KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 39K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

51 | AM

11.9K 545 58
By imzafira_

Tiba-tiba kepala Aryan berdenyut. Aduh kepala ni nak sakit masa tengah beromantik juga.

Membulat mata Alyssa memandang Aryan yang sudah memejam mata. Alyssa mengusap pipi Aryan. Mata Aryan terbuka sedikit.

"Hubby ok?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk laju.

"Sweetheart boleh tolong hubby tak? Tolong ambilkan perfume vanilla atas meja tu" kata Aryan sambil menunjuk ke arah meja solek.

Minyak wangi yang itu sudah masuk yang ke 12 Aryan beli kerana tidak tahan sangat dengan alahan mengandung. Minyak wangi itu sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan rasa pening dikepala Aryan walaupun hanya seketika.

Alyssa memandang minyak wangi itu lalu teringat kejadian di sekolah pondok.

Alyssa berdiri lalu dia mencabut tudung sarung yang dipakainya. Tanpa menunggu lama, dia naik ke atas Aryan. Tersentak Aryan. Matanya terbuntang luas.

"Hubby pernah kata yang alahan hubby akan hilang kalau hubby bau wangian leher sweetheart kan?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk kaku.

Alyssa menarik leher Aryan mendekatinya. Aryan menahan tangan Alyssa.

"Jangan, sweetheart. Hubby tak nak sweetheart tak selesa dengan hubby. Hubby tak nak sweetheart pergi jauh daripada hubby lagi. Cukuplah peluang yang sweetheart berikan kepada hubby. I can survive as long as you're beside me." Yakin Aryan berkata. Dia tahu dirinya akan hilang kawalan apabila menghidu wangian di leher Alyssa. Wangian itu terlalu menenangkan sehingga membuat Aryan khayal.

Alyssa tetap menarik leher Aryan mendekatinya. Aryan menahan tangan Alyssa lagi.

"Listen to me, I'm fine. Hubby tak nak sakiti sweetheart lagi." Mereka bertentang mata seketika. Alyssa menayang wajah monyoknya.

"If you love me, if you want to be with me. Let me heal you. Sweetheart tak boleh terus tengok hubby tersakiti seorang. Kalau hubby sakit siapa nak jaga sweetheart?" Tegas Alyssa berkata dalam bahasa isyarat membuat Aryan terkedu.

Aryan memeluk kemas pinggang Alyssa agar tidak jatuh. Dia mendekati perlahan-lahan lalu mula menghidu leher Alyssa. Lama-kelamaan semakin rakus Aryan menghidunya.

Wangian ini lebih menenangkan dan wangi berbanding minyak wangi yang dia beli beribu ringgit itu.

"Sandra, what are you doing?" soal Aryan dengan ceria. Dia dan Alyssa baru turun ke bawah. Tangan memeluk kemas pinggang Alyssa.

Afiq yang melihat tersenyum nipis. Akhirnya mereka berdua sudah berbaik.

Leissandra mengangkat buku bahasa isyarat yang Afiq belikan untuknya memandangkan dia nak sangat belajar bahasa isyarat supaya dia dapat berkomunikasi dengan mamanya.

Aryan melabuhkan punggung di atas sofa.

"Mana mummy dengan daddy?" soal Aryan kepada Afiq. Alyssa duduk disebelah Leissandra menemani nya bermain patung barbie itu.

"Mummy dengan daddy keluar melawat rumah anak-anak yatim. Kau berdua yang duduk dalam bilik tu lama sangat sampai nak dekat zohor baru turun. Entah apa yang korang buat dalam bilik tu" kata Afiq dengan sinis. Dia memandang Alyssa dan Aryan silih ganti.

Alyssa menundukkan kepalanya. Pipinya mula memerah menahan malu. Aryan membaling satu bantal di atas sofa itu ke arah Afiq. Afiq mengelak lalu ketawa kecil.

"Yelah, aku minta maaf. Alhamdulillah sebab korang berdua dah berbaik. Lepasni jangan nak bergaduh lagi karang aku kena jadi orang tengah hantar makanan ke sana ke sini. Korang ingat aku tak ada kerja lain ke?" soal Afiq dengan nada menyindir.

"Kau tu minta tolong sikit mesti nak mengungkit. Aku dah bagi duit minyak dah cukup baik dah. Apa lagi kau nak?" soal Aryan tegas. Afiq menjeling mata malas.

Ingat duit minyak cukup ke? Afiq dah terlepas banyak latihan disebabkan nak tolong Aryan. Siapa nak bayar trainer dia pula? Sudahlah mahal.

Alyssa ketawa dengan perangai dua beradik yang pantang berjumpa pasti akan bergaduh.

Alyssa tiba-tiba mengangkat tangan. Aryan dan Afiq memandang ke arahnya.

"Kenapa sweetheart? Sweetheart sakit ke?" soal Aryan penuh kerisauan. Alyssa mengeleng laju.

"Kenapa Afiq pakai sarung tangan dekat tangan kanan je?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Afiq memandang ke arah Aryan. Aryan memberi isyarat supaya Afiq yang memberitahu perkara sebenar.

Afiq tidak pernah menanggalkan sarung tangan itu. Kemana saja dia akan memakai sarung tangan itu mahupun di rumah. Dia insecure dengan rupa tangannya sendiri. Tangannya melucur bukan biasa-biasa. Teruk sangat.

Afiq menarik nafas panjang sebelum menanggalkan sarung tangan itu. Membulat mata Alyssa. Tangan naik menekup mulutnya yang terbuka sedikit.

"Tangan Afiq melecur masa jalankan misi bulan lepas. Afiq takut orang tak selesa dengan rupa tangan Afiq. Jadi Afiq pakai je sarung tangan ni sepanjang masa" jelas Afiq panjang lebar. Dia menggaru kepalanya sambil tersengih.

Tidak semena-mena air mata Alyssa mengalir. Ibu mengandung memang sensitif sikit.

"Sakit ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan dan Afiq mula panik. Hampir saja Afiq bangun ingin memeluk Alyssa tetapi Aryan terlebih dahulu menghampiri Alyssa.

Afiq cepat-cepat melarikan pandangan ke arah lain. Dia pejam mata sambil istighfar. Dia memandang mereka berdua semula. Kenapa hatinya masih tidak dapat melupakan Alyssa Maisara? Kenapa dia tidak dapat melayan Alyssa hanya sekadar kakak ipar dan tidak lebih dari itu?

"Mama, why are you cwaying?" soal Leissandra sambil menepuk peha Alyssa. Aryan mengusap pipi Leissandra.

"Can you persuade mama, baby?" soal Aryan lalu Leissandra bangun dan memeluk tubuh Alyssa. Mereka bertiga berpelukan.

Tanpa disedari Afiq melihat semuanya. Walaupun hatinya terguris tetapi dia perlu sedar yang Alyssa Maisara bukan miliknya lagi. Alyssa Maisara milik Aryan Mikael. Bibir Afiq menguntum senyum nipis.

-

"Sweetheart nak pergi mana ni?" Tersentak Alyssa dengan sergahan Aryan secara tiba-tiba dari belakang.

Alyssa sedang mencari baju tidurnya di dalam almari tetapi disalah anggap oleh Aryan.

"Sweetheart masih nak balik ke sekolah tahfiz semula ke? Sweetheart marahkan hubby lagi?" Risau betul Aryan kalau Alyssa mahu meninggalkannya lagi. Mahu meroyan dia dua hari tiga malam.

Alyssa menekup wajah Aryan sambil tersenyum manis.

"Sweetheart nak mandi hubby." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Alyssa berpusing menghadap almari semula untuk mencari baju tidurnya.

Dia tersentak dengan pelukan erat Aryan dari belakang secara tiba-tiba.

"Please don't leave me again, sweetheart" kata Aryan. Alyssa menggosok rambut Aryan dengan segaris senyuman.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Aryan sedang berdiri di depan Afiq sambil memeluk tubuh. Ilyas, Haniff dan Fathi hanya diam memerhati ketegangan dua beradik itu.

"Ye, aku minta maaf-" tidak sempat Afiq ingin membela dirinya Aryan terlebih dahulu mencelah.

"Aku dah cakap jangan bawa Sandra keluar rumah tapi kau degil. Sekarang semua orang dah tahu pasal dia apa kau nak buat sekarang?"

Pagi tadi viral di media sosial gambar Afiq dan Leissandra makan aiskrim di pusat membeli belah terkemuka. Bermacam-macam headline yang netizen buat "Anak lelaki Dato Mustafar CEO Mustafar's Holdings iaitu Afiq Naufal dah ada anak?!" "Siapakah wanita bertuah yang telah mencuri hati jejaka tersebut?" "Persoalannya bilakah mereka melangsungkan pernikahan mereka?" "Adakah itu anak yang sah atau tidak?"

Yang lagi buat Aryan berang apabila membaca komen daripada netizen-netizen Malaysia.

'Mestilah anak tak sah sebab orang kaya kan pandai sorokkan kesalahan diorang'

'Entah-entah itu anak angkat dia tak?'

'Tak mungkin itu anak angkat dia sebab muka diorang sama'

'Buat ujian dna je lah buktikan kalau dia betul anak angkat dia'

'Muka je handsome tapi ada anak luar nikah! Red flag gilerr!'

'Aku minat gile dekat dia dulu tapi lepas tahu perangai sebenar dia terus tak minat😭💔'

'Afiq Naufal berpunya ke? Baru nak try..'

'Comelnya anak dia😍 Like father like daughter'

'Kalau itu anak angkat dia aku lah mak angkat dia'

'Aku pandai cat bangunan!'

'Aku pandai kira awan!'

'Aku pandai masak jerung masak cili padi!'

'Buang dia dari tentera, dia dah malukan nama negara kita!'

'Banned Afiq Naufal!'

"She just wants to eat ice cream. I can't just reject her request. It breaks my heart"

"Stupid! That's the most foolish excuses I've ever heard my whole life! I told you so many times don't spoiled her! Apa kau nak jawab dekat media esok? Ha?!" Tegas Aryan bersuara. Dia sangat marah sebab anak dia digelar anak tidak sah taraf. Memang angin lah member.

Yang lain terus memandang ke arah lain. Bila Aryan marah memang tak ada yang berani bertentang mata dengannya. Afiq mengeluh kecil.

"Aku akan jawab.."

-

"Jawapan saya bagi semua artikel-artikel yang viral baru-baru ini adalah dia bukan anak saya tapi dia anak kandung abang saya. Dia adalah anak buah saya. Hubungan kami tak lebih daripada itu. Tak lebih seperti yang ada di war-war kan di media sosial" jawab Afiq kepada media yang hadir pada hari itu. Lampu kamera memenuhi ruangan tersebut dan suara-suara wartawan yang bercakap.

"Encik Afiq! Encik Afiq! Encik Afiq!" Wartawan-wartawan mengangkat tangan ingin bertanyakan soalan lebih lanjut. Afiq memilih salah seorang daripada mereka bagi mengemukakan soalan.

"Encik Afiq, bilakah isteri abang encik iaitu Alyssa Maisara melahirkan anak dan sudah berusia 4 ke 5 tahun sedangkan mereka baru berkahwin tidak lebih 10 bulan" Semua wartawan beroh besar. Afiq tersenyum nipis. Nafas dihela panjang.

"Adakah mereka sudah terlanjur dan baru saja diijab kabulkan?" soal wartawan itu dengan berani. Afiq menggenggam buku limanya menahan sabar.

"Mereka bernikah sudah lama tetapi baru saja melangsungkan persandingan memandangkan abang saya sibuk dengan kerja" kata Afiq. Dia dah sediakan jawapan untuk sebarang kemungkinan.

"Soalan seterus bakal menjadi soalan terakhir. Jadi jika ada sesiapa ingin bertanyakan soalan sila fikir dahulu" kata pembantu Afiq, Yazif.

"Encik Afiq! Encik Afiq!" Afiq memilih salah seorang wartawan lagi.

"Encik Afiq maksudkan bahawa mereka bernikah atas dasar ingin menutup aib keluarga dan baru melangsungkan persandingan setelah abang encik pulang dari Itali?" Wajah Afiq berubah tegang.

"Adakah dia terlanjur dengan kekasih gelapnya yang tular sebelum ini di Itali dan menjadikan isterinya sebagai kambing hitam?" soal wartawan itu. Afiq mengtap rahangnya.

"Listen carefully, she is not an illegal child. She is my legal niece and my brother legal daughter. Nobody can denied what I said today." Marah Afiq lalu bingkas bangun keluar dari situ. Dengan wajah bengis dia keluar dari bilik itu. Tak kuasa dia nak melayan soalan-soalan tak masuk akal macam ini lagi.

Setelah kejadian itu, Afiq menghilangkan diri untuk jangka masa yang agak lama. Dia sudah memberitahu daddy dan mummy tapi dia tidak memberitahu ke mana dia akan pergi. Dia perlukan masa untuk tenangkan fikiran.

Nabila sedang duduk bersila di atas katilnya sambil memandang ke arah satu hoodie hitam di atas katilnya. Lama dia merenung hoodie tersebut.

"Patut ke aku pulangkan hoodie ni dekat Haniff?" soal Nabila sendiri.

"Tapi kalau aku pulangkan nanti girlfriend dia kata apa pula. Tak pasal-pasal diorang bergaduh disebabkan aku and then girlfriend dia datang serang aku lepastu keluarga aku malu lagi" kata Nabila. Mata membulat besar.

"Entah-entah girlfriend dia hantar orang suruh culik aku lepastu kurung aku dalam bilik gelap. Hishh! Nabila kenapa kau fikir yang bukan-bukan ni. Kau cuma nak pulangkan hoodie dia bukannya nak rosakkan hubungan diorang. Kan..." Nabila serabutkan rambutnya kerana terlalu keliru. Sama ada perlu pulangkan hoodie ini ataupun biarkan saja. Lagipun bukannya dia minta pulangkan. Dia pun dah lupa. Agaknya lah..

"Tapi betul ke perempuan tu girlfriend dia? Cepat betul dia jumpa pengganti aku.." gumam Nabila sendiri. Entah kenapa hatinya terasa sedih apabila memikirkan kejadian tempoh hari.

Hoodie itu diambil lalu dipeluk erat sebelum berbaring secara mengiring.

"Kenapa aku kena rasa macam ni? Aku bukan sukakan dia pun.. tapi dia dah ada orang lain ke?" soal Nabila sendiri. Bibir tersebik ke depan. Dia tidur sambil memeluk hoodie hitam itu.

Sejak Haniff berikan hoodie itu belum pernah Nabila mencucinya. Wangi hoodie itu walaupun sudah lama tidak dicuci.

5 bulan kemudian..

Aryan dan Alyssa sudah berpindah semula ke villa mereka. Leissandra macam biasa Datin Katrina tidak membenarkan mereka membawanya. Alasan kali ini kerana Alyssa sedang sarat mengandung jadi penat mahu menjadi si kecil itu. Ada saja alasan Datin Katrina.

Aryan dan Alyssa sedang menonton televisien di ruang tamu. Hari ini hari cuti jadi boleh mereka bermesra-mesra. Lagi beberapa minggu bayi lelaki pertama mereka akan keluar.

"Sweetheart, hubby rindulah" kata Aryan lembut. Alyssa menoleh memandang Aryan. Sebelah kening dinaikkan.

"Hubby rindu sangat" kata Aryan lagi. Kedua kening Alyssa terjongket. Rindu apa? Cakaplah.

"Hubby rindu nak tengok sweetheart menari" kata Aryan selamba lalu memuncungkan bibirnya. Alyssa terkejut. Bertaut keningnya.

"Sejak bila sweetheart pandai menari? Kelas menari pun sweetheart tak pernah pergi." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Ada. Sweetheart pernah menari. Hubby nampak sendiri dengan dua biji mata hubby" kata Aryan. Alyssa semakin bingung. Sejak bila Alyssa menari depan Aryan? Yang bukan-bukan je lah suami Alyssa ni.

"Hubby nampak dekat mana? Dalam mimpi ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan menunjuk ke arah televisien. Alyssa memandang televisien itu lama.

"Dekat cctv" bisik Aryan di telinga Alyssa. Membulat mata Alyssa. Dia menoleh memandang Aryan lalu dipukul bertubi-tubi lengan Aryan.

"Akh! Akh! Sweetheart! Sweeheart sakit! Sweetheart!" Aryan menangkap kedua tangan Alyssa lalu dikunci ketat.

"Kuat betul tenaga fiona hubby ni. Lagipun hubby dah pernah kata yang rumah ni penuh dengan cctv kan?" Aryan menayang wajah tidak bersalah. Alyssa nengecilkan mata memandang Aryan.

"Sweetheart tangan hubby sakit.." kata Aryan meleret. Alyssa membuat muka masamnya. Dadanya turun naik. Sikit pun dia tidak peduli pasal Aryan. Padan muka! Siapa suruh pandai-pandai jadi stalker!?

"Masa tu hubby tengok sebab hubby nak pastikan yang sweetheart buat kerja rumah. Jadi hubby bukalah cctv dari laptop hubby. Manalah hubby tahu sweetheart nak bagi free show sekali. Bertambah pahala sweetheart" kata Aryan lalu mencubit pipi gebu Alyssa.

Alyssa mengeleng kepala laju untuk mengelak daripada cubitan Aryan.

"Amboi, jual mahal erk sekarang. Hubby nak cubit sikit pun tak bagi. Hmph!" Aryan pula membuat muka masam tanda merajuk dengan Alyssa pula. Alyssa menarik tangannya semula.

"Merajuklah! Ingat sweetheart kesah ke? Tak nak kawan hubby." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Dia berura-ura ingin bangun tetapi ditarik Aryan. Aryan mengepung Alyssa dihujung sofa.

"Hubby minta maaf ok? Janganlah merajuk nanti muka monyok tu terkenan dekat anak baru tahu" kata Aryan. Alyssa menjeling mata malas. Tangan disilang di atas dada. Dia ingat kita takut ke? Itu anak Alyssa mestilah kena sama muka dengan Alyssa.

Ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon pintar Alyssa menarik perhatian mereka. Alyssa menolak dada Aryan lalu mencapai telefonnya di atas meja itu.

Nabila Gangster

'alyssa, jom lepak!'

'aku ada dekat bandar sekarang. rindu nak jumpa kau'

Aryan yang sedari tadi cuba menjenguk telefon Alyssa tetapi tidak berjaya kerana ditutup Alyssa.

"Siapa chat?" soal Aryan yang masih mengepung Alyssa.

"Boyfriend." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Hah?! Boyfriend? Bak sini phone" kata Aryan lalu merampas telefon pintar Alyssa. Tidak sempat Alyssa mahu menghalang.

Aryan mengeluh kecil selepas membaca mesej daripada Nabila. Dia menoleh memandang Alyssa yang sedang tersengih.

"Kenapa tipu hubby? Bahaya tau suami isteri buat lawak-lawak macam ni. Hubby tak nak kehilangan sweetheart lagi faham tak?" Lembut saja nada suara Aryan menegur. Alyssa memuncung bibir ke depan.

"Sorry hubby." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Alyssa menunduk ke bawah. Jari jemari bermain di atas perut buncitnya.

"Hey, look at me." Aryan menarik lembut dagu Alyssa mendongak memandangnya.

"Hubby tak marah. Hubby cuma tegur je. Dah jangan monyok" kata Aryan lalu mencium bibir muncung Alyssa. Automatik Alyssa tersenyum.

"Boleh tak sweetheart nak jumpa Nabila?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan hanya diam.

Bibir Aryan menguntum senyuman nakal. Dia terfikir satu idea nakal.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat. Sweetheart kena menari depan hubby dulu" kata Aryan lalu Alyssa mencubit perut Aryan dengan kuat.

"Akh!!" Terkeluar semua urat dileher. Sakit betul cubitan seorang isteri.

Selepas beberapa saat Alyssa melepaskan cubitan diperut Aryan. Merah padam muka Aryan. Sesak nafas Aryan.

"Sampai hati sweetheart. Hubby minta sweetheart menari je bukan kahwin dua- akhh!!" Satu lagi cubitan maut hinggap diperut Aryan.

"ALYSSA!!" Bergema rumah dengan jeritan Aryan.

------‐----------------

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 280K 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubun...
4M 286K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.1K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
549K 19K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...