MR PIRATE

由 CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.7K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... 更多

PROLOG
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

BAB 1

70.6K 3.7K 1.2K
由 CIK_ZALIKHA

                    DEBUSH!

TUBUHNYA terus tenggelam ke dalam air laut. Kedua-dua belah tangan terkapai-kapai cuba untuk berenang ke permukaan air. Malah tenggelam terus ke bawah. Oksigen semakin lama terasa semakin menghilang. Dada terasa sesak. Rongga hidung terasa pedih saat air laut masuk.

Dalam samar-samar, dia melihat bayangan tinggi yang berdiri di atas titi kayu itu. Langsung tidak bertindak panik saat melihat dia yang sedang lemas.  Masih boleh berdiri dengan tenang bersama senyuman penuh sinis.

Adakah orang itu...

Sememangnya menantikan saat ini?

Untuk melihat dia mati dalam keadaan yang terseksa?

Oksigen semakin menghilang. Entah berapa banyak air laut yang sudah ditelan. Sehingga perut terasa mengeras. Tangan yang daripada tadi terkapai-kapai meminta pertolongan, kini terhenti. Kelopak mata yang kemerahan menahan pedih air laut, sedikit demi sedikit tertutup. Tubuh remaja itu semakin tenggelam jauh ke dalam.

Mungkin ini takdir yang telah tertulis.

Dia akan mati dalam keadaan lemas dan tenggelam jauh ke dasar laut.

'Mak... kita akan jumpa tak lama lagi.' bisik hatinya. Dia reda jika ini ketentuan yang maha Esa.

DEBUSH!

Bunyi percikan air dari atas. Seolah-olah ada yang berani terjun ke dalam air laut yang dalam ini. Dia sudah tidak berdaya untuk membuka mata melihat siapa si penyelamat. Namun tubuhnya terasa seperti ditarik dan dibawa bersama-sama berenang ke atas.

"Ui!" Pipinya ditampar-tampar saat tubuhnya dibawa ke darat. Pasir halus melekat diseluruh tubuh. Muka pucat membiru. Bibir menggelupas. Masih tidak sedarkan diri.

Biarpun mata sudah tidak terdaya untuk terbuka semula. Tetapi telinga masih dapat mendengar desahan suara yang begitu cemas. Orang itu... pasti sedang panik.

"Bangun! Hei!" Tubuh digoncang-goncang.

"Uhupai! Uhupai!" Jerit suara itu. Dengar seperti sedang meminta pertolongan dalam bahasa yang dia sendiri tidak faham. Malang sekali, tiada sesiapa pun disitu melainkan mereka berdua sahaja. Sudah tiada cara lain. Dia tidak boleh  terus menunggu bantuan tiba.

Gadis ini... mungkin boleh mati!

Langsung kepala gadis  itu di dongakkan sedikit. Memudahkan aliran saluran udara untuknya. Hidung dipicit. Tanpa menunggu lama, terus dia menundukkan wajah. Melakukan pernafasan dari mulut ke mulut seperti seorang yang profesional.

"UHUK!" Semerta air laut termuntah keluar dari mulutnya saat diberi hembusan nafas ketiga. Tubuh masih lagi lemah. Nafas tercungap-cungap mencari oksigen yang tadinya menghilang. Kelopak mata sedikit demi sedikit terbuka. Pandangannya masih lagi samar-samar.

"Saya dah mati ke?" Soalnya lemah. Entah dimana lucunya hingga membuat lelaki itu tergelak kecil. Kepalanya kelihatan seperti menggeleng. Bibirnya menyengih hingga menampakkan barisan gigi cantik yang tersusun rapi. Gembira apabila dia sudah sedar.

"Tak. Kau masih hidup." Dia bersuara.

Sepasang kening itu terjongket ke atas. Benarkah?

"Saya belum mati?"

Kepala itu mengangguk.

"Tapi kenapa saya nampak bidadari lelaki yang kacak sekarang?" Soalnya dengan muka berkerut. Dalam samar-samar, dia dapat melihat kulit putih merah jambu lelaki itu yang begitu cantik. Kening lebat yang terukir kemas. Bibir mungil yang begitu manis apabila tersenyum. Dan anak matanya... begitu indah sekali saat dipandang. Warna biru jernih air laut yang membuatkan dia terus tenggelam ke dalamnya.

Mana ada manusia sekacak ini. Tak lain tak bukan, dia sudah berada di syurga.

"Cantiknya..." sempat lagi dia memuji mata biru yang dimiliki lelaki itu. Sebelah tangan naik ingin menyentuhnya. Terpukau.

"Siapa awak sebenarnya?" Soalnya. Benar-benar ingin tahu.

Bibir lelaki itu nampak terbuka sedikit seolah-olah ingin memberitahu namanya. Bahkan, belum sempat dia hendak bersuara tiba-tiba...

KRINGGG!!!

Jam loceng sudah mencelah terlebih dahulu. Mimpinya lebur sekelip mata. Husna membuka mata. Dalam keadaan malas, dia mencapai jam loceng disebelah katil lalu menutupnya dari terus berdering. Dah pukul enam rupanya. Patutlah.

"Haish!" Husna mendengus geram. Sedikit sahaja lagi nak dapat jawapan tadi.

"Kenapalah kau perlu mencelah waktu-waktu macam ni? Kau tahu tak mimpi pasal lelaki mata biru tu bukannya selalu? Aku cuma nak tahu nama dia! Tak guna betullah jam macam kau ni!" Bebel Husna, terus jam itu hentak ke atas meja. Tidak puas hati.

Rambut hadapannya yang serabai diselak ke belakang. Tubuh digerakkan ke kiri dan ke kanan, membetulkan tulang belakang yang terasa lenguh. Mungkin posisi tidurnya salah. Setelah itu, barulah dia turun dari birai katil.

Menuju ke arah satu lukisan yang ditutupi dengan kain putih. Diselak sedikit kain itu ke tepi. Menampakkan sebuah lukisan separuh muka yang tidak jelas, bermata biru.

"Siapalah engkau agaknya?" Soal Husna pada lukisan itu. Sudah bertahun-tahun berlalu, tetapi dia masih lagi belum mengetahui siapa jejaka disebalik mata biru ini. Dan yang pasti, jika suatu hari mereka bakal dipertemukan. Dia mahu mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkannya daripada mati lemas.
Tindakan berani jejaka itu, buatkan dia hidup sampai sekarang.








                USAI menyiapkan diri, berpakaian korporat dan dikenakan dengan selendang berwarna hitam. Husna melangkah turun dari tingkat dua menuju ke arah ruang makan. Sambil kaki melangkah, anak mata tumpu pada cermin poket yang dipegang. Menyapu lipstik dibibir yang agak sedikit comot.

"Jemput makan, Cik Husna." Pelawa Mak Timah sebaik sahaja melihat Husna tiba dimeja makan.

"Hmm..." ringkas sahaja responnya.

Kerusi terus ditarik lalu dia melabuh punggung di situ. Selesai memperbetulkan tudung dan lipstick dibibir, lantas cermin poket itu disimpan ke dalam beg tangan miliknya. Kemudian muka diangkat memandang lauk-pauk yang terhidang di atas meja.

"Apa benda yang kau masak ni?" Soal Husna dengan muka berkerut. Riak wajahnya terus berubah tegang saat terpandang cuma lauk ikan goreng, telur dadar dan sayur campur yang berada di hadapan mata.

Mak Timah menundukkan kepala. "Maaf, Cik Husna. Cuma itu aje yang Mak Timah jumpa dalam peti ais. Dato' pun baru aje bagi duit pada Mak Timah untuk beli barang dapur petang ni."

"Habis kau nak paksa aku telan makanan miskin ni huh?" Soal Husna dengan nada suaranya yang sedikit menaik.

"Jangan cakap macam itu, Cik Husna. Lebih sedap makanan ni daripada makanan barat. Makanlah dulu untuk alas perut. Mak Timah janji, balik nanti Mak Timah masak makanan kegemaran Cik Husna."

"Kau nak suruh aku makan ikan goreng ni?" Soal Husna.

Mak Tijah angguk kepala.

Bibir Husna terjuih. Sinis. Seekor ikan goreng diatas pinggan diambilnya sebelum dia bangun dari kerusi. Kemudian, dia pusing menghadap orang tua yang sedang menunduk kepala itu. Lantas dagu Mak Timah dicengkam lalu dipaksa untuk mendongak memandang wajahnya.

"Kau sendiri tahukan, makanan ni lebih layak untuk siapa? Aku tak makanlah makanan sengkek macam ni melainkan orang tua macam kau!" Terus ikan goreng itu ditonyoh ke bibir Mak Timah dengan geram. Ditekan-tekan ikan itu untuk disumbat masuk ke dalam mulut orang tua itu, memaksa dia untuk merasakan makanan yang kononnya sedap sangat itu.

Dia mendengus keras. Baru puas hati apabila melihat bibir orang tua itu yang kini comot. Ikan goreng yang sudah hancur itu dibuang ke lantai.  Biar dijadikan satu pengajaran agar tidak menghidangkan lagi lauk murah seperti ini kepadanya.

Melihat air mata mula bertakung dibawah kelopak mata Mak Timah, Husna langsung tak kesah. Nak nangis? Nangislah! Jangan harap dia akan minta maaf atas perbuatan tadi. Kemudian dia memeluk tubuh, berpaling memandang ke lain saat orang tua itu mula tunduk mengutip ikan goreng yang bertaburan di lantai.

"Sampai hati Cik Husna buat rezeki macam ini..."

"Rezeki apanya? Rezeki aku bukan makanan yang kau masak sekarang ni!"

"Cik Husna sepatutnya bersyukur Tuhan masih berikan nikmat makan dan kenyang. Di luar negara sana ada yang sampai sanggup kutip makanan atas jalan disebabkan lapar. Dapat cebisan roti pun mereka tetap bersyukur."

"Eh, kau diamlah! Diaorang jadi macam tu sebab langsung tak dapat makan. Aku ni tiap-tiap hari dapat makan, habis kau fikir aku boleh terima ke kalau kau bagi cebisan roti huh?! Nak bandingkan pun... banding yang sama taraf. Bukan yang jauh beza! Kehidupan aku dengan diaorang lain.  Sudahlah! Malas aku nak layan kau. Makan dekat luar lagi baik!" Sinis Husna, lantas beg tangan serta telefon canggih di atas meja di capai sebelum dia mengatur langkah meninggalkan ruang makan itu. Sengaja bahu Mak Timah dilanggar sehingga orang tua itu sedikit terinjak ke tepi.

Sedar air mata jatuh menitis ke pipi. Laju tangan Mak Timah mengelapnya semula dengan lengan baju kurungnya. Lauk yang dikutip tadi diletakkan semula ke atas pinggan. Kalau dibuang membazir, jadi biar dia sajalah yang makan.

"Mak Timah, anak saya tak sarapan ke?" Tegur Dato Idris sebaik sahaja turun ke tingkat bawah. Hanya mengenakan baju melayu berwarna biru. Kebetulan dia baru sahaja habis menunaikan solat wajib dan solat sunat. Cadangnya ingin menjamu sarapan pagi bersama anak perempuannya namun tak pula dia lihat Husna di meja.

Sampai sahaja pada Mak Timah, keningnya berkerut. Ditarik bahu orang tua itu menoleh ke arahnya supaya dia dapat lihat dengan jelas. Matanya merah menyala seperti baru lepas menangis, tatkala muka pula penuh dengan kesan comot kulit ikan.

"Husna ke yang buat macam ini kepada Mak Timah?" Soal Dato' Idris, tegas.

"Tak apalah, Tuan... dia masih muda..."

"Haish, muda apanya? Dia tu dah besar panjang! Memang nak kena budak ni! Ikut saya Mak Timah!"

"Tuan nak ke mana ni?" soal Mak Timah, terpinga-pinga apabila pergelangannya terus ditarik oleh Dato' Idris menuju ke ruang utama. Makin lama, makin melampau perangai anak daranya yang seorang ini! Setahunya, dia tidak pernah mengajar Husna berkelakuan kurang ajar di hadapan orang tua.

"Husna!" Panggil Dato Idris bersama cerlungan tajam tepat ke arah Husna yang sedang menyarung kasut tumit tinggi di hadapan pintu utama. Tak tunggu lama, dia terus meluru ke arah anak perempuannya.

Mendengar namanya diseru, Husna pusing ke belakang. Dia mengangkat sepasang kening ke arah bapanya. 

"Ada apa, yah?" Soal Husna seolah-olah tidak tahu apa-apa.

"Kenapa buat Mak Timah macam ni? Mana pergi hormat kamu pada orang tua huh?!" Tengking Dato Idris. Garang.

Sedangkan Husna menjuling anak mata ke atas. Menyampah. Sebab Mak Timah aje ke sampai bapanya mengamuk begini? Buang masa.

"Ayah nak marah Husna kenapa? Marah Mak Timah tulah sebab tak reti buat kerja elok-elok. Ada ke patut dia hidangkan makanan murah tu dekat Husna? Memang tak boleh terimalah!"

"Ayah yang suruh Mak Timah hidangkan makanan tu. Sengaja nak tengok kamu boleh terima atau tak. Kalau tak nak makan sekalipun, tak perlu sampai tonyoh ikan goreng tu ke muka orang tua!"

"Okay fine! Lepas ni Husna takkan buat macam tu lagi. Puas? Heh!" Husna mendengus. Malas nak bertikam lidah waktu pagi ini. Sudahlah belum sarapan, selepas itu kena hadap bebelan lagi! Ergh, merimaskan betul. Bisiknya di dalam hati.

Dato Idris mengetap bibir. "Dah tu? Tak reti nak minta maaf?"

"Maaf?" Mulut Husna terlopong serupa tak percaya. Ditunding jari telunjuk ke muka sendiri. Dia atau Mak Timah yang seharusnya minta maaf? Walhal, dia seorang bos!

"Apa pula Husna nak kena minta maaf dekat dia?" Soal Husna, keras kepala. Mana mungkin dia akan tunduk pada orang lain! Nampak hina.

"Minta maaf kepada Mak Timah, sekarang!" Sekali lagi Dato' Idris mengulangi arahannya. Keras tetapi tegas.

"Dialah kena minta maaf dekat Husna!"

"Jangan berdegil, Husna!"

"Ergh, fine! Sorry!" Sekali lalu sahaja dia meminta maaf sebelum terus mengatur langkah ke arah kereta Mercedes miliknya. Dihempas pintu kuat-kuat bagi menunjukkan amarah. Namun, Dato Idris sedikit pun tidak kesah. Malah lebih terasa geram apabila anaknya meminta maaf dengan cara tidak ikhlas di hadapan orang tua.

"Bang, kenapa tu?" Sampuk suara Datin Khadijah yang baru muncul. Dia menapak langkah menghampiri suaminya. Bahkan Dato Idris tidak menoleh, masih lagi merenung tajam ke arah kereta mahal yang sedang berundur keluar daripada halaman rumah.

Sekejap Datin Khadijah menoleh ke arah yang sama. kening berkerut. Tidak tahu apa yang telah terjadi.

"Anak dara saya tu dah tak reti nak hormat orang tua lagi. Selalu sangat dibesarkan dengan kemewahan sampaikan bongkak pada orang bawahan!" Bebel Dato' Idris, tidak puas hati.

"Astaghfirullah hal Azim..." mengucap Datin Khadijah mendengarnya. Kepala turut menggeleng. Apa nak jadi dengan si Husna ni? Makin meningkat dewasa, makin hilang hormatnya kepada manusia yang lebih tua.

繼續閱讀

You'll Also Like

7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
8.1M 549K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
1.5M 47.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...