𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫...

By QueFlora_

120K 5.3K 12

| 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 | " 𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢." 。゜... More

°∘❉∘° 𝐁𝐥𝐮𝐫𝐛 ∘°❉°∘
*.·:·. Prolog .·:·.*
*.·:·. Bab - 1 .·:·.*
*.·:·. Bab - 2 .·:·.*
*.·:·. Bab - 3 .·:·.*
*.·:·. Bab - 4 .·:·.*
*.·:·. Bab - 5 .·:·.*
*.·:·. Bab - 6 .·:·.*
*.·:·. Bab - 7 .·:·.*
*.·:·. Bab - 8 .·:·.*
*.·:·. Bab - 9 .·:·.*
*.·:·. Bab - 10 .·:·.*
*.·:·. Bab - 11 .·:·.*
*.·:·. Bab - 12 .·:·.*
*.·:·. Bab - 13 .·:·.*
*.·:·. Bab - 14 .·:·.*
*.·:·. Bab - 15 .·:·.*
*.·:·. Bab - 16 .·:·.*
*.·:·. Bab - 17 .·:·.*
*.·:·. Bab - 18 .·:·.*
*.·:·. Bab - 19 .·:·.*
*.·:·. Bab - 20 .·:·.*
*.·:·. Bab - 22 .·:·.*
*.·:·. Bab - 23 .·:·.*
*.·:·. Bab - 24 .·:·.*
*.·:·. Bab - 25 .·:·.*
*.·:·. Bab - 26 .·:·.*
*.·:·. Bab - 27 .·:·.*
*.·:·. Bab - 28 .·:·.*
*.·:·. Bab - 29.·:·.*
*.·:·. Bab - 30.·:·.*
*.·:·. Bab - 31.·:·.*
*.·:·. Bab - 32.·:·.*
*.·:·. Bab - 33.·:·.*
*.·:·. Bab - 34.·:·.*
*.·:·. Bab - 35.·:·.*
*.·:·. Bab - 36.·:·.*
*.·:·. Bab - 37.·:·.*
*.·:·. Bab - 38.·:·.*
*.·:·. Bab - 39.·:·.*
*.·:·. Bab - 40.·:·.*
*.·:·. Bab - 41.·:·.*
*.·:·. Bab - 42.·:·.*
*.·:·. Bab - 43.·:·.*
*.·:·. Bab - 44.·:·.*
*.·:·. Bab - 45.·:·.*
*.·:·. Bab - 46.·:·.*
*.·:·. Bab - 47.·:·.*
*.·:·. Bab - 48.·:·.*
*.·:·. Bab - 49.·:·.*
*.·:·. Bab - 50.·:·.*
*.·:·. Bab - 51.·:·.*
*.·:·. Bab - 52.·:·.*
*.·:·. Bab - 53.·:·.*
*.·:·. Bab - 54.·:·.*
*.·:·. Bab - 55.·:·.*
*.·:·. Bab - 56.·:·.*
*.·:·. Bab - 57.·:·.*
*.·:·. Bab - 58 .·:·.*
*.·:·. Epilog.·:·.*
*.·:·. Special Chapter .·:·.*
Note |Queflora 💌

*.·:·. Bab - 21 .·:·.*

1.9K 95 0
By QueFlora_

"...Rose?" ೃ࿐

Aaira memandang sebuah kedai emas mewah dihadapannya. Dia sedang menanti Han membeli sesuatu di dalamnya. Kata Han hanya sekejap saja. Tapi sudah hampir 20 minit dia menunggu. Aaira malas hendak mengikut masuk.

Kakinya cukup penat kehulur kehilir dalam mall demi mencari barang kahwin. Selepas saja minggu yang lepas pihak dari ahli keluarga Han terus masuk meminang. Lagi seminggu majlis mereka akan berlangsung. Akad nikah sahaja.

Han tidak mahu bertunang. Dia sudah bertahun mengenali gadis itu. Bercampur baur perasaan takut Aaira. Antara gembira dan juga takut.

Seketika kelihatan Han melangkah keluar dengan tangan kosong. Aaira mengerutkan kening. Kata tadi mahu beli sesuatu, namun bila keluar tiada pula.

Han mendekat. Aaira mendongak memandang wajah tampan lelaki itu.

"Encik dah habis?" Soal Aaira.

Han mengangguk.

"Nak pergi mana lagi lepas ni?" Kalini Han pula yang menyoal. Dia menyeluk poket seluar, berdiri santai dihadapan Aaira.

"Takde dah rasanya. Semua dah ada kan?" Ujar Aaira. Anak matanya meliar ke arah sekeliling mall tersebut.

"Ya sayang. Memang dah cukup barang kahwin kita semua. Maksud aku kau nak pergi mana-mana lagi tak? Atau nak makan apa?" Balasnya lalu tertawa kecil.

Wajah Aaira berubah merah. Malu, mendengar panggilan lelaki itu kepadanya.

"Ehem. Sa-saya lapar," tuturnya menutup rasa malu. Benarlah, dari tadi lagi cacing dalam perutnya menari-nari. Sedar tak sedar sudah hampir 3 jam mereka berada dalam mall.

"Nak makan apa?" Soal Han.

"Erm dekat restaurant yang tu jelah, nampak macam ramai yang makan. Mesti sedap." Tangannya menunjuk ke arah satu kedai makan berdekatan.

Pelanggan juga agak ramai.

Han yang melihat itu hanya mengangguk setuju tanpa membantah sedikit pun.

"Jom." Aaira bingkas berdiri. Sempat juga dia menarik beg tangannya atas kerusi panjang itu.

Mereka tiba didalam restoran tersebut. Setelah mendapat meja mereka terus saja melabubkan duduk. Seketika seorang pelayan perempuan datang mendekati mereka.

"Hai abang. Nak order apa?" Tanpa rasa malu gadis itu terus saja menyapa Han sendirian. Gayanya seperti Han seorang saja berada disitu.

Han tergamam. Gedik tahap gaban. Riak wajah Han berubah beku. Aaira pula hanya diam memerhati.

Tangan gadis itu memegang birai meja berdekatan Han. Anak mata Han memandang tepat ke arah Aaira. Dia paling malas bila berjumpa sejenis ulat bulu naik daun ini.

"Sayang nak makan apa?" Soal Han dengan senyuman manis. Kedengaran dengusan kecil dari pelayan perempuan tadi.

Riaknya bertukar cemberut mendengar panggilan lelaki itu. Aaira dengan riak blurnya menjenguk buku menu.

"Nak lamb chop. Dengan jus mangga." Selesai memilih Aaira diam.

"Lamb chop dua. Jus mangga dua," pesan Han tanpa nada. Tersenyum-senyum pelayan tadi.

Tumpuannya sepenuhnya ke arah Han.

"Abang nak lain lagi tak?" Soalnya gedik. Jari menguis-guis meja makan.

Aaira yang melihat itu berkerut kening. Ini apa pasal?

Han mengeluh.

"No! Tolong cepat sikit, kami ada hal lagi lepas ni. Aku takde masa nak layan orang yang urat malu dia dah putus," ujar Han sedikit geram.

Memerah wajah gadis itu, terasa dengan sindiran Han.

"Ishh! Harap muka je hensem!" Dengus gadis itu lalu dengan rasa sebal berlalu pergi. Hilang saja gadis itu Han menghembus nafas lega.

"Encik perli dia eh?" Soal Aaira lalu tergelak kecil. Dia baru saja hendak menyusun ayat menegur gadis itu terlebih dahulu Han menghalau.

"Ya... malas nak layan," gumam Han. Aaira menggeleng perlahan.

Mereka hanya diam menanti makanan mereka tiba.

Ralit Aaira menekan-nekan telefon miliknya. Manakala Han pula hanya sekali sekala merenung gadis itu.

Ketika keluar bersama Aaira dia lebih gemar menyimpan telefonnya dan tidak menggunakannya. Masanya dimanfaatkan sepenuhnya dengan gadis itu.

"Cepat betul cari pengganti aku ya?" Suara garau seorang lelaki kedengaran menegur.

Aaira pantas mengangkat wajah.

Tergamam dia melihat figura Naleef. Bekas tunangnya! Disisi lelaki itu berdiri seorang gadis bertudung manis.

"Kau siapa?" Soal Han sedikit kasar.

Dia bingkas bangun. Kalau tidak silap dia lelaki ini bekas tunang Aaira.

"Bakal suami tak jadi gadis kau," beritahu Naleef sinis.

"Awak buat apa dekat sini Naleef?" Soal Aaira menahan sabar.

Setelah dua bulan kelibat lelaki itu tidak kelihatan kini sangat berani muncul dihadapan mereka.

"Oh... aku? Ajak isteri kesayangan makanlah." Perkataan isteri di tekankan.

Ya, dia telah selamat bernikah dengan gadis pilihannya.

Aaira mengetap bibir. Benci melihat muka lelaki itu. Bukan sebab cinta, tapi sebab apa yang telah Naleef buat kepada mereka sekeluarga.

"Berambus. Kami tak alu-alukan kedatangan kau sedikit pun," halau Han dingin.

Naleef tergelak sinis. Dia menggengam erat tangan isterinya yang hanya diam.

"Mesti kau malukan Aaira? Haha seronok jugak bila rancangan aku berjaya. Okaylah aku pergi dulu," tutur Naleef dengan selamba.

Dia tersenyum mengejek.

Dengan pantas mereka berlalu pergi. Aaira hanya diam, sempat dia melihat pandangan hairan dari isteri lelaki itu. Seperti tidak mengetahui sesuatu.

Han mengetap rahang. Rambut diraup kasar. Nafas dihela. Han kembali duduk.

"Kau okay Rose?" Soal Han lembut. Perlahan riak ketatnya tadi berubah tenang.

Aaira sedikit tersentak mendengar sapaan Han. Kepala dianggukan segera. Dia menarik nafas.

"Okay je," balasnya tenang. Dia beristighfar berkali-kali.

Kalau tidak mengingatkan Naleef itu lelaki dan dia perempuan sudah lama dia menampar wajah lelaki itu. Lagi pula dia rasa kesian melihat gadis kecil di sebelah Naleef.

"Jadi dia bekas tunang kau?" Tutur Han memulakan bicara.

"Ya, dialah malukan kami sekeluarga." Ucap Aaira lemah. Dazreeq belum pernah bertemu dengan Naleef semasa dalam tempoh dua bulan. Nasib lelaki itu agak baik.

Kalau tidak sudah lama Naleef rasa penumbuk sulung abangnya.

"Tak berguna betul jadi lelaki." Tergeleng kepala Han. Dia memeluk tubuh. Beberapa saat kemudian makanan mereka sampai. Kini yang menghantar adalah seorang pelayan lelaki.

Mesti gadis tadi masih berasa malu kena sindir.

"Makanlah," arah Han lembut. Dia menolak perlahan pinggan berisi lamb chop itu kehadapan Aaira berserta jus mangga.

Aaira mengangguk sedikit teruja. Hal pasal Naleef dilupakan begitu saja.

Dia lapar, malas mahu fikir tentang orang yang tiada kena mengena dalam hidupnya lagi.

Han hanya tersenyum apabila melihat Aaira yang automatik berubah ceria itu.

***
TBC—

Continue Reading

You'll Also Like

770 59 9
࿐ ࿔*:🖇2st romance࿐ ࿔*:🖇 Tengku Raja Zayyan adalah CEO terkenal di Malaysia mahupun di luar Negara. Dia adalah seorang jejaka yang sangat mementingk...
603K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
911 59 8
Pertemuan tidak diduga mengaut ikatan cinta di antara dua insan, Afiq Hakimi dan gadis polos, Aleesya Hana. Ikatan perjanjian rahsia di antara Afiq H...