𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫...

By QueFlora_

119K 5.3K 12

| 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 | " 𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢." 。゜... More

°∘❉∘° 𝐁𝐥𝐮𝐫𝐛 ∘°❉°∘
*.·:·. Prolog .·:·.*
*.·:·. Bab - 1 .·:·.*
*.·:·. Bab - 2 .·:·.*
*.·:·. Bab - 3 .·:·.*
*.·:·. Bab - 4 .·:·.*
*.·:·. Bab - 5 .·:·.*
*.·:·. Bab - 6 .·:·.*
*.·:·. Bab - 7 .·:·.*
*.·:·. Bab - 8 .·:·.*
*.·:·. Bab - 9 .·:·.*
*.·:·. Bab - 10 .·:·.*
*.·:·. Bab - 11 .·:·.*
*.·:·. Bab - 12 .·:·.*
*.·:·. Bab - 13 .·:·.*
*.·:·. Bab - 14 .·:·.*
*.·:·. Bab - 15 .·:·.*
*.·:·. Bab - 16 .·:·.*
*.·:·. Bab - 17 .·:·.*
*.·:·. Bab - 18 .·:·.*
*.·:·. Bab - 20 .·:·.*
*.·:·. Bab - 21 .·:·.*
*.·:·. Bab - 22 .·:·.*
*.·:·. Bab - 23 .·:·.*
*.·:·. Bab - 24 .·:·.*
*.·:·. Bab - 25 .·:·.*
*.·:·. Bab - 26 .·:·.*
*.·:·. Bab - 27 .·:·.*
*.·:·. Bab - 28 .·:·.*
*.·:·. Bab - 29.·:·.*
*.·:·. Bab - 30.·:·.*
*.·:·. Bab - 31.·:·.*
*.·:·. Bab - 32.·:·.*
*.·:·. Bab - 33.·:·.*
*.·:·. Bab - 34.·:·.*
*.·:·. Bab - 35.·:·.*
*.·:·. Bab - 36.·:·.*
*.·:·. Bab - 37.·:·.*
*.·:·. Bab - 38.·:·.*
*.·:·. Bab - 39.·:·.*
*.·:·. Bab - 40.·:·.*
*.·:·. Bab - 41.·:·.*
*.·:·. Bab - 42.·:·.*
*.·:·. Bab - 43.·:·.*
*.·:·. Bab - 44.·:·.*
*.·:·. Bab - 45.·:·.*
*.·:·. Bab - 46.·:·.*
*.·:·. Bab - 47.·:·.*
*.·:·. Bab - 48.·:·.*
*.·:·. Bab - 49.·:·.*
*.·:·. Bab - 50.·:·.*
*.·:·. Bab - 51.·:·.*
*.·:·. Bab - 52.·:·.*
*.·:·. Bab - 53.·:·.*
*.·:·. Bab - 54.·:·.*
*.·:·. Bab - 55.·:·.*
*.·:·. Bab - 56.·:·.*
*.·:·. Bab - 57.·:·.*
*.·:·. Bab - 58 .·:·.*
*.·:·. Epilog.·:·.*
*.·:·. Special Chapter .·:·.*
Note |Queflora 💌

*.·:·. Bab - 19 .·:·.*

1.7K 102 0
By QueFlora_

"...Rose?" ೃ࿐

Selepas saja kejadian dimana dia menerima lelaki itu Han terus saja menunaikan janjinya untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Dan sekarang lelaki itu hanya tenang menghadap abang-abangnya.

Tuan Ferhad memandang wajah tampan pilihan anaknya. Tengok dari air muka nampak baik. Tangan naik berpeluk tubuh, Han seperti tidak terkesan gugup mahupun takut.

Wajahnya beriak tenang. Tapi dalam hati siapa tahukan?

"Kau ke sini aku dah boleh agak dan baca niat kau. Mesti kau nak jadi adik ipar kami kan?" Tanpa aba-aba Darris bersuara.

Perkara itu mengundang pukulan percuma dari Dazreeq ke kepalanya. Darris terus mengadu perlahan. Kepalanya yang baru saja menerima habuan itu diusap lembut.

"Serius lah mermaid! Aku hempuk kau karang apa pun tak dapat," bisik Asyfie pula.

Areesya serta Aaira hanya mampu menahan tawa.

Darris menjeling Asyfie tajam. Mereka kembali serius. Han yang melihat aksi itu tadi menahan geli hati mendengar soalan bakal abang iparnya.

"Ehem... jadi boleh kamu mula nyatakan tujuan ke sini?" Ujar Tuan Ferhad.

Han menarik nafas seketika.

"Saya sukakan anak bongsu pakcik, dah lama. Dan saya berniat baik untuk menjadikan dia milik saya yang sah jika pakcik dan makcik izinkan," tuturnya tenang.

Tuan Ferhad serta Puan Aina tersenyum nipis.

"Princess setuju?" Soal Tuan Ferhad kepada anak gadisnya. Aaira mengangguk perlahan. Malu rasa!

Seketika Tuan Ferhad memandang isterinya menghantar isyarat. Puan Aina mengangguk segera.

Dia setuju saja asalkan anaknya bahagia dengan pilihan sendiri.

"Baiklah. Kami sebagai ibubapa setuju saja. Nanti boleh datang semula dengan ahli keluarga kamu untuk perbincangan majlis seterusnya." Mendengar itu Han menarik nafas lega, dari tadi sebenarnya dia berdebar.

Namun kerana dia seorang lelaki mestilah kena acah tenang walaupun dalam hati dilanda ribut taufan.

Senyuman terukir.

"Alhamdulillah," gumamnya perlahan. Dia mengerling gadis itu yang turut tersenyum.

Urusannya dipermudahkan harini.

Selesai satu masalah!

Han hanya membiarkan tangan adik perempuannya menggoncang kuat lengannya. Dari tadi lagi Hanyra menjerit teruja apabila dia beritahu perkara itu kepada gadis tersebut.

"Abang jawablah betul-betul! Dorang terima abang ke?" Soalnya.

Han mengangguk dengan rela. Makin melebar senyuman Hanyra. Dia sudah agak.

"Bila nak majlis?" Tergeleng kepala Han mendengar soalan adiknya.

"Abang pun tak tahu Nyra. Nanti minggu depan kita ajak Uncle Dean datang malaysia urus majlis," jelasnya lembut. Hanyra tersengih.

"Uncle Dean dah tahu eh dengan nenek?" Soalnya lagi. Han mengganguk.

"Wahh! Nyra tak sabar nak tengok abang nikah dengan kak Aaira! Awhh mesti cantikkan nanti," ujarnya gembira.

"Siapa yang nak kahwin ni? Nyra ke abang?" Memuncung bibir gadis itu tatkala ayat itu di lontarkan dengan selamba oleh abangnya.

"Abanglah! Eyy orang lambat lagi, Nyra nak kejar sampai dapat lagi Nyra punya cita-cita. Tolak ke tepi pasal kahwin, Nyra baru 19 tahun," balasnya.

Tangan naik berpeluk tubuh.

Han tertawa kecil. Dia mengusap lembut kepala gadis itu, hanya Hanyra saja satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

Sebab itu dia sangat menyayangi Hanyra.

Lagipun arwah mummynya pernah tinggalkannya pesan agar menjaga dan mendidik Hanyra dengan baik. Dan Han berjaya melakukan semua itu. Hanya saja soal tudung Han tidak terlalu memaksa adiknya.

Dia hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti Hanyra terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Pemakaian adiknya tidaklah terlalu terbuka. Gadis itu menutup aurat dari segi pakaian.

Baju labuh serta seluar longgar.

Rambutnya saja yang dibiar bebas. Untuk itu Han selalu juga menasihati Hanyra.

Aaira menahan senyuman teruja dari terukir apabila melihat Han berjalan mendekatinya dengan sejambak bunga rose merah segar ditangan.

Lelaki itu hanya santai dengan kemeja warna khaki serta seluar slack hitam.

Han melabuhkan duduk ditepi gadis itu. Agak jauh, satu benda yang Aaira kagum dengan Han lelaki itu sentiasa menjaga batas. Selama enam tahun ini tidak pernah sekali pun Han cuba mengambil kesempatan.

Bahkan pegang tangan juga tidak pernah.

"Encik Han nak buat apa dengan bunga tu?" Soal Aaira sengaja. Selepas saja lelaki itu diterima oleh ahli keluarganya Aaira dapat lihat Han sentiasa tersenyum manis.

Ceria memanjang.

Han menjungkitkan kening. Dia mengerling gadis itu lalu berdeham perlahan.

"Aku nak bagi dekat bidadari aku. Tapi itu pun kalau dia sudilah." Aaira tersenyum nipis mendengar itu. Suka betul buat drama free.

Aaira hanya diam. Anak matanya memerhati beberapa kanak-kanak yang sedang bermain belon ditaman tasik tersebut.

"Rose. Kau taknak tanya ke siapa bidadari aku tu?" Ujar Han tersengih.

"Taknak," jawaban gadis itu membuatkan wajah Han bertukar cemberut.

Namun hanya seketika sebelum dia kembali tersenyum lebar. Sejambak bunga rose merah yang dihias rapi itu dihulur ke arah Aaira.

"Ambil cepat," gesanya apabila melihat Aaira hanya menyepi.

Aaira menyimpan senyum. Akhirnya dia akur dengan menerima huluran bunga itu.

"Kenapa Encik Han suka sangat bagi saya bunga rose? Tahulah saya suka tapi Encik pula bagi hari-hari, mama saya dah pelik bila tengok bilik saya yang dah macam kedai bunga," tuturnya lalu tergelak kecil.

"Sebab kau sangat cantik macam bunga rose, malah lebih lagi. Dan aku suka tengok bila kau sentiasa terima pemberian aku. Rasa macam dihargai pula," balas Han lembut. Aaira tersenyum mendengar ayat tersebut.

Lelaki itu dengan ayat-ayat manisnya sangat sukar berpisah!

Sentiasa manis macam senyuman dia.

***
TBC—

salam eid adha.

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 287K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.5K 87 28
Dalam dunia di mana luka masa lalu menciptakan bayangan yang sulit untuk dihapuskan. Haura Zenia, seorang wanita yang masih ditenggelami trauma masa...
9.5K 476 30
𝐒𝐩𝐢𝐧 𝐨𝐟𝐟 : 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡. "𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐧𝐚𝐟𝐚𝐬, 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠." ...
7.2K 207 43
Known as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start...