssa ada bagitahu abi ke?

Teringat pula kekasaran yang Aryan telah lakukan kepada Alyssa. Maafkan Aryan sebab dah mungkiri janji abi. Aryan buat semua kerana terpaksa demi menjaga keselamatan permata abi dan permata Aryan.

"Walaupun Aryan dah sakiti Alyssa tetapi Aryan bersumpah yang Aryan takkan pulangkan dia pada abi. Aryan sanggup dibenci Alyssa tapi Aryan tak sanggup kehilangan dia.." bisik hati Aryan. Bibir diketap menahan sebak.

"Kamu pergi tengok Alyssa. Rasanya dah lama dia pergi kedai runcit. Dah nak sampai rasanya" kata Mansur. Aryan keluar dari bilik Mansur lalu menuju pintu hadapan.

Aryan menjenguk sekeliling jalan raya yang berada di hadapan rumah. Tiada langsung kelibat Alyssa. Dia mulai rasa tidak senang hati. Dia mengambil keluar telefon pintarnya dari poket seluar.

Isteri Alyssa

'Kau dekat mana?'

'Tak jumpa jalan balik ke?'

'Basikal saya pancit'

'Abang boleh datang ambil
saya tak?'

'Kau tunggu situ aku datang'

'Send loc'

'Dalam kampung pun nak
send loc ke?'

'Saya dekat jalan lama ni'

'Jalan kampung mana aku tahu'

'Ini kampung kau bukan aku'

'Send loc'

✔Double tick

"Dia double tick aku?" Aryan menelfon Alyssa kerana mesej tidak dibalas.

"The number you have dialed is not available.."

"Kenapa tak dapat pula? Ini bukan nombor dia ke?" Sebelah keningnya ternaik. Dia masuk semula ke dalam rumah mencari Mansur.

Pintu diketuk sebelum mendapat keizinan dari Mansur untuk masuk.

"Abi, Aryan nak tanya jalan lama ikut jalan mana? Ikut jalan besar juga ke?" soal Aryan lembut. Dahi Mansur berkerut sejuta.

"Kenapa kamu tanya? Ada hal ke dekat situ?" soal Mansur penuh tanda tanya. Macam mana Aryan tahu tentang jalan lama?

"Tak ada apa pun. Alyssa kata basikal dia pancit dekat sana. Dia minta Aryan pergi ambil dia dekat sana." Mansur sungguh terkejut mendengar kata-kata Aryan.

"Kamu pergi cari Alyssa cepat. Jalan lama tu dah tak ada orang guna sebab itu dah jadi tempat penagih dadah. Dah banyak anak dara kena kacau bila lalu situ" kata Mansur dengan cemas.

Tanpa berfikir lama, Aryan berlari keluar mencari Alyssa setelah Mansur memberitahunya arah ke jalan lama itu. Dia berlari dengan pantas memandangkan jalan lama itu tidak jauh dari rumah mereka.

Aryan berhenti sejurus ternampak Alyssa menuntun basikalnya. Alyssa ternampak Aryan lalu tersenyum lebar.

Aryan berlari mendekati Alyssa lalu memeluk tubuh kecil itu dengan erat. Tersentak Alyssa. Tubuh Alyssa terkaku begitu saja. Selang beberapa saat, Aryan melepaskan pelukan lalu mencengkam bahu Alyssa.

"Kenapa kau guna jalan ni? Kau tahu kan bahaya? Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana?" soal Aryan bertubi-tubi. Kawasan itu terlihat sangat sunyi sepi. Tiada satu orang mahupun kenderaan lalu di situ.

Alyssa tercengang melihat wajah Aryan yang cemas seperti dalam ketakutan.

"Kenapa kau tak balas message and call aku? Jawablah aku tanya ni." Tegas Aryan bertanya sambil menggoncang bahu Alyssa.

Alyssa menunjuk telefon pintarnya yang sudah kehabisan bateri. Senyuman polos ditayangkan kepada Aryan.

"Lain kali biar aku yang beli barang. Kau duduk rumah je." Alyssa mengangguk laju.

Aryan mengambil alih menuntun basikal itu. Sebelah lagi tangan memeluk erat bahu Alyssa. Alyssa tidak mampu berkata apa-apa setelah mendapat amaran tegas daripada Aryan.

Sebaik sampai ke rumah Aryan terus masuk ke dalam bilik. Alyssa menuju ke dapur untuk memasak.

"Kenapa dia marah sangat? Aku pergi beli barang je pun. Aku dah minta izin kut. Basikal tu pancit pun bukan salah aku." bisik hati Alyssa.

Alyssa menyimpan barang basah di dalam peti sejuk. Sebaik dia berpusing ke belakang terkejut dia melihat tubuh Aryan di depan matanya.

"Aku nak mandi tapi tak ada baju. Pinjam baju kau" kata Aryan selamba. Berkerut dahi Alyssa. Takkan nak pinjam baju Alyssa pula. Pinjamlah baju abi.

"Boleh ke tak?" soal Aryan dingin. Alyssa mengeleng laju.

"Kenapa pula? Kau tahu tak disebabkan kau aku terpaksa redah hujan cari kau malam-malam. Ingatkan dah kena culik tapi ada elok je dekat bas stop. Rugi masa aku je. Tak cukup dengan tu boleh pula kau guna jalan lama padahal kau tahu jalan tu bahaya. Patutnya aku biarkan je kau jalan balik sendiri. Pandai-pandai nak guna jalan tu" bebel Aryan panjang lebar sambil mencekak pinggang. Dada Alyssa turun naik.

"Dia yang nak cari kita sangat lepastu nak salahkan kita pula. Aku gigit betul-betul baru tau!" Bisik hati Alyssa. Aryan memetik jari didepan wajah Alyssa.

"Kau mengelamun apa? Aku dah panas ni. Cepatlah ambilkan aku baju. Kalau tidak aku bogel depan kau" kata Aryan lalu berura-ura ingin mencabut seluarnya. Tersentak Alyssa lalu berlari naik ke atas tetapi dilengannya ditarik Aryan.

"Aku nak tanya kau satu soalan. Kau ada mengadu dekat abi pasal aku pukul kau ke?" bisik Aryan. Laju Alyssa mengeleng.

"Kau jangan tipu." Jari telunjuk Aryan naik menuding di depan wajah Alyssa. Lagi-lagi Alyssa mengeleng.

"Kalau macam tu bagus. Jangan sampai ada sesiapa tahu kalau kau tak nak kena lagi teruk" bisik Aryan keras. Alyssa mengangguk laju.

Tangan Alyssa dilepaskan sebekum Alyssa berlari anak naik ke atas mencari pakaian untuk Aryan. Aryan menghembus nafas lega. Tapi kalau dia tak bagitahu Mansur macam mana Mansur boleh tahu? Pelik-pelik lah keluarga ni boleh baca isi hati orang. Kaki bergerak ke bilik mandi.

Selang beberapa minit Alyssa mengetuk pintu bilik mandi. Alyssa sudah meminta izin Mansur untuk meminjamkan pakaian kepada Aryan.

Tiba-tiba pintu bilik mandi dibuka luas membuatkan Alyssa menutup wajahnya dengan kedua tangan.

"Kenapa kau tutup muka kau? Kau nampak hantu ke?" soal Aryan. Alyssa masih tidak menurunkan tangannya.

Aryan menarik pakaian yang ada pada tangan Alyssa. Tangan Alyssa turut Aryan tarik ke bawah tetapi mata Alyssa tertutup rapat.

Aryan mengeluh kecil sebelum dia menunduk kepala melihat tubuhnya

"Kau ingat aku bogel eh?" Bisik Aryan ditepi telinga Alyssa. Bibir tersenyum miring. Alyssa mengeleng laju dengan mata tertutup.

"Open your eyes, darling." Aryan mengusap lembut pipi Alyssa. Semakin tajam senyuman Aryan. Alyssa menelan liur berkali-kali. Meremang bulu romanya apabila terkena sentuhan sejuk dari tangan kasar Aryan.

"Aryan, kamu dah mandi?" soal Mansur yang berada di depan tangga. Aryan menoleh memandang Mansur sambil tarik disorokkan ke belakang. Alyssa mencelik matanya memandang Mansur.

"Ye, abi. Aryan baru habis mandi" kata Aryan lalu tersenyum segaris. Kaki bergerak naik ke atas.

Alyssa memandang tubuh belakang Aryan yanh memakai tuala dipinggang. Ingatkan bogel tadi. Buat terkejut Alyssa je.

----------------------

Continue Reading

You'll Also Like

12.3K 427 24
"Bagi aku kau lah yang paling sempurna.. tak ada sapa yang boleh ganti kau selain mama aku " - Muhammad Rayyan Rizqin
47.2K 1.7K 5
Himpunan E-Book berbayar dan percuma karya Hazen. Jika pembaca berminat mahu membelinya, saya telah sertakan maklumat terperinci, keratan ringkas cer...
1.4M 47.2K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED βœ”οΈ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...
2.4M 158K 71
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...