KAU TETAP SEMPURNA

imzafira_ tarafฤฑndan

1M 38.6K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... Daha Fazla

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

37 | AM

13.4K 482 46
imzafira_ tarafฤฑndan

Farisya yang sedang duduk di depan pagar sekolah menunggu abangnya memandang ustazah Qasirah.

"Ustazah balik lah dulu. Saya dah biasa dah tunggu along lama macam ni" kata Farisya. Ustazah Qasirah duduk di sebelah Farisya.

"Mana boleh macam tu? Hari ni kan ustazah duty. Kalau ustazah tinggalkan kamu nanti apa-apa jadi ustazah yang kena. Abang kamu memang selalu lambat macam ni ke?" soal Ustazah Qasirah lembut. Farisya mengangguk laju.

Dah terbiasa sangat dengan perangai abang dia yang selalu datang lambat. Bukan lambat dua tiga minit tapi dua tiga jam.

Vrooomm..

Sebuah kereta honda civic berwarna hitam berhenti mengejut di depan mereka.

"Ha, tu along dah sampai" kata Farisya selamba. Farisya dan Ustazah Qasirah berdiri tegak.

Fathi berlari ke arah mereka berdua.

"Ustazah saya minta maaf sangat. Saya terlupa tadi sebab sibuk sangat dengan kerja" kata Fathi kepada Ustazah Qasirah. Farisya adiknya sendiri tidak dipandang mahupun meminta maaf kepadanya.

Ustazah Qasirah menunduk lalu memandang ke arah Farisya.

"Takpe, ini dah memang tugas saya. Bawa lah dia balik. Saya minta diri dulu. Farisya, ustazah balik dulu. Assalamualaikum" kata Ustazah Qasirah lalu pergi dari situ. Dia agak tidak selesa dengan Fathi kerana dia berdiri terlalu dekat dengannya.

Setelah Farisya menjawab salam itu terus dia berjalan ke kereta. Fathi menghalang Ustazah Qasirah secara mengejut.

"Ustazah, balik dengan siapa? Saya boleh hantarkan. Bagi menebus kesalahan saya hari ni" kata Fathi dengan senyuman lebar. Ustazah Qasirah mengundur ke belakang sedikit dengan kepala menunduk ke bawah.

Sepatutnya Fathi minta maaf pada adiknya bukan ustazah Qasirah.

"Saya datang dengan kereta sendiri" kata Ustazah Qasirah, menunduk sekali lalu ingin pergi tetapi dihalang lagi.

"Ustazah free tak malam ni?" soal Fathi dengan selamba membuatkan Ustazah Qasirah tersentak. Membulat matanya memandang Fathi sebelum menunduk dan beristighfar.

"Saya minta diri dulu, Encik Fathi." Dengan pantas Ustazah Qasirah berlari pergi. Makin seram dia dengan soalan Fathi.

"Ustazah-" Tidak sempat Fathi ingin memanggil Ustazah Qasirah, Farisya terlebih dahulu mencelah.

"Along! Jomlah balik! Adik lapar ni!" jerit Farisya dari dalam kereta.

"Ish, budak ni! Potong betul lah!" Fathi berdengus kasar sebelum pergi dari situ. Kepala tidak henti berpusing ke belakang melihat ustazah Qasirah sampai terlanggar keretanya sendiri.

-

"Hanya suara dia berkata! Tidak berpandangan mata.. tunduk di meja wajah berpurdah, Ustazah Qasirah namanya! indah namanya juga tingkahnya-" tidak sempat Fathi ingin menghabiskan lagu kegemarananya sejak akhir-akhir ini, Farisya sudah mematikan radio.

"Woi kenapa kau tutup lagu aku" marah Fathi. Radio ditekan semula tetapi Farisya mematikan lagi.

"Along, lagu ni along dah ulang 5 kali. Naik bernanah telinga adik dengar" kata Farisya. Sepanjang jalan lagu ini saja yang dia pasang dan nyanyi. Kalau Farisya nak tukar pun akan kena marah. Dah gila bayang ke along dia ni?

"Biarlah, ini lagu favorit aku. Kau apa tau? Kau tu budak kecil lagi" kata Fathi lalu menjeling tajam.

"Walaupun adik ni budak kecil tapi tak ada lah nak ajak orang yang baru kenal keluar malam. Ingat ni cerita hollywood ke?" Terbatuk-batuk Fathi. Adik dia dengar ke perbualan diorang tadi? Pedas juga ayat adik dia ni.

"Along, adik faham ustazah Qasirah tu cantik, ayu, manis, menjadi kegilaan ramai jejaka diluar sana tapi dia sama sekali tidak sesuai malah tak akan pernah sesuai dengan along" kata Farisya dengan puitis. Fathi memandang adiknya atas bawah. Mentang-mentang ketua pidato dah nak belagak pula sekarang.

"Jadi alangkah baik along batalkan niat untuk mengorat ustazah Qasirah dan kita pergi beli ayam goreng muiz sekarang" kata Farisya lalu kerdip-kerdipkan mata ke arah Fathi.

"Kau ni tak habis-habis ayam goreng muiz, ayam goreng muiz. Kau ingat ayam goreng muiz tu father kau punya?" Tidak henti mereka berkelahi. Masing-masing tidak mahu kalah. Farisya berdengus kasar.

"Along nak tahu tak yang ustazah Qasirah tu sebenarnya dah ada orang lain. Mak dia sekarang tengah kenalkan dia dengan seorang lelaki" kata Farisya lalu Fathi berhenti mengejut. Terkejut Farisya hampir saja kepalanya terhentak di dashboard.

"Along!! Along dah gila ke?! Kalau ada kereta dekat belakang macam mana?! Along nak mati awal ke?!" marah Farisya semahunya. Terkejut beruk dia. Dada disapu-sapu.

"Siapa lelaki tu? Kau bagitahu aku sekarang" soal Fathi tegas. Dihiraukan tindakan bahayanya tadi.

"Tak nak. Adik tak nak bagitahu" kata Farisya dengan nada mengejek sebelum menjulir lidah.

"Kalau along nak tahu belanja ayam goreng muiz dulu." Ugut Farisya. Fathi mengetap giginya. Pandai adiknya mengugut dia. Mereka berbalas pandangan dengan dada yang turun naik dengan pantas. Di tengah-tengah jalan. Kereta yang lalu lalang memandang mereka dengan pandangan pelik.

"Fine! Along akan sponsor ayam goreng muiz untuk seminggu tapi dengan syarat" kata Fathi dengan tegas. Bersinar-sinar mata Farisya yang merupakam penggemar menyukai ayam goreng muiz.

"Adik kena tolong along dapatkan ustazah Qasirah sampai dapat. Kalau tidak along akan mengadu dekat ibu adik makan ayam goreng muiz setiap hari" kata Fathi. Tanpa berfikir lama Farisya mengangguk dengan laju.

Alyssa dan Aryan berkemas untuk berpindah ke rumah Dato Mustafar. Esok tukang akan datang untuk dekor villa ini. Semua luggage Aryan bawa masuk ke dalam kereta mercedes nya. Dia masuk ke dalam rumah semula untuk mencari Alyssa.

"Tuan puteri dah siap?" soal Aryan sambil bercekak pinggang.

Sejak Alyssa pandai makeup dia selalu ambil masa yang lama untuk bersiap. Sampai Aryan dah siap letak luggage dalam kereta pun belum siap makeup.

"Kejap, makeup Alyssa tak jadi." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengeluh lalu mendekati Alyssa.

"Sweetheart tak perlu makeup pun dah cantik. Selama ni pun hubby tak pernah kesah pasal ni. Sweetheart nak cantik-cantik untuk siapa?" soal Aryan lembut. Terdiam Alyssa lalu menundukkan kepala.

"Dah, jangan nak monyok. Kita nak pergi rumah mummy je tak perlu makeup bagai" kata Aryan lalu menyimpan barang-barang makeup Alyssa ke dalam satu porch bag.

Alyssa mencapai wet tissue lalu dilap semua makeup nya. Kalau Aryan tak suka dia makeup dia kena ikut sebab Aryan suami dia. Setelah selesai membuang makeup diwajah Alyssa memeluk tangan kiri Aryan.

Pintu kereta dibahagian penumpang Aryan buka untuk Alyssa. Kereta dipandu Aryan keluar dari villa itu.

Sesampai di rumah Dato Mustafar, Alyssa dan Aryan disambut Leissandra dan Datin Katrina.

"Mama!" Jerit Leissandra apabila ternampak sosok tubuh Alyssa mendekatinya. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Alyssa. Alyssa bercangkung untuk memeluk tubuh kecil itu. Pipi kiri dan kanan Leissandra dicium lama.

"I mish you, mama" kata Leissandra lalu menggigit pipi Alyssa. Terkejut Alyssa.

Aryan yang baru datang berdiri sambil mencekak pinggang di belakang Alyssa.

"You don't miss papa?" soal Aryan. Leissandra terus berlari ke arah Aryan pula. Aryan mendukung tinggi tubuh Leissandra. Terkekeh anak kecil itu. Tubuh Leissandra dipeluk erat.

"Next time don't bite mama's cheeks cuz it's only for papa" bisik Aryan ditelinga Leissandra. Leissandra beroh kecil lalu mengangguk kepala bersama Aryan.

Berkerut dahi Alyssa melihat keletah dua beranak itu. Ada aje benda nak dirahsiakan daripada Alyssa.

"Assalamualaikum, mummy" kata Aryan lalu salam tangan Datin Katrina penuh hormat diikuti Alyssa.

"Waalaikumsalam. Dahlah jom masuk dalam. Afiq dengan daddy tengah tunggu dekat meja makan" ajak Datin Katrina.

Alyssa dan Aryan salam tangan Dato Mustafar yang sedang duduk di ruang makan itu sebelum bergerak duduk di meja makan.

"Patutlah mummy masak banyak hari ni sebab ada menantu dan anak kesayangan balik" sindir Afiq. Aryan dan Alyssa tersenyum.

"Mestilah, mummy kena utamakan Alyssa sebab dia adalah satu-satunya menantu mummy" kata Datin Katrina sambil memegang bahu Alyssa.

"Afiq bila lagi kau nak bagi mummy dengan daddy menantu? Aku tengok kau asyik keluar je mesti dah ada kan?" soal Aryan dengan sinis. Membesar mata Afiq memandang Aryan. Sengaja Aryan mahu membuka isu itu.

"Betul ke Afiq dah ada girlfriend? Bawa lah jumpa mummy. Boleh mummy kenal-kenal dengan dia" kata Datin Katrina teruja lalu melabuhkan punggung di sebelah Afiq. Afiq menepuk dahinya. Alasan apa yang dia nak bagi sekarang.

"Abang gurau je mummy. Afiq selalu keluar pergi kerja je. Tak ada pergi mana-mana pun" kata Afiq dengan sengihan. Datin Katrina mengangguk faham.

Aryan mencedok lauk untuk Alyssa sambil menahan tawa. Dah lama tak kenakan Afiq sekali sekala seronok juga.

"Kalau macam tu mummy boleh carikan untuk Afiq lah kan? Afiq nak yang macam mana? Yang muslimah, yang cantik, yang baik, yang comel, yang macam mana pun Afiq cakap je. Mummy tolong carikan" yakin Datin Katrina. Dia sudah ada list nama anak kawan-kawannya. Semuanya dia dah check memang cun!

Afiq tercengang. Tak cukup kuat ke alasan dia tadi? Aduh, ni semua salah Aryan.

Datin Katrina masih menunggu jawapan Afiq. Afiq memandang wajah Dato Mustafar dan Aryan meminta bantuan tetapi masing-masing tidak berniat untuk membantunya langsung.

"Afiq dah ada orang yang Afiq suka" kata Afiq selamba. Itu sajalah jawapan yang selamat. Harap-haraplah. Membulat mata semua orang.

"Betul ke? Siapa Afiq? Siapa mak ayah dia? Umur dia berapa? Dia tinggal dekat mana?" soal Datin Katrina bertubi-tubi. Afiq terdiam seketika.

"Tu, Leissandra" kata Afiq selamba sambil menunjuk ke arah Leissandra dihadapannya. Jawab je lah apa pun.

Datin Katrina memukul lengan Afiq. Membulat mata Aryan dan Alyssa. Amboi nak sailang anak depan bapa dia nampak.

"Sandra tu anak buah kamu. Jangan nak buat lawak yang bukan-bukan" tegur Datin Katrina. Leissandra hanya diam menikmati makanannya. Langsung tidak faham dengan bahasa mereka.

"Bagitahu mummy siapa wanita yang dah mencuri hati anak teruna mummy ni."

"Katrina.." seru Dato Mustafar. Datin Katrina terus diam. Tahu yang suaminya sedang memberi amaran sebelum meletus.

Lama kelamaan Dato Mustafar berasa kesian pada Afiq. Muka Afiq dah bertukar biru kerana menipu. Kalau tidak ditegur memang Afiq tidak dapat makan sampai dia jawab semua soalan Datin Katrina.

Disisi yang lain ada dua pasangan yang tengah berromantik.

"Sweetheart kena makan banyak-banyak baru anak-anak kita chubby macam sweetheart" bisik Aryan ditelinga Alyssa. Dia mengenyitkan mata kepada Alyssa. Memerah pipi Alyssa lalu dia melarikan pandangan ke arah lain. Harap-harap tak ada orang yang perasan. Aryan ni selalu buat pipi Alyssa memerah depan orang ramai.

"Papa" panggil Leissandra sambil menepuk-nepuk tangan Aryan. Aryan menoleh memandang Leissandra di sebelahnya.

Leissandra menunjuk ke arah gelas yang berisi air oren itu. Aryan mencapai gelas itu lalu membantu Leissandra minum.

Fathi yang sedang menunggu adiknya pulang dari sekolah di depan pagar sekolah sambil bersandar pada kereta honda civic hitam miliknya. Jam dikerling dan bunyi loceng berbunyi kuat menandakan waktu sekolah tamat.

Dia berdiri tegak sambil kedua tangan diletakkan di dalam poket seluar mencari-cari adiknya. Terlalu ramai murid sampai dia tidak dapat melihat adiknya. Ternampak seorang anak gadis beruniform pengawas berlari ke arahnya dengan teruja. Tubuh Fathi dipeluk erat. Tersenyum Fathi dengan kemanjaan adik bongsunya.

"Awalnya along datang hari ni" kata adiknya, Farisya Aulia sambil mendongak memandang wajah abangnya.

"Hari ni kan along cuti. So, cik ketua pengawas nak makan apa hari ni?" soal Fathi. Walaupun ibu mereka sudah masak tetapi dia tetala akn bawa adiknya pergi beli makanan luar. Balik rumah pasti akn dimarahi ibunya. Sekali sekala bawa adik jalan-jalan apa salahnya.

"Nak makan ayam goreng muiz!" Kata Farisya dengan teruja.

"Yes, ma'am. Let's go!" Fathi memimpin tangan adiknya sebelum dibawa ke arah pintu penumpang.

Ketika membuka pintu kereta bahagian penumpang mata Fathi tertumpu ke arah seorang gadis. Sebaik Farisya ingin masuk ke dalam kereta Fathi memanggilnya.

"Adik, itu siapa? Cikgu kau ke?" soal Fathi.

"Hm? Yang mana?" soal Farisya kembali. Kepala dipusing ke kiri ke kanan. Fathi mengeluh berat sebelum mencekak leher adiknya.

"Itu dekat depan tu. Perempuan cantik tu cikgu kau ke?" soal Fathi sambil menunjuk ke arah stesen bas yang dipenuhi murid dan seorang gadis cantik.

"Oh, itu ustazah praktikal baru dekat sekolah adik. Dia praktikal dua bulan je" kata Farisya. Fathi menagngguk faham lalu tersenyum sendiri.

Farisya memandang Fathi dengan pandangan pelik. Dah kenapa tersengih-sengih sensorang?

"Nama dia apa?" soal Fathi lagi.

"Ustazah Qasirah" kata Farisya dengan wajah yang pelik.

Makin melebar senyuman Fathi mendengar nama itu.

"Along. Along. Along!" Jerit Farisya apabila panggilannya dihiraukan Fathi. Terkejut Fathi. Hampir pekak telinganya dengan jeritan kuat Farisya.

"Cepatlah, adik nak makan ayam goreng muiz nanti habis..." rengek Farisya.

"Yelah, yelah. Masuk cepat. Nak tengok bidadari pun potong stem lah kau ni" kata Fathi lalu menghempas pintu penumpang dengan kuat setelah Farisya masuk ke dalam kereta. Tersentak Farisya.

Pintu rumah markas itu dibuka lalu Fathi dan Ilyas bangun serentak. Terpampang wajah Haniff dan Leissandra yang sedang berada di dalam dukungannya. Leissandra memeluk erat leher Haniff kerana takut dengan pandangan Fathi dan Ilyas.

"Uncle, I'm scared" kata Leissandra lalu menyorok wajahnya pada leher Haniff. Haniff mengusap perlahan belakang Leissandra.

"It's okay, baby girl" kata Haniff senafas. Fathi dan Ilyas masih tercengang dengan situasi sekarang.

"Kenapa kau bawa dia datang sini? Bukan Aryan kata tak boleh bawa orang luar masuk markas ke?" soal Fathi.

"Aryan suruh kita jagakan anak dia malam ni sebab dia ada candle light dinner dengan isteri dia" jelas Haniff. Ilyas mengangguk faham

"Kenapa pula kita kena jagakan anak dia? Afiq kan ada. Mak ayah dia pun ada lagi. Suruh lah diorang jagakan. Takkan candle light dinner sampai satu malam tak balik. Lain macam.." kata Fathi meleret.

"Mak ayah dia outstation ke Siam. Afiq pula bercuti. Aryan dah bagi kita amanah kita ikutkan je lah yang kau banyak bunyi sangat dah kenapa?" Haniff mengeleng kepala lemah. Banyak tanya lah si Fathi ni. Minta tolong sikit pun tak boleh.

Fathi menjuling mata malas. Punggung kembali dihempas ke atas sofa.

Kereta Aryan parking di depan sebuah restoran mewah. Berkerut dahi Alyssa. Bukan sepatutnya mereka pergi ambil Alyssa dekat rumah Datin Katrina untuk bawa pergi keluar makan? Kenapa datang sini terus? Ke Leissandra dah lama menunggu di sini?

Pintu kereta Aryan bukakan untuk Alyssa. Alyssa memandang saja huluran tangan Aryan sebelum mula membuat bahasa isyarat.

"Kenapa datang sini? Mana Sandra?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Boleh tak kita masuk dalam dulu baru hubby explain?" soal Aryan lalu Alyssa menyambut huluran tangan Aryan dengan segaris senyuman.

Kaki bergerak menuju satu private room yang mewah. Kerusi Aryan tarikan untuk Alyssa lalu Alyssa melabuhkan punggung di situ sebelum Aryan melabuhkan punggung di hadapan Alyssa.

"Now, let me explain why we are here. Hubby book private room ni untuk anniversary kita yang ke 5 bulan 2 minggu 5 hari dan 10 jam" kata Aryan selamba. Berkerdip-kerdip mata Alyssa. Sampai bulan, minggu, hari mereka berkahwin Aryan kira? Silap-silap setiap minit pun dia kira tidak? Lagi dashyat daripada Alyssa. Ingatkan Aryan tak kesah langsung pasal perkahwinan mereka.

Aryan tersenyum dengan reaksi comel Alyssa.

"Mesti sweetheart terkejut kan? Tak pernah lupa sehari pun untuk kira anniversary kita. You are my greatest given. I can't overlooked nor take it easy." Jelas Aryan. Tangan naik mengusap tangan Alyssa yang berada di atas meja itu.

"About Sandra. Don't worry, she's save and happy. I've hired someone that I trust. We will see her tomorrow morning." Alyssa mengangguk faham.

"Aaaaaa!!!"

"Aaaaa!!!" Suara jeritan daripada ruang tamu menarik perhatian Haniff dan Ilyas yang sedang memasak di dapur. Pantas mereka berdua berlari ke ruang tamu.

"Kenapa? Apa dah jadi?" soal Ilyas dengan cemas dengan sebelah tangan masih memegang kuali. Haniff memegang sudip kayu.

Haniff terus mendukung tubuh kecil Leissandra yang sedang menangis teresak-esak.

"Si Sandra ni dia tak nak mengalah dengan aku." Berkerut dahi Haniff dengan Ilyas. Leissandra kena mengalah untuk apa?

Memandangkan Fathi tak pandai masak jadi Haniff suruh dia jagakan Leissandra sementara Haniff dan Ilyas masak makan malam.

"Aku dah cakap yang prince charming kahwin dengan cinderella tapi dia kata prince charming kahwin dengan rapunzel. Aku baran lah" kata Fathi dengan geram.

Pap!

Haniff dan Ilyas menepuk dahi serentak. Suruh dia jaga seorang budak kecil macam jaga sekumpulan lembu.

"Habistu kenapa korang jerit?" soal Haniff dengan malas.

"Sebab dia gigit tangan aku lepastu aku gigit lah balik" kata Fathi selamba.

"What?!" Serentak Ilyas dan Haniff menyoal.

"Kau dah gila ke, Fathi?! Aryan suruh kita jaga anak dia bukan buli anak dia. Kalau Aryan tahu mati kau" kata Ilyas. Haniff memeriksa tangan kiri Leissandra yang digigit Fathi tadi. Tak dalam tapi masih meninggalkan kesan merah dan kesan gigitan.

Fathi mula berasa takut apabila teringat bahawa Leissandra adalah anak Aryan. Matilah dia kalau Aryan tahu dia gigit anak kesayangannya.

"Uncle hurt.." kata Leissandra meleret dengan bibir memuncung ke depan. Mata dikaburi dengan air mata yang bertakung.

"Shh, it's okay. Let's put some medicines okay? The dinner is ready. You must be hungry right, dear?" Lembut saja Haniff menyoal anak kecil itu sebab itu Leissandra cepat mesra dengan dia.

Air mata Leissandra dikesat sembari berjalan ingin ke dapur. Langkahnya terhenti seketika.

"Kau jangan ingat aku akan berdiam diri pasal hal ini. Aku akan bagitahu Aryan esok pagi bila aku hantar Sandra. Kau lari lah selagi kau mampu. Because I'm holding myself back right now" kata Haniff dengan dingin tanpa berpusing ke belakang memandang Fathi. Dia marah dengan tindakan Fathi sebab itu dia memilih untuk diam.

Kalau tidak difikirkan kawan pasti Fathi dah mati di tangannya. Boleh ke dia gigit tangan budak kecil sebab benda remeh macam ini? Ingatkan dia ada pengalaman jaga adik-adik dia dapat lah memudahkan kerja Haniff dan Ilyas rupanya menyusahkan lagi. Macam mana dia boleh ada 5 orang adik perempuan pun Haniff tak faham.

Fathi menelan liur mendengar amaran tegas Haniff. Ilyas mengeleng kepala ke arah sebelum pergi ke dapur bersama Haniff dan Leissandra.

----------------------

Okumaya devam et

Bunlarฤฑ da BeฤŸeneceksin

1.3M 65.2K 52
๐“œ๐“ป๐“ผ. ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
36.8K 1.1K 31
"Taknak la kawin dengan pakcik tu"ucap firya "Oh taknak yee jangan harap kau boleh lepas"ucap naufal "Ehhh kamu ni naufal suka betul laa"ucap putra "...
137K 404 1
[Stop-Writing] ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ 1 ๐ซ๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž | ๐œ๐จ๐ฆ๐ž๐๐ฒ "๐’๐ก๐ž'๐ฌ ๐ฆ๐ข๐ง๐ž, ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ž๐ฏ๐ž๐ซ ๐›๐ž ๐ฆ๐ข๐ง๐ž" Berkahwin di usia 17 tahun...
1.3M 111K 57
๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...