OG | Cerita Ini Cerita Kita

By aafirn

1.4K 30 9

"Aku terima nikahnya Nur Fatima binti Ilyas dengan mas kahwinnya sebanyak RM 300 tunai." Lafaz yang dizahirka... More

1
2
3
4
5
6
7
8
hello
9
10
11
12
14

13

155 5 6
By aafirn

Bab lepas I cakap I akan update new bab kalau I dapat 10 votes, kan? Tapi sebab I tak berjaya dapat even 10 votes, I tetaplah belanja a new bab. Happy reading!

-

BUNYI ketukan pada pintu bilik mengejutkan Fatima yang sedang leka menaip rancangan pengajaran harian di dalam komputer riba. Terus dia bangun dari kerusi lalu menguak pintu biliknya.

“Hai.” Firhan menegur sebaik pintu ditarik dari dalam. Bibirnya melorek senyuman.

“Hai?” Fatima teragak-agak. Jarang sekali Firhan datang ‘melawat’ kamar tidurnya.  Matanya jatuh meliar memandang tubuh Firhan. “You nak keluar ke?”

Firhan mengangguk. “Tapi, I nak ajak you sekali.”

Dahi Fatima semerta berkerut. “Kenapa nak ajak I sekali? Nak balik rumah mama ke? Malam-malam macam ni? Dah pukul sepuluh, Fir.”

“Nope. Bukan pergi rumah mama. I nak bawa you pergi somewhere special and baru pukul sepuluh kut. Awal lagi. Selalunya you tidur jam 11 lebih kan?”

“Tapi, I ada kerja, Fir.”

“You hold dulu kerja you tak boleh? Please, Fatima...” Firhan meleretkan suara. Betul-betul berharap Fatima akan bersetuju.

“Nak pergi mana sebenarnya ni?” Malas-malas Fatima menyoal. Selain daripada dia tidak selesa mahu keluar berdua-duaan dengan Firhan, badannya juga penat. Hari ini, seharian dia bertugas di padang memandangkan berlangsungnya hari sukan sekolah.

“Ada lah. Sekejap je. I promise.” Firhan masih memujuk. Malam ini, dia mahu bercerita mengenai Husna kepada Fatima. Jadi, untuk itu, dia perlukan Fatima untuk mengikutinya.

“Okeylah.” Fatima akhirnya akur. “I tukar baju kejap.”

“Okey. I tunggu dekat depan.”

 

JOM.” Firhan mematikan enjin sekaligus mencabut tali pinggang.

“You bawa I dekat mana ni, Fir?” Sedari tadi Fatima menyoal Firhan tentang destinasi yang dituju oleh lelaki itu, namun Firhan tidak memberinya sebarang jawapan.

“Keluar dulu. Nanti you tahu,” tutur Firhan sebelum meloloskan diri untuk keluar dari perut kereta.

Fatima menghela nafas. tidak menunggu lama, dia ikut sama keluar dari kereta. Jejak sahaja kaki di luar, hawa sejuk angin malam langsung menyentuh tubuh. Menoleh ke hadapan – ke arah tempat Firhan berdiri, matanya membulat. Spontan langkahnya dibawa mendekati Firhan.

Firhan tersenyum melihat tingkah Fatima. Punggungnya dilabuhkan di bahagian but hadapan kereta.

“Cantik, kan?”

“SubhanAllah...” Hanya ucapan itu lahir dari mulut Fatima. Pemandangan indah yang terpampang di hadapan matanya membuatkan lidahnya kelu. Cantiknya, ya Allah...

“You tak pernah datang sini?” soal Firhan sambil memeluk tubuh.

Fatima menggeleng tanpa memandang Firhan. Pandangannya masih melekat pada keindahan malam yang terhasil daripada cahaya lampu di bawah sana.

“Inilah Bukit Ampang. I saja bawa you datang sini, sebab I tahu you suka sangat tengok view malam dekat rumah kita.” Firhan tahu betapa sukanya Fatima akan pemandangan kota yang dapat dilihat dari balkoni rumah mereka. Hampir setiap malam wanita itu akan melepak di balkoni sekiranya tiada sebarang kerja yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang dia akan diajak sama. Cuma kebelakangan ini sahaja Firhan perasan, Fatima bukan menikmati pemandangan, tapi wanita itu lebih banyak termenung ketika di balkoni.

“You memang selalu datang sini ke?”

“Tak selalu. Kadang-kadang je datang melepak dengan Iz. Mamat tu jugak yang kenalkan I dengan tempat ni. Katanya port healing dia.”

“Oh...” Mulut Fatima membundar. Tanpa sedar, tangan sudah naik mengusap lengan. Sejuk udara malam terasa menggigit kulit.

Firhan yang sedar akan tingkah Fatima itu langsung kembali ke kereta. Sweater miliknya yang berada di bahagian belakang kereta dikeluarkan. Dia menghampiri Fatima lantas sweater itu disarung pada badan Fatima.

Fatima tersentak. Matanya jatuh pada sweater berwarna hitam milik Firhan. Bauan minyak wangi Firhan laju menyentuh deria baunya.

“I lupa nak minta you pakai baju tebal sikit tadi. Sorry.” Firhan menepuk perlahan kedua-dua belah bahu Fatima. Berharap sweaternya dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesejukan Fatima.

“Sokay.” Fatima tersenyum nipis. Dia mengetatkan sweater Firhan pada badan. Mujurlah ada sweater Firhan.

“Fatima.”

“Hm...”

“I sebenarnya ada benda nak beritahu you. Atas sebab tu I bawa you datang sini.” Penuh berhati-hati Firhan menyusun kata. Kali ini dia akan pastikan dia akan menjelaskan segala perkara berkaitan Husna pada Fatima. Fatima berhak tahu semua itu.

Fatima meneguk liur. Spontan. Entah kenapa, dia merasakan perkara yang ingin diberitahu oleh Firhan itu adalah sesuatu yang serius. Berkemungkinan besar kerana suara dan bahasa badan Firhan ketika ini. Bahu lelaki itu kelihatan menegang. Firhan juga kerap kali menggepal tangannya.

“Apa dia?” Fatima cuba mengawal suaranya.

“You ingat Husna?”

Nama yang disebut oleh Firhan itu membuatkan Fatima tersentak. Berkelip-kelip matanya memandang Firhan. Tidak percaya dengan soalan yang baru muncul itu.

“Ke- kenapa dengan Husna?”

“Dia bekas tunang I. Remember?”

Fatima mengangguk. Riak wajahnya sedaya upaya dikawal.

“So, apparently, I met her a few times. Three times to be exact. Tapi, semua pertemuan tu, memang langsung tak dirancang.” Dalam satu nafas Firhan membuka mukadimah. Riak wajah Fatima dibaca. Mahu melihat reaksi Fatima.

Fatima terdiam. Langsung tidak menyangka Firhan akan memberitahu perihal pertembungannya dengan Husna kepadanya.

“I dapat tahu dia tinggal dekat kompleks apartment sama dengan kita pun waktu pertemuan kali kedua. First meeting was at a supermarket. You ingat tak, beberapa bulan lepas, you masuk bilik I and tegur I sebab I termenung panjang?”

Fatima mengangguk. Mana mungkin dia lupa hari itu. Hari di mana dia mula tahu bahawa tempatnya di sisi Firhan mungkin hanya sementara kerana pemilik sebenar tempat itu kembali memunculkan diri.

“I nampak macam tak tentu hala sebab I tak sangka akan jumpa Husna secepat tu. Waktu tu, I confused. Sama ada nak marah atau kecewa. Tapi, percayalah, I langsung tak happy.”

Fatima terdiam. Separuh hatinya gembira akan pengakuan Firhan, tapi separuh lagi, dia tidak tahu sama ada dia patut mempercayai Firhan atau tidak.

“Kali kedua I jumpa dia, time dekat lift rumah kita. I baru balik kerja and I stumbled upon her time I tengah tunggu lift. I tolong dia angkat barang tapi, I tolong setakat floor rumah kita je. I tak pergi sampai rumah dia. I tak tahu pun dia tinggal dekat tingkat berapa.”

“Kali terakhir, few days ago. Dekat taman. Time tu, mama dia ada sekali. Husna ajak I minum dekat café dengan mama dia, tapi I refused. I just berbual sekejap dengan mama Husna dekat bangku taman, lepas tu, I pergi gim.”

Fatima terkedu. Jadi, petang itu, Firhan bukan keluar minum bersama Husna dan ibunya?

“I explained everything dekat you sebab I tak nak ada salah faham. I know, I took a very long time to explain all those things, and I’m very sorry for that. I need you to know that I don’t have any intention to get back with Husna.” Siap menoktahkan katanya, wajah Fatima dicari. Riak wajah selamba Fatima membuatkan jantungnya berdegup laju. Liur diteguk. Berdebar menanti respon wanita itu.

Bibir bawah digigit perlahan. Fatima menarik nafas dalam sebelum dia mengangkat muka. Mencari sepasang mata cantik milik Firhan.

“Thank you, Firhan. I- I thank you for explaining all these things,” tutur Fatima, tulus. Setiap bait kata Firhan menyentuh hatinya. Apabila Firhan memberitahunya bahawa lelaki itu tidak mempunyai sebarang niat untuk kembali pada Husna, hanya Tuhan yang tahu betapa gembira dan terharunya dia. Mungkin tadi, masih ada ragu-ragu akan kata-kata Firhan, namun kini, Fatima yakin akan Firhan.

“C- can I hug you?” Firhan menyoal setelah hampir beberapa minit mereka saling merenung antara satu sama lain.

Fatima mengangguk dan sekejap sahaja, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Firhan. Matanya dipejam. Buat seketika, Fatima terasa seperti wanita paling bahagia. Ini merupakan kali pertama Firhan memeluknya. Mana mungkin dia tidak sebahagia ini.

Firhan mengemaskan pelukan. Kepala Fatima disandarkan pada dadanya. Sesekali dia mengusap belakang kepala dan bahu Fatima.

I dah fully move on dari Husna, Fatima. I swear. Tapi, I still need some times to love you. I promise I’ll love you...


tbc

don't feel shy to drop comments. kalau yall ada nak kritik or bagi pandangan about this story, sila komen. jangan malu-malu or segan k.

instagram : aaafirn
twitter: aafirn

kalau yall interested, boleh follow i dekat dua platform ni. maybe i akan update teaser or short story yang betul-betul short dekat ig story.

thank you for reading!

Continue Reading

You'll Also Like

165K 6.2K 79
Not many people understood 12 year old Jessica, as a person and an individual. That doesn't include, however, her older sister, who Jessica adores w...
Alina By ihidethisapp

General Fiction

1.5M 37.9K 75
The Lombardi family is the most notorious group in the crime world. They rule both the American and Italian mafias and have many others bowing at the...
444K 9.4K 51
Two girls are exchanged at birth and are given to the wrong mothers and after 13 years the truth comes out Rosabella Rossi is different from her sist...
Fate By Mani

General Fiction

361K 18.6K 96
fate : be destined to happen, turn out, or act in a particular way. Often people try to navigate through life with their own plans and wonder why thi...