KAU TETAP SEMPURNA

imzafira_ tarafından

1M 39K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... Daha Fazla

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

49 | AM

10.3K 529 116
imzafira_ tarafından

Afiq memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah agam Dato Mustafar. Aryan yang baru ingin naik ke atas terhenti di anak tangga pertama.

"Kau bawa anak aku pergi mana?" soal Aryan dingin.

"Aku dah text kau kan? Tak baca lah tu. Aku tak ada nak culik anak kau pun." Leissandra sedang lena tidur di dalam dakapannya.

"I don't care if you text me or not. I've told you not to bring her anywhere. It can be dangerous for both of you guys. Rico is still out there, Fiq." Tegas Aryan berkata.

"Aku cuma bawa anak buah kesayangan aku pergi jalan-jalan makan aiskrim je pun. Tempat yang kitorang pergi pun ada ramai orang" jelas Afiq. Dia takkan mengalah kepada Aryan kali ini.

"Makan aiskrim lagi. Dekat dalam peti sejuk tu dah belambak dengan asikrim dengan coklat buat apa nak beli lagi? Fiq, tolonglah jangan bagi Sandra makan banyak sangat manisan. Aku tak nak dia masuk hospital lagi" rayu Aryan. Afiq mengeluh kecil.

"Iye, aku tahu. Aku dah check tekanan darah dia sebelum aku bawa dia pergi makan aiskrim. Semuanya elok je kau tak perlu nak risau" kata Afiq. Dia bergerak naik ke atas tetapi ditahan Aryan.

"Barang ni siapa punya?" soal Aryan.

"Sandra lah. Dia minta aku belikan buku lukisan baru untuk dia dengan satu anak patung untuk adik baru dia" kata Afiq selamba.

"Aduh, Fiq. Buku lukisan Sandra dah banyak. Kenapa kau beli lagi? Aku dah halang kau pula melayan." Aryan mengeluh berat.

"Eh, biarlah! Aku nak beli untuk princess kesayangan aku yang kau sakit hati sangat kenapa? Itu tak boleh, ini tak boleh. Kau ingat dia tahanan kau ke?" Afiq menjeling Aryan. Sikit-sikit tak boleh, sikit-sikit tak boleh.

Aryan terdiam dengan balasan Afiq. Kalau pasal Leissandra laju je mulut dia membebel. Layankan sangat anak buah kesayangan dia tu.

"Dahlah, aku nak solat magrib. Kau bawa Sandra masuk bilik dia" kata Afiq lalu menghulurkan Leissandra kepada Aryan dengan barang Leissandra sekali.

Setelah Aryan membaringkan tubuh Leissandra di atas katilnya dia pun keluar dari bilik Leissandra. Sebaik saja dia menoleh ke belakang dia terkejut melihat wajah Alyssa. Dadanya disapu.

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang Sandra masuk hospital?" soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Dia terdengar perbualan Afiq dan Aryan tadi.

"Macam mana nak bagitahu kalau sweetheart block nombor hubby? Nak bersembang dengan sweetheart pun susah inikan pula nak bagitahu status perkembangan kesihatan Leissandra." Lembut saja nada Aryan berkata sambil tersengih.

Alyssa menundukkan kepala lalu menolak tubuh Aryan ke tepi untuk masuk ke dalam bilik Leissandra.

"Sweetheart tak nak turun makan dulu ke? Mummy tengah tunggu sweetheart dekat bawah." Alyssa menoleh memandang Aryan.

"Awak pergi dulu. Nanti saya datang." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk sekali lalu pergi dari situ.

"Mana Alyssa, Aryan?" soal Datin Katrina sebaik Aryan masuk ke ruang makan.

"Dia jumpa Sandra kejap. Nanti dia turun lah" kata Aryan lalu dia menuju ke dapur untuk mengambil sesuatu. Datin Katrina hanya mengangguk faham.

Aryan menghidangkan pengat pisang yang dibuatnya khas untuk Alyssa. Sebelum Alyssa tidur tadi Datin Katrina sempat bertanyakan kepadanya apa yang dia mengidam. Terus dia kata pengat pisang.

Datin Katrina baru ingin membuat pengat pisang itu tiba-tiba Aryan datang dan Datin Katrina beritahunya. Aryan terus mempelawa diri untuk membuat pengat pisang itu. Datin Katrina ragu-ragu tetapi Aryan kata dia tahu cara buat pengat pisang. Terima kasih kepada encik youtube lah. Disebabkan encik youtube sekelip mata saja Aryan dapat mempelajari banyak masakan.

Pengat pisang itu diletakkan di atas meja. Tak sabar Aryan nak Alyssa rasa masakan nya.

"Dah turun pun kamu berdua" kata Datin Katrina lalu Aryan menoleh ke belakang. Senyumannya pudar apabila melihat Afiq dan Alyssa yang sedang berjalan ke ruang makan sambil bergelak ketawa.

Sungguh dia rindukan senyuman Alyssa tetapi Afiq merupakan orang pertama yang melihat senyuman Alyssa setelah sekian lama. Tersentak hatinya bagai dicucuk pisau berkali-kali dan disiat-siat.

Aryan cuba menghiraukan rasa cemburunya atau ia akan mengawal dirinya. Nafas ditarik panjang sebelum dia bangun dari kerusi itu.

"Sweetheart, meh duduk sebelah hubby" kata Aryan sambil menarik kerusi disebelahnya. Berkerut dahi Alyssa apabila melihat Aryan memakai pelitup muka. Dia tak sihat ke?

"Aryan memang selalu pakai mask muka sebab alahan dia teruk sangat. Kalau dia terbau sikit je apa-apa lauk mesti akan muntah sampai peng-" tidak sempat Datin Katrina menghabiskan ayatnya Aryan sudah memotong.

"Sweetheart jom kita makan. Ibu mengandung tak boleh berdiri lama-lama" kata Aryan sambil memeluk bahu Alyssa ke meja makan. Alyssa melabuhkan punggung disebelah Aryan.

"Sweetheart mengidam pengat pisang kan? Hubby buatkan special untuk sweetheart" kata Aryan menayang senyuman manis dibalik pelitup muka itu. Ternampak matanya yang sedikit sepet.

Alyssa memandang pengat pisang itu lama. Dia sangkakan Datin Katrina yang akan membuatnya tetapi Aryan.

"Rasa lah susah tau nak buat pengat pisang ni. Penat hubby berperang dekat dapur tu" kata Aryan lalu tersengih di sebalik pelitup muka itu. Alyssa tersenyum kelat.

Tidak sempat Alyssa mahu mengambil sudu itu Aryan terlebih dahulu mengambilnya.

"Takpe, biar hubby suapkan" kata Aryan. Hanya pada saat ini Aryan dapat berromantik dengan Alyssa. Kalau hanya mereka berdua Alyssa selalu marah saja.

Alyssa menganga mulut lalu satu suapan masuk ke dalam mulutnya.

"Sedap tak?" soal Aryan teruja. Mata Alyssa membulat. Tak sangka masakan Aryan sedap macam ni. Dia kata susah tapi kenapa sedap sangat.

"Sedap lah tu sebab tu sampai terdiam. Kan?" Gembira Aryan sebab masih berpeluang untuk suapkan Alyssa walaupun dia tahu Alyssa akan marahnya nanti.

Alyssa hanya tersenyum kelat. Aryan mahu menyuapkan Alyssa lagi sekali tetapi dihalang Alyssa. Tersentak Aryan.

"Awak tak makan ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Oh, hubby memang tak makan malam. Kalau hubby makan pun termuntah balik. Sama ada hubby makan bubur ataupun tak makan terus. One day one meal" kata Aryan selamba.

Alyssa memandang Aryan lama. Kalau sehari makan sekali dengan training yang gila dekat kem boleh membahayakan kesihatan. Patutlah muka dia cengkung sekarang.

"Sweetheart, jangan risaulah pasal hubby. Yang sweetheart kena risaukan sekarang ni adalah kesihatan sweetheart dan baby dalam perut ni. Kalau sweetheart tak makan baby pun tak makan. Nanti semua orang risaukan sweetheart." Alyssa memandang perutnya yang diusap Aryan.

Aryan sedar dia telah melanggar syarat Alyssa tapi apa dia kesah. Disini Alyssa tidak dapat memarahinya. Lama dia mengusap perut buncit Alyssa itu. Kalau dia kena marah sekalipun sekurang-kurangnya dia dah dapat pegang perut Alyssa.

"Anak papa sihat?" soal Aryan di dalam hati. Datin Katrina, Dato Mustafar dan Afiq setia melihat mereka berdua. Dato Mustafar menggenggam erat tangan Datin Katrina yang terlihat mahu menangis.

Tendangan daripada bayi di dalam perut Alyssa membuatkan mereka berdua terkejut. Bayi tersebut mendengar kata hati Aryan dan membalas dengan tendangan. Mahu saja Aryan meraung sekarang tetapi ditahan.

"Aaa.." Aryan menyuruh Alyssa menganga mulut semula. Aryan menyuapkan pengat pisang itu kepada Alyssa sehingga habis.

Hujung bibir Alyssa yang comot Aryan lap dengan ibu jari. Tersentak Alyssa. Aryan membuka pelitup muka lalu menjilat kesan comot tersebut. Tiba-tiba dia terasa loya. Dia tahan loya itu dengan menekup mulut dan memegang perutnya. Aduh, baru nak berromantik boleh pula nak loya. Kacau betul lah.

Alyssa mengerut keningnya memandang Aryan. Bahu Aryan, Alyssa pegang. Aryan mendongak memandang Alyssa. Dahi Aryan berkerut.

"Awak ok tak?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk laju dengan senyuman kelat. Bibir diketap rapat.

Tidak lama selepas itu Aryan berlari ke dapur dengan pantas. Terkejut Alyssa.

"Dia loya lah tu. Dah kata dia tak boleh makan benda lain selain bubur tapi nak buat macam mana kekadang Aryan pun teringin nak makan makanan lain." Datin Katrina mengeleng kepala. Alyssa menoleh memandang Datin Katrina seketika.

Selang beberapa saat Aryan kembali ke ruang makan dengan wajah pucat. Tersentak Alyssa tapi yang lain hanya beriak biasa. Mereka sudah terbiasa melihat Aryan pucat lesu macam ni lepas muntah.

"Aryan naik atas dulu. Nanti mumny hantarkan bubur" kata Datin Katrina lalu Aryan mengangguk laju. Kaki bergerak ke arah Alyssa dengan senyuman tipis.

"Sweetheart dah kenyang ke makan pengat pisang je?" soal Aryan dalam kepayahan. Dahinya berkerut setiap kali terasa ingin loya lagi. Bibir diketap rapat. Alyssa terdiam melihat keadaan Aryan yang seperti orang tidak bermaya.

"Sweetheart nak hubby masak apa-apa lagi tak?" soal Aryan lagi. Dalam kesakitan dia tetap nak jaga Alyssa. Dia takut hari ini merupakan hari terakhir dia menjaga Alyssa.

Aryan mengeleng laju apabila berasa agak pening.

"Jom kita naik atas. Saya dah kenyang." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Laju dia bangun lalu memapah Aryan. Cepat-cepat Aryan menepis tangan Alyssa.

"Takpe, hubby boleh jalan sendiri. Hubby tak nak sweetheart rasa tak selesa bila bersentuhan dengan hubby. Hubby minta maaf sebab dah susahkan sweetheart" kata Aryan lalu pergi dari situ. Alyssa tercengang di situ. Terasa bersalah kerana bersikap begitu terhadap Aryan.

Yang lain menundukkan kepala. Cuba untuk tidak memberi apa-apa reaksi.

Setibanya di bilik mereka, sosok tubuh Aryan dicari. Terdengar bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam. Tubuh Aryan memenuhi kornea mata Alyssa.

"Kenapa sweetheart naik? Sweetheart nak tidur dah ke? Sweetheart penat ke? Kaki sweetheart sakit ke?" soal Aryan bertubi-tubi. Walaupun dia sedang sakit masih lagi risaukan Alyssa Maisara.

Alyssa mengeleng kepalanya. Laju dia menarik tangan Aryan ke arah katil mereka. Tangan Alyssa naik ke dahi Aryan. Panas sedikit daripada suhu badan Alyssa.

"Awak baring sekarang." Arah Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan bingung.

"Sweetheart, hubby ok. Badan hubby memang panas macam ni sebab hubby selalu duduk bawah matahari kan? Hubby ok. Sweetheart yang patut baring. Berdiri lama-lama mesti sakit kaki kan? Meh sini, tengok kaki tu" soal Aryan lalu berura-ura ingin memegang kaki Alyssa tetapi dihalang Alyssa.

"Saya tahulah suhu badan suami saya. Awak baring sekarang." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Tidak semena-mena senyuman terukir dibibir Aryan. Dia tak salah baca kan? Alyssa betul-betul cakap 'suami saya' kan tadi?

Aryan membaringkan tubuhnya di atas katil. Alyssa menyelimutkan tubuh Aryan.

"Jangan bangun selagi saya tak suruh. Tidur." Arah Alyssa dalam bahasa isyarat. Cepat-cepat Aryan memejam matanya.

Tersenyum Alyssa melihat Aryan. Apabila Alyssa sedar yang dirinya sedang tersenyum cepat-cepat dimatikan senyuman itu . Dia terus keluar dari bilik itu.

Aryan membuka matanya semula. Berguling Aryan di atas katil sambil menyorok kemenangan dalam diam. Rupa-rupanya isterinya masih risaukan dia.

Aryan bangun lalu mengambil buku nota di dalam laci. Dia menulis semua yang berlaku pada hari ini. Semua yang berlaku diantara dia dan Alyssa akan dia tulis di dalam buku nota ini sama ada bahagia atau sedih. Dia meluahkan segala perasaannya melalui buku nota ini memandangkan Alyssa dan dia akan berpisah tidak lama lagi. Setiap momen dirakam dari matanya dan ditulis di dalam buku nota itu.

Afiq yang sedang membuat kerjanya di dalam bilik terdengar suara tangisan dari jauh. Apabila tersedar yang dia sangat mengenali akan suara tangisan tersebut, laju dia berlari keluar dari biliknya lalu berlari ke bilik Leissandra di sebelah. Lampu bilik dibuka sebelum dia meluru ke arah Leissandra yang sedang menangis di atas katil. Tubub kecil itu dibawa ke atas ribanya sebelum dipujuk agar berhenti menangis.

"Shh, I'm sorry, sweetie. I'm sorry.." Tadi masa Leissandra bangun dari tidur biliknya gelap gelita dan dia ada fobia akan kegelapan sebab itu dia menangis. Teresak-esak dia menangis di dalam dakapan Afiq.

Afiq mengesat air mata di wajah Leissandra apabila anak kecil itu sudah berhenti menangis.

"Uncle sorry, okay? Uncle promise won't leave you again next time." Leissandra mengangguk laju tanda menerima permohonan maaf Afiq.

"Are you hungry, baby? You didn't eat since the evening" kata Afiq.

"I want coco crunch" kata Leissandra dengan pelatnya.

"Sure, baby" kata Afiq dengan senyuman manisnya. Tubuh kecil itu di dukung sebelum dibawa turun ke bawah.

Alyssa sedang memasak bubur ayam di dapur. Mak Timah yang sedang menemani Alyssa sedari tadi membuka mulut.

"Seronok Mak Timah tengok kamu berdua. Aryan masakan untuk Alyssa, Alyssa pula masakan untuk dia. So sweet lah katakan" kata Mak Timah lalu mereka ketawa kecil.

"Mama" panggi Leissandra ternampak sosok tubuh Alyssa. Alyssa menoleh memandang Leissandra dengan segaris senyuman.

"Dah bangun dah budak montel ni" kata Mak Timah. Leissandra hanya senyum kerana tidak faham akan bahasa Mak Timah.

Alyssa ingin mengambil Leissandra daripada Afiq tetapi Afiq menghalang.

"Takpe, biar Afiq yang jaga Sandra. Alyssa kan tengah masak bubur untuk abang Aryan" kata Afiq lalu pergi ke arah satu kabinet yang agak tinggi yang menempatkan makanan kering. Coco crunch dicapai sebelum di tuang ke dalam satu mangkuk kosong dan susu yang berada di dalam peti sejuk di tuang ke atas coco crunch tersebut.

Dari jauh Alyssa memandang setiap gerak geri Afiq. Dah macam bapa orang. Dengan sebelah tangan dukung anak dan sebelah tangan lagi buatkan makanan anak. Mangkuk itu di bawa ke ruang tamu kerana mereka mahu makan sambil menonton rancangan barbie kegemaran Leissandra.

"Gigih Aryan belajar memasak dari youtube setiap hari. Lepas dia masak dia akan suruh Afiq hantarkan kepada kamu" kata Mak Timah selamba. Senyuman Alyssa memudar. Dia menoleh memandang Mak Timah disebelahnya. Kening terjongket ke atas.

"Lah, kamu tak tahu ke? Dia yang selalu masak makanan yang kamu mengidam tu. Dia tak bagi sesiapa pun termasuk Mak Timah tolong dia memasak. Dia kata masakan tu special untuk isteri tercinta dia." Membulat mata Alyssa. Patutlah Afiq selalu tanyakan kepada Alyssa makanan yang dia mengidam dan akan datang hantar keesokkan harinya.

"Walaupun dia sakit sebab alahan teruk tapi dia tetap nak masak untuk Alyssa. Jari-jari dia terhiris masa potong bawang lah. Masakan dia terlebih garam lah. Sampaikan dapur ni hampir terbakar sebab dia goreng ayam je." Mak Timah ketawa kecil mengingati kejadian itu. Nasib baik Mak Timah berada di situ. Kalau tidak memang kena telefon bomba agaknya.

"Yang paling Mak Timah tak boleh lupa bila dia siang ikan keli. Terjerit-jerit sampai keluar suara perempuan. Terkejut Mak Timah dibuatnya" kata Mak Timah lalu mereka ketawa kecil.

"Beruntung Alyssa dapat suami prihatin macam Aryan." Alyssa tersenyum kelat lalu menunduk memandang bubur ayam yang dibuatnya.

Alyssa membawa satu dulang berisi bubur ayam dan air ke bilik mereka. Aryan sedang membuat kerjanya di atas macbook. Banyak kerja yang tertunggak sebab dia sering menjalankan misi akhir-akhir ini dan masalah kesihatan yang teruk.

Alyssa mengeluh kecil lalu dulang itu diletak di atas meja kecil sebelah katil. Dia berdiri tegak sambil mencekak pinggang disebelah Aryan. Aryan mengerling Alyssa dati ekor matanya lalu fokus semula kepada kerjanya.

"Kenapa sweetheart? Ada yang tak kena ke?" soal Aryan sambil tangan ligat menari-nari di atas papan kekunci. Alyssa menyilang tangan pula. Aryan masih tidak pedulikan Alyssa.

Dengan pantas Alyssa menghempas macbook itu sehingga terkapit jari-jari Aryan.

"Ahh!" Terjerit Aryan. Dia memandang Alyssa yang memang sedang memandang wajahnya dengan tajam.

Alyssa kembali berdiri tegak. Aryan menarik tangannya perlahan-laha keluar dari macbook itu.

"Simpan laptop awak. Awak tu tengah sakit kena banyak berehat. Makan bubur ayam ni. Perut awak kosong tak boleh makan ubat." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk faham lalu macbook diletak ke tepinya. Kalau tidak mahu hilang jari-jarinya nanti.

Jari jemarinya yang terkapit tadi dipandang lama.

"Tengok jari hubby dah merah. Sweetheart, tolonglah suapkan" kata Aryan dalam nada manja. Alyssa mengerutkan dahinya lalu mengeleng laju.

Tak kuat pun Alyssa hempas macbook tadi. Aryan yang mengada lebih. Dah tua-tua pun mengada macam budak kecil.

"Tapi jari hubby tak boleh gerak dah. Akit angat angan hubby" kata Aryan dengan manja. Alyssa menayang wajah geli.

Aryan memuncungkan bibirnya cubaan merayu menggunakan cara yang Alyssa selalu guna dulu. Mata dikerdip berkali-kali.

Alyssa pasrah lalu dia mengambil pinggan bubur itu dan duduk di sebelah Aryan. Kalau makin lama dibiarkan entah bahasa alien apa lagi yang keluar nanti. Aryan tersenyum kemenangan.

Setelah habis menyuapkan bubur itu Alyssa memberi Aryan dua biji panadol dan air masak. Habis air itu Aryan teguk.

"Saya dah kata kan jangan sentuh saya tanpa izin. Bahagian mana yang awak tak faham?" Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

Tiba-tiba Alyssa mengungkit kejadian di ruang makan tadi.

"Hubby minta maaf-" belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya Alyssa sudah mengangkat tangan menandakan berhenti.

"Saya dah tak nak dengar perkataan maaf keluar dari mulut awak." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

Aryan terdiam seketika sambil memandang tepat ke dalam anak mata hitam Alyssa yang mencerun tajam ke dalam mata coklat Aryan.

"Salah ke seorang suami nak sentuh isteri sendiri?" soal Aryan kembali. Terkebil-kebil Alyssa. Kepala ditundukkan kerana tidak mampu menjawab soalan cepumas Aryan.

"Saya tidur bilik Sandra malam ni." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Cepat-cepat dia menukar topik.

"Kenapa? Katil ni tak cukup besar ke?" soal Aryan.

"Bukan. Tapi saya lagi selesa kalau tidur dengan Sandra." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

Pudar senyuman Aryan. Liur ditelan banyak kali.

"Mestilah boleh. Sweetheart mesti rindukan Sandra kan? Pergilah tidur, dah lewat ni. Nanti subuh hubby kejutkan" kata Aryan disertai senyuman nipis.

Alyssa mengangguk. Sebelum dia ingin bangun dari situ dia memandang Aryan semula.

"Esok saya nak balik sekolah tahfiz. Saya dah bagitahu Afiq dan dia setuju untuk hantar saya balik." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Sweetheart minta izin Afiq tapi tak minta izin suami sendiri. Hubby nak tanya ni. Siapa suami sweetheart sebenarnya? Ataupun hubby cuma suami atas kertas je?" Terdiam Alyssa seribu bahasa. Mereka saling berpandangan.

Aryan memang tak nak keruhkan keadaan yang dah teruk ini tetapi bila dia makin biarkan, Alyssa makin pijak kepala dia. Hilang rasa hormat kepada suami sebab nak junjung ego sangat.

Dia menunggu jawapan daripada Alyssa tetapi Alyssa terus saja bangun dan keluar dari bilik itu.

"Tak apalah sweetheart. Hubby takkan putus asa. Walaupun mulut sweetheart kata benci tapi hubby yakin dalam hati sweetheart masih ada sebutir rasa cinta untuk hubby. Hubby akan kejar sweetheart sama macam sweetheart buat dulu. Hubby akan pertahankan rumah tangga kita" gumam Aryan sendiri. Dia membuka semula macbooknya untuk menyambung kerja tadi.

---------------------‐-

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

3.1K 158 9
Astra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang...
5.5M 280K 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubun...
12.4K 500 43
The Season :- Volt 2 by Farra J " 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 . " - Daneena Tersuka tanpa sengaja . Itulah istilah bagi pertemuan mereka berdu...
185K 1.9K 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasa...