𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫...

De QueFlora_

120K 5.4K 12

| 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 | " 𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢." 。゜... Mai multe

°∘❉∘° 𝐁𝐥𝐮𝐫𝐛 ∘°❉°∘
*.·:·. Prolog .·:·.*
*.·:·. Bab - 1 .·:·.*
*.·:·. Bab - 2 .·:·.*
*.·:·. Bab - 3 .·:·.*
*.·:·. Bab - 4 .·:·.*
*.·:·. Bab - 5 .·:·.*
*.·:·. Bab - 6 .·:·.*
*.·:·. Bab - 7 .·:·.*
*.·:·. Bab - 8 .·:·.*
*.·:·. Bab - 9 .·:·.*
*.·:·. Bab - 10 .·:·.*
*.·:·. Bab - 11 .·:·.*
*.·:·. Bab - 12 .·:·.*
*.·:·. Bab - 13 .·:·.*
*.·:·. Bab - 14 .·:·.*
*.·:·. Bab - 15 .·:·.*
*.·:·. Bab - 16 .·:·.*
*.·:·. Bab - 17 .·:·.*
*.·:·. Bab - 18 .·:·.*
*.·:·. Bab - 19 .·:·.*
*.·:·. Bab - 20 .·:·.*
*.·:·. Bab - 21 .·:·.*
*.·:·. Bab - 22 .·:·.*
*.·:·. Bab - 23 .·:·.*
*.·:·. Bab - 24 .·:·.*
*.·:·. Bab - 25 .·:·.*
*.·:·. Bab - 26 .·:·.*
*.·:·. Bab - 27 .·:·.*
*.·:·. Bab - 28 .·:·.*
*.·:·. Bab - 29.·:·.*
*.·:·. Bab - 30.·:·.*
*.·:·. Bab - 31.·:·.*
*.·:·. Bab - 32.·:·.*
*.·:·. Bab - 34.·:·.*
*.·:·. Bab - 35.·:·.*
*.·:·. Bab - 36.·:·.*
*.·:·. Bab - 37.·:·.*
*.·:·. Bab - 38.·:·.*
*.·:·. Bab - 39.·:·.*
*.·:·. Bab - 40.·:·.*
*.·:·. Bab - 41.·:·.*
*.·:·. Bab - 42.·:·.*
*.·:·. Bab - 43.·:·.*
*.·:·. Bab - 44.·:·.*
*.·:·. Bab - 45.·:·.*
*.·:·. Bab - 46.·:·.*
*.·:·. Bab - 47.·:·.*
*.·:·. Bab - 48.·:·.*
*.·:·. Bab - 49.·:·.*
*.·:·. Bab - 50.·:·.*
*.·:·. Bab - 51.·:·.*
*.·:·. Bab - 52.·:·.*
*.·:·. Bab - 53.·:·.*
*.·:·. Bab - 54.·:·.*
*.·:·. Bab - 55.·:·.*
*.·:·. Bab - 56.·:·.*
*.·:·. Bab - 57.·:·.*
*.·:·. Bab - 58 .·:·.*
*.·:·. Epilog.·:·.*
*.·:·. Special Chapter .·:·.*
Note |Queflora 💌

*.·:·. Bab - 33.·:·.*

1.7K 80 0
De QueFlora_

"...Rose?" ೃ࿐

Awal pagi lagi Aaira sudah terpacak direstoran yang terdapat ditempat tersebut. Tangan sibuk menyuap roti bakar itu ke mulut, Han pula hanya menghirup kopinya. Semalaman mereka tidak tidur akibat berjaga.

Aaira pula mata masih segar walaupun tidak tidur. Entah apa yang isterinya minum sampai boleh jadi sesegar itu. Berbeza pula dengan dia yang dari tadi menahan kuapan.

"Sayang tak ngantuk ke hm?" tegur Han lembut. Aaira mengangkat wajah.

Kelihatan wajah penat dan kurang tidur suaminya, rasa bersalah pula. Dia yang mengada-ngada ajak berjaga.

"Ngantuk. Tapi tak sangat, lepas ni abang tidurlah, nanti Aaira kejutkan zohor," ujar Aaira berasa kesian.

Han tersenyum nipis.

Setelah 20 minit bersarapan pagi akhirnya mereka pergi semula ke bilik yang mereka duduki. Han terus saja membaringkan dirinya atas katil tersebut. Empuk! Ruangan yang selesa.

Manakala Aaira hanya berdiri statik menghadap balkoni yang kelihatan laut biru dibawahnya.

Han yang baru hendak memejam mata itu tidak jadi apabila tiada kelibat isterinya di sisi. Dia segera bangun kembali.

"Sini teman abang tidur," ajak Han lembut. Tangan menepuk-nepuk ruangan sebelahnya.

Aaira menoleh. Dia berjalan mendekati Han. Duduk dilabuhkan dibirai katil.

"Abang tidurlah, Aaira nak main fon," ujar Aaira. Telefonnya dicapai.

Dia agak mengantuk juga sebenarnya, tapi dia bercadang untuk tidur selepas zohor saja.

Aaira menyandar selesa dikepala katil dengan alat canggih ditangan. Han akur sebelum menjatuhkan kepalanya atas bantal ditepi isterinya.

Tangan isterinya dicapai sebelum diletak pada rambutnya. Isyarat untuk mengusap.

Aaira agak tersentak pada mulanya namun hanya membiarkan. Tangan kirinya mula bergerak mengusap lembut rambut tebal suaminya.

Memahami permintaan tanpa suara Han.

Manakala tangan kanannya sibuk scroll applikasi Instagram. Manakala Han yang menerima usapan itu berasa selesa.

"Sayang," seru Han perlahan. Matanya masih terbuka luas memerhati wajah cantik itu.

"Ya?" Sahut Aaira, telefon dialihkan sedikit.

"Abang malas nak balik. Rasa nak duduk sini je luangkan masa dengan sayang," ujar Han. Aaira tergelak kecil mendengar ayat suaminya.

"Tapi kita kena balik jugak." Rahang tajam suaminya pula yang diusap.

Han mengangguk lemah. Kelopa matanya mula dipejam, kedua tangan melingkar memeluk pinggang ramping isterinya dari sisi.

"Tidur. Nanti Aaira kejutkan," arahnya lembut.

Han yang semakin selesa sekadar mengangguk.

Perlahan lena menjemput.

Melihat suaminya yang sudah tidur sepenuhnya  bibirnya naik mengukir senyuman kecil. Anak mata kembali tertumpu pada skrin telefon.

Han menyusun langkah mendekati Aaira yang sedang mengemas barangan mereka yang lain. Hari ini adalah hari terakhir mereka dipulau tersebut.

Mereka hanya bercuti selama 5 hari memandangkan syarikat Han tiada siapa yang mengurus selain dia. Hendak luangkan masa lama-lama pun tak boleh.

Duduk dilabuhkan ditepi wanita itu.

"Esok kita dah balik. Nanti ada masa insyaAllahh kita datang sini lagi ya? Atau kalau sayang nak dekat mana-mana bagitahu je," beritahu Han tanpa dipinta.

Aaira mengangguk.

Seperti tahu-tahu saja dia sukakan pulau ini.

Baju terakhir disusun dalam luggage milik mereka.

"Kenapa ni hm? Abang perasan dari tadi pagi cinta asyik diam. Cakap sesuatu pleasee. Abang tak suka bila cinta abang diam," tutur Han sedikit risau.

Walhal sebelum ini Aaira lah terpaling banyak bercakap dengannya, benda kecil sahaja pun hendak dikongsikan. Namun hal itulah yang akan membuatkan Han lagi senang.

Kerana dia tahu perhatian Aaira sepenuhnya kepada dia. Aaira tergelak kecil mendengar bicara suaminya.

"Aaira okay jelah. Aaira risau kalau banyak sangat bercakap buat abang rimas," katanya lembut.

Naik berkerut dahi Han.

"Heyy. Kenapa fikir macam tu? Kalau abang rimas dah lama abang suruh sayang diam. Ni takkan? Itu maknanya abang suka dengar suara sayang, abang suka bila sayang banyak bercerita dengan abang." nada Han kedengaran lembut namun berbaur tegas.

"Lagi-lagi bila perkara tu berkaitan dengan diri sayang, kalau boleh setiap saat abang nak suara sayang sentiasa hiasi telinga abang. Jadi jangan pernah fikir macam tu ya." Tangannya naik mengusap pipi isterinya.

Aaira mengukir senyuman mendengar itu, terharu dan bahagia. Tidak menyangka ayat itu akan muncul dari suaminya.

"Baik abang. Aaira minta maaf ya," pintanya lembut.

Tangan suaminya yang berada pada pipinya dipegang.

"Takpe. Harini last dekat sini, sayang nak buat aktiviti apa?" Soal Han menukarkan topik.

"Aaira ada nampak semalam dorang naik jetski. Aaira teringin hehe, nak naik dengan abang," ucap Aaira teruja.

"Sure. Petang kita main, sekarang jom lunch dulu," ajak Han tanpa berfikir banyak.

Aaira mengangguk setuju.

Jaket keselamatan warna merah dipasangkan ke tubuh kecil isterinya. Aaira sibuk memanjangkan leher mengintai salah seorang lelaki yang sedang membawa jetski untuk mereka.

"Sabar sayang. Nanti kita naik juga benda tu," tegur Han tergelak kecil melihat keterujaan Aaira. Wanita itu hanya tersengih.

Setelah selesai Han mendekati lelaki tadi, kelihatan mereka berbual seketika sebelum Han turun dahulu. Dia sendiri yang akan membawa jetski tersebut.

Takkan mahu biarkan isterinya naik dengan pemandu lain? Dalam mimpi lah jawabnya.

Dengan bantuan suaminya Aaira berjaya naik, agak seram kerana ini pertama kali dia naik.

Pinggang suaminya dirangkul dari belakang, erat. Takut namun teruja.

"Dorang hanya bagi masa 30 minit saja. Sayang okaykan?" Soal Han.

"Ya ya okay, janji dapat naik!" Jawabnya agak kuat, terlalu teruja.

Han mula memandu jetski tersebut mengelilingi atas lautan itu. Sepanjang perjalanan Aaira menjerit teruja. Terlalu seronok apabila jetski itu meluncur laju.

Han sekadar melepaskan tawa kecil saja apabila mendengar isterinya menjerit bahagia. Jika perkara itu akan membahagiakan Aaira maka dia dengan rela akan lakukannya demi wanita kesayangannya tersebut.

Puas mengelilingi lautan akhirnya Han menghentikannya tepat di tengah-tengah laut, tidaklah terlalu jauh.

Apabila suaminya berhenti memandu Aaira rasa agak mual pada mula-mula. Nafas ditarik dalam lalu dia menjatuhkan sisi dahinya pada belakang tubuh suaminya.

Han mengusap lembut tangan isterinya yang melingkar pada pinggangnya.

"Sayang okay? Ada 10 minit lagi sebelum kita balik." Soal Han sedikit risau apabila Aaira berdiam diri ditempat penumpang.

"Okay, cuma pening sikit. Jomlah balik," ajaknya, dia mahu main lagi tapi agak rasa mual. Pening pun ada.

Han akur sebelum membawa Aaira ke jambatan tempat mereka turun tadi semula. Klihatan lelaki tadi sedia menunggu.

Tiba saja Han membantu isterinya naik sebelum dia turut melompat naik ke atas. Sempat dia mengucapkan terima kasih ke arah lelaki tadi sebelum menarik tangan isterinya berlalu pergi ke bilik. Jaket keselamatan turut dilepaskan.

Sepanjang perjalanan ke bilik Aaira menahan mual.

Han berasa risau melihat keadaan isterinya.

Tiba saja dalam bilik Aaira baring atas katil saiz queen itu. Han mendekati Aaira.

"Sayang mual ke? Nak muntah?" Soal Han resah, Aaira menggeleng perlahan.

"Aaira okay, rasa pening sikit je." Mendengar itu Han menarik keluar minyak angin yang dibawanya. Penutup dibuka sebelum dituang ke tangannya sedikit.

"Cinta tidur dulu, rehat. Nanti abang kejutkan makan malam," arah Han.

Aaira hanya bergumam mengiyakan.

Setelah menyapunya dia mengurut perlahan pelipis isterinya. Agak lama sehinggalah Aaira sendiri terlelap. Rasa peningnya terbang pergi.

Han menghela nafas lega, silapnya juga tadi membuat pusingan beberapa kali atas laut. Perkara itu menyebabkan wanita kesayangannya itu pening.

Kucupan hangat dilabuhkan pada dahi Aaira. Langkah diatur ke tandas.

Ingin membersihkan diri seketika sebelum maghrib.

***
TBC—

Continuă lectura

O să-ți placă și

134K 6.1K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
84.9K 8.3K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
770 59 9
࿐ ࿔*:🖇2st romance࿐ ࿔*:🖇 Tengku Raja Zayyan adalah CEO terkenal di Malaysia mahupun di luar Negara. Dia adalah seorang jejaka yang sangat mementingk...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...