𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫...

By QueFlora_

123K 5.5K 12

| 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 | " 𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢." 。゜... More

°∘❉∘° 𝐁𝐥𝐮𝐫𝐛 ∘°❉°∘
*.·:·. Prolog .·:·.*
*.·:·. Bab - 1 .·:·.*
*.·:·. Bab - 2 .·:·.*
*.·:·. Bab - 3 .·:·.*
*.·:·. Bab - 4 .·:·.*
*.·:·. Bab - 5 .·:·.*
*.·:·. Bab - 6 .·:·.*
*.·:·. Bab - 7 .·:·.*
*.·:·. Bab - 8 .·:·.*
*.·:·. Bab - 9 .·:·.*
*.·:·. Bab - 10 .·:·.*
*.·:·. Bab - 11 .·:·.*
*.·:·. Bab - 12 .·:·.*
*.·:·. Bab - 13 .·:·.*
*.·:·. Bab - 14 .·:·.*
*.·:·. Bab - 15 .·:·.*
*.·:·. Bab - 16 .·:·.*
*.·:·. Bab - 17 .·:·.*
*.·:·. Bab - 18 .·:·.*
*.·:·. Bab - 19 .·:·.*
*.·:·. Bab - 20 .·:·.*
*.·:·. Bab - 21 .·:·.*
*.·:·. Bab - 22 .·:·.*
*.·:·. Bab - 23 .·:·.*
*.·:·. Bab - 24 .·:·.*
*.·:·. Bab - 25 .·:·.*
*.·:·. Bab - 26 .·:·.*
*.·:·. Bab - 27 .·:·.*
*.·:·. Bab - 28 .·:·.*
*.·:·. Bab - 29.·:·.*
*.·:·. Bab - 30.·:·.*
*.·:·. Bab - 31.·:·.*
*.·:·. Bab - 32.·:·.*
*.·:·. Bab - 33.·:·.*
*.·:·. Bab - 34.·:·.*
*.·:·. Bab - 35.·:·.*
*.·:·. Bab - 36.·:·.*
*.·:·. Bab - 37.·:·.*
*.·:·. Bab - 38.·:·.*
*.·:·. Bab - 39.·:·.*
*.·:·. Bab - 40.·:·.*
*.·:·. Bab - 41.·:·.*
*.·:·. Bab - 43.·:·.*
*.·:·. Bab - 44.·:·.*
*.·:·. Bab - 45.·:·.*
*.·:·. Bab - 46.·:·.*
*.·:·. Bab - 47.·:·.*
*.·:·. Bab - 48.·:·.*
*.·:·. Bab - 49.·:·.*
*.·:·. Bab - 50.·:·.*
*.·:·. Bab - 51.·:·.*
*.·:·. Bab - 52.·:·.*
*.·:·. Bab - 53.·:·.*
*.·:·. Bab - 54.·:·.*
*.·:·. Bab - 55.·:·.*
*.·:·. Bab - 56.·:·.*
*.·:·. Bab - 57.·:·.*
*.·:·. Bab - 58 .·:·.*
*.·:·. Epilog.·:·.*
*.·:·. Special Chapter .·:·.*
Note |Queflora 💌

*.·:·. Bab - 42.·:·.*

1.6K 72 1
By QueFlora_

"...Rose?" ೃ࿐

Anak mata Aaira jatuh menekur ke arah lantai. Air matanya ditahan dari menitis, sungguh dia rasa bersalah pada suaminya sekarang. Mata lelaki itu mengambarkan rasa kecewa yang amat.

"Kenapa Aaira sorokkan benda bahaya macam ni dari abang? Abang ni siapa? Bukan suami sayang? Bukan pelindung sayang?" Soal Han dengan nada tertahan.

Rasa terluka kerana Aaira menyembunyikan perkara itu dari dia. Agaknya kalau dia tidak tergerak hati untuk periksa telefon pintar Aaira sampai ke sudah dia tidak tahu yang isterinya diganggu dengan ugutan-ugutan dari nombor yang dia tidak kenali.

Setahunya Aaira tiada musuh.

"Aa-Aaira mi-minta maaf. Aaira nak bagitahu abang, cuma Aaira takut abang terpalit sama dalam masalah Aaira," ujarnya sebak.

Air mata mula mengalir.

Han yang melihat itu memalingkan wajah ke tepi.

Kelemahannya adalah air mata Aaira. Dia tidak sanggup melihat wanita kesayangannya itu menangis. Namun kalini rasa dihatinya cukup terluka.

Aaira pernah berjanji untuk tiada rahsia antara mereka. Tapi sekarang...

"Bahagia sayang adalah bahagia abang, sama juga dengan derita sayang. Apapun masalah yang Aaira lalui abang perlu tahu dan bantu. Bukannya rahsiakan benda macam ni," tutur Han berubah tegas.

Makin deras air mata Aaira, walaupun Han tidak tinggikan suara pada dia tapi tetap terasa hati.

Sudahlah emosinya tidak stabil.

"Abang ni siapa Aaira?" Soal Han lagi. Dia inginkan jawaban dari bibir mungil itu.

"Su-suami Aaira," balasnya tersedu. Dia lupa hendak padam message tersebut. Dan Han lebih pantas membukanya.

"Tahu suami Aaira, tapi kenapa perlu Aaira sorokkan benda macam ni. Aaira buat abang macam takde guna sebagai seorang suami. Abang tak layak ke lindungi Aaira?" Soal Han berasa kecewa.

Aaira makin teresak menangis. Takut apabila Han berubah mood tegas padanya. Dia belum pernah melihat sisi Han yang lain.

"Berhenti menangis. Pergi makan dulu, isi perut tu," arah Han menahan hatinya dari memujuk Aaira. Dia perlu bertegas sedikit untuk wanita itu.

Jikalau tidak bimbang Aaira akan menyorokkan lagi sesuatu perkara berbahaya dari dia.

Dia bangun, Aaira turut mengangkat wajah. Sampai hati suaminya.

"Ab-abang nak pergi mana?" Soal Aaira. Wajah cantik itu dihiasi air mata jernih.

Han yang baru melangkah itu terhenti.

Tanpa menoleh dia mula bersuara.

"Abang ada kerja. Pergi makan dulu then tidur. Tak payah tunggu abang," jawab Han lalu terus berlalu pergi dengan hati yang terluka.

Dia cuba memahami isterinya.

Namun ruang hatinya juga sakit apabila Aaira membelakanginya sebagai seorang suami.

Suami siapa saja yang tidak marah apabila perkara berbahaya sedemikian di sembunyikan? Ia mengancam nyawa. Dia tidak mahu sama sekali kehilangan bidadarinya.

Aaira menggigit bibir kuat, kedua bahunya terhinjut menahan tangis apabila Han pasang sifat dingin dengannya.

Dia tahu silapnya. Dia terlalu memikirkan yang dia boleh tanggung sendiri.

Nyatanya dia silap, ada suami yang perlu dia kongsi segala suka dan duka. Benar kata Han, dia seolah membuat Han tidak wujud sebagai seorang suami.

Patutnya dia menunaikan janji untuk tidak menyembunyikan perkara berbahaya seperti itu. Tiada rahsia antara mereka, itu janji yang dia mungkiri.

Walau dia sedar pada mulanya namun Aaira tetap dengan pendiriannya yang akhirnya memakan diri.

Menyesal tidak sudah.

Malam itu Aaira tidur tanpa makan dan tanpa suami disisi yang setiap malam mendengar ceritanya. Tidak kira masuk akal atau tidak Han tetap setia. Juga sentiasa memberi respon.

Perutnya yang belum menampakkan bentuk diusap lembut. Air matanya sudah kering. Suaminya sudah siap masak untuk makan malam, namun dia hilang selera.

Beberapa minit lepas melayan perasaan Aaira sudah hampir sampai ke alam mimpi. Namun seketika terganggu apabila mendengar pintu dikuak.

Semestinya Han.

Agaknya kerja lelaki itu sudah siap.

Aaira hanya diam. Kelopak mata dipejam rapat. Terasa ruangan tilam disebelahnya bergerak-gerak menandakan Han baring.

Aaira hanya diam membelakangi Han.

Nak merajuk. Walaupun tahu yang itu salah dia.

Han memandang belakang tubuh isterinya yang berselubung dengan selimut.

"Kenapa tak makan?" Soal Han memecahkan kesunyian antara mereka. Dia tahu isterinya belum tidur lagi. Manalah Aaira boleh tidur jika tanpa memeluk dirinya.

Dia lihat lauk yang dia masak tadi langsung tidak sentuh.

Aaira masih diam. Tidak menghiraukan, rajuk dihati dilayan. Siapa suruh pasang mood dingin? Dia dahlah sejenis hati tisu sangat.

Han mengalah dengan kebisuan isterinya. Dia bangun dari katil sebelum menuju ke ruangan bawah, dapur dituju.

Aaira yang perasan kelibat suaminya menghilang memuncungkan bibir. Tersebik-sebik bibir mungil itu menahan sebak, Han sudah tidak sayang dia.

5 minit berlalu akhirnya Han kembali. Kalini dengan dulang ditangan yang berisi sepinggan nasi ayam yang dimasak olehnya. Duduk dilabuhkan dibirai katil.

"Bangun Aaira," arah Han dengan nada biasa. Aaira mengeraskan diri.

Han meraup wajah. Dia menghembus nafas perlahan.

"Cinta, mari bangun makan kejap. Abang tahu sayang belum makan dari tadi. Nanti sakit perut macam mana? Tak kesian dengan baby?" Han mula menggunakan nada lembut seperti biasa.

Terpujuk.

Perlahan Aaira menyelak selimut, melihat riak Han yang tenang itu membuatkannya sedikit bersenang hati. Dia membetulkan duduk.

"Dekat sini, abang suap," tutur Han lalu menepuk perlahan ruangan sebelahnya. Aaira akur walau masih merajuk. Han merapatkan lagi jarak.

Sesudu nasi berserta isi ayam mula disuap ke mulut isterinya, Aaira yang sedia lapar itu akhirnya terus saja menerima tanpa membantah. Mereka hanya diam sepanjang sesi menyuap.

Han ralit merenung isterinya, manja. Dia baru tegaskan suara sedikit dah menangis macam kena dera, agaknya kalau dia tinggikan suara mahunya Aaira meraung.

Senyuman disimpan melihat bibir dan hidung serta pipi putih isterinya itu berubah kemerah-merahan. Bertambah comel!

Selesai menyuap sehingga licin pinggan ibu jari Han naik mengelap kesan sos pada tepi bibir isterinya.
Aaira diam. Air pula dihulur.

Selepas itu Han bangun ingin membawa pinggan tadi ke bawah. Aaira memandang suaminya.

"Abang," serunya dengan suara serak.

Han menoleh.

"Tunggu sini kejap, jangan tidur dulu," arahnya. Aaira diam.

Kelibat Han menghilang. Aaira mengulum senyuman nipis. Terharu dengan layanan suaminya. Marah-marah pun keperluan dia tetap didahulukan.

Ingatkan Han tidak perasan yang dia belum sentuh makanan.

5 minit berlalu Han kembali. Kalini pula dengan sepinggan biskut coklat serta segelas susu segar.

"Makanlah," pelawa Han. Sedia tahu yang isterinya tidak pernah dapat berpisah dengan makanan ringan.

Rumah mereka sudah seperti kedai runcit. Tetapi Han sedikit pun tidak kisah. Asalkan Aaira tahu limit dalam memakannya. Risau dengan kesihatan isterinya.

Aaira mengangguk. Dia menyambutnya sebelum sekeping biskut itu diambil lalu dicicah ke dalam susu. Antara yang paling dia gemari juga.

Tangan Han naik tidak tertahan mengusap rambut tebal isterinya.

Aaira hanya diam menghabiskannya. Setelah habis barulah dia meletakkannya ke tepi. Wajah Han dipandang dengan riak bersalah. Bibir dikemam.

"Ab-aba—"

"Syhh." Baru saja Aaira hendak bersuara Han meletakkan jari telunjuk pada bibir isterinya. Menyuruh isterinya diam terlebih dahulu.

"Abang faham perasaan sayang. Abang minta maaf sebab layan sayang dingin tadi. Abang cuma kecil hati bila sayang berahsia dari abang. Maafkan abang ya?" Ujar Han lembut. Aaira makin tersentuh.

Salah dia tapi Han yang meminta maaf. Dia rasa macam dia isteri derhaka pula.

Sudahlah berahsia dari suami. Lepastu suami dia lagi yang kena minta maaf.

Anak mata itu mula berkolam. Pantas Han menarik tubuh kecil itu ke pelukan. Belakang kepala Aaira di usap lembut. Teresak-esak wanita itu menangis.

"Aa-Aaira... ya-yang pa-patut minta maaf dekat abang. Aaira salah dalam perkara ni. Abang layak marah," tutur Aaira tergagap-gagap akibat tangisannya. Wajah disembam ke dada Han.

Han tersenyum nipis, sejuk hati.

"Syhh it's okay, lepas ni sayang kena janji dengan abang yang sayang takkan sorokkan sesuatu dari abang lagi, benda kecil sekali pun kongsikan. Abang ada untuk sayang," pujuk Han cuba untuk menenangkan isterinya.

Aaira mengangguk laju. Memang dia akan tepati janji kalini. Serik dah kena layan dingin dengan suami walaupun baru beberapa jam. Seksa uhh.

"Aaira janji!"

Han tersenyum manis. Dia percayakan isterinya. Ubun-ubun wanita itu dikucup lembut. Pelukan diregangkan sedikit. Air mata isterinya disapu.

"Boleh abang tahu. Siapa sebenarnya yang message sayang tu? Dan apa sebabnya?" Soal Han ingin tahu.

Aaira mengangguk perlahan.

Dia sudah sedia hendak berkongsi peristiwa lama yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu. Ketika dia masih di alam remaja.

Nafas ditarik dalam. Tangannya digenggam Han. Seolah sedang menyalurkan  kekuatan untuknya.

Aaira mula bercerita dari mula sehingga habis.

***
TBC—

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 216 25
SIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak...
144K 4K 64
"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun s...
55.6K 2.1K 57
1st Next Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik...
6.2K 254 18
"Nama budak perempuan dalam lif tu apa?" Soal Kapten Anas Fateh kepada Zarith tatkala mereka masuk ke dalam bilik hotel yang mereka kongsi bersama. "...