OG | Cerita Ini Cerita Kita

By aafirn

1.4K 30 9

"Aku terima nikahnya Nur Fatima binti Ilyas dengan mas kahwinnya sebanyak RM 300 tunai." Lafaz yang dizahirka... More

1
2
3
4
5
6
8
hello
9
10
11
12
13
14

7

67 1 0
By aafirn

"AYAH dah lama sebenarnya buat rumah dekat sini." Fatima membuka cerita sebaik dia melabuhkan duduk di atas pondok yang terdapat di situ. Telefon yang tadinya digenggam diletakkan di atas pondok.

"Sebelum ayah bersara lagi?" soal Firhan seraya mengambil tempat di sebelah Fatima. Dia yang mengajak Fatima bersiar-siar di sekitar kampung ini. Saja mahu melihat kawasan kampung. Tadi sewaktu memandu, dia tidak dapat menikmati pemandangan kerana perlu fokus pada pemanduan.

Fatima mengangguk. "Kalau tak silap, tanah ni ayah beli dari mak kawan dia. Dalam empat lima tahun lepas macam tu, ayah upah orang untuk buat rumah."

"Kenapa ayah tak nak stay dekat rumah lama?" Firhan bertanya. Sebenarnya sudah lama dia tertanya-tanya akan hal itu, tapi tak pernah terluah soalannya. Hari ini apabila Fatima mula bercerita, barulah dia teringat.

"I pernah jugak tanya ayah soalan tu. Ayah kata dia tak larat dah nak hadap suasana bandar. Lepas bersara, dia nak hidup tenang-tenang je. Itu ayah buat keputusan untuk jual aje rumah dekat bandar and terus tinggal dekat sini."

"Iya jugak kan? Duduk kampung ni, jauh lebih best. Relaks aje. Takde bunyi bising. Udara pun bersih." Tidak dapat tidak, Firhan bersetuju dengan pendapat bapa mertuanya. Tidak sampai sehari dia berada di sini, hatinya sudah terpaut. Patutlah ramai yang berpendapat kehidupan di kampung adalah jauh lebih menenangkan.

"Kan? Mujurlah ayah tak termakan pujuk rayu I dulu."

Kening dijungkit. Firhan tidak mengerti maksud Fatima.

"Kalau you nak tahu, I tak bersetuju ayah nak buat rumah dekat sini. Sampai nangis-nangis, I pujuk ayah. Sebab I tahu, kalau ayah buat rumah dekat sini, tentu-tentulah ayah akan pindah. Kalau ayah pindah, maknanya I akan sorang-sorang lah dekat KL."

"Oh, faham." Firhan tersenyum. "Pastu kiranya you gagal la ni pujuk ayah?"

"Yup. Ayah bertegas jugak nak buat rumah dekat sini. Waktu tu, ayah cakap, ayah lambat lagi nak bersara. Sempatlah I graduate dulu."

"Betullah kan apa yang ayah cakap tu."

"Iya. Sebab tu pujuk rayu I tak berkesan pun."

Firhan tergelak sambil membetulkan duduknya. Kedua-dua belah tangan dialihkan ke belakang untuk dijadikan tongkat kepada badannya.

"You patut bersyukur tau tak sebab you ada kampung. I ni, dari kecil sampai dah tua ni, mana ada kampung. Mak dengan papa, dua-dua orang bandar. Muncullah I dengan Alia, dua ketul yang betul-betul made in city."

Fatima tidak mampu menahan tawanya daripada terhambur apabila mendengar kata-kata Firhan.

"Made in city eh?"

Firhan mengangguk. "Kalau nak feeling kampung sikit, pergilah rumah mak long dekat Tanjung Malim. Itu pun rumah mak long tak ada lah betul-betul dekat kampung gini." Mak lahir dan membesar di Kuala Lumpur, papa pula dari Singapura. Berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya berpuluh-puluh tahun dahulu. Selepas belajar, papa terus bekerja di Kuala Lumpur sehinggalah bertemu mak and the story goes on.

"Samalah, Fir. I pun lebih banyak spend masa dekat bandar berbanding kampung. Kampung abah dekat Jerantut sana tu, I jarang pergi. Sebab aki dengan wan dah meninggal waktu I sekolah rendah. Bila dah besar ni, barulah merasa ada kampung balik."

"I pun bolehlah merasa ada kampung sebab kahwin dengan you. Lucky me. Nanti bolehlah feeling balik raya, kan?" Firhan alihkan pandangannya. Tepat bertembung dengan pandangan Fatima.

Fatima terpaku. Degup jantung mula terasa berbeza. Perutnya terasa sedang 'digaru' oleh rerama yang sedang berkepak riang.

"Fatima?" Dahinya berkerut. Pelik apabila mata Fatima melekat lama pada wajahnya. Langsung dia tegakkan tubuh sebelum menoleh ke belakang. Mahu melihat kalau ada orang lain di belakangnya yang menarik tumpuan Fatima. Tapi apabila dia berpusing, tidak kelihatan sesiapa. Wajah Fatima kembali dipandang.

"Fatima." Sekali lagi Firhan menyeru nama Fatima sambil menyentuh lembut hidung wanita itu.

Fatima tersentak. Spontan dia turun dari pondok. Berdiri tegak seraya meraup wajahnya. Rama-rama yang menghuni perutnya tadi 'dihalau' pergi.

Firhan terpinga-pinga. "You okey tak Fatima?"

"O-okey. I'm okay." Satu senyuman diukir. Fatima cuba menampilkan riak normal di wajahnya. "Y-you nak jalan-jalan tak? Lalu ikut batas-batas ni?" Sengaja dia mengajak Firhan untuk berjalan-jalan. Dia tidak betah untuk terus duduk di pondok ini selepas dia terkantoi merenung Firhan tadi. Entah apa yang difikir Firhan tentang perangainya tadi.

"You okey tak ni, Fatima?" Firhan menyoal selepas mereka berjalan agak jauh dari pondok. Berdiri di tengah-tengah batas. Di kirinya, terdapat orang-orang yang berbaju kurung. Siap bertudung bawal. Bawal Naelofar lagi!

"Huh?" Fatima terkejut. Langsung hilang segala macam perkara yang menghuni fikirannya.

"You tak okey." Firhan buat kesimpulan sendiri. "Kenapa ni?" Firhan menyoal prihatin. Tidak senang dibuatnya melihatkan Fatima yang serba tidak kena. Sejak turun dari pondok tadi sehingga kini, diam sahaja wanita itu. Selalunya Fatima rajin bercerita.

"Okey, okey. I okey. I tiba-tiba teringat kerja tadi. Itu yang I distracted sikit. Sorry, Fir." Alasan direka. Kalaulah Firhan tahu tentang hakikat bukan kerja yang membuatkan dia distracted, tetapi lelaki itu yang menjadi penyebab, entah apa reaksi Firhan.

"Oh... Kita balik sekarang la. You nak siapkan kerja, kan?"

"Eh, tak. Takpe. Kerja tu tak penting mana. Lagi pun lambat lagi nak kena submit. Balik nanti I boleh siapkan." Satu senyuman diukir. Cuba menyakinkan Firhan.

"Alright then." Firhan tidak banyak soal. Pandangannya dilontarkan ke arah langit yang mula berubah warna. Rona jingga mula kelihatan di kanvas yang tadinya berwarna biru. Pemandangan itu membuatkan dia takjub. SubhanAllah, cantik!

"Fir."

"Hmm." Firhan menoleh. Memandang Fatima yang berdiri di sebelahnya. Tatkala pandangannya jatuh pada wajah itu, dia ukirkan senyuman.

"I..."

Tidak sempat Fatima mahu melanjutkan kata-katanya, deringan telefon Firhan kedengaran. Firhan terus keluarkan telefon dari dalam poket depan seluarnya. Melihat nama pemanggil, dia meminta izin daripada Fatima untuk menjawab panggilan itu. Panggilan daripada Taufiq, tidak boleh sesuka hati ditolak. Lelaki itu orang penting dalam syarikat tempat dia bekerja. Selalunya jika Taufiq menelefon, tentu ada perkara yang amat penting kerana mengenali Taufiq, Firhan tahu betapa sukarnya untuk lelaki itu menghubungi seseorang. Taufiq itu, sikapnya intovert amat.

Fatima tidak menghalang. Langkah Firhan yang menjauh diperhatikan seketika sebelum dia menoleh untuk memandang sawah padi. Matanya dipejam rapat sambil tangan dibawa ke dada.

"Fatima."

Panggilan Firhan membuatkan Fatima menoleh.

"Sorry. Taufiq yang call, so I kena angkat. Dia orang penting."

"Oh, takpe."

"You nak cakap apa tadi?"

"I nak ajak you keluar jalan-jalan malam ni. Kita makan dekat luar nak tak malam ni? Ajak ayah sekali."

"Boleh je."

Bukan itu yang Fatima mahu memberitahu Firhan sebenarnya. Dia mahu memberitahu Firhan tentang perasaannya. Dia mahu meluahkan rasa cintanya. Tapi, ada sesuatu yang menahannya. Bagaimana kalau luahannya sekadar dipandang sepi oleh Firhan? Bagaimana kalau luahannnya bakal menyebabkan hubungan baik yang terjalin antara mereka bertukar menjadi janggal?

Fatima tidak mahu perkara itu terjadi. Dia lebih daripada bersyukur dengan hubungannya dengan Firhan sekarang ini. Walaupun mereka bukan seperti pasangan suami isteri lain, tapi mengenangkan hakikat sebenar yang mereka berkahwin bukan berlandaskan cinta, jadi untuk keadaan sekarang ini, dia sudah bersyukur.

Firhan melayannya seperti seorang sahabat pun, dia sudah bersyukur.

Lamunannya terhenti apabila terasa tangan kirinya digenggam Firhan. Spontan pandangannya jatuh pada tautan tangan mereka sebelum naik ke wajah Firhan. Lelaki itu hanya beriak selamba.

See Fatima. Fir is fine. Setakat simple skinship macam ni, apalah sangat. So, you should be fine too. Kena ajar diri supaya lebih bertenang, okey?



- sedikit nota kaki -

Dah lama sangat dah bab tujuh ni terperap dalam draft. Malam ni, kita kasi dia keluar tengok dunia hihi.

By the way, I ada publish satu lagi cerita yang bertajuk Hikayat 2014. It would mean the world to me if you guys check it out.

Thank you! May Allah bless.

Continue Reading

You'll Also Like

460K 16.6K 192
Won Yoo-ha, a trainee unfairly deprived of the opportunity to appear on a survival program scheduled to hit the jackpot, became a failure of an idol...
251K 18.2K 22
Avantika Aadish Rajawat Aadi, with his fiery nature, adds intensity and excitement to their relationship, igniting a spark in Avni. Avni, like the ca...
1.7M 54.5K 73
Alexander, James and Skye were triplets. They were stolen from their family at the age of 4. The family searched for them day and night never giving...
414K 25.8K 39
Let's see how different personalities mends with each other to form a beautifull bond together. Where the Eldest is calm and cold, Second is aggress...