𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫...

Od QueFlora_

120K 5.4K 12

| 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 | " 𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢." 。゜... Viac

°∘❉∘° 𝐁𝐥𝐮𝐫𝐛 ∘°❉°∘
*.·:·. Prolog .·:·.*
*.·:·. Bab - 1 .·:·.*
*.·:·. Bab - 2 .·:·.*
*.·:·. Bab - 3 .·:·.*
*.·:·. Bab - 4 .·:·.*
*.·:·. Bab - 5 .·:·.*
*.·:·. Bab - 6 .·:·.*
*.·:·. Bab - 7 .·:·.*
*.·:·. Bab - 8 .·:·.*
*.·:·. Bab - 9 .·:·.*
*.·:·. Bab - 10 .·:·.*
*.·:·. Bab - 11 .·:·.*
*.·:·. Bab - 12 .·:·.*
*.·:·. Bab - 13 .·:·.*
*.·:·. Bab - 14 .·:·.*
*.·:·. Bab - 15 .·:·.*
*.·:·. Bab - 16 .·:·.*
*.·:·. Bab - 17 .·:·.*
*.·:·. Bab - 18 .·:·.*
*.·:·. Bab - 19 .·:·.*
*.·:·. Bab - 20 .·:·.*
*.·:·. Bab - 21 .·:·.*
*.·:·. Bab - 22 .·:·.*
*.·:·. Bab - 23 .·:·.*
*.·:·. Bab - 24 .·:·.*
*.·:·. Bab - 25 .·:·.*
*.·:·. Bab - 26 .·:·.*
*.·:·. Bab - 27 .·:·.*
*.·:·. Bab - 28 .·:·.*
*.·:·. Bab - 29.·:·.*
*.·:·. Bab - 30.·:·.*
*.·:·. Bab - 31.·:·.*
*.·:·. Bab - 32.·:·.*
*.·:·. Bab - 33.·:·.*
*.·:·. Bab - 35.·:·.*
*.·:·. Bab - 36.·:·.*
*.·:·. Bab - 37.·:·.*
*.·:·. Bab - 38.·:·.*
*.·:·. Bab - 39.·:·.*
*.·:·. Bab - 40.·:·.*
*.·:·. Bab - 41.·:·.*
*.·:·. Bab - 42.·:·.*
*.·:·. Bab - 43.·:·.*
*.·:·. Bab - 44.·:·.*
*.·:·. Bab - 45.·:·.*
*.·:·. Bab - 46.·:·.*
*.·:·. Bab - 47.·:·.*
*.·:·. Bab - 48.·:·.*
*.·:·. Bab - 49.·:·.*
*.·:·. Bab - 50.·:·.*
*.·:·. Bab - 51.·:·.*
*.·:·. Bab - 52.·:·.*
*.·:·. Bab - 53.·:·.*
*.·:·. Bab - 54.·:·.*
*.·:·. Bab - 55.·:·.*
*.·:·. Bab - 56.·:·.*
*.·:·. Bab - 57.·:·.*
*.·:·. Bab - 58 .·:·.*
*.·:·. Epilog.·:·.*
*.·:·. Special Chapter .·:·.*
Note |Queflora 💌

*.·:·. Bab - 34.·:·.*

1.6K 81 0
Od QueFlora_

"...Rose?" ೃ࿐

Han mengerling wajah cantik isterinya, wanita itu sedang ralit termenung kehadapan. Perlahan tangan Han bergerak mencapai tangan kecil Aaira. Tapak tangan mereka bersatu. Erat. Sebelah tangannya mengawal stereng kereta.

"Cinta." Suara garau suaminya menyentakkan lamunan panjangnya. Aaira menoleh.

Senyuman diukirkan.

"Ya, abang?"

"Okay tak ni? Ke masih pening? Kalau pening bagitahu, kita singgah klinik sebelum balik," soal Han gusar.

Aaira menggeleng perlahan.

Dia belum bersedia hendak berkongsi pada suaminya tentang apa yang menganggu fikirannya.
Lagipula lelaki itu akan turun kerja esok, tidak mahulah dia Han serabut.

Selagi dia tidak di ganggu teruk maka dia akan berdiam diri saja.

"Sayang." Sekali lagi Aaira tersentak.

"Ta-tak payahlah, Aaira okay haa. Semalam kan abang dah bagi ubat. Takdelah teruk sangat," balasnya lalu tersengih.

"Betul ni?" Laju Aaira mengangguk. Berkali-kali.

"Tapi abang..." Aaira meleretkan panggilan. Han mengerling sekilas isterinya.

"Tapi apa sayang? Bagitau cepat sebelum abang jadi singa hensem," ujar Han menggesa.

Aaira tergelak mendengar ayat suaminya.

"Singa hensem pun ada eh? Kalau macam tu Aaira pun nak jadi singa cantik! Baru sepasang dengan abang kan?" Usik Aaira.

Han mengangguk dengan senyuman yang terukir dibibir.

"Haa cepat, apa tadi sayang nak?" Soal Han, tentang tadi dilupakan.

"Aaira nakkkkk...."

"Sebelum abang berubah jadi singa hensem betul-betul baik sayang sambung," ugut Han bergurau.

"Eleh abang pernah ke jadi singa dekat Aaira selama ni? Tak pernah lagikan?" bidas Aaira laju. Bahu suami dicucuk lembut. Mengusik.

Lelaki itu menghamburkan tawa kecil, terhibur dengan jawaban isterinya.

"Abang tak sampai hati nak jadi singa untuk kucing comel abang ni. Tiap kali nak marah ada je kecomelan dia keluar. Geram abang," ujar Han jujur.

Aaira tersengih bak kerang busuk.

"Tapi Aaira bukan kucing. Aaira ni gorgon," balas Aaira masih dalam mood bergurau.

Berkerut dahi Han.

"Gorgon tu apa sayang?"

"Gorgon tu Aaira. Aaira tu gorgon. Simple!" Serentak itu Aaira menghamburkan tawa kecil.

Terhibur melihat wajah blur suaminya.

"Abang rasa sayang ni kena sampuk jin dalam pulau tu agaknya," kata Han selamba.

Mendengar itu Aaira memuncung panjang.

"Abang jangan main-main eh? Ada karang Aaira tinggalkan abang sorang-sorang," ugutnya.

"Ish-ish sayang ada niat eh nak tinggalkan abang? Sebelum sayang berniat sayang dah kena ikat dalam rumah. Biar cinta tak dapat lari jauh dari abang," usik Han lagi.

Matanya fokus pada hadapan jalan raya. Gurauan wanita disambut dengan gurauan semula.

"Takde-takde! Aaira nak lari pergi mana? Butik macam mana?" Balas Aaira cemberut.

"Ada pula dia risaukan butik dia, habis abang ni macam mana? Sayang tak risau? Tak sayang abang dah ke?" Ada kedengaran nada merajuk dibicaranya.

Dengan itu Aaira tergelak besar sekali lagi. Cepat berubah mood.

"Ya Allah hahaha, abang ni emosi sangatlah, takde maknanya Aaira nak lari jauh dari abang. Nanti Aaira rindu macam mana? Siapa yang nak layan perangai Aaira?" Tutur Aaira lembut setelah tawanya reda.

Han diam. Dia tidaklah terasa hati pun, sengaja ingin mendengar Aaira memujuknya. Jahatkan Han?

"Abang... marah kerr tu? Marah-marah nak pergi mana? Nak cendol? Pergi beli sendiri." Dengan itu Aaira tergelak lagi dengan ayatnya sendiri.

Akhirnya Han turut menghamburkan tawanya, isterinya benar-benar menghiburkan.

"Nakal eh sayang. Nak apa tadi tu?" Kalini Han berubah serius. Aaira tersengih.

Ingatkan Han sudah lupa dia mahukan sesuatu tadi.

"Aaira nak singgah beli kek red velvet boleh? Teringin." Han tersenyum nipis tatkala mendengar permintaan isterinya. Ingatkan apalah tadi.

"Ya, cinta. Kita pusing dulu." Han hanya setuju tanpa bantahan.

Aaira tersenyum manis apabila keinginannya dituruti.

Mereka tiba disebuah supermarket. Itu semua disebabkan Aaira yang ingin membeli sedikit barang. Untuk tambah apa yang kurang sahaja.

Troli ditolak oleh Han. Manakala Aaira hanya mengambil barang yang dia perlukan. Segala macam jenis tepung diambil. Bolehlah nanti dia buat kek.

"Abang tunggu sini, Aaira nak ambil esen vanilla jap," ujar Aaira ke arah suaminya.

"Pergilah. Jangan jauh sangat," pesannya sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya yang bergetar menandakan ada panggilan.

Aaira mengangguk sebelum berlalu pergi.

Langkah diatur ke arah rak yang terletak bermacam jenis botol tersebut. Anak matanya menangkap satu botol kecil esen vanilla, laju saja dia mencapainya.

Baru setapak langkahnya terhenti apabila seseorang berdiri tepat dihadapannya. Sekaligus menghalang dia dari melalui jalan tersebut.

Aaira mengangkat wajah. Seketika air mukanya berubah secara drastik melihat figura seorang perempuan berpenampilan free hair. Gadis tersebut berpeluk tubuh dengan memandangnya.

"Pandai betul kau ya sorokkan diri? Lepas dah membunuh boleh pula masih hidup bahagia. Manusia jenis apa kau ni?"

Belum sempat Aaira hendak membuka bicara gadis itu terlebih dahulu menyemburnya.

"Kes ni dah lama Fiana. Apa yang kau tak faham bahasa sangat ni?" Soal Aaira dengan nada tertahan.

Gadis bernama Fiana itu tertawa kecil. Kedengaran sinis. Rambut panjangnya diraup kasar kebelakang.

"Aku tak faham bahasa? Tak sangka eh kau ni makin kurang ajar. Kau ingat aku nak biarkan je kes tu? Lepas apa yang kau dah buat!" Naik seoktaf suara Fiana.

Merah wajah gadis itu menahan amarah.

Aaira menarik nafas. Dia cuba bersabar.

"Aku tetap dengan keputusan aku Fiana. Perkara tu bukan salah aku. Dan benda dah berlalu lama," balas Aaira menenangkan diri.

"Kau jangan ingat kau akan terlepas Aaira! Aku akan balas balik setimpal dengan apa yang kau dah buat dekat adik kesayangan aku!" Jeritnya agak kuat.

Jari gadis itu naik menunding ke arah wajah Aaira.

Belum sempat Aaira membalas Fiana berlalu pergi tanpa dipinta. Aaira mengeluh perlahan. Wajah diraup. Apa yang perlu dia buat?

Bunyi derap tapak kaki seseorang kedengaran melangkah mendekatinya. Aaira menoleh sebelum anak mata hazelnya bertemu dengan anak mata coklat suaminya. Lelaki itu hanya kelihatan tenang sahaja.

"Dah ambil?" Soal Han lembut. Aaira mengangguk perlahan. Nafas ditarik dalam. Dalam diam dia berharap suaminya tidak mendengar perbualan mereka tadi.

"Sayang okay? Kenapa nampak pucat ni? Masih rasa sakit ke?" Tangan Han naik menyentuh pipi isterinya.

Aaira mengukir senyuman nipis. Cuba menghalau pergi rasa resahnya. Tidak mahu suaminya mengesyaki sesuatu.

"Aaira okay. Jom lah bayar, Aaira nak balik rumah rehat." Dia memeluk manja lengan suaminya.

Han tersenyum manis sebelum menyatukan tangan mereka. Langkah diatur pergi ke arah kaunter. Han menolak troli yang agak penuh dengan barang itu.

Sampai saja dikaunter dia meletakkannya satu persatu dengan bantuan Aaira.

Setelah selesai barulah Han mengeluarkan dompet berjenama miliknya. Blackcard diambil sebelum di hulur ke arah cashier perempaun tersebut.

Habis saja membeli belah mereka keluar. Aaira menceriakan air mukanya. Walaupun dalam hatinya tidak terkata rasa resah. Selagi tidak membahayakan, dia akan biarkan saja dulu.

***
TBC—

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

874K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
911 59 8
Pertemuan tidak diduga mengaut ikatan cinta di antara dua insan, Afiq Hakimi dan gadis polos, Aleesya Hana. Ikatan perjanjian rahsia di antara Afiq H...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
My Precious Girl Od nabh

Tínedžerská beletria

659K 17.8K 76
[C O M P L E T E D] Aisya Humairah. Bagi dia kehidupan yang dia ada sekarang cukup buat dia bahagia meskipun dia harus kehilangan orang yang dia say...