KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 38.5K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

06 |AM

17.3K 704 59
By imzafira_

Ketika Aryan keluar dari tandas dia ternampak seorang lelaki sedang duduk di kerusi Aryan tadi bersama Alyssa. Dia memandang dari jauh sehingga lelaki itu beredar dengan senyuman lebar.

Aryan bergerak mendekati Alyssa.

"Siapa lelaki tadi? Ex kau juga?" soal Aryan dingin. Dia berdiri di sebelah Alyssa dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Alyssa yang sedang menikmati aiskrim mcflurry nya mendongak memandang muka dingin Aryan. Takut-takut Alyssa hulurkan satu surat yang lelaki tadi berikan kepadanya.

'Saya suka awak. Jom kita couple ni nombor saya 018XXXXXXX'

Kertas itu dironyokkan dengan bibir diketap rapat. Aryan pergi dari situ lalu Alyssa mengejar dari belakang. Alyssa kenal Aryan dari kecil jadi dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku kalau ada lelaki lain dekat dengan Alyssa.

Lelaki tadi sedang berada di atas motor bersama kawan-kawannya bergelak ketawa. Aryan mendekati mereka lalu kertas itu dibaling ke wajah lelaki tadi.

"Apa dia ni, bang? Boleh cakap elok-elok kan?" soal lelaki itu. Mereka memandang wajah Aryan tidak percaya.

"Lain kali kalau nak try mana-mana perempuan make sure perempuan tu single dulu. Jangan sesuka hati kau nak langgar je." Tegas Aryan berkata. Lelaki itu terdiam melihat wajah Aryan yang sangat menakutkan.

"Ingat semua perempuan single dalam dunia ni? Ingat semua perempuan kau boleh ajak couple macam beli sayur dekat pasar?" Tajam pandangan Aryan seperti mampu tembus ke dalam tubuh mereka. Terdiam membisu mereka. Ini baru ajak couple. Kalau dah couple mungkin hilang nyawa agaknya.

Aryan mengerling Alyssa disebelahnya sebelum bergerak pergi dari situ menuju keretanya. Lama-lama di situ mungkin akan jadi lebih teruk. Alyssa menunduk meminta maaf kepada mereka sebelum mengejar langkah Aryan.

"Aduh, dia dah ada boyfriend ke? Melepas lah aku!" Kawan-kawan lelaki itu ketawa kepadanya.

Aryan dan Alyssa diam lagi di dalam kereta. Setiap kali masuk kereta mesti diam dengan muka ketat dia. Alyssa menggengam erat tali pinggang keledar sebab Aryan memandu sangat laju.

Sampai di rumah Mansur pada pukul 11 malam. Alyssa melepaskan tali pinggang keledar sebelum keluar dia memandang Aryan lalu menunjuk ke arah rumah Mansur.

"Aku tidur hotel." Senafas Aryan berkata. Wajah langsung tidak memandang Alyssa. Alyssa mengangguk sekali.

Alyssa memegang pintu kereta lalu berpusing memandang Aryan sekali lagi ingin mempelawa dia naik ke atas. Hari sudah lewat malam takut apa-apa terjadi pada Aryan pula.

"Pergi naik aku tidur hotel." Gigi diketap rapat sambil menggenggam erat stering kereta cuba mengawal kemarahnnya.

Alyssa mengangguk laju lalu keluar dari perut kereta. Aryan memerhati Alyssa sehingga dia masuk ke dalam rumah. Selepas 5 minit pintu rumah ditutup Aryan keluar dari kawasan rumah Mansur menuju hotel yang ditempahnya.

Alyssa duduk dibirai katil lalu mengeluh berat.

"Abang Aryan marahkan aku ke? Tapi bukan salah aku pun.." Bisik hati kecil Alyssa. Badan dibaringkan di atas katil.

Aryan baru sampai di hotel. Dia mencabut kemeja T nya sebelum duduk di birai katil. Kunci kereta dicampak atas meja kecil tepi katil.

"Walaupun dia bisu tapi banyak orang minat dengan dia. Depan-depan aku pula tu dua kali." Gumam Aryan sambil mencabut jam tangannya.

"Sejak bila dia ada ex pun aku tak tahu. Lama sangat ke kitorang berpisah?" Tuala di dalam almari diambil.

"Tapi berapa lama dah diorang break and berapa lama pula diorang couple?" Aryan berdengus lalu masuk ke dalam bilik mandi. Dia masih tidak berpuas hati dengan Firash. Banyak Aryan kena cari tahu tentang Alyssa.

Selesai mandi, Aryan duduk di atas katil lalu badan disandar pada belakang katil. Macbook dibuka.

Aryan mendapat email daripada Fathi. Dia menyuruh Fathi untuk mencari maklumat tentang Alyssa sebelum ini. Satu persatu maklumat tentang Alyssa dibaca. Makanan kegemaran Alyssa Aryan masih ingat sehingga sekarang. Nasi lemak umi. Comel betul Alyssa Maisara.

Ada satu maklumat menarik perhatian Aryan. Maklumat tentang hubungan Alyssa dengan Firash. Wajah Aryan kembali mendatar. Teliti dia membaca setiap maklumat itu satu persatu. Tidak tertinggal satu pun.

"Patutlah aku rasa lain bila jumpa dia rupa-rupanya memang pembawa bala dalam hidup Alyssa. He was lucky I wasn't there before or else he will not breathing by now." Gumam Aryan sendiri. Aryan mengetap rahangnya kuat.

"I'll make sure he never getback with her. He can try but over my dead body. Not so quick, young man." Aryan tersenyum sinis.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Alyssa baru keluar dari bilik tidurnya. Selepas solat subuh dia beritahu Mansur yang dia nak rehat kejap sebab malam tadi dia tak cukup tidur. Alyssa terlalu banyak fikirkan tentang Aryan semalam sampai mengganggu tidurnya.

"Alyssa, mari sini. Bakal suami kamu datang ni" kata Mansur yang sedang duduk di ruang tamu bersama Aryan. Alyssa terkejut melihat wajah Aryan lalu berlari masuk ke dalam biliknya semula.

"Dah kenapa dengan Alyssa tu?" soal Mansur. Aryan berdehem beberapa kali kerana ternampak aurat Alyssa. Hanya sekilas saja.

"Aduh, kenapa abi tak bagitahu yang abang Aryan datang? Habis dia nampak rambut aku." Bisik hati kecil Alyssa. Dia mencapai satu tudung sarung. Pakaiannya juga ditukar kerana baju tidurnya agak tidak sopan.

Alyssa keluar semula. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Mansur. Aryan menundukkan kepala langsung tidak memandang Alyssa.

Alyssa melabuhkan punggung di sebelah Mansur.

"Aryan datang sebab nak bawa kamu keluar pergi blood test. Pergilah mandi siap-siap keluar dengan tunang kamu" kata Mansur sambil tersenyum. Alyssa mengangguk lalu menuju bilik mandi di dapur.

"Awalnya dia datang? Tak penat ke ke hilur ke hilir semalam? Aku yang duduk sebelah dia pun penat." Bisik hati Alyssa di dalam bilik mandi.

"Aryan, kamu cuti berapa hari?" soal Mansur berbasa basi.

"Cuti 3 hari abi." Balas Aryan lalu tersenyum manis kepada Mansur. Mansur mengangguk faham.

"Jadi kamu akan percepatkan majlis ke bulan Ogos?" Aryan menagngguk laju.

"Alhamdulilah. Abi setuju je asalkan kamu tak cancel. Kalau cancel malu abi sekeluarga cukuplah sekali keluarga kami dimalukan." Aryan tersenyum sinis. Dia sudah tahu tentang kejadian keluarga Firash datang menghina Alyssa itu.

"That jerk is too weak. I can even kill him within a second. No need weapons nor backups. Your time is over now Alyssa Maisara is mine. Nobody could take her away from me." Bisik Aryan di dalam hati dengan senyuman sinisnya yang makin tajam.

"Rasanya Alyssa mandi lama. Apa kata kita solat dhuha?" Aryan mengangguk sekali. Mansur dan Aryan bergerak ke dapur untuk menggunakan pili air di luar rumah.

Mansur mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum Aryan. Aryan memandang ke dalam rumah arah bilik mandi. Lama dia menunggu Alyssa untuk keluar dari bilik mandi. Selesai Mansur mengambil wuduk dia pergi meninggalkan Aryan di situ.

Alyssa memakai semula baju dan tudung tadi lalu keluar dari bilik mandi. Terpampang wajah Aryan dihadapannya. Kelihatan wajah Aryan agak basah.

Aryan memandang Alyssa atas bawah. Automatik dia berfikir sesuatu yang nakal. Dia menghidu wangian yang memasuki rongga hidungnya.

"Em, kau pakai shampoo apa? Smells nice~" kata Aryan dengan sensual lalu mendekati Alyssa. Bibirnya terukir senyuman nakal.

Terpinga-pinga Alyssa mengundur ke belakang. Satu-satunya jalan selamat adalah masuk semula ke dalam bilik mandi. Alyssa mengunci pintu sebelum Aryan sempat menolak pintu itu.

Bergetar tangan Alyssa. Dadanya turun naik. Tidak pernah ada orang buat macam ni padanya. Gila betul Aryan ni.

Aryan ketawa kecil di luar pintu bilik mandi itu.

"Tahu pun takut. Just wait until we get married. I'll tease you everyday, baby girl." Kata Aryan lalu bergerak ke atas.

Alyssa yang mendengar dari dalam bilik mandi menelan liur berkali-kali. Naik semua bulu romanya.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Seperti biasa mereka hanya diam di dalam kereta. Alyssa langsung tidak berani menatap wajah Aryan selepas kejadian tadi. Alyssa juga duduk lebih jauh daripada Aryan sampai melekat ditepi pintu kereta.

Tadi Alyssa nak duduk belakang tapi Aryan tak bagi. Malas Alyssa nak bergaduh dengan Aryan depan Mansur jadi dia duduk saja di kerusi penumpang depan.

Aryan tersenyum miring melihat Alyssa yang seperti kucing ketakutan.

"Aku takkan apa-apakan kau. Tak perlu nak risau sangat. Duduk elok-elok. Karang terbuka pintu tu terbang bakal isteri abang nanti" kata Aryan lalu mengenyitkan mata kepada Alyssa. Membulat mata Alyssa.

Semakin rapat Alyssa dengan pintu kereta itu. Dia lebih rela diterbangkan angin daripada duduk dekat dengan bapak buaya ni. Aryan mengerling Alyssa lalu tertawa kecil.

"I was just kidding. Janganlah gelabah sangat. Bahaya duduk dekat dengan pintu macam tu. Meh, duduk sini elok-elok." Aryan menepuk bahagian kerusi penumpang yang kosong itu.

Alyssa menunjukkan jari kelingkingnya kepada Aryan. Aryan menaikkan sebelah kening. Alyssa menggoyangkan tangannya. Aryan mengeluh kecil.

"Aku janji." Selepas mendengar perjanjian daripada Aryan Alyssa duduk seperti biasa semula. Tali pinggang masih digenggam erat sambil memandang ke luar tingkap. Aryan tersenyum sinis sambil mengeleng lemah.

Setibanya di hospital, mereka membuat pendaftaran terlebih dahulu. Selepas membuat pendaftaran, Aryan duduk di sebelah Alyssa. Tersentak Alyssa. Alyssa bangun lalu duduk di kerusi paling hujung.

Alyssa tak nak duduk dekat dengan Aryan lagi. Sudahlah kerusi hospital ni dekat-dekat semua. Aryan menjeling mata malas.

"Suka hati kau lah. Gurau sikit tapi menggelabah je lebih. Karang aku tangkap betul-betul memang tak boleh berjalan engkau esok pagi" kata Aryan perlahan tetapi dapat didengari Alyssa. Alyssa memandang ke arah lain sambil menggenggam beg tangannya. Betul ke keputusan dia nak kahwin dengan Aryan?

Setelah selesai membuat ujian darah, mereka menunggu keputusan di luar bilik. Aryan dan Alyssa duduk seperti tadi. Dek kerana terlalu lama menunggu dan berasa bosan, Aryan berfikir sesuatu yang nakal. Dia berganjak ke satu kerusi perlahan-lahan tanpa disedari Alyssa. Alyssa sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Entah dengan siapa dia sedang berbalas mesej.

Satu lagi kerusi Aryan berganjak sehingga ke kerusi terakhir kedua betul-betul sebelah Alyssa. Masih Alyssa tidak sedar akan kehadirannya.

"Chat dengan siapa tu sayang?" soal Aryan lembut ditelinga Alyssa. Terhinjut bahu Alyssa. Dia memandang ke arah Aryan lalu memandang ke arah kerusi di hujung sana. Sejak bila Aryan teleport ke sebelah Alyssa?

Alyssa bergesek ke tepi sedikit kerana terlalu rapat.

"Kau chat dengan siapa? Fokus sangat sampai tak sedar bakal suami kau dah duduk sebelah kau setengah jam yang lepas." Membulat mata Alyssa. Setengah jam? Betul ke Aryan ni? Ke dia sengaja nak tipu Alyssa?

"Aku tahulah kau bisu tapi tak payah lah tenung aku lama-lama macam tu. Aku tak dapat nak baca fikiran kau. Jawab je lah soalan aku kau chat dengan siapa?" soal Aryan kegeraman. Alyssa menyorokkan telefon di bawah tudungnya. Kepala digeleng laju.

Aryan mula berasa tidak sedap hati. Senyumannya mati ditukar dengan wajah garang.

"Kau chat dengan siapa Alyssa Maisara?" soal Aryan dingin. Matanya mencerun tajam ke arah Alyssa. Alyssa menelan liur kasar.

"Cik Alyssa Maisara" panggil staf di kaunter lalu mereka berdua menoleh ke arah kaunter. Alyssa terus bangun dari situ menuju kaunter.

"Encik Aryan Mikael" panggil seorang lagi staf. Aryan turut bangun menuju kaunter itu.

Alyssa dan Aryan membuka surat keputusan ujian darah. Aryan membuang nafas lega. Nasib baik negatif. Aryan memandang Alyssa di sebelahnya.

"Kau negatif ke positif?" soal Aryan. Alyssa menunjuk kertas itu kepada Aryan. Aryan mengangguk sekali. Negatif juga.

Selesai lagi satu urusan, mereka berdua berjalan keluar dari hospital lalu masuk ke dalam kereta.

Aryan menghidupkan enjin sebelum dia menoleh memandang Alyssa di sebelahnya. Alyssa menundukkan saja kepala.

"Answer my question first then we will move or else we will stay in here forever." Tegas Aryan berkata. Alyssa mengambil telefon pintarnya dari dalam begnya.

Aplikasi whatsapp dibuka lalu nombor Nabila ditekan. Telefon dihulurkan kepada Aryan. Aryan mengeluh kecil apabila dia membaca nama tertera di skrin telefon Alyssa. Aryan tidak membaca apa-apa mesej antara mereka berdua.

"Kenapa kau tak cakap dari awal yang kau chat dengan Nabila?" soal Aryan. Alyssa mengambil telefonnya semula lalu menulis sesuatu di dalam notes.

'Alyssa takut tengok muka abang Aryan tadi'

Telefon dihadapkan kepada Aryan. Aryan mengeluh lebih kuat kali ini.

"Sampai bila kau nak takut dengan aku, Alyssa? Seumur hidup aku tak pernah lagi aku makan orang. Apa yang aku buat sampai kau takut sangat dengan aku? Jahat sangat ke aku ni, Alyssa?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan. Alyssa hanya diam sambil mengetap bibirnya.

Air mata Alyssa sudah bergenang walaupun Aryan tidak marah tetapi nada suaranya seperti orang sedang menahan marah.

"Lagi tiga bulan kita dah nak kahwin. Takkan lepas kahwin pun kau nak takut dengan aku juga?" Lembut saja nada suara Aryan berkata. Mata Alyssa setia memandang Aryan tetapi tidak dijawab. Bibir Alyssa memuncung ke depan pula.

Aryan malas nak berbalah dengan Alyssa lagi. Pada akhirnya Aryan juga yang kena mengalah. Kereta Aryan pandu keluar dari hospital menuju pusat membeli belah untuk membeli keperluan lain.

Sebenarnya Alyssa takut nak bagitahu yang dia dan Nabila sedang bercakap tentang Firash. Firash ada mesej Alyssa sebelum ini tetapi masih tidak dibalas Alyssa.

Setibanya di pusat membeli belah, Aryan membawa Alyssa pergi membeli cincin.

"Kau pilihlah cincin mana yang kau suka. Pilihkan untuk aku sekali" kata Aryan lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah Alyssa.

Alyssa memandang Aryan lama. Dia masih marahkan Alyssa ke? Terdetik rasa bersalah di dalam hatinya.

Ada dua cincin yang menarik perhatian Alyssa. Dua-dua cantik dua-dua dia suka. Alyssa menepuk bahu Aryan dengan beg tangannya. Dari tadi Aryan asyik main telefon je padahal dia yang ajak keluar.

Aryan menoleh memandang Alyssa. Alyssa menyuruhnya untuk memilih diantara dua cincin itu.

"Sama je aku tengok. Ambil dua-dua je lah" balas Aryan selamba. Alyssa menaikkan sebelah kening. Suruh pilih pun susah.

"Cik, nak pakai cincin ni untuk majlis akad nikah ke?" soal staf itu lembut. Alyssa mengangguk laju.

"Saya bisu." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Staf itu mengangguk sambil tersenyum manis.

"Takpe, cik. Saya fasih berbahasa isyarat" kata staf itu penuh hormat. Alyssa tersenyum manis kepadanya.

"Kalau macam tu, saya rasa yang kiri ni lebih sesuai untuk akad nikah. Yang belah kanan ni lebih kepada bertunang" jelas staf itu.

Alyssa mengangguk lalu bersetuju dengan pilihan staf itu. Staf ini lebih membantu berbanding Aryan.

Alyssa beralih memilih cincin untuk Aryan pula. Alyssa tak tahu tentang cincin lelaki sebab tak pernah pula dia beli cincin lelaki. Impiannya ingin datang membeli cincin bersama Firash dulu hancur lebur begitu saja.

"Berapa saiz jari tunang cik?" soal staf itu. Alyssa menyuruh staf itu untuk menunggu sebentar sementara dia pergi bertanyakan kepada Aryan. Aryan masih statik di tempat duduk tadi.

Sekali lagi beg tangan digunakan untuk memukul bahu Aryan tetapi kali ini lebih kuat.

"Aduh! Apa masalah kau?" Alyssa tersenyum segaris. Dia menunjuk ke arah jari manisnya menanyakan saiz jari Aryan.

"20 kot." Terkejut Alyssa. Besarnya jari Aryan. Saiz jari Alyssa baru 13.

Alyssa pergi kepada staf itu semula lalu memberitahu saiz dan memilih cincin untuk Aryan. Memandangkan Aryan tak berminat untuk mencuba jadi Alyssa terus bersetuju dengan cincin pilihan staf itu.

Aryan membuat pembayaran menggunakan black cardnya. Beg kertas cincin itu Alyssa berikan kepada Aryan memandangkan dia asyik bermain telefon saja.

----------------------

Continue Reading

You'll Also Like

596K 47.2K 36
Tidak pernah langsung terlintas di dalam fikiran Pearl Helena bahawa pensyarahnya sebenarnya seorang mafia. Dia dapat mengetahuinya apabila terdengar...
6.2K 192 13
2nd stories : "when stargirl meet starboy" 𝙷𝚊𝚒𝚛𝚒𝚎𝚕 𝚂𝚢𝚊𝚑♡ 𝚡 𝚉𝚑𝚊𝚟𝚒𝚎𝚛𝚊 𝙰𝚣𝚕𝚢𝚗♡ "People can lie about their feeling, but their...
34.7K 2.9K 21
𝙻𝚘𝚛𝚎𝚗𝚣𝚘 𝙺𝚒𝚖 : 𝚅𝚘𝚕𝚞𝚖𝚎 2🦋 "Aydan Lorenzo Kim. Itu nama aku." "Saya tak macam perempuan normal yang lain." "Sedaplah nama pakcik. Dah l...
1.2M 59.9K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungk...