Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻

Special Chapter

952 92 234
By smolbeanonaussieboi

Hyunjin, Joonyoung dan Seonghwa diam memerhatikan Minho yang sedang makan sambil menonton kartun. Awalnya mereka rancak membawang tetapi selepas melihat "cemilan" Minho, perbualan mereka automatik terhenti.

"Kenapa? Nak sikit ke?" tanya Minho. Semangkuk natto yang dicampur dengan durian ditawarkan kepada mereka namun langsung ditolak secara mentah-mentah. Kombinasi makanan itu membuat tiga sekawan itu hendak termuntah dengan hanya melihat.

"Kau ni dah kenapa, Mirah? Semalam kau makan coklat campur sos tiram, hari ni natto dengan durian. Esok lusa entah-entah kau makan alien masak kicap. Kau mengidam ke lidah kau memang dah tak betul?" soal Seonghwa.

"Suka hati akulah nak makan apa. Ada aku guna duit kau ke nak beli natto dengan durian ni? Takde, kan?" Minho menjeling Seonghwa, dia menjarakkan diri daripada wanita itu. Sedikit sebanyak perasaannya tersinggung kerana pertanyaan tersebut.

"Tanya pun salah?" soal Seonghwa. Minho duduk semakin menjauh tanpa berhenti menjeling.

"Akak Paka pun satu, yang ditanya soalan tah apa-apa dah kenapa? Hei, Mirah! Kau mengesot jauh-jauh kang sampai ke dapur kau pergi!" marah Hyunjin sambil bercekak pinggang.

Kebetulan ketika itu Changbin sedang melangkah keluar dari area dapur sambil bermain telefon, Minho sengaja menjulurkan kakinya untuk membuat Changbin tersadung.

Buk

"Mak su! Auch?!" Changbin menatap Minho dengan muka tidak puas hati. Sakit punggungnya kerana terjatuh tadi.

"Lain kali jalan jangan pandang phone je." ujar Minho. Changbin mencebik dan memandang ibunya. Meminta simpati.

"Ewah ewah sedap kau je kan salahkan anak aku? Kau yang julur kaki tiba-tiba!" marah Hyunjin, Changbin tersengih apabila Hyunjin memarahi Minho. Dia memandang mak ciknya dengan kening yang terjungkit-jungkit, seperti sedang mengejek Minho.

"Eh, kau! Kurang asam betul!" Minho menarik rambut Changbin dengan kasar. Membuat remaja itu menjerit kesakitan.

"ARGHHH MAK SU!ー MMPHH!" seksaan yang Changbin terima tidak terhenti setakat itu sahaja, Minho dengan tidak bersalah menyumbat sesudu besar natto durian ke dalam mulutnya. Joonyoung dan Seonghwa segera menjauhkan Minho daripada Changbin.

"Kau ni kan, Mirah! Memang nak kena dengan aku!" tangan Hyunjin sedikit lagi hendak mencapai rambut Minho, nasib baiklah Joonyoung sempat menahannya.

"Bluek, kau tak dapat pukul aku!" Minho menjelirkan lidah ke arah Hyunjin.

"HEI, MIRAH! KAU NAK AKU POTONG KE LIDAH KAU TU, MANGKUK?! DASAR TENUK PUNYA PEREMPUAN! DAHLAH KAU SUMBAT MULUT ANAK AKU DENGAN NATTO DURIAN KAU TU!" teriak Hyunjin membuat Joonyoung yang berada paling dekat dengannya berdesing telinga.

Klek

Pintu utama terbuka, memperlihatkan Seungmin yang mahu menjemput Minho pulang.

"Halim, lari! Nanti kita kena goreng dengan Munahzilla! Lari!" jerit Minho, dia menarik suaminya keluar dari rumah Hyunjin. Minho ketawa terkekeh-kekeh apabila dia sudah berada di rumahnya sendiri.

"Seronok buat kak Munah mengamuk?" tanya Seungmin.

"Seronok! Seronok! Aku suka buat dia mengamuk! Nanti daripada Maimunah terus jadi Munahzilla!" jawab Minho riang sambil memeluk lengan Seungmin.

Seungmin menggelengkan kepala, sudah lali dia dengan perangai nakal Minho ini. Pintu rumah dibuka dan mereka pun melangkah masuk.

"Awal kau balik hari ni. Selalunya pukul lima baru sampai." ujar Minho.

"Siapa tadi yang paksa aku balik awal sebab nak aku buatkan nasi goreng? Sampai aku kena bohong dengan majikan aku semata-mata nak balik awal."

Minho tersengih sementara Seungmin memutarkan mata. Dia pergi ke dapur, bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari peti sejuk.

Tiba-tiba pergerakan Seungmin terhenti ketika ia teringat akan sesuatu yang penting.

"Mirah."

"Hm?"

"Apa bahan-bahan nak buat nasi goreng?" tanya Seungmin. Minho berdecit, patutlah dia tengok ada yang tidak kena. Sampai serai dan lengkuas pun Seungmin ambil sekali.

"Takkan tu pun aku nak kena bagitahu bahannya? Benda simple kot. Budak-budak pun tahulah." ejek Minho.

"Kang aku main campak-campak je kau juga yang sakit perut nanti. Kalau kau aku tak kisah sangat sebenarnya tapi yang dalam perut tu aku kisah. Dahlah emaknya tak reti nak duduk diam, asyik nak berlari sana sini. Patutnya dah tahu diri tu mengandung banyakkan duduk, ni tak, kalau boleh nak lari sampai kaki tu patah. Dia tu dahlah dah mengandung sembilan bulan tapi buat macam baru mengandung seminggu."

Minho memeluk tubuh, suaminya sudah memulakan sesi berleter.

Sejak usia kehamilan Minho memasuki bulan ketujuh, hampir setiap hari Seungmin akan memberi leteran bila Minho melakukan hal yang tak kena di mata. Sampai muak Minho mahu mendengar.

"Ish, kau ni! Bebel mengalahkan perempuan! Baik kau jadi perempuan je lah sana!" marah Minho, dia mengambil bahan-bahan membuat nasi goreng yang betul. Tubuh Seungmin ditolak agar memberinya lebih banyak ruang.

"Ish, janganlah kat sini. Pergi sana!" halau Minho. Seungmin kebingungan.

"Bukan ke kau suruh aku buat nasi goreng?"

"Aku tak nak mati awal."

Seungmin mengangkat bahu, dia mahu pergi ke biliknya namun Minho pantas memprotes.

"Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang kat sini!"

"Aik? Tadi kau yang halau aku."

"Memanglah tapi jangan bla terus! Kalau aku jatuh lepas tu guguー"

"HEI HEI!" Seungmin menekup mulut Minho, dia merenung isterinya dengan tajam.

"Suka sangat cakap benda yang bukan-bukan! Nak kena sallotape mulut tu?" marah Seungmin. Dia melepaskan mulut Minho sebelum mencuci cili dan sayuran lain di sinki.

Mereka diam melakukan kerja masing-masing. Bau tumisan nasi goreng memenuhi area dapur, Minho yang sedang menumis sekali sekala menjeling Seungmin yang duduk termenung di kerusi makan.

Bibirnya dicebik. Sengaja dia mengetuk kuali menggunakan sudip kuat-kuat untuk menarik perhatian.

Tuk!

Tuk!

Tuk!

"Mirah, berlubang juga kuali tu nanti." tegur Seungmin tanpa menoleh. Hati Minho jadi lebih geram. Dia mengetuk kuali semakin kuat. Selepas itu, dia beralih memotong sayuran dengan ganas.

Ketika Minho sibuk melepaskan geram, Seungmin bangkit dan menahan tangan kanan Minho, menghentikannya dari terus melakukan perkara mengerikan itu.

"Kau nak apa sebenarnya, Mirah?" tanya Seungmin.

"Tak ada apa-apa!" jawab Minho, dingin. Seungmin terkekeh perlahan, dia melepaskan tangan Minho sebelum pinggang si isteri dirangkul. Dagunya diletakkan di atas bahu Minho.

"Tak payah tsundere sangat jadi manusia boleh tak? Kalau nak aku peluk cakap je." bisik Seungmin. Minho mengetap bibir, pipinya terasa panas.

Dia tahu Seungmin peka dengan hal di sekeliling. Cuma kadangkala lelaki itu tidak menghiraukannya untuk membuat Minho sakit hati.

"Kenapa diam je, Mirah? Or... should I call you naekkeo? Atau ma chérie? Mana satu yang kau suka, my dear?"

"Bla bla bla, aku tak faham bahasa buaya." balas Minho. Seungmin ketawa, dia menggeselkan hidungnya pada rambut Minho. Bau manis strawberi yang berasal dari syampu yang sering dipakai oleh si isteri dihirup sepuasnya.

Cklak

Bunyi tangkapan kamera berserta flash mengejutkan mereka berdua.

"Abang Riz! Kan Ayyan dah cakap silent kan phone dengan tutup flash!" marah Chan. Lengan abangnya dipukul agak kuat sementara Changbin tersengih.

"Sorry lah, Yan. Aku fikir aku dah tutup rupanya belum hehe..." bisik Changbin.

"Kau..." Dua beradik itu tersentak mendengar suara Minho, mereka menelan air liur dan mundur setapak demi setapak.

"M-Mama, k-kitorang d-datang sebab nak bagi k-kerepek ni kat m-mama." jelas Chan, dua balang kerepek ditunjukkan kepada Minho.

"KE. LU. AR." ucap Minho sepatah demi sepatah. Anak-anak saudaranya segera meletak kerepek itu di atas meja dan berlari keluar sambil menjerit ketakutan.

Minho merengus, wajahnya terlihat bengis sehinggalah dia terdengar Seungmin ketawa di cuping telinga. Tatapan mata Minho yang terlihat tajam jadi terkebil-kebil kebingungan.

"Kau malu ke diorang nampak kita macam ni?" tanya Seungmin. Dia mencium pipi kanan Minho, membuat pipi tembam itu sekali lagi membahang.

"Tak." jawab Minho, singkat.

"Yelah tu."

Seungmin mengeratkan pelukannya.

"By the way, kau belum jawab soalan aku tadi." bisik Seungmin. Dahi Minho berkerut.

"Aku dah jawablah, kau tu yang pekak."

"Bukan yang tu, yang aku tanya fasal nama panggilanー"

"BLA BLA BLA, TAK DENGAR! TAK DENGAR!" Minho memintas kata-kata Seungmin dan kembali fokus mengacau tumisan nasi goreng. Dia melirik Seungmin yang sedang mencebik sambil merungut-rungut macam budak kecil.

Bibirnya ditahan agar tidak tersenyum.

'Halim gedik!'

...

spearb_riz

220 likes
spearb_riz
it's okay, mak su. saya kuat kok diperlihatkan adegan manis semalam walaupun tak punya "naekko". ( ͡° ͜ʖ ͡°)

View all comments...

QueenMunah BAGI MUMMY GAMBAR PENUH, RIZ!
ー cempakaseonghwa NAK JUGAK!
ー Milahcute_ehek AUNTY PUN NAK!
ー spearb_riz BAIK BOS!

jaehyunloveayam "NAEKKO" ??????? ( ͡°ᴥ ͡° ʋ)
YunHEOeoEoEo DON'T BE SHY, BESTIE! SPILL THE TEA PPALLI PPALLI! (☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞
ー bbangyounghoon RIZ, SPILL RIZ! AKU DENGAN DIORANG OTW KE RUMAH KAU ୧| ͡ᵔ ﹏ ͡ᵔ |୨
ー spearb_riz OKEY OKEY, TEH KALI NI SANGAT PANAS WOOO ( ͡° ͜ʖ ͡°)

TandaHamzah kau memang dah tak takut mati ke?
ー spearb_riz ajal di tangan Tuhan bukan di tangan mak su
ー YE0SANGTAMPANZ @spearb_riz memang ajal di tangan Tuhan tapi tak mustahil kau boleh masuk wad disebabkan acik Mirah
ー wooyoungcroco_ aku akan melindungi cinta hatiku dari sebarang bara bahaya. aku sanggup lakukan apa-apa demi ayang Riz. 😎
YE0SANGTAMPANZ @wooyoungcroco_ pungkoq hang
wooyoungcroco_ @YE0SANGTAMPANZ pungkoq i sexy 🍑🤫🤭🤭
ー TandaHamzah toyol ni pehal makin lama makin bangang eh? tak paham aku ಠ_ಠ

abahganteng adik kita dah pandai bersawit~~~ @roslihannn @WanDollah
WanDollah omggggg ni barunya adik Dollah!
roslihannn huhu aku bangga dengan kau Lim... tak menyesal aku jadi abang kau huhuhuhu... ༎ຶ‿༎ຶ

imgojes_new teringin nak tunjuk gambar ni kat acik Mirah
ー spearb_riz tak payahlah, aku sanggup block dia semata-mata nak post gambar ni tahu ^_^💢
sunwoosunshine @spearb_riz nak masuk kubur awal ke, Riz sayang? 😁
ー ayyaz_nekenab mampos loh Riz
ー spearb_riz HAIMIN! KAU MEMANGー ERGHHH!!!

spearb_riz turn off commenting.

"Memang nak lepak underground awal si budak Riz tu." ujar Minho, dia mengepal tangan dengan erat. Sunwoo dan Youngjae mengipas wanita itu agar amarahnya sedikit mereda.

"Alah, kak. Esok lusa jelah akak sleding kepala Riz tu. Hari ni akak kena rehatkan diri." pujuk Somi. Dia menjeling Sunwoo sekilas, geram betul hatinya bila kanak-kanak itu dengan selamba menunjukkan gambar tersebut kepada Minho.

Memanglah ini salah Changbin namun Somi berasa kesian andainya Changbin menjadi mangsa Minho lagi. Sudah tidak dapat dihitung jumlah seksaan Minho yang lakukan terhadap Changbin.

Jooyeon merengek dalam tidur. Somi menepuk-nepuk perlahan punggung anaknya yang baru berusia enam bulan itu agar tidurnya kembali lena.

"Mama, bila mama nak dapat baby macam Cikgu Aina?" tanya Youngjae.

"Bila anak aku keluar dari perut aku." jawab Minho.

"Tarikhnya dah dekat kan, kak?" tanya Somi pula. Minho sekadar mengangguk. Anak di dalam kandungannya tinggal menunggu hari untuk dilahirkan. Disebabkan itulah Seungmin kerap melarang Minho melakukan perkara-perkara yang memenatkan.

"Gegerl ke boboi, ma?" Youngjae bertanya lagi.

"Entahlah, aku dengan Halim nak surprise." jawab Minho. Sunwoo meletakkan telapak tangannya di perut Minho sambil memejamkan mata.

Kening Minho terjungkit.

"Kau buat apa, Min?" tanya Minho.

"Mengikut kata hati Haimin, ni mesti boboi." ujar Sunwoo. Minho tersenyum meleret.

"Kalau betul boboi confirm menangis si Halim tu."

"Kenapa?" tanya Somi.

"Dia nak gegerl." jawab Minho. Alasan utama Seungmin adalah dia bosan melihat keturunan keluarga Han semuanya lelaki. Anak Yongbok dan Jeongin dua-duanya lelaki. Anak Jisung dan Hyunjin pun sama berjantina lelaki.

Sementelah lagi, Seungmin tidak mahu anak lelaki kerana takut dia akan jadi seperti Jisung dan Chan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." salam itu dibalas oleh mereka berempat. Yongbok dan Jeongin datang untuk menjenguk menantu mereka.

"Mirah sihat?" tanya Yongbok.

"Tak, hati Mirah tengah sakit ni."

"Kenapa?"

"Abah tengoklah cucu pungut abah tu. Dia post gambar memalukan kat insta!" adu Minho. Yongbok dan Jeongin melihat gambar yang dimaksudkan itu.

"Mak jangan ketawa eh!" larang Minho ketika Jeongin tampak mahu ketawa. Terluka harga diri Minho sebagai tsundere sejati kerana gambar itu diperlihatkan kepada tatapan umum.

"Tak apalah, Mirah. Jadinya diorang tahu yang korang ni saling sayang-menyayangi. Macam abah dengan my love. Nampak je macam my love tak suka abah tapi sebenarnya tak, my love cintakan abah. Sebab tu abah dengan my love bahagia sampai ke tua." ujar Yongbok, dia memandang Jeongin dengan penuh cinta. Minho berdecit. Ayah mentuanya ini susah betul nak bersangka buruk.

"Abah ni positif sangatlah jadi orang! Cucu pungut abah tu sengaja nak malukan Mirah! Tengoklah besok kalau Mirah jumpa dia memang Mirah sumbat dia dalam air fryer! Hmph!" Minho memeluk tubuh sambil memuncungkan bibir.

"Atuk, atuk nak mama dapat baby boboi ke gegerl?" soal Youngjae.

"Mana-mana pun boleh, Naufal. Asalkan cucu atuk tu sihat." balas Yongbok. Youngjae mengangguk faham.

"Aku nak tengok gambar penuh." ujar Jeongin setelah lama berdiam diri. Keinginan untuk melihat wajah anak dan menantunya dalam gambar itu sangat besar.

"Mak!" Minho melenting.

"Nenek minta je kat abang Riz, dia ada gambar penuh." kata Sunwoo. Dia langsung tertunduk apabila Minho menatapnya dengan mata terjegil.

Jeongin lekas berdiri dan pergi ke rumah sebelah. Dia mahu mencari Changbin.

"My love! Jangan tinggalkan abang, my love!" jerit Yongbok, dia mengejar Jeongin. Youngjae kembali mengipas wajah Minho sementara Sunwoo sudah cabut lari.

"Mama, calm down mama... Calm down..." ujar Youngjae. Minho mengambil sepeket kecil dedak dan menyerahkannya kepada Youngjae.

"Kau pergi letak dedak ni dalam jus pear dia. Biar nanti dia berak tak berhenti-henti." arah Minho dan langsung dituruti Youngjae. Dia pulang ke rumahnya sebaik sahaja mengambil dedak itu.

"Ada lagi rupanya dedak tu." ujar Somi.

"Ada je, aku akan guna benda tu untuk special case macam ni." balas Minho.

"Assalamualaikum, semua!" Kamal Kai muncul dengan senyuman lebar.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Minho, hairan.

"Aku nak bawa Aina dengan anak aku pergi check up dokter. Tadi aku hantar kejap dia kat sini sebab nak uruskan hal kat kedai dulu." jawab Kamal Kai. Dia memandang Somi yang sudah siap mengemas barang-barangnya.

"Sayang, jom." ajak Kamal Kai. Somi mengangguk.

"Kak, saya pergi dulu tahu. Jaga diri baik-baik."

"Hm, yelah."

Kamal Kai, Aina dan anak mereka akhirnya pergi, Minho merebahkan badan di atas sofa. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menghilangkan bosan.

Mahu bertandang ke rumah Hyunjin namun dia malas hendak berjalan.

"VC Halim lah." bisik Minho. Dia mengetap bibir.

"Tapi... kan dia tengah kerja sekarang." bisiknya lagi.

"Ah lantaklah, kalau dia tak angkat aku merajuk! Aku ngadu kat abang-abang aku biar padan muka dia!"

Minho akhirnya memutuskan untuk membuat panggilan video. Ambil masa sedikit lama buat Seungmin mengangkat panggilan tersebut.

"Hai." sapa Minho sambil melambai kecil. Wajah penat Seungmin terpampang jelas di skrin telefon.

"Hm, kenapa call?" tanya Seungmin.

"Kau tengah busy ke?"

"Tak juga, aku baru lepas potong rumput kat padang. Ni aku tengah rehat kejap." Botol air mineral besar dicapai lalu diteguk rakus. Cuaca pada hari itu masih panas walaupun sudah pukul empat petang.

"Oh..."

"Kenapa kau call aku?" tanya Seungmin, mengulang soalan yang sama.

"Aku bosan. Tadi ada Aina dengan anak dia tapi Kamal dah bawa pergi check up." jawab Minho.

"Tak lepak dengan akak Munah?"

"Malas."

"Baguslah kalau macam tu, kau tu bukan reti nak duduk diam bila kat rumah dia. Asyik-asyik nak lari sana sini sampai pening kepala akak Munah nak suruh kau duduk. Lepas tu bila nampak Riz atau Ayyan mulalah tu kau nak kacau diorangー"

"Halim, aku video call kau bukan sebab nak dengar kau membebel." potong Minho. Mukanya sudah masam, lagi-lagi dirinya dibebel oleh Seungmin.

"Tapiー"

"Halim!"

"Yalah yalah, sorry." Seungmin meminta maaf, Minho mengembungkan pipi sebentar sebelum ia merengus. Kesal dengan perangai suaminya ini.

"Jadi kita nak borak fasal apa ni?" tanya Seungmin.

Muka masam Minho berubah ceria serta merta.

"Fasal SoonieDoongieDoriWardah! Tadi kan Soonie dengan Dori curi ikan goreng kak Milah tahu!" perbualan itu pun berlanjutan sehingga setengah jam.

"Mirah, aku tutup eh? Aku nak sambung kerja." ujar Seungmin. Minho menggeleng, dia belum puas berborak.

"Alah... Habis tu nanti aku nak bual dengan siapa? SoonieDoongieDoriWardah tak faham bahasa manusia..." rengek Minho membuat Seungmin tersenyum.

"Kan pukul lima aku dah balik. Kita sambung bual nanti kat rumah, okey?" pujuk Seungmin. Minho mengangguk lemah sebelum raut mukanya tiba-tiba berubah serius dengan dahi yang berkerut.

"Halim, aku ni penat sangat ke?" tanya Minho.

"Kenapa?"

"Sebelum ni aku pun penat juga macam ni tapi tak pernahlah sampai aku terkencing kat ruang tamu. Ish, malas betul lah nak bersihkan." rungut Minho. Awalnya Seungmin kebingungan namun selepas beberapa detik, matanya membulat.

"M-Mirah..."

"Hm?" sahut Minho dengan cebikan. Seungmin menelan air liur. Hanya ada satu sahaja kemungkinan yang berada di fikirannya sekarang.

"A-Air... air k-ketuban kau dah pecah ke?" soal Seungmin, tergagap-gagap. Rungutan Minho terhenti, dan ketika itulah rasa sakit mula menyerang.

"AKHH!"

"TUNGGU AKU!ー EH TAK! CALL KAK MUNAHー TAK TAK! BIAR AKU YANG CALL DIA! K-KAU JANGAN GELABAH, OKEY? JANGAN PANIK!" Seungmin mematikan panggilan video dan segera memberitahu Hyunjin berita mengejutkan itu padanya.

Tak sampai beberapa minit, pintu rumah Minho dirempuh oleh Hyunjin dan skuad bawangnya.

"Ya Allah, Mirah!" teriak Joonyoung. Kain Minho dan sofa sudah basah dengan air ketuban. Minho memegang pinggang dan perutnya sambil menahan sakit.

"Abang! Tolong, bang!" pekik Hyunjin memanggil Jisung.

"Kenapa, sayang!?" soal Jisung, panik. Kelam kabut dia mendekati isterinya di rumah sebelah.

"Tolong angkat Mirah masuk dalam kereta, bang! Dah nak terberanak dia!" jerit Hyunjin. Mata Jisung terbeliak melihat kondisi Minho.

"Astaghfirullahalazim, Mirah! Push!" jerit Jisung. Seonghwa memukul bahu Jisung dengan kuat, geram dia dengan kebodohan Jisung yang tak tahu tempat.

"Kau suruh push buat apa, gila?! Kang terberanak dia kat sini!" marah Seonghwa. Jisung tersengih sebelum membantu Minho masuk ke dalam kereta.

Seungmin tiba di hospital ketika Minho sudah berada di wad bersalin. Isterinya di dalam keadaan hendak melahirkan.

"Doktor, boleh saya masuk? Saya suami dia." pinta Seungmin dan diizinkan oleh dokter yang ditugaskan untuk menangani Minho. Seungmin meluru masuk dan menggenggam tangan Minho, dia melihat isterinya yang sedang menahan sakit dengan tatapan khuatir.

"Puan Umairah, bila saya suruh push puan push ya." beritahu si doktor. Minho mengangguk laju. Dia menguatkan genggamannya di tangan Seungmin ketika rasa sakit itu semakin terasa.

"Push!"

"Arghhh!"

"Push!"

Peluh keluar tanpa henti. Bahkan sampai rambut di dahi Minho sudah lencun kerana terkena peluhnya sendiri.

"Doktor, sakit! Kak Munah kata teran anak macam meneran berak! Kak Munah tipu aku! Kurang ajar punya perempuan!" jerit Minho.

"Puan, simpan tenaga puan untuk meneran." tegur doktor, takut andainya Minho bertambah penat jika terus bercakap. Minho perlukan tenaga yang banyak untuk meneran.

"Push!"

"Arghhh!!!" Minho menjerit, Seungmin mengetap gigi. Jarinya terasa mahu patah dek digenggam terlalu kuat.

Selepas beberapa kali cubaan, suara tangisan bayi bergema di dalam wad bersalin itu.

Seungmin mengucap kata syukur sementara air mata Minho menitis. Anak sulung mereka telah selamat dilahirkan.

"Tahniah, puan. Anak lelaki!" ucap doktor.

"Alah, lelaki ke?" tanya Seungmin. Mata Minho menjeling tajam ke arah Seungmin, jelas terlihat yang dia tidak suka dengan reaksi yang diberikan oleh suaminya itu.

"Halim, tu anak kita tahu. Janganlah cakap macam tu." marah Minho namun kedengaran seperti berbisik.

"Maaf." Seungmin mengelus perlahan tangan Minho, terbit rasa bersalah kerana sempat kecewa dengan jantina anak pertama mereka. Minho mahu melihat wajah si anak namun niatnya terbantut selepas doktor itu menyuruhnya untuk meneran lagi.

"Puan Umairah, push!"

Minho dan Seungmin terkejut.

"Push?!" soal Seungmin. Doktor itu mengangguk dengan riak serius. Minho kembali menggenggam tangan Seungmin.

"Push!"

"Argh!" Minho berhenti setengah jalan. Berkali-kali dia cuba untuk meneran namun semuanya tidak sekuat tadi.

Dada Minho naik turun dengan pantas. Deru nafasnya kedengaran laju dan tidak teratur.

"Puan, push!" arah doktor. Minho menggelengkan kepala, dia sudah kelelahan. Proses melahirkan anak kedua tidak semudah anak pertama.

Doktor wanita itu mulai berasa khuatir. Bayi kedua Minho sudah terlalu lama berada di dalam, dia harus dikeluarkan segera sebelum ada perkara buruk terjadi padanya.

Seungmin mengelap peluh di dahi Minho.

"Kau boleh, Mirah. Kau boleh." bisik Seungmin. Minho memejamkan mata dan cuba meneran sekali lagi dengan lebih kuat.

"Arghhh!" Minho berteriak nyaring, matanya terpejam erat menahan sakit yang teramat. Tangisan bayi kedua akhirnya kedengaran dan saling bersahutan dengan bayi pertama.

"Alhamdulillah... Terima kasih, Mirah." Seungmin mengelus pipi Minho lalu mencium ubun-ubun kepalanya lama. Kini sudah lengkap keluarga kecilnya. Kehadiran dua cahaya mata mereka bakal menambahkan kebahagiaan dalam hidup mereka selepas ini.

"Mirah?" timbul sedikit perasaan aneh tatkala mata Minho masih terpejam dan dia tidak menunjukkan apa-apa gerakan selepas bayi kedua lahir.

"Doktor!" jururawat di situ panik memberitahu doktor tentang keadaan Minho yang semakin lemah.

"Mirah! Bangun, Mirah!" kejut Seungmin. Pipi Minho ditepuk-tepuk perlahan untuk membangunkannya.

Mata Minho terbuka kecil. Wajah khuatir Seungmin direnung tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tangannya terangkat mengelus pipi sang suami.

"Mirah! Kau dengar suara aku kan, Mirah?" tanya Seungmin. Minho tetap membisu.

"Mirah, jawablah. Mirah!"

"Nurse, cepat pasangkan alat bantuan penafasan pada pesakit!" arah doktor, suasana di dalam wad menjadi tegang. Topeng oksigen dipasangkan pada wajah pucat Minho.

"Mirah." suara Seungmin semakin lirih. Minho hanya mampu tersenyum lemah sebelum tangannya yang tadi mengelus pipi Seungmin jatuh ke atas katil.

Matanya perlahan-lahan terpejam rapat.

...

Lima tahun tak terasa sudah berlalu. Hari di mana Minho melahirkan sepasang kembar bagaikan baru berlaku semalam. Seungmin duduk di buaian besi sambil melihat anak-anaknya bermain bersama Chan di halaman rumah.

"Abang Ayyan! Tiya nak bola Tiya lah!"

"Aduh, Tiya janganlah gigit abang!" Chan yang sudah berusia 12 tahun itu berusaha melepaskan lengannya daripada gigitan Ryujin. Seungmin ketawa kecil, anak perempuannya itu banyak mewarisi perangai sang ibu. Kasar dan suka menggigit.

"Tiya, ni ambil bola abang." Jaehyuk memberikan bola biru kepunyaannya kepada Ryujin untuk menghentikan pergaduhan itu. Berlawanan dengan Ryujin, Jaehyuk memiliki perangai yang dingin dan tidak terlalu suka bercakap, terutamanya dengan orang luar. Entah perangai siapalah Jaehyuk ikut. Mungkin perangai Minho juga, fikir Seungmin.

Minho.

Dia tersenyum nipis tatkala nama itu terlintas di fikiran.

"Sekejap je kan anak-anak kau dah lima tahun, Lim." ujar Jeongin yang baru melabuhkan punggung di sebelah Seungmin.

"Haah, mak. Macam baru semalam je diorang lahir. Tak sangka tahun depan dah masuk tadika." balas Seungmin. Jeongin menatap Seungmin, bibirnya melakar segaris senyuman.

"Macam tu lah mak dengan abah rasa. Sekarang semua anak mak abah dah besar panjang. Semua dah berkeluarga." katanya. Seungmin memeluk Jeongin, kepalanya disandarkan di bahu sang ibu.

"Mak rasa Mirah bangga tak dengan Halim?" tanya Seungmin. Jeongin melihat anaknya yang sedang termenung jauh.

"Mestilah. Kau bukan je dah jadi abah yang terbaik untuk anak-anak dia, tapi kau pun dah jadi suami yang terbaik untuk dia." jawab Jeongin. Rasa sesak di dada Seungmin menghilang selepas mendengar jawapan itu.

"Ayyan! Bawa Amar dengan Tiya masuk! Mummy dah siap masak dah ni!" laung Hyunjin dari dalam.

"Amar, Tiya, jom makan!" ajak Chan. Dia mencangkung di hadapan Ryujin dan segera kanak-kanak itu melompat ke atasnya. Ryujin berteriak gembira apabila Chan berlari masuk ke dalam sambil mendukungnya, sedangkan Jaehyuk berjalan menuju ke pintu masuk tanpa bersuara.

"Bila Riz nak balik sini? Cuti sem dia dah mula, kan?" Jeongin bertanya soalan.

"Haah, kak Munah kata dia tengah on the way. Tak lama lagi sampailah tu."

"Mak! Halim! Jomlah makan sekali!" laung Hyunjin memanggil Jeongin dan Seungmin.

"Jom makan, kalau sejuk dah tak sedap lauknya." ajak Jeongin. Dia dan Seungmin masuk, semua ahli keluarga Han sudah berkumpul di meja makan. Ryujin makan disuapi sedangkan Jaehyuk makan sendiri walaupun habis comot satu mukanya.

"Cinta, cinta pergi mana tadi?" soal Yongbok dengan wajah sedih.

"Aku bual kejap dengan Halim kat luar jelah. Kau ni Mod, cucu dah empat perangai masih tak berubah. Tak penat ke panggil aku macam tu?" balas Jeongin. Jisung memutarkan bola mata.

"Mak dah tua-tua pun sifat tsundere tu susah betul nak dihilangkan. Bukan kitaorang tak tahu mak sendiri yang suruh abah jangan pernah berhenti panggil mak macam tu. Li penatlah tengok mak asyik jual mahal dengan abah." sindir Jisung.

"Diam kau, mangkuk!' Jeongin mengeluarkan pengaru belakang badan dan membalingnya ke kepala Jisung.

Buk!

"Aduh!"

"Hahaha! Pak long kena pukul dengan nenek!" ejek Ryujin. Jisung cemberut, agak malu kerana diketawakan oleh anak saudara sendiri. Sedangkan Yongbok tersenyum, dia memerhatikan Jeongin yang sedang menyembunyikan pipinya yang merona. Cinta hatinya yang satu itu makin terlihat comel ketika sedang malu-malu.

Sebuah motosikal memasuki perkarangan rumah. Orang yang ditunggu-tunggu kepulangannya sudah tiba.

"Assalamualaikum." seorang lelaki berjaket dan berhelmet hitam mengucapkan salam di hadapan muka pintu.

"Waalaikumussalam. Ya Allah, balik pun anak mummy sorang ni. Rindu betul mummy dengan Riz!" Hyunjin mendekati Changbin. Lantas Changbin menyalami tangan ibunya dan memeluknya singkat.

"Hehe, Riz pun rindu mummy juga."

"Jom makan. Kebetulan keluarga pak su pun ada sekali. Lepas ni boleh kita borak-borak." ajak Hyunjin. Changbin tersenyum lebar melihat dua adik saudaranya yang sedang lahap menikmati hidangan tengahari.

"Hai, Amar! Hai, Tiya! Rindu abang Riz tak?" tanya Changbin. Jaehyuk mengangguk tetapi Ryujin menggeleng.

"Tak pun, Tiya tak rindu abang Riz. Bluek!" balas Ryujin sambil menjelirkan lidah. Changbin memeluk tubuh, bibirnya dicebik sedih.

"Ihhh, Tiya jahat! Tiya tak sayang abang Riz!"

"Abang Riz dah lupa Ayyan ke?! Patutnya abang Riz tanya khabar Ayyan dulu sebelum tanya Amar dengan Tiya! Abang Riz ni bukan abang yang baik!" marah Chan. Changbin berdecit.

"Buat apa aku nak tanya khabar kau? Dahlah kerjanya tahu nak membuaya je. Menyampah aku." ujar Changbin.

"Hei, Ayyan dah sambung legasi buaya keluarga kita tahu. Daripada atuk, turun ke ayah, dan sekarang turun Ayyan pula. Riz sepatutnya bangga dengan pencapaian Ayyan." seperti biasa, Jisung akan membela anak bongsunya bila Changbin menyentuh topik ini.

Changbin memutarkan mata ketika Chan memberikannya senyuman sinis. Nak ketuk tapi ada Hyunjin pula di situ.

"Penuh lauk pauk ni dengan air liur korang. Makan tu makan jelah, bual tu nanti-nanti." sindir Jeongin. Mereka yang disindir itu tersengih dan meneruskan makan tanpa bersuara lagi.

Selepas makan, semua melakukan aktiviti masing-masing. Chan memaksa Changbin, Jaehyuk dan Ryujin bermain patung Barbie di dalam biliknya. Yongbok dan Jeongin meluangkan masa berdua-duaan di buaian besi. Jisung pula membantu Hyunjin membasuh pinggan di dapur walaupun nampak lebih kepada dia mahu mengusik isterinya dengan pelbagai pick up line terbaharu yang ia dapat daripada Sangyeon dan Hongjoong.

Seungmin duduk sendirian ruang tamu menonton drama yang ditayangkan di kaca televisyen. Tika dia sibuk melayan drama itu, kusyen sofa di sebelahnya menjadi sedikit mendap kerana diduduki seseorang. Bahu lebar Seungmin dijadikan tempat bersandar.

"Penat?" tanya Seungmin.

Minho mengangguk dengan mata yang terpejam.

"Tiya buat hal lagi. Dia tak nak tukar baju, aku grip dia kuat-kuat baru boleh tukarkan baju." luah Minho. Baju Ryujin terkena kuah semasa Minho menyuapnya tadi. Dia memerlukan kesabaran dan ketangkasan tinggi untuk menukar baju anak perempuannya yang lincah itu.

"Sebab tu dulu aku suruh kau jangan aktif sangat, kan dah ada sorang yang ikut perangai hyper active kauー aduh!" Seungmin mengaduh kerana perutnya dicubit Minho.

"Kau dengan Tiya sama jelah! Dua-dua suka buat aku geram." ujar Minho. Keheningan melanda selama beberapa detik.

"Mirah."

Seungmin memanggil dan Minho membalas dengan dehaman kecil.

"Terima kasih." ucap Seungmin membuat mata Minho tercelik, mukanya tampak kehairanan dengan ucapan terima kasih secara mengejut itu.

"Sebab tukarkan baju Tiya?" soal Minho. Seungmin menggelengkan kepala.

"Bukan. Sebab kau sanggup bertarung nyawa lahirkan anak-anak kita." jelas Seungmin membuat Minho tergelak, rupanya Seungmin masih belum boleh melupakan kejadian itu.

Lima tahun lepas, Minho pengsan selepas melahirkan Ryujin. Menurut Hyunjin, dua hari dia terlantar di katil hospital kerana terlalu kelelahan dan juga kehilangan banyak darah.

Ketika Minho membuka mata, wajah Seungmin adalah perkara yang pertama ia lihat. Tubuh Minho langsung dipeluk erat dan untuk pertama kalinya, Minho melihat Seungmin menangis kerana takut Minho akan pergi meninggalkan dirinya.

"Kau memang tak boleh lupa fasal tu, kan? Dah lima tahun kot benda tu jadi." tanya Minho.

"Memang pun, itu hari yang paling menakutkan buat aku. Mustahil aku boleh lupakan hari yang aku hampir-hampir nak kehilangan orang yang aku cinta." jawab Seungmin. Minho terdiam, dia tidak menyangka Seungmin akan memberi jawapan jujur seperti itu.

"Mirah."

Dagu runcing Minho ditarik lembut, sepasang mata bulat itu ditatap tanpa jemu.

"Aku takkan mampu besarkan Amar dengan Tiya tanpa kau. Tanggungjawab sebagai seorang ayah terlalu besar dan aku perlukan seseorang di samping aku untuk berikan aku kekuatan. Dan orang tu adalah kau, Mirah. Kau sumber kekuatan aku." ujar Seungmin, rasa malu diketepikan untuk meluahkan isi hatinya kepada Minho.

"Amar dengan Tiya pun takkan sebahagia sekarang kalau kau tak ada kat sini. Diaorang perlukan sosok mama yang selalu ada untuk diorang. Mama yang akan buat diorang ketawa riang dan mama yang akan memujuk bila diorang menangis." sambungnya lagi. Minho tersenyum, dia menuntun tangan Seungmin agar memeluknya.

"Aku tak sangka pula mulut kau boleh jadi manis macam ni, Halim." ujar Minho. Seungmin tergelak perlahan.

"Darah bapak aku masih mengalir dalam badan aku kalau kau lupa." balas Seungmin.

"Memandangkan kau dah berterima kasih dekat aku, jadi... aku pun nak terima kasih kat kau juga." ujar Minho. Dia menyamankan dirinya di dalam pelukan Seungmin sebelum ia mendongak untuk melihat wajah suaminya.

"Terima kasih sebab dah bahagiakan hidup aku. Dari awal kita kahwin sampai ke hari ni aku bahagia dengan kau. There's no one that can make me happy unless it's you." luah Minho. Mereka berdua saling membalas senyuman.

"I love you, Umairah Minho." ucap Seungmin. Minho mencium pucuk hidung Seungmin.

"I love you too, Halim Seungmin."

Cklak!

Bunyi tangkapan kamera dan flash menganggu moment manis mereka.

"ABANG RIZ! KAN AYYAN DAH CAKAP SILENT KAN PHONE DENGAN TUTUP FLASH TU DULU! ABANG RIZ NI MEMANG TAK RETI BAHASA BETUL LAH!" teriak Chan. Dia cepat-cepat melarikan diri, meninggalkan Changbin yang masih menghalakan telefonnya ke arah Seungmin dan Minho.

"RIZKI AFNAN CHANGBIN! SINI KAU!" Minho berdiri, dia mengejar Changbin dengan muka yang merah menahan malu.

"HUWAA MAK SU! NI SEMUA IDEA AYYAN! DIA YANG SURUH RIZ AMBIL GAMBAR!" jerit Changbin. Chan menjeling abangnya di belakang.

"ABANG RIZ, JANGANLAH BAGITAHU MAK SU!"

"RAYYAN ZHARIFF CHAN! KAU KALAU AKU DAPAT MEMANG LUNYAI KAU JADINYA! KAU PUN SAMA, RIZ! ADIK BERADIK DUA-DUA PERANGAI MACAM HAREY!" jerit Minho. Changbin dan Chan berlari keluar sambil berteriak meminta tolong kepada nenek dan datuknya.

"Abah, kenapa mama kejar abang Riz dengan abang Ayyan?" tanya Jaehyuk yang baru turun ke bawah bersama Ryujin.

"Diorang cari masalah dengan mama. Esok lusa memang masuk kubur lah diorang." jawab Seungmin. Dia mengajak anak-anaknya menonton televisyen sementara Jisung dan Hyunjin hanya menggelengkan kepala melihat perangai anak-anak mereka yang sedang menyorok di belakang Yongbok demi menghindari serangan maut Minho.

"Haih... tak pernah nak senyap keluarga ni kan, sayang?" tanya Jisung. Hyunjin mengangguk setuju.

"Haah, bang. Dari dulu sampai sekarang memang riuh sekampung rumah kita ni."

...

umairahmeowho

629 likes
umairahmeowho

❤️

View all comments...

jujuyeoncats kak, tolonglah. letaklah gambar laki tu yang elok-elok sikit. ಠ_ʖಠ
umairahmeowho kira untung aku tak letak gambar dia masa tengah korek hidung

QueenMunah apa salah Halim kat kau, Mirah?
ー umairahmeowho dia banyak salah dengan aku
ー spearb_riz bukan ke petang tadi mak su dengan pak su baru je sweet sweet atas sofa siap berlebiu bagai lagi? :3
umairahmeowho kau padam komen kau sekarang kalau kau tak nak aku letak downy kat dalam air kau ☺️
ー spearb_riz IHHH MAKSUUUU!

mrcrocorayyan mama, Zul kata dia suka Tiya ʕ ꈍᴥꈍʔ
umairahmeowho TAK AKAN AKU IZINKAN DIA KAPEL DENGAN ANAK AKU! DAHLAH PERANGAI BAPAK DIA CAMTU! TAK INGIN AKU NAK BERBESAN DENGAN DIA!
ー ayyaz_nekenab kesian Zul, kecik kecik lagi dia dah tak diterima orang :(
ー imyourmoon_hyungseo jahatlah acik Mirah ni reject dia camtu sekali padahal bukan keinginan dia pun dapat bapak macam abang Kamal tu :(
umairahmeowho tu Halim yang reply bukan aku ಠ,_」ಠ

syahmieee_lee Pov SoonieDoongieDoriWardah: kami telah disisihkan oleh seseorang yang dulunya pernah menyayangi kami, kini kami telah dibuang dan dianggap seperti tidak lagi wujud
ー umairahmeowho nasib baik mak kau baik dengan aku tahu, kalau tak memang aku biar Wardah masuk dalam baju kau sebab fitnah aku bukan-bukan ʘ‿ʘ
ー syahmieee_lee hehe gurau je acik

spearb_riz

1,430 likes
spearb_riz

a hopeless romantic all my life, surrounded by couples all the time. i guess i should take it as a sign... 😔😔

#takhormatorangsingle
#cancelmaksudanpaksu
#rizkiafnanchangbininsantersakiti
#cupidissodumb
#stanfiftyfifty
#biasakuaran❤️
#janganrembatbiasaku

View all comments...

MirzaHaknyeon I'M FEELING LONELY 😞👉👈
ー wansyakierasan OH I WISH I'D FIND A LOVER THAT CAN HOLD ME 🥺🌹
ー khaisara_yunhooo NOW I'M CRYING IN MY ROOM SO SKEPTICAL OF LOVE~ 😢
MirzaHaknyeon ORANG DAH COUPLE TAK BOLEH IKUT TREND NI! @wansyakierasan @khaisara_yunhooo
ー khaisara_yunhooo tsk
ー wansyakierasan 🙄
ー imyourmoon_hyungseo BUT STILL I WANT IT MORE MORE MORE~~~ 🥺😞💔

jaehyunloveayam kasihan dia single
ー spearb_riz dia dah ada tunang bolehlah citer🙄
jaehyunloveayam bukan aku je, farish pun dah ada tunang. kau tu bila lagi?
ーspearb_riz IYA TAHU DIA PUN DAH TUNANG TAPI JANGANLAH TANYA AKU SOALAN TU! HALAMAK DIA NI!

bbangyounghoon anda single? kesian...
muhaiminoownus abang Shah, kau pun single kan?
naufallingforyou @muhaiminnoownus dia memang jenis yang tak sedar diri. dia pun tak laku pastu nak ejek orang single. no kelaz lah perangai macam kau ni bang. no kelazzz... 💁
bbangyounghoon stfu naufal
TandaHamzah tersentap dia baca ayat kau, fal 👍👍
ー syahmieee_lee bagus, fal. kasik dia sentap lagi, fal.
mrcrocorayyan EMOTIONAL DAMAGE 🤣🤣🤣
ー bbangyounghoon DIAM, SETAN! DIAM!

umairahmeowho malam-malam buta macam ni kau mengshrekkan muka aku ya, Riz? 🤗
umairahmeowho dengan kat muka Halim kau pi letak sticker muka aku macam tu 🤗
ー umairahmeowho memang sengaja kan nak masuk icu? 🤗
ー spearb_riz ngehehehhe malam ni Riz tak ada kat rumah, mak su tak tahu Riz kat mana so mak su tak boleh tangkap Riz ngehehehhe 😜
umairahmeowho aku tahu kau kat rumah Ikmal
ー wooyoungcroco maaf, Riz... Acik Mirah paksa aku bagitahu...
ー fakhrulwan_ @spearb_riz ʀᴜɴ
jujuyeoncats @spearb_riz moga hidup lagi esok, kalau tak aku boleh tolong tanamkan kau
ー spearb_riz ;-;

spearb_riz turn off commenting.


Memandangkan ramai yang nak Mirah beranak, jadi aku buatlah special chap ni untuk korang. Btw siapa kat sini yang sangka Minho dah meninggal lepas bersalin? Hshs aku ga sejahat itu buat Halim jaga dua anak sorang-sorang.

Kalau ada yang nak baca special chap untuk sad ending, korang boleh tengok kat channel YouTube aku. Pergi kat acc aku pastu tekan link YouTube yang aku letak kat situ.

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 1.3K 14
[COMPLETE] Hanya satu peristiwa , hubungan persahabatan mereka dihentikan begitu sahaja . ❝ Maafkan aku . Aku tahu aku salah . ❞ Bukan mudah dia unt...
56.6K 296 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
8.8K 1.2K 91
[ CoMpLeTe ] start : 14 April 2020 end : 15 May 2020 ♡ cover by myself ! ♡
19.1K 3.3K 41
❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2...