KAU TETAP SEMPURNA

Par imzafira_

1M 38.6K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... Plus

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

17 | AM

15.5K 634 9
Par imzafira_

"Alyssa, kenapa kamu guna jalan lama? Abi dah pesan banyak kali jangan guna jalan tu kan?" soal Mansur penuh kerisauan. Boleh dikatakan jalan lama itu shortcut tapi sangat bahaya.

Alyssa menyuap Mansur bubur yang dia buat kerana Mansur berasa tidak selera makan. Aryan menyilang tangan sambil berdiri di hadapan pintu bilik Mansur.

"Alyssa pergi ke sungai yang dulu abi selalu bawa Alyssa. Alyssa rindu nak memancing dekat sana." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mansur mengeleng lemah.

"Kalau kamu nak pergi situ ajak suami kamu sekali. Tak ada lah bahaya sangat. Nasib baik suami kamu cepat sampai kalau tidak?" Mansur berkata dalam nada yang masih lembut. Alyssa menundukkan kepala.

Nasib baik juga Alyssa dah ada suami dan nasib baik juga pada masa itu penagih dadah tidak berada di situ. Kalau tidak...

"Sudah, kamu berdua pergi makan. Dah lewat ni. Abi boleh makan sendiri" kata Mansur dingin. Mansur mengambil bubur dari tangan Alyssa.

Mata Alyssa berkaca-kaca menerima teguran daripada Mansur. Mansur langsung tidak memandang Alyssa. Jarang dia dimarahi Mansur seteruk ini.

Aryan berasa kasihan kepada Alyssa. Dia bergerak mendekati Alyssa lalu tangan Alyssa ditarik. Alyssa mendongak memandang Aryan. Aryan memberi satu senyuman manis. Alyssa bangun dan keluar dari bilik Mansur bersama Aryan.

Tangannya masih digenggam Aryan sehingga ke meja makan. Aryan menarik kerusi dan Alyssa melabuhkan punggung di situ. Aryan mencedokkan nasi ke pinggan Alyssa. Alyssa memegang tangan Aryan yang ingin mencedok lauk itu.

"Saya minta maaf." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Mengalir air mata Alyssa. Bibirnya memuncung ke depan membuatkan Aryan geli hati tetapi Aryan tahan. Kecomelan Alyssa tidak dapat dinafikan.

"Itu lah lain kali jangan buat hal. Kan dah kena marah dengan abi. Padan muka kau" sindir Aryan.

Air mata semakin deras turun membasahi pipinya. Suara tangsian juga keluar dari mulut Alyssa membuatkan Aryan mengelupur. Dia menjenguk jika Mansur ternampak puterinya menangis. Matilah dia kalau Mansur ternampak Alyssa menangis.

Aryan menarik kepala Alyssa ke dalam pelukannya untuk meredakan tangisan Alyssa.

"Aku gurau je lah. Janganlah nangis. Nanti abi nampak mampus aku" kata Aryan dengan cemas. Dia mengusap belakang Alyssa.

Alyssa menolak dada Aryan dengan kuat. Tersentak Aryan. Alyssa mencedok lauk ke pinggan dengan laju lalu makan dengan lahap seolah tiada apa yang berlaku.

Ternaik sebelah kening Aryan. Tadi nangis sekarang berselera pula makan. Random betul mood dia. Dia game aku ke?

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

"Abi, Aryan minta maaf terpaksa balik pagi ni juga. Aryan kena fly ke Sabah tengahari ni ada kerja sikit" kata Aryan lalu mencium tangan Mansur penuh hormat.

Kalau Aryan mungkir janji kali ini Dato Mustafar akan mencari orang lain untuk gantikan tempatnya. Aryan dah mula minat dalam bidang bisnes takkan dia nak lepaskan macam tu je.

"Tak apa abi faham. Kamu berdua elok-elok atas jalan nanti. Kalau mengantuk berhenti dekat r&r berehat. Ada apa-apa call abi" pesan Mansur. Aryan mengangguk sekali dengan senyuman segaris.

"Abi, jaga diri. Kalau ada apa-apa call Alyssa terus. Makan ubat. Petang nanti Pak Husin datang urat kaki abi lagi." Pesanan tegas diberikan kepada Mansur.

"Ya, Alyssa. Abi ingat. Dah berpuluh kali kamu pesan dekat abi" kata Mansur mengundang ketawa kecil Aryan.

"Kamu pun kena ingat. Jangan sesuka hati nak ajak Aryan balik kampung kalau tak ada benda penting. Jadi macam sekarang dia kena balik bandar sebab kena outstation" pesan Mansur lalu mengeleng lemah melihat Alyssa yang menunduk.

Aryan membunyikan hon dua kali sebelum keretanya meluncur keluar dari kawasan rumah Mansur.

Setelah beberapa minit di atas jalan Aryan berhenti di satu stesen minyak untuk mengisi minyak kereta.

"Kau nak beli apa-apa pergi lah. Aku nak isi minyak" kata Aryan sambil membuka tali pinggang keledar.

Alyssa menadah tangan kepada Aryan. Aryan menoleh memandang Alyssa. Matanya jatuh ke tangan Alyssa yang dihulurkan.

"Apa kau nak?" soal Aryan. Alyssa membuat bahasa isyarat duit. Kalau bahasa isyarat senang macam ini pun Aryan tak faham juga memang betul B O D O H.

Aryan menjeling mata malas lalu mengeluarkan dompetnya dari dalam poket seluar. Dia menghulurkan satu kad bank kepada Alyssa. Melebar senyuman Alyssa lalu berlari keluar dari kereta.

Aryan sedang mengisi minyak kemudian pandangannya teralih kepada Alyssa yang sedang berjalan keluar dari kedai itu. Dia mencabut cermin mata hitamnya melihat sebelah tangan Alyssa menjinjing satu beg plastik besar. Kelihatan wajah Alyssa senang sekali. Terlompat-lompat Alyssa bergerak ke arah kereta.

Alyssa berura-ura ingin masuk ke dalam kereta tetapi ditahan Aryan.

"Kejap. Engkau borong satu 7E ke? Apa benda yang kau beli?" soal Aryan.

Alyssa membuka beg plastik dan menunjukkan satu persatu makanan yang dia beli. Ada twisties, mister potato, roti, aiskrim, air, super ring. Teruja betul muka dia macam tengah buat review makanan pula.

"Kau tahu tak makanan ni semua tak elok untuk kesihatan? Makanan ringan ada banyak kandungan garam, gula, pewarna makanan, tak ada nutrisi langsung. Esok-esok bila kau dah tua akan dapat penyakit darah tinggi, kencing manis. Kau nak macam tu?" Bebel Aryan panjang lebar.

Terlopong kecil mulut Alyssa. Sejak bila Leftenan Aryan Mikael tukar bidang pendoktoran pula.

Alyssa menjeling mata. Membebel memgalahkan mak nenek. Alyssa tahulah semua benda itu bukannya dia tak pergi sekolah. Sekali sekala bukan salah pun. Itu pun tak oleh!

Melihat pada reaksi isterinya Aryan menghela nafas.

"Siapa nak makan semua ni?" soal Aryan dingin.

Alyssa menunjuk ke arah dirinya dengan jari telunjuk tanpa bersalah. Bibir tersengih lebar. Alyssa masuk ke dalam kereta menghiraukan Aryan. Aryan hanya mampu mengeleng kepala. Nak buat macam mana nak marah tapi sayang.

Alyssa makan mister potato sambil kepala digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Happy betul dia dapat makan.

Aryan memandang pelik dengan tingkah Alyssa. Urat leher dia tercabut agaknya sebab itu tak boleh berhenti bergerak. Aryan mengeluh berat lalu fokus semula kepada pemanduannya.

Alyssa menghulurkan keropok itu kepada Aryan tetapi Aryan mengeleng laju.

"Tak nak. Aku tak makan makanan tak berkhasiat" kata Aryan dingin. Alyssa mengangguk kepala sambil mulut beroh kecil.

"Tak makan makanan tak berkhasiat? Kalau aku kacau dia sikit best juga ni." Idea jahat Alyssa mula bermain difikirannya.

Alyssa mengambil satu aiskrim cornetto dan dibuka balutan aiskrim itu. Dia hulurkan ke depan mulut Aryan.

"Alyssa, aku tak makan" kata Aryan. Dia menepis tangan Alyssa tetapi Alyssa tetap berdegil.

"Kau makan je lah. Jangan kacau aku. Duduk diam-diam aku tengah drive-" Dengan pantas Alyssa menjolok aiskrim itu ke dalam mulut Aryan.

Aryan terdiam dengan mulut penuh. Entah darimana Alyssa mendapat keberanian untuk buat begitu. Dia ketawa lepas melihat wajah Aryan yang pasrah. Aryan mengeluarkan aiskrim itu dan menikmatinya. Kalau tidak difikirkan dia sedang memandu sekarang memang dah lama dia sekolahkan budak kecil ini.

Alyssa mengambil sehelai tisu lalu membersihkan sisa aiskrim dihujung mulut Aryan.

"Aku boleh buat sendiri lah." Aryan merampas tisu itu dari tangan Alyssa. Tersipu malu Alyssa apabila tangan mereka berlaga.

"Baik pula bapak singa sejak kebelakangan ni. Dah jatuh cinta ke tu?" bisik hati kecil Alyssa. Alyssa memandang ke luar cermin kereta dengan senyuman malu-malu.

Alyssa dan Aryan akhirnya tiba di villa dengan selamat. Masing-masing menuju ke bilik masing-masing.

"Alyssa" panggil Aryan sedikit kuat. Alyssa menoleh ke belakang memandang Aryan yang sedang  berlari anak mendekatinya.

"Kau kata kau nak cari kerja kan? Aku dah jumpa satu kerja yang sesuai untuk kau" kata Aryan dengan senyuman penuh makna. Ternaik kedua kening Alyssa.

"Kerja itu adalah... memuaskan aku setiap masa aku nak." Senyuman nakalnya semakin tajam.

Alyssa teleng kepala tanda tidak faham akan maksud Aryan.

"Kau tak faham? Kalau kau nak faham jom ikut aku masuk bilik aku." Aryan menarik tangan Alyssa lalu Alyssa tepis dengan kuat. Alyssa berlari masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu.

Aryan ketawa puas. Saja dia nak usik Alyssa memandangkan Alyssa dah kacau dia sepanjang perjalanan balik ke rumah tadi. Sekarang rasakan! Ini baru sikit masih ada banyak lagi rancangan nakal Aryan tapi lepas balik dari Sabah je lah.

Alyssa mengambil tuala menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri selepas menyimpan pakaiannya ke dalam almari. Ada satu pesanan whatsapp masuk. Dia membuka pesanan itu.

Bapak singa🦁

'Aku dah sampai airport nak pergi Sabah'

Membulat mata Alyssa. Sejak bila Aryan keluar rumah? Tak dengar pun bunyi kereta.

Bapak Singa🦁

'Aku message ni nak ingatkan
kau jangan keluar rumah tanpa
izin aku'

'One more thing kemas rumah sampai bersih kecuali bilik aku'

'Jangan berani nak masuk
bilik aku!'

'Abang pergi Sabah berapa
lama?'

'Seminggu. Kau jangan nak curi tulang pula ingat rumah aku ada cctv'

'Bila aku balik dari Sabah aku
nak tengok rumah aku
kemas and bersih'

'Kalau kotor nahas aku
kerjakan kau'

"Dah keluar dah bapak singa dia." bisik Alyssa di dalam hati.

'Baik bos!'

'Nafkah kau ada atas meja'

'Beli apa yang patut je'

'Boleh kirim apa-apa tak?'

'Kau ingat aku pergi bercuti!?'

'Hehe..'

'Thank you encik suami'

'Jaga diri, jaga hati, jaga mata
abang untuk Alyssa tau'

'Balik cepat-cepat tau nanti saya rindu..'

'I love you😚❤'

✔Blue tick

"Amboi, senyum-senyum nampak tuan" tegur Affendi, PA Aryan.

Putra Affendi akan mengikuti Aryan ke Sabah setiap kali Aryan perlu outstation. Layla merupakan setiausaha Aryan di pejabat saja. Kalau bawa outstation apa pula kata orang.

Affendi menghulurkan satu cawan latte kepada Aryan. Aryan berdehem beberapa kali.

Affendi melabuhkan punggung di sebelah Aryan. Aryan menghiraukan soalan Affendi tadi lalu menghirup latte dengan tenang.

"Untunglah ada isteri. Saya ni tak ada siapa pun nak. Hidup ini benar-benar tidak adil" kata Affendi.

Affendi mengeleng kepala sebelum menghirup matcha latte nya. Tersentak Affendi apabila bibirnya melecur terkena latte panas itu. Baru nak feeling aesthetic.

"Tapi isteri tuan ni mesti orang yang hebat kan?" soal Affendi. Aryan menolah pantas memandang Affendi.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Aryan serius.

"Yelah, dia adalah satu-satunya wanita yang mampu membuat Aryan Mikael yang dingin dan tegas ni tersenyum sensorang. Ini baru mesej entah depan-depan tuan bergelak ketawa dengan dia" kata Affendi selamba.

Aryan mengalihkan pandangan ke arah lain. Senyuman mula terbit dibibirnya.

"Cieee senyum senyum... Kan saya dah kata penangan isteri tuan ni lain maciam" kata Affendi.

Aryan menghiraukan Affendi lalu beredar dari situ setelah mendengar panggilan pesawat AirAsia mereka.

Affendi bergegas mengejar langkah Aryan dengan tangan dipenuhi beg nya dan beg Aryan.

"Let's get started!" Alyssa sudah memasang lagu diheadsetnya lalu mengemop seluruh ruang tamu.

Alyssa mengemas rumah dengan sangat gembira. Dia memang suka membuat kerja rumah sebab itu dia tidak pernah merungut apabila Aryan menyuruh dia mengemas rumah berulang kali.

"Cinta satu malam. Oh, indahnya. Cinta satu malam buatku melayang. Walau satu malam..." terjoget-joget Alyssa mendengar lagu dangdut favoritnya.

Alyssa mengemop, menyapu, vakuum dan menepuk bantal-bantal di atas sofa itu. Setelah selesai di bahagian ruang tamu dia naik ke tingkat atas pula.

Ada lima bilik di dalam rumah ini tetapi hanya bilik Alyssa dan satu tandas saja tidak dikunci. Yang lain semua berkunci. Aryan juga tidak memberi kunci pendua jadi senang lah kerja Alyssa.

Alyssa mencuci tandas sehingga bersih dan kilat. Biliknya tidak perlu dikemas sebab memang sentiasa kemas dan rapi.

Kerja Alyssa sudah siap tetapi dia berasa tidak puas kerana tidak mengemas bilik Aryan.

Dipandang pintu bilik Aryan lama kerana hanya pintu bilik Aryan menggunakan password untuk membuka pintu. Dia berfikir seketika. Apa agaknya password Aryan?

Alyssa mencuba tarikh lahir Aryan.

'Access declined.'

'You have two more chances to enter the room.'

Terkejut Alyssa kerana suara robot itu betul-betul kuat sehingga satu rumah boleh dengar.

Alyssa berfikir lagi. Dia mencuba sekali lagi. Kali ini dia menekan tarikh lahirnya sendiri.

'Access declined.'

'You have one last chance before the door is fully locked from the inside.'

Alyssa berfikir dengan sedalam-dalamnya. Kalau bukan tarikh lahir Aryan dan juga tarikh lahir Alyssa. Takkan tarikh lahir April. Tapi manalah dia tahu tarikh lahir perempuan itu.

Alyssa berputus asa lalu menekan saja apa-apa nombor di atas itu.

'Access declined'

'The door is now fully locked from the inside. Only the owner can open the door with the secret password.'

Bunyi seperti pintu bilik Aryan sudah dikunci dengan ketat dari dalam. Degupan jantung Alyssa semakin laju. Matilah dia bila Aryan balik nanti.

'You may now enter the secret password.'

Alyssa mengambil baldi yang dia gunakan untuk mop lantai tadi lalu berlari ke bawah. Malang betul nasib Alyssa Maisara.

Aryan baru tiba di Sabah, dia terus bergerak ke hotel. Hari ini dia boleh berehat kerana meeting pada hari esok. Saja dia nak datang awal sehari untuk lawat kawasan.

Macbooknya dibuka untuk melihat keadaan Alyssa di rumah. Sepanjang dalam flight dia membuat kertas kerja yang akan digunakan untuk meeting esok. Tak sempat dia nak tengok free show. Mesti dah banyak dia terlepas.

Buka saja cctv, Alyssa sedang berjoget di dapur. Terlompat-lompat Alyssa mendengar lagu di headsetnya sampai tidak sedar yang rumah itu ada CCTV. Dah macam disco dia buat dapur itu.

Aryan bersandar pada belakang katil lalu menggigit ibu jarinya. Senyuman nakal terukir tajam dibibirnya.

"You drive me crazy, baby girl. Oh gosh, I can't handle it anymore." Gumam Aryan sendiri. Bibir bawahnya digigit kasar.

Air yang berada di meja kecil sebelahnya diteguk rakus. Parah betul kalau ditonton selalu. Bergetar lutut Aryan.

Aryan mengerling jam ditangannya. Sudah dekat waktu asar. Macbook diletakkan ke bawah sebelum bergerak ke bilik air untuk mandi. Solat lagi penting. Free show lain kali pun boleh tengok lagi.

Datin Katrina mengajak Alyssa ke rumahnya memandangkan Alyssa tinggal seorang diri.

Alyssa menghantar pesanan mesej kepada Aryan sebelum keluar rumah.

Bapak singa🦁

'Assalmualaikum cinta!'

'Saya nak minta izin pergi rumah mummy boleh?'

Aryan dah dapat agak kalau Alyssa tergedik-gedik macam ni mesti ada yang dia nak minta.

'Ok'

'Jawablah salam dulu cinta'

'Aku jawab dalam hati'

'Salah makan ubat lagi?
Baru sehari aku tinggalkan kau
dah jadi gila dah'

'Memang gila pun... Gilakan
cinta!😚'

'Jijik aku!'

Ketawa Alyssa membaca mesej daripada Aryan. Walaupun pedih tapi dia tidak peduli. Saja Alyssa nak usik Aryan nak tengok reaksi Aryan kalau dipanggil begitu. Mengelupur member. Hahaha.

'Oklah taknak kacau cinta work'

'Bye bye cinta!'

'Kau pergi dengan siapa?'

'Abang Afiq boleh kan?'

'Kenapa pula dia? Dah miang
sangat ke kau?'

'Apa pula miang? Mummy
yang tak bagi saya naik grab'

"Asyik-asyik Afiq, asyik-asyik Afiq. Macam tak ada orang lain mummy nak suruh. Pak Husin Pak Mat kan ada" gumam Aryan sendiri. Muka Aryan bertukar serius.

'Suka hati kau lah'

'Bye cinta!'

'I love you cinta!'

'Take care cinta!'

'❤'

Aryan yang sedang marah tadi terus tersenyum melihat pesanan mesej terakhir Alyssa. Tiba-tiba nak bermanja-manja dengan Aryan. Tak jadi Aryan nak marah Alyssa.

"Cinta? You're so cute, kitty." Gumam Aryan sendiri. Telefon dicampak ke atas katil sebelum berjalan ke almari untuk menukar pakaian.

"Dengan adik sendiri pun nak cemburu. Comel lah cinta ni!" bisik Alyssa di dalam hati sambil mengerutkan hidung.

-------------------

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

37K 1.1K 31
"Taknak la kawin dengan pakcik tu"ucap firya "Oh taknak yee jangan harap kau boleh lepas"ucap naufal "Ehhh kamu ni naufal suka betul laa"ucap putra "...
137K 404 1
[Stop-Writing] ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ 1 ๐ซ๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž | ๐œ๐จ๐ฆ๐ž๐๐ฒ "๐’๐ก๐ž'๐ฌ ๐ฆ๐ข๐ง๐ž, ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ž๐ฏ๐ž๐ซ ๐›๐ž ๐ฆ๐ข๐ง๐ž" Berkahwin di usia 17 tahun...
16.5K 1.6K 59
[ Karya Ketiga : Hara ] โ€ขDanny Choi ร— Farah Aiqirahโ€ข Dia Danny Choi, mafia dari Korea yang terpaksa berkahwin dengan seorang gadis beragama Islam ker...
240K 12.4K 58
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...