KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 39K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

30 | AM

15.9K 540 28
By imzafira_

Di dalam kereta mereka berdua hanya diam. Alyssa mengerling Aryan sekali. Dia risau melihat wajah Aryan yang sembam. Lelaki itu menangis ke tadi? Tapi sebab apa?

Bahu Aryan ditepuk sekali untuk bertanyakan sebab dia menangis tetapi dipotong Aryan.

"Kau nak makan apa?" soal Aryan. Sedaya upaya dia ingin menghindari soalan daripada Alyssa. Dia tidak mahu wanita itu risaukan dia. Sudahlah isterinya mudah tersentuh. Nanti kalau bagitahu menangis lagi.

"Aku tahu kau nak makan apa. Kau nak makan nasi kan?" Kata Aryan senafas. Alyssa mengeleng laju. Tangan diangkat ingin membuat bahasa isyarat tetapi dipotong Aryan lagi.

"Aku tahu kau nak pizza kan? Kfc? Steak? Oh aku tahu kau nak-" mulut Aryan ditekup Alyssa dengan tangan kecilnya. Banyak betul suaminya bercakap sampai tidak sempat dia nak membuat bahasa isyarat.

"Saya tak nak makan dekat luar. Saya nak beli barang basah dekat tesco lepastu masak dekat rumah." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan mengangguk laju dengan mulut yang masih Alyssa tutup dengan sebelah tangan.

Signal diberikan sebelum dia masuk ke supermarket itu. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam supermarket itu.

"Leftenan Aryan!" jerit satu suara membuat mereka berdua menoleh mencari gerangan suara itu.

Seorang wanita berlari ke arah mereka berdua. Alyssa hanya beriak biasa sebab belum kenal dengan dia. Aryan sudah menjuling mata malas. Kenapa bala ni ada dekat sini juga?

"Tuan buat apa dekat sini?" soal Dahlia berbasa basi.

"Aku nak buat latihan menembak dekat sini. Tempat ni sesuai untuk buat latihan menembak. Banyak tempat boleh menyorok" kata Aryan selamba.

Alyssa mendongak memandang Aryan. Betul ke dia nak buat latihan menembak dekat sini? Ada orang nak tembak diorang ke? Tercari-cari Alyssa dikeliling mereka.

Dahlia sedar yang Aryan sedang menyindrinya. Dia menunduk malu.

Aryan menarik tangan Alyssa pergi tetapi ditahan Dahlia lagi.

"Ini adik tuan ke? Comel lah. Dia sekolah menengah ke rendah? Umur berapa?" soal Dahlia selamba. Alyssa tercengang. Wajah dingin Aryan tadi sudah bertukar. Mahu saja Aryan ketawa tetapi ditahan sebaik mungkin. Wajah Alyssa sudah bertukar masam.

Muka Alyssa memang baby face habis. Dengan pipi gebu gebas dia sebab itu orang selalu salah faham. Dahlia bingung.

"Kenalkan ini isteri aku, Alyssa Maisara" kata Aryan bangga sambil memeluk bahu Alyssa. Dahlia menangguk sekali dengan senyuman segaris.

"Saya Dahlia, kawan sekerja Aryan. Maaflah sebab dah salah faham tadi" kata Dahlia sambil menghulurkan tangan kepada Alyssa. Mereka bersalaman tetapi Alyssa masih dengan wajah masamnya.

Bertambah berang Alyssa apabila perasan yang Aryan hampir tertawakan dia.

"Saya minta diri dulu, tuan. Jumpa dekat kem" kata Dahlia sebelum dia melangkah pergi dengan terpaksa.

Alyssa meleraikan genggaman tangan mereka lalu masuk ke dalam supermarket dengan marah. Kaki dihentak kuat menunjukkan protes.

Sepanjang mereka membeli belah Alyssa tidak bercakap dengan Aryan langsung mahupun memandang Aryan. Aryan menolak troli di belakang tersenyum miring. Ada budak kecil marah. Nak gula-gula ke tu?

"Sampai bila kau nak diam?" soal Aryan. Alyssa hanya diam.

"Kau marah aku ke?" soal Aryan lagi.

Alyssa berpura-pura pekak sambil memilih maggi.

"Dia yang cakap tapi kenapa aku yang kena tempias?" soal Aryan. Alyssa meletakkan dua bungkus maggi di dalam troli. Aryan mengangkat keluar semula maggi itu lalu diletak ke atas rak. Berkerut kening Alyssa.

Alyssa mencapai maggi itu semula tetapi ditahan Aryan. Tangan Alyssa digenggam.

"Budak kecil tak boleh makan maggi. Tak elok untuk kesihatan ketika membesar. Nanti jadi makin pendek dalam erti kata lain terbantut" ejek Aryan selamba. Alyssa menarik tangannya kasar lalu dia pergi dari rak maggi itu.

Sudahlah Alyssa tengah marah pasal hal tadi boleh pula Aryan tambah minyak pada api yang membara. Aryan.. Aryan..

Alyssa bergerak ke arah barang basah pula. Udang diambil tanpa berkira sampai 2 kilo sobat. Ketam, ayam, daging semua dia sapu. Nak buat kenduri ke apa?

"Kau ambil banyak-banyak ni untuk siapa? Ada orang nak datang rumah ke?" soal Aryan. Alyssa menghiraukan Aryan lalu bergerak ke arah sayur-sayuran.

Sayur pun diambil saja tanpa berkira. Kobis, bayam, kacang panjang, timun, tomato, kangkung, halia, lengkuas. Naik biru muka Aryan tengok troli dah penuh dengan barang basah saja.

Bukan Aryan tidak mampu bayar masalahnya mereka berdua saja yang tinggal dirumah. Lagipun hujung minggu ni mereka akan berpindah ke rumah Dato Mustafar kerana ada orang akan datang decor rumah. Membazir nanti semua barang ini rosak.

Alyssa yang berura-ura ingin pergi ditahan Aryan.

"Kau kenapa ni? Nak buka kedai tomyan ke beli banyak macam ni?" soal Aryan. Alyssa ingin meleraikan genggaman tangan Aryan tetapi terlalu kuat Aryan pegang. Kalau dibiar mahu satu tesco diborongnya.

"Ok, ok. Aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak patut kata kau pendek" rayu Aryan. Alyssa hanya diam. Baru dia uji sikit dah merayu-rayu Aryan.

"Kau maafkan aku tak?" soal Aryan lalu Alyssa mengeleng laju. Ternaik sebelah kening Aryan.

"Kenapa pula? Aku dah minta maaf kan? Kau marah kenapa pula ni?" soal Aryan.

"Dahlia." Ringkas saja bahasa isyarat Alyssa.

"Dahlia? Kenapa dengan dia? Dia kacau kau ke?" soal Aryan. Alyssa mengeleng laju.

"Dahlia tu macam suka dekat abang je." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan tersenyum miring.

"Oh, kau cemburu sebenarnya. Faham. Faham." kata Aryan sambil mengangguk kepala. Alyssa menjeling mata malas.

"Dahlia tu kawan sekerja aku je. Aku tak rapat sangat dia sebab gedik. Aku tak suka perempuan gedik. Aku suka yang pemalu, comel, suka yang bila merajuk bibir muncung macam fiona" kata Aryan sambil meniru muka masam Alyssa. Ketawa kecil Alyssa. Ingat lagi Aryan tentang kisah itu.

"Kalau dia suka aku pun biarlah dekat dia. My heart already belongs to someone else. Belongs to Alyssa Maisara. You are my one and only angel without wings. We'll fly together in heaven, sayang" kata Aryan lalu mencium dahi Alyssa. Memerah pipi Alyssa.

"We got one more problem, semua barang ni nak buat apa sekarang?" soal Aryan sambil memandang Alyssa dengan mata dikecilkan. Alyssa tersengih macam kerang busuk. Aryan mengeleng kepala lemah.

"Assalamualaikum." Salam diberikan oleh Aryan sebaik masuk ke dalam rumah Dato Mustafar.

"Waalaikumsalam" jawab Datin Katrina yang baru turun dari tingkat atas.

Mereka berdua salam Datin Katrina penuh hormat. Datin Katrina sempat memeluk tubuh menantu kesayangannya, Alyssa.

"Banyaknya barang kamu beli, Aryan. Nak buat kenduri ke?" soal Datin Katrina. Aryan memandang Alyssa disebelahnya yang sedang tersengih.

Aryan dah asingkan barang-barang untuk mereka dan selebihnya Aryan bawa ke rumah Datin Katrina.

"Mana Sandra, mummy?" soal Aryan sembari duduk di atas sofa ruang tamu.

"Ada dekat bilik mainan dengan Afiq. Dari tadi dia main dengan Afiq sampai makan pun tak nak. Seronok sangat main dengan uncle kesayangan dia" kata Datin Katrina. Alyssa dan Aryan ketawa kecil.

"Panjang umur. Mummy ingatkan kamu berdua tak nak turun dah" sindir Datin Katrina kepada Afiq dan Leissandra.

"Afiq rindu dekat anak buah kesayangan Afiq ni. Lama sangat tak jumpa" kata Afiq lalu menggomol pipi Leissandra. Terkekeh Leissandra.

"Aku pun rindu anak aku. Bak sini anak aku. Sandra, come here baby" kata Aryan lembut. Leissandra menolak untuk pergi pada Aryan. Leher Afiq dipeluk erat. Tercengang Aryan.

"Sandra non piace papà?(Sandra tidak suka papa?)" Soal Aryan.

"Come here, baby" panggil Aryan lagi tetapi Leissandra tetap tidak mahu lepaskan leher Afiq. Kepala disorokkan dicelah leher Afiq. Semua orang ketawa kecil kepada Aryan.

"Itulah kau lama sangat tinggalkan dia sampai anak kau pun dah tak nak dekat kau" sindir Afiq. Sudah seminggu mereka meninggalkan Leissandra di rumah Dato Mustafar.

Afiq yang baru pulang dari misi terus menuju ke biliknya ingin berbaring kerana terlalu penat. Tiba-tiba di depan pintu biliknya dia terdengar bunyi suara tangisan dari kejauhan. Berkerut dahinya sambil berpusing memandang pintu bilik Leissandra di sebelah biliknya.

Kaki bergerak ke bilik Leissandra lalu dibuka pintu dan masuk ke dalam bilik itu. Semakin jelas kedengaran suara tangisan tersebut. Afiq yang melihat Leissandra sedang menangis sambil berbaring di atas katil itu mula mendekati anak kecil itu. Dia melutut di depan Leissandra.

"Why are you crying, my love?" soal Afiq lembut. Tangan naik menyelit rambut Leissandra yang menutupi separuh wajahnya ke belakang telinga.

Leissandra bingkas bangun lalu memeluk erat leher Afiq. Tersentak Afiq tetapi dia mendukung tubuh kecil itu ke dalam pelukannya sebelum berdiri duduk di birai katil itu. Belakang Leissandra diusap berkali-kali bagi meredakan tangisan anak kecil itu. Baju t putihnya yang dibasahi air mata anak kecil itu dihiraukan.

"What's wrong, princess?" soal Afiq setelah Leissandra berhenti menangis.

"Pa-pa-papa.." tersedu-sedu Leissandra berkata.

"Why? What's wrong with papa?" soal Afiq keliru. Lepas dua minggu menjalankan misi balik-balik anak kecil ini menangis memanggil papanya. Memang keliru lah Afiq Naufal.

"Papa and mama leave me.." kata Leissandra disertai tangisan. Afiq mengeluh kecil. Dia tidak faham apa yang sedang terjadi dan tidak mahu memaksa si kecil itu untuk menjelaskan memandangkan emosinya masih tidak stabil.

"Papa left you? Poor my baby girl..." pelukan dieratkan.

"Shh.. It's okay. I'm here for you, baby. Don't cry. Shhh.." Belakang Leissandra diusap berkali-kali.

Afiq mula membaringkan tubuhnya di atas katil Leissandra bersama anak kecil itu di atas dadanya. Dibiarkan saja anak kecil itu terlelap di atas dadanya. Kasihan dia melihat Leissandra menangis kerana rindukan Aryan dan Alyssa.

Sejak hari itu Afiq selalu menemani Leissandra tidur di biliknya jika anak kecil itu mahu ditemani. Tapi hampir setiap malam Leissandra minta Afiq tidur bersamanya kerana dia asyik mendapat mimpi yang pelik setiap malam.

Aryan mengeluh berat sambil memicit kepala. Tahu bahawa Leissandra sedang merajuk dengan Aryan sebab tinggalkan dia lama sangat. Ini semua sebab rancangan Datin Katrina. Alyssa mengusap bahu Aryan cuba menenangkan Aryan.

"Bila kau balik?" soal Aryan kepada Afiq.

"Tiga hari lepas" kata Afiq sambil duduk di sofa. Kedudukan Leissandra dibetulkan.

"Kamu dah cat rumah kamu, Aryan?" soal Datin Katrina.

"Hujung minggu baru diorang akan datang decor rumah" kata Aryan lalu Datin Katrina mengangguk sekali.

"Sandra, look at papa" kata Aryan lalu Leissandra memandang Aryan.

"How many sweets did you eat this week?" soal Aryan dingin. Datin Katrina dan Leissandra terkejut. Datin Katrin cuba beriak biasa. Leissandra terus menyorok dibawah ketiak Afiq.

Aryan ada masuk dapur tadi untuk menolong Mak Timah bawa barang basah ke dapur. Entah kenapa hatinya tergerak untuk membuka peti sejuk. Buka saja peti sejuk penuh dengan coklat dan aiskrim.

"You are grounded from eating sweets for a month. No excuses, no crying, no cute faces. Do you copy me?" kata Aryan tegas. Leissandra mengangguk laju disebalik ketiak Afiq. Dia hampir menangis melihat wajah serius Aryan tadi.

Alyssa tidak mampu buat apa-apa ketika ini kerana Aryan betul-betul sedang marah. Terdetik rasa bersalah di hati Datin Katrina.

Terkejut Afiq. Sampai macam ini sekali kena marah sebab makan gula-gula je?

"Janganlah sampai macam ni, Aryan. Mummy bagi dia satu je setiap hari. Tak banyak pun" kata Datin Katrina. Aryan menoleh memandang Datin Katrina.

"Aryan terima alasan mummy. But you are still grounded from eating sweets for a month and eat more vegetables and fruits after this. Hai capito Sandro?(Faham tak, Sandra?)" Leissandra mengangguk laju dengan air mata yang sudah mengalir laju. Kalau Aryan bercakap dalam bahasa Itali maksudnya dia tengah sangat marah.

Baru Leissandra ingat nak merajuk dengan Aryan alih-alih dia yang kena marah balik.

Afiq memeluk erat tubuh Leissandra untuk meredakan tangisannya yang teresak-esak. Dia bangun dari sofa itu menuju tingkat atas dengan wajah berang. Pantang dia bila ada orang buat anak buah kesayangannya menangis.

"Assalamualaikum" salam diberikan oleh Nabila sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik dia masuk ke dalam dia terkejut dengan keberadaan Haniff disebelah ayahnya. Haniff tersenyum melihat Nabila yang sedang bertegak didepan pintu rumah. Jadi Nazrul adalah ayah Nabila. Kecilnya dunia ini.

Haniff datang lagi. Kali ini dia betul-betul tekad inginkan jawapan. Takkan dia balik selagi tidak mendapat jawapan kepada soalan yang tergantung tidak bertali ini.

"Kau buat apa lagi dekat sini?" soal Nabila dingin.

"Kamu kenal ke dia, gebu?" soal Nazrul ayah kepada Nabila. Berkerut dahi Haniff. Gebu? Siapa gebu?

"Tak. Dia kawan suami Alyssa" jelas Nabila. Nazrul beroh sambil mengangguk.

Baru saja Nabila mahu melarikan diri ke supermarket semula sudah dipanggil ayah terlebih dahulu.

"Gebu, tolong mak dekat dapur tu. Bawa air untuk tetamu kita" kata Nazrul lembut.

"Siapa tetamu kita?" soal Nabila dengan dahi berkerut.

"Haniff lah tetamu kita." Nazrul mengeleng kepala lemah. Haniff memandang saja dua beranak itu berbicara.

"Tetamu ayah bukan tetamu gebu" bebel Nabila sendiri sambil menoleh ke arah lain.

"Ayah dengar" kata Nazrul meleret. Membulat mata Nabila. Kuat sangat ke dia cakap tadi?

"Kamu sepatutnya berterima kasih dekat Haniff ni sebab dah tolong ayah. Tadi moto ayah rosak dekat tepi jalan nasib baik dia ada untuk tolong ayah" jelas Nazrul.

Haniff yang sedang memandu kereta di atas jalan raya ternampak seorang pakcik ditepi jalan dengan sebuah motosikal. Dia berasa tidak sedap hati lalu memberhentikkan kereta Mitsubishi Range Raptor berwarna orennya di bahu jalan. Dia menuruni kereta lalu bertanyakan kepada pakcik tersebut.

"Assalamualaikum pakcik. Kenapa ni? Ada masalah ke?" soal Haniff.

"Waalaikumsalam. Entah lah nak. Moto pakcik tiba-tiba tak boleh start. Maklumlah moto buruk" kata Nazrul.

"Kamu ni dari mana? Tak pernah pakcik nampak kamu dekat kampung ni."

"Saya bukan orang sini, pakcik. Saya orang bandar. Datang sini sebab nak jumpa bakal isteri" jelas Haniff. Nazrul mengangguk faham.

"Pakcik dah call pomen belum?" soal Haniff lagi.

"Tak, sebab phone pakcik tertinggal dekat rumah. Pakcik ni dah tua pelupa sikit. Itu yang jadi macam ni tak ada orang nak tolong. Habis lah kalau anak pakcik tahu ni" kata Nazrul panjang lebar.

"Kalau macam tu biar saya tolong pakcik." Haniff tersenyum manis.

"Tak menyusahkan ke?" soal Nazrul sekadar berbasa basi.

"Eh, tak ada apalah pakcik." Haniff bergerak mendekati keretanya lalu dibuka bonet belakang. Nazrul sedang memikirkan bagaimana nak meletakkan motosikalnya ke atas kereta Haniff.

Dengan selamba badak Haniff mengangkat motosikal Nazrul di atas bahunya dan diletakkan ke atas keretanya. Tercengang Nazrul. Mulutnya hampir mencecah tanah melihat betapa kuat budak muda berbadan sasa ini.

Haniff menyuruh Nazrul memberitahunya jalan ke kedai baiki kenderaan yang berdekataan sebeluk dia membawa Nazrul pulang ke rumah.

"Itu lah ayah orang dah kata moto buruk ayah tu dah boleh masuk museum tapi ayah nak juga guna. Ini baru rosak biasa kalau jadi lagi teruk kan susah. Tukar je lah moto tu ayah" kata Nabila. Dia sebenarnya risau dengan ayahnya yang masih menggunakan moto lama dan buruk itu. Dia tahu itu adalah pemberian terakhir atuk sebelum meninggal dunia tetapi moto itu sudah terlalu lama. Dah banyak kali rosak dan berhenti tepi jalan tiba-tiba. Kalau jadi benda yang lagi buruk kan susah nanti.

"Kita dah pernah cakap kan pasal ni." Tegur Nazrul.

"Kamu ni dari mana pula? Lambat kamu balik petang ni?" soal Nazrul.

"Tadi orang singgah homestay. Tengok-tengok apa yang patut lepastu ada pelancong baru nak datang jadi kena sediakan bilik sebab Ikram dengan Nizam cuti hari ni" jelas Nabila panjang lebar. Haniff yang mendengar tersenyum sendiri. Entah kenapa dia senyum pun tak tahu.

"Haniff jemputlah minum. Ni makcik ada buat kuih tadi. Kamu rasa lah" kata Diyana mak kepada Nabila yang baru muncul dari dapur. Berkerut dahi Nabila. Dah kenapa mesra semacam dengan Haniff? Sebelum ni budak-budak kampung tolong ayah tak ada pun jamah sampai macam ni. Ada apa-apa ke ni?

Tanpa segan silu Haniff mencapai satu kuih seri muka dan dimakan.

"Em, sedap. Pandai makcik buat. Saya memang suka kuih seri muka" puji Haniff. Diyana segan dengan pujian Haniff.

"Tak ada lah. Biasa-biasa je. Kalau suka, habiskan. Makcik ada buat banyak. Berlambak dekat dapur. Malam kejap lagi pakcik kamu nak bawa ke masjid. Maklumlah malam jumaat ada lah jamuan sikit-sikit." Jelas Diyana. Tekun Haniff mendengar sambil kepala diangguk-angguk dan kuih seri muka dimakan.

"Gebu, sampai bila kamu nak berdiri dekat situ?" soal ayah Nabila.

"Orang nak masuk lah ni. Ayah yang ajak sembang dari tadi. Orang nak mandi dulu" kata Nabila lalu pergi dari situ. Haniff memandang Nabila pergi dengan segaris senyuman.

  -----------------------

Continue Reading

You'll Also Like

16.7K 1.6K 59
[ Karya Ketiga : Hara ] โ€ขDanny Choi ร— Farah Aiqirahโ€ข Dia Danny Choi, mafia dari Korea yang terpaksa berkahwin dengan seorang gadis beragama Islam ker...
640 172 15
๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ ๐“๐ก๐ž ๐ˆ๐ฆ๐ฆ๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ซ๐ข๐ž๐ฌ๐ญ Seorang lelaki yang bernama Ming, diberi gelaran The Immortal Priest. Dia disuruh turun ke Wilay...
1.3M 65.4K 52
๐“œ๐“ป๐“ผ. ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
5.6K 263 51
"๐ป๐‘–๐‘  ๐‘™๐‘œ๐‘ฃ๐‘’ ๐‘‘๐‘’๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ ๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ก๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘" ๐„๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ฒ๐š ๐Š๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐Ÿ๐ข๐ž ๐๐š๐ณ๐ณ๐ฎ๐š๐ง, gadis kacukan Korea Se...