KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 38.6K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

48 | AM

10.9K 537 65
By imzafira_

Aryan keluar dari kereta dengan cepat untuk membantu Alyssa turun dari kereta. Berhati-hati dia membantu Alyssa keluar dari kereta. Tudung Alyssa yang senget dibetulkan sebelum dia melingkarkan jari jemarinya dengan Alyssa. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, mummy. Aryan ada bawa tetamu special untuk mummy" kata Aryan. Datin Katrina keluar dari dapur lalu berlari ke depan apabila melihat tubuh Alyssa di sebelah Aryan.

"Ya Allah, menantu mummy" kata Datin Katrina di dalam pelukan.

"Akhirnya kamu balik juga Alyssa" kata Datin Katrina selepas meleraikan pelukan itu. Kedua pipi Alyssa dicium.

"Alyssa datang sekejap je. Dia nak jumpa mummy dengan daddy kebetulan dia datang sini" jelas Aryan. Terus pudar senyuman Datin Katrina. Alyssa menunduk ke bawah kerana berasa bersalah.

"Mummy dah masak ke?" soal Aryan. Datin Katrina mengangguk laju.

"Pergi panggil Sandra" kata Datin Katrina kepada Aryan. Aryan naik ke atas mencari Leissandra. Alyssa mengikuti Datin Katrina ke dapur.

Aryan menutup mata Leissandra menggunakan tangannya.

"Close your eyes... No peaking... Tadaa!" Terkejut Leissandra apabila melihat tubuh Alyssa di depan matanya.

"Mama!" jerit Leissandra. Semua orang senang akan kehadiran Alyssa Maisara. Bagaikan dia adalah penyeri rumah ini.

Leissandra meminta Alyssa untuk mendukungnya. Alyssa yang ingin mengambil Leissandra daripada Aryan dihalang.

"Mama can't carry you right now because your baby brother is in her tummy. He's sleeping" bisik Aryan kepada Leissandra. Leissandra mengangguk laju lalu meletakkan jari telunjuknya di atas bibir tanda senyap.

Aryan mendekatkan telinga Leissandra dan telinganya ke perut Alyssa.

"Do you hear that? Baby brother is snoring" bisik Aryan lalu mereka berdua ketawa kecil. Tersenyum Alyssa dengan keletah mereka berdua.

"Let's eat everyone." Datin Katrina berkata sambil punggung dilabuhkan di atas kerusi. Aryan turut melabuhkan punggung di sebelah Alysaa.

"Grandma! Shh.. Baby bote cleeping" bisik Leissandra sambil jari telunjuk diletak di atas bibirnya. Datin Katrina beroh kecil lalu mengangguk laju.

"Aryan, makan masak lemak pucuk paku ni. Kamu yang mengidam suruh mummy masak kan?" Datin Katrina mencedokkan lauk itu ke pinggan Aryan dan Alyssa juga. Alyssa mengerling Aryan sekali. Dia mengidam juga ke? Ingatkan alahan muntah saja.

Setelah selesai makan, Alyssa dan Leissandra bermain di taman belakang rumah. Leissandra bermain dengan mainan barbienya di atas meja kecil itu sementara Alyssa mencari pokok bunga melur yang dia tanam dulu. Jumpa!

Bunga itu tumbuh dengan segar dan cantik. Mesti Datin Katrina yang tolong siramkan.

"Sweetheart." Aryan datang memeluk Alyssa dari belakang. Dengan pantas Alyssa berpusing menghadap Aryan. Dahinya berkerut.

"Jangan sentuh saya sesuka hati awak. Saya dah bagi awak peluang untuk pegang tangan saya dah cukup." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Tersentak Aryan. Dia mengundur ke belakang sedikit.

"Hubby minta maaf... Hubby terlupa." Alyssa menjeling mata malas lalu berura-ura ingin pergi tetapi dihalang Aryan.

"Sweetheart, kejap. Sweetheart masih marahkan hubby ke? Hubby tahu hubby salah. Hubby tahu sweetheart dah tak boleh nak maafkan hubby tapi tolonglah. Bagi hubby peluang untuk jaga sweetheart dan baby kita untuk kali terakhir" rayu Aryan. Alyssa memandang ke arah lain.

"Hubby janji ini adalah permintaan terakhir hubby sebelum kita berpisah" kata Aryan menahan sebak.

Dia sendiri tak nak berjanji perkara yang tidak akan berlaku ini tetapi tiada cara lain untuk yakinkan Alyssa selain ini. Dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan Alyssa. Biarlah ajal yang memisahkan mereka tapi bukan dunia.

"Betul awak janji?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk laju.

"Hubby janji sweetheart" kata Aryan sambil tangan mengangkat sumpah. Alyssa mengangguk sekali lalu dia pergi ke arah Leissandra. Aryan memandang tubuh Alyssa dari belakang.

"Jadi sweetheart nak tinggal dengan hubby ke lepas ni?" soal Aryan lembut. Alyssa berpusing menghadap Aryan.

"Saya hanya akan tinggal dekat rumah mummy bukan rumah awak. Nanti awak kurung saya pula." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

Agak tercucuk hati Aryan apabila Alyssa berkata begitu tetapi Aryan tersenyum seperti benda itu satu lawak jenaka.

Alyssa menjeling sebelum pergi kepada Leissandra. Aryan membuka paip air lalu menyiram pokok bunga melur itu. Alyssa memandang Aryan dari kejauhan.

"Sandra." Afiq yang tiba-tiba datang mengusap kepala Leissandra.

"Awal Afiq balik. Abang Aryan kata Afiq balik lepas magrib." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Lepas magrib? Mana ada lama macam tu training. Kitorang bukan robot sampai tak ada rehat. Hari ni pun Afiq gantikan kawan sebab dia tak sihat" kata Afiq selamba.

Mulut dinganga untuk merasa masakan tipu-tipu Leissandra. Sengaja dia membuat reaksi terkejut kepada Leissandra. Mereka berlaga hidung seketika.

Alyssa mengetap bibirnya. Dadanya turun naik. Dia memandang tajam kearah Aryan yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Kenapa muka sweetheart macam marah je? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Aryan lembut. Sebelah kening ternaik.

Alyssa menolak dada Aryan lalu masuk ke dalam rumah. Tersentak mereka semua.

Aryan memandang Afiq. Afiq mengangkat sebelah bahu tanda tidak tahu. Aryan terus mengejar langkah Alyssa sehingga depan tangga. Tangan Alyssa ditarik lembut.

"Kenapa sweetheart marah ni? Hubby ada buat salah ke?" soal Aryan lagi. Alyssa menepis tangan Aryan.

"Awak ni memang penipu kan?! Awak kata Afiq akan habis training lepas magrib tapi sebelum asar lagi dia dah balik. Awak memang sengaja nak buat saya marahkan?!" Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mata Alyssa terbuntang luas memandang Aryan. Terkebil-kebil Aryan.

"Hubby minta maaf. Hubby akui hubby tipu sweetheart tapi kalau sweetheart duduk lama-lama dekat kem tu nanti sweetheart tak selesa, baby tak selesa. Hubby cuma risaukan sweetheart" jelas Aryan panjang lebar.

"Diamlah, Aryan! Tak habis-habis minta maaf! Saya dah muak lah!"

Sungguh Aryan tersentak dengan bahasa yang digunakan Alyssa. Sejauh ini Alyssa berubah hanya disebabkan Aryan tidak berlaku jujur kepadanya. Kalaulah mudah untuk Aryan jujur sudah lama dia lakukan. Dek kerana dia takut kehilangan Alyssa ditambah Alyssa sedang mengandungkan anaknya sekarang, perkara menjadi lebih rumit.

Alyssa naik ke atas. Aryan tidak putus asa. Dia terus mengejar Alyssa. Melihat dari cara Alyssa menghentak kaki membuat Aryan risau akan keadaan bayi di dalam perut Alyssa.

Aryan menutup pintu bilik mereka selepas mereka berdua masuk ke dalam bilik. Alyssa terus menuju ke meja solek untuk mengambil begnya. Dia berpusing semula berniat untuk pergi dari situ.

Aryan lebih pantas menghalang Alyssa. Dalam keadaan begini Aryan tidak boleh melepaskan Alyssa pergi. Takut jadi apa-apa pada kandungannya kalau di stres.

Aryan menarik Alyssa supaya duduk di hujung katil itu. Walaupun Alyssa berdegil Aryan lebih kuat mencengkam tangan Alyssa. Dia melutut didepan Alyssa.

"Hey, sweetheart. Jangan ikutkan emosi sangat. Nanti sweetheart sakit." Aryan teringat akan informasi yang pernah Mr.Teddy berikan kepadanya. Alyssa pernah pengsan dan masuk hospital kerana terlalu stres bekerja. Malangnya ketika itu Aryan sedang menjalankan misi jadi dia mendapat informasi 2 hari selepas misi. Dia marahkan dirinya sendiri kerana tidak dapat menjaga Alyssa dengan baik.

"Look at me. Breathe in, breathe out. Lagi sekali. Breathe in, breathe out." Alyssa mengikut saja arahan Aryan sambil berpandangan.

"Are you okay now? Do you need anything, sweetheart? Hubby ambilkan air ye? Sweetheart baring dulu" kata Aryan lalu membantu Alyssa untuk membaringkan tubuhnya ke atas katil.

Alyssa kembali tenang. Beg tangan Alyssa diletakkan di atas meja solek itu semula sebelum Aryan bergegas turun ke bawah untuk mengambil air.

"Kenapa dia baik sangat dengan aku? Aku dah buat macam-macam untuk dia bencikan aku. Walau apapun yang terjadi aku tetap akan berpisah dengan dia. Dia lebih layak bersama April bukan aku. April lebih sempurna berbanding aku." bisik Alyssa di dalam hati. Dia masih berfikiran yang April adalah kekasih Aryan sebab itu Aryan marahkan dia sebelum ini.

Aryan masuk semula ke dalam bilik dengan membawa segelas air masak dan minyak urut. Dia menghulurkan air itu kepada Alyssa.

"Sweetheart, sebelum hubby urut kaki sweetheart boleh tak kalau hubby nak pegang perut sweetheart." Alyssa terdiam. Perlahan-lahan dia memandang Aryan.

"Hubby teringin sangat nak pegang perut sweetheart. Hubby teringin nak rasa baby kicking. Hubby teringin sangat nak rasa perasaan macam suami orang lain bila pegang perut isteri dia yang mengandung. Sweetheart izinkan hubby ya?" soal Aryan sambil memandang wajah Alyssa. Alyssa menoleh memandang wajah Aryan.

"Kenapa baru sekarang nak minta izin? Tadi masa awak pegang ada awak minta izin saya?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan menundukkan kepala.

Dia tidak tahu pula yang Alyssa sedar apabila Aryan sentuh perutnya tadi. Tak apalah kalau Alyssa tak nak bagi. Salah dia juga kalau tidak semua ini tidak akan berlaku.

"Hubby minta maaf sebab tak minta izin sweetheart sebelum ni" kata Aryan. Dia terus duduk di birai katil dekat dengan kaki Alyssa.

Kaki Alyssa yang dibaluti stokin itu disentuh. Cepat-cepat Alyssa tarik kakinya semula.

"Sweetheart janganlah takut. Hubby cuma nak urut kaki sweetheart je. Tadi sweetheart banyak berjalan mesti kaki ni bengkak kan?" Alyssa hanya memandang wajah Aryan tanpa beriak apa-apa.

"Izinkan hubby ya?" soal Aryan sebelum dia menarik lembut kaki Alyssa. Stokin dibuka. Terbuntang mata Aryan melihat kaki Alyssa yang bengkak teruk. Terdetik rasa bersalah dihatinya kerana tidak menjaga isterinya dengan baik. Hampir saja air matanya mengalir tetapi ditahan.

Minyak diletak di telapak tangan sebelum mengurut kaki Alyssa. Aryan pernah belajar di youtube cara untuk mengurut kaki ibu mengandung. Semua yang Aryan Mikael belajar demi Alyssa Maisara. Dia sangkakan yang dia tidak dapat untuk mengurut kaki Alyssa tetapi perancangan Allah lebih baik.

Aryan mengurut kaki Alyssa sehingga tidak sedar yang Alyssa sudah tertidur. Aryan menyuci tangannya sebelum membetulkan posisi tidur Alyssa. Selimut ditarik menutupi tubuh Alyssa.

Aryan duduk disebelah Alyssa sambil menatap wajah Alyssa. Sudah lama dia tidak menatap wajah Alyssa yang cantik, manis, ayu macam bidadari. Sayangnya bukan bidadari Aryan selamanya...

Bidadari layak bersama penjaga yang baik dan pandai menjaga perasaan wanita bukan sakitkan hati wanita berkali-kali. Itu manusia bertopengkan syaitan namanya!

Tangan Aryan naik ingin mengusap wajah Alyssa tetapi terhenti pergerakkannya. Dia sedar dia perlu meminta izin Alyssa dahulu sebelum menyentuh Alyssa. Jadi dia batalkan niatnya.

"Kalau hubby nak pandang wajah sweetheart tak perlu minta izin kan?" Bisik hati Aryan.

Aryan mengambil buku nota di dalam laci. Dia menulis di atas buku nota itu sesekali akan memandang wajah Alyssa sambil tersenyum.

Thank you sweetheart sebab dah bagi hubby peluang kedua. Hubby janji takkan sia-siakan sweetheart lagi. Tinggal lagi 5 bulan sebelum anak kita keluar. Walaupun hanya 5 bulan masa yang hubby ada tetapi dah cukup untuk hubby buat sweetheart rasa bahagia. Hubby janji akan jaga sweetheart bagaikan seorang ratu.

Hubby doakan sweetheart jumpa kebahagiaan di luar sana nanti lepas ketiadaan hubby di sisi sweetheart... Hubby pernah berjanji yang takkan ada sesuatu pun di atas muka bumi ini akan memisahkan kita mahupun ajal tetapi hubby silap. Hubby terlalu yakin dengan diri sendiri sampai terlupa akan kekuasaan Allah SWT.

Pertemuan kita bukan suatu kesilapan mahupun kebetulan. Pertemuan kita adalah satu takdir. Takdir yang mengajar kita untuk sentiasa menghargai orang yang ada dengan kita. Hargailah selagi masih ada. Sweetheart layak merasa bahagia bersama orang yang tepat. Orang yang betul-betul mencintai dan dicintai sweetheart.

Terbanglah bidadari Aryan Mikael bersama jejaka pilihan hatimu. Aku takkan lagi menghalang mahupun merosakkan kebahagiaanmu demi kepentingan diriku sendiri lagi. Kau layak bersama orang yang lebih ikhlas mencintaimu. Aku disini tidak akan berhenti mendoakan kebahagiaanmu.

Kekuranganmu bukanlah kelemahan mahupun keburukkan tetapi satu kesempurnaan di dalam dirimu. Kau tetap sempurna Alyssa Maisara.

Your husband,
Aryan Mikael.

Air matanya jatuh membasahi buku nota itu. Tidak mampu Aryan ungkapkan perasaannya kerana ragu jika Alyssa terdengar dan akan marahkannya lagi. Dia tidak mahu mengganggu tidur bidadarinya. Cukuplah buku nota ini menjadi bukti cinta mereka berdua.

Aryan gagahkan dirinya. Air mata dikesat kasar. Buku nota disimpan semula ke dalam laci rahsianya. Laci yang selalu berkunci. Sebelum dia pergi dia melihat Alyssa seperti tidak selesa memakai tudung ketika tidur. Dia berfikir seketika sebelum membuat keputusan untuk mencabut tudung Alyssa.

Satu demi satu pin tudung dicabut. Banyak betul pin tudung sampai tercucuk jari Aryan. Siapa nak tiupkan jari dia yang berdarah ni? Terpaksalah sembuhkan diri sendiri.

Aryan menahan nafasnya ketika menanggalkan tudung Alyssa. Dia cuba untuk tidak terhidu wangian vanilla dileher Alyssa yang sangat kuat. Entah kenapa wangian itu sangat menggoda dan kuat auranya. Tudung diletak di dalam bakul lalu dia bergegas keluar dari bilik itu.

"Uncle..." Afiq yang sedang menonton televisien sementara menenani Leissandra yang sedang bermain patung barbie di ruang tamu tiba-tiba bersuara.

"Yes, princess" jawab Afiq lembut. Kepala ditelengkan sedikit memandang Leissandra di depannya.

Leissandra bergerak ke arah Afiq lalu menepuk pehanya. Afiq yang faham akan keinginan Leissandra terus mendukung tubuh kecil itu ke atas ribanya. Anak kecil itu membulatkan matanya dan bibir dimuncung ke depan. Kepala ditelengkan sedikit ke kiri. Kuasa kecomelan diaktifkan!

"Uncle let's go eat ice cream. Pleasee..." kata Leissandra meleret. Mata dikerdip-kerdipkan.

"Sure, princess" balas Afiq ringkas. Leissandra terus menyorak kegembiraan. Senyuman melebar sehingga ke belakang telinga.

Leissandra memeluk erat leher Afiq apabila bangun bergerakkee suatu tempat. Terus mati senyuman Leissandra apabila Afiq bergerak ke dapur dan membuka peti sejuk.

"Here's your ice cream." Afiq menghulurkan satu aiskrim magnum kepada Leissandra.

"No!" Kata Leissandra meleret. Kepala digeleng laju sambil menolak aiskrim itu. Berkerut dahi Afiq. Tadi kata nak makan aiskrim lepastu tak nak pula. Cepat betul mood perempuan bertukar.

"I want to buy other ice cream" kata Leissandra dengan wajah masamnya. Afiq yang faham akan maksud Leissandra mengecilkan matanya memandang anak kecil itu.

"Please, uncle..."

"But papa already say that you can't go out. You have to stay at home, baby. Plus, you still have many other kind of ice cream in the fridge. Why do you bother going out and buy a new one?" soal Afiq lemah lembut. Sedikit pun tidak meninggikan suara kepada anak kecil itu.

Walaupun nada suara Afiq lemah lembut tetapi air mata Leissandra sudah bergenang. Dia cuba trick Afiq dengan kuasa kecomelan fasa kedua! Fasa yang paling bahaya. Paling jarang tidak mengena target!

"Ouh, don't cry baby. I'm sorry, I didn't mean to scold you." Pujuk Afiq tetapi makin tersebik bibir Leissandra. Kecomelan fasa tiga diaktifkan lagi! Mangsa semakin cair dan berasa berat hati ingin menolak!

"Okay, I'll take you out. Let's buy other ice cream. These ice cream's aren't good for you" kata Afiq lalu berjalan keluar dari dapur menuju pintu depan. Afiq mengesat air mata Leissandra lalu Leissandra sembamkan kepala pada bahu Afiq.

Nampaknya mangsa tumbang disaat-saat akhir. Mission accomplised with honoured! Winner winner chicken dinner!

"What kind of ice cream do you want, my princess? Häagen-Dasz? Baskin robbins? Godiva?" soal Afiq. Leissandra nganga mulut memandang Afiq dengan pipi tergantung pada tali pinggang keledar. Dia cuma nak keluar rumah bukan nak makan aiskrim sangat pun.

Sempat Afiq mengerling Leissandra di tempat penumpang sebelahnya sebelum fokus ke jalan semula. Dia tersenyum melihat reaksi Leissandra. Comel betul anak buah kesayangannya.

"I choose godiva then" kata Afiq lalu tersenyum manis. Leissandra mengangguk laju. Apa-apa je lah uncle asalkan dapat makan aiskrim.

Afiq mendukung tubuh Leissandra berjalan-jalan di pusat membeli balah itu selepas membeli aiskrim Godiva. Afiq dan Leissandra menikmati aiskrim masing-masing seperti pasangan kekasih. Comel je uncle dengan anak buah ni.

Afiq berhenti di satu bangku lalu meletakkan tubuh Leissandra di atas bangku itu. Leissandra masih fokus menikmati aiskrim itu. Afiq bercangkung di depan Leissandra lalu mengambil tisu dari dalam poket leather jacketnya. Bibir Leissandra yang comot dilap sehingga bersih.

Tersenyum Afiq melihat wajah comel Leissandra. Kepala Leissandra diusapnya. Dia duduk di sebelah Leissandra.

"Do you like the ice cream, baby?" soal Afiq. Leissandra menoleh mendongak memandang Afiq. Kepala diangguk laju.

"Where do you want to go next, my princess?" soal Afiq lagi dengan senyuman manisnya.

"Dawing book." Sepatah saja Leissandra berkata Afiq sudah faham. Afiq tersenyum lalu menunggu Leissandra menghabiskan aiskrim itu sebelum mereka bergerak ke kedai buku.

Kedai buku itu mereka masuk lalu Afiq mencari rak buku kanak-kanak. Mata Leissandra lebih pantas menangkap buku lukisan kegemarannya. Laju dia menunjuk ke arah kiri.

Afiq meletakkan tubuh Leissandra ke bawah sebaik tiba di depan rak buku lukisan itu. Dia memberi Leissandra masa untuk memilih. Tangan disilang di atas dada sambil menunduk memandang Leissandra. Satu senyuman terukir dibibirnya.

Satu buku lukisan yang besar menarik perhatian Leissandra. Tangan kecilnya cuba mengambil buku yang sebesar tubuhnya. Afiq ketawa kecil lalu membantu Leissandra mengambil buku itu.

"Are you sure you want this, baby?" soal Afiq. Leissandra mengangguk laju.

"Anything else, my princess?" soal Afiq sambil bercangkung di depan Leissandra. Leissandra meletak jari telunjuknya di atas dagunya. Mata memerhati keliling. Afiq ketawa kecil melihat wajah comel anak buahnya.

Leissandra menunjuk ke arah belakang Afiq. Afiq menoleh ke belakang lalu Leissandra berlari ke arah satu patung teddy itu.

Afiq mengikuti Leissandra. Patung teddy berwarna coklat yang berada di rak atas ditunjuk Leissandra.

"You want a teddy bear? But you love your bunny so much right?" Pernah sekali Afiq ingin membelikan Leissandra patung teddy tetapi dia menolak.

"Baby bote" kata Leissandra dengan pelatnya. Ternaik sebelah kening Afiq. Apa benda Leissandra cakap ni?

"Baby what, princess?" soal Afiq. Dia langsung tidak faham apa yang dikatakan Leissandra.

"Baby bote!" Kata Leissandra dalam kegeraman. Afiq terdiam membisu memikirkan maksud Leissandra. Leissandra menunjuk ke arah perutnya yang sengaja dibuncitkan.

"Oh, baby brother!" kata Afiq lalu Leissandra mengangguk laju.

Afiq mencapai teddy bear berwarna coklat itu lalu dia mendukung semula tubuh Leissandra. Sebelah tangan kirinya membawa patung teddy dan buku lukisan Leissandra. Sebelah kanan mendukung Leissandra. Memang berat tetapi Afiq tak kesah. Anything for Leissandra Rosabelle.

Setelah membuat pembayaran mereka keluar dengan girang. Afiq membuat keputusan untuk pulang ke rumah kerana sudah malam. Maghrib pun dia belum solat.

--------------‐------

Continue Reading

You'll Also Like

239K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5.3K 262 51
"๐ป๐‘–๐‘  ๐‘™๐‘œ๐‘ฃ๐‘’ ๐‘‘๐‘’๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ ๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ก๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘" ๐„๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ฒ๐š ๐Š๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐Ÿ๐ข๐ž ๐๐š๐ณ๐ณ๐ฎ๐š๐ง, gadis kacukan Korea Se...
277K 10.6K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
501K 24.3K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...