KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 38.6K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

08 | AM

16.8K 677 75
By imzafira_

Liyana mengambil satu cawan dari dalam kabinet atas lalu dia tuangkan air oren yang dia buat. Dia membawa air oren itu keluar dari dapur menuju khemah lelaki.

Nabila menarik tangan Alyssa untuk mengintai Liyana. Mereka mengintai dari pintu dapur. Alyssa tak nak tapi Nabila paksa suruh temankan dia.

Liyana berjalan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berehat sambil bersembang di satu meja makan.

"Nah, air untuk awak." Liyana menghulurkan air oren itu kepada Haniff.

Haniff menoleh memandang Liyana. Rakan-rakan Haniff yang lain turut memandang Liyana.

Haniff mengambil gelas itu sambil tersenyum nipis. Orang dah pelawa takkan nak tolak.

"Minumlah. Saya buat special untuk awak" kata Liyana dengan gedik. Haniff memandang ke arah lain. Berdosa matanya melihat anak gadis orang lama-lama.

"Yang dia menggeliat macam sotong lemas tu dah kenapa?" Bisik Nabila kepada Alyssa. Alyssa mengangkat bahu sekali tanda tidak tahu. Fokus mereka berdua memandang Liyana dan Haniff.

Haniff menghirup air oren itu lalu tersentak. Berkerut dahinya. Terasa perit untuknya menelan air oren itu tetapi dipaksa.

"Kenapa awak?" soal Liyana. Haniff mengeleng laju dengan senyuman kelat.

Nabila yang sedang mengintai dari pintu dapur ketawa besar sampai semua orang menoleh memandangnya. Alyssa terkejut dengan pandangan mereka lalu menutup mulut Nabila. Nabila menepis tangan Alyssa.

"Woi! Air oren pun kau tak reti buat ke?! Buat malu nama sendiri je lah!" jerit Nabila dengan kuat lalu berdiri tegak.

"Woi aku ada satu lagu untuk kau! Diputusin pacarmu! Ditinggalin pacarmu! Jangan curhat dengan ku, no komen aku! 1! 2! 3! 4! No komen itu sih derita loh!" Boleh pula Nabila shuffle depan pintu dapur. Semua orang ketawa melihat Nabila. Alyssa menyorok dirinya di belakang pintu. Malu pula dapat kawan macam ni.

Liyana memandang kiri dan kanannya semua orang tertawakan dia.

"No komen! Itu sih derita loh! Aduh, aduh kasian deh lo!" Alyssa yang sudah tidak tahan malu terus menarik tangan Nabila masuk ke dalam semula.

Liyana memandang wajah Haniff yang tidak henti memandang Nabila dengan segaris senyuman. Liyana merampas semula gelas itu dari tangan Haniff lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Berkerut dahi Haniff. Habis batal wuduk dia sebab berlaga tangan dengan Liyana.

"Macam mana bro? Apa perasaan anda selepas merasa air oren tersebut?" soal Fathi seperti seorang wartawan dengan tangan dihulurkan ke mulut Haniff.

"Saya rasa menyesal" kata Haniff lalu mereka ketawa besar lagi. Haniff memandang ke arah dapur itu semula.

Alyssa berusaha menutup mulut Nabila yang masih tidak henti ketawa itu. Liyana tiba-tiba masuk ke dapur lalu membuang air oren itu ke dalam singki.

"Lain kali kau buat air letak julab terus. Biar dia tidur dalam tandas terngiang-ngiang muka kau" kata Nabila lalu kembali ketawa besar. Tangan memeluk perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa.

Alysaa takut melihat wajah serius Liyana.

"Kau tunggu kau Alyssa. Aku bagitahu mama" kata Liyana lalu naik ke atas kerana tidak tahan malu.

Alyssa menolak bahu Nabila untuk menyedarkannya. Berkerut dahi Nabila memandang Alyssa.

"Betul lah apa yang aku cakap. Kau tak yah risaulah mak ngah kau takkan percaya cakap dia" yakin Nabila.

Mak Ngah memang kenal dengan perangai anak perempuannya yang suka membuli Alyssa. Mak Ngah sendiri pernah nampak Liyana tolak Alyssa sampai luka dikaki masa kecil dulu.

"Alyssa, boleh tak kau pinjam aku baju kau? Panas dho pakai baju kurung ni" kata Nabila sambil mengibas-ngibas bajunya.

"Cantiklah awak pakai macam ni. Ayu sangat. Ada bunga-bunga warna pink lagi." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Kau tak payah nak nganjing aku sangat. Aku tahu lah aku kasar tak macam perempuan lain lemah lembut" keluh Nabila. Alyssa melambai-lambai tangan tanda tidak bersetuju.

"Awak cantik walau apapun yang awak pakai. Cuma kalau awak pakai tudung mesti lagi cantik." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Alah, tudung tu nanti-nanti lah aku fikirkan. Aku pakai macam ni pun sebab majlis kau kalau tidak tak ada maknanya aku nak naik y15 dengan baju ketat macam ni" bebel Nabila. Alyssa tersenyum segaris.

"Terima kasih Nabila. Saya doakan awak cepat-cepat pakai tudung. Awak kan baik, suka tolong orang, suka bagi kucing makan." Puji Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Habistu kenapa kau save nombor aku Nabila Gangster?" soal Nabila. Alyssa menggaru kepalanya.

"Jom, kita hias bilik pengantin." Alysaa menarik tangan Nabila ingin naik ke atas tetapi Nabila menarik semula tangannya.

"Kau tu pengantin takkan nak hias bilik sendiri. Biar aku yang hias dengan mak aku. Kau pergi tolong makcik-makcik bawang dekat luar tu. Tempat tu sesuai untuk kau" kata Nabila kedengaran menyindir. Alyssa mengerutkan kening.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Majlis diadakan selepas solat zohor di rumah Mansur.

Alyssa sedang bersiap di dalam biliknya. Dia memandang dirinya dari pantulan cermin meja solek.

'Cantik tak, abang Aryan?'

Mereka berdua sedang fitting baju di butik pengantin. Baju nikah dicuba dahulu.

"Bolehlah.. sesuai lah untuk kau. Kalau kau make up sikit mungkin lah cantik" kata Aryan selamba lalu masuk semula ke dalam bilik penyalinan baju.

"Ish, abang Aryan ni! Sporting lah sikit. Dah lawa-lawa macam ni boleh pula dia kata macam tu.." kesal Alyssa di dalam hati lalu masuk ke dalam bilik penyalinan baju.

"Damn she's so gorgeous. I can't even take my eyes off her." Gumam Aryan sendiri. Dadanya disapu-sapu. Degupan jantungnya semakin laju.

Mereka menukar baju persandingan pula. Alyssa berpusing dihadapan Aryan sambil tersenyum lebar. Alyssa mengambil telefon pintarnya di atas meja itu.

'Baju ni ok tak?'

Alyssa menghadapkan telefon pintarnya kepada Aryan. Alyssa menunggu jawapan daripada Aryan yang masih tercengang.

Alyssa melambai-lambai tangan di depan wajah Aryan. Aryan tersedar dari lamunannya lalu berlari masuk semula ke dalam bilik penyalinan.

"Kenapa dengan abang Aryan ni? Buruk sangat ke aku? Puji je lah walaupun buruk itu pun tak tahu ke?" Bisik Alyssa di dalam hatinya. Alyssa berasa agak kecewa dengan reaksi Aryan. Dia sangkakan dirinya buruk berpakaian begitu sebab itu Aryan tak nak puji dia.

"Nampaknya pengantin lelaki pemalu. Saya rasa cik terlalu cantik sebab tu dia tercengang tadi" kata staf di situ. Alyssa tersipu malu. Betul ke Aryan rasa dia cantik?

"Cantiknya kau, Alyssa" kata Nabila yang baru masuk ke dalam biliknya.

"Aku confirm abang askar kau tumbang malam ni" usik Nabila. Peha Nabila dipukul Alyssa sekali. Malu dia dibuatnya.

Pintu biliknya diketuk dari luar. Pintu dibuka sebelum Mak Long memasuki bilik itu.

"Alyssa, mak long nak tanya ni. Pengantin lelaki ada call kamu tak kata diorang akan lambat ke?" Alyssa mengeleng laju. Mak long merapatkan pintu sebelum bergerak ke sebelah Alyssa.

"Pengantin lelaki tak sampai lagi. Tok kadi dah lama tunggu. Cuba kamu call dia mana tahu dia ada masalah ke?" Alyssa mengangguk laju lalu mendail nombor Aryan.

Sudah hampir sejam, Aryan masih tidak sampai sepatutnya Aryan sampai lebih awal.

Setelah mendail beberapa kali tetapi tidak dijawab Aryan. Alyssa sudah mula gementar. Jantung Alyssa berdegup kencang.

"Alyssa, kau rilek. Biar aku pergi cari diorang" kata Nabila lalu keluar dari bilik itu. Nabila menaiki y15 nya pergi mencari Aryan.

Mak Long memeluk bahu Alyssa cuba menenangkannya.

"Apa kata kita keluar dulu? Mak long temankan kamu duduk atas pelamin" pujuk Mak Long. Alyssa ikut Mak Long keluar dan duduk di atas pelamin.

Tetamu sudah lama menunggu di luar. Kalau dia terus duduk di dalam bilik apa pula kata mereka nanti.

"Mana pengantin lelaki? Dah lambat sangat ni, saya ada meeting lain lagi" kata tok kadi. Alyssa mengenggam erat tangan Mak Long. Mak Long menyapu-nyapu bahu Alyssa cuba menenangkannya.

"Kejap lagi pengantin lelaki sampai. Tunggu kejap, tok kadi. Kereta diorang pancit agaknya" pujuk Mansur.

Tetamu lain sudah mula mengata Alyssa. Alyssa menundukkan kepala menahan malu. Kalau Aryan tak nak kahwin dengan dia tak perlulah nak malukan dia sampai macam ni.

Dato Mustafar turut menelfon Aryan. Bimbang jika anaknya buat kerja gila.

Setelah beberapa minit menunggu tok kadi mengeluh.

"Saya rasa-" ayat tok kadi terpotong.

"PENGANTIN LELAKI DAH SAMPAI!"

Semua orang terkejut dengan jeritan Nabila yang kuat dari bawah. Aryan berjalan masuk ke dalam rumah lalu duduk bersila dihadapan tok kadi. Makcik-makcik bawang yang mengata Alyssa tadi terdiam memandang Aryan.

"Minta maaf semua kerana menunggu lama. Kereta saya pancit dekat depan jalan besar tadi" kata Aryan. Semua tetamu mengangguk faham.

Aryan sempat memandang ke arah Alyssa yang sedang tersenyum kepadanya. Mereka berdua bertatapan seketika sebelum Alyssa melarikan pandangan ke arah lain. Tersipu malu Alyssa dibuatnya. Alyssa membuang nafas lega kerana Aryan tidak memalukan keluarganya.

Aryan tersenyum nipis melihat kecantikan Alyssa hari ini. Tidak pernah dia melihat Alyssa makeup. Bertambah cantik Alyssa bila makeup. Berseri-seri wajah Alyssa.

Satu kotak tisu dihulurkan kepada Aryan. Peluh yang merenek di dahinya dilap menggunakan tisu.

"Alhamdulilah, pengantin lelaki pun dah sampai marilah kita mulakan" kata tok kadi.

Aryan menarik nafas dalam lalu menyambut tangan Mansur. Mansur yang akan mengakad.

"Aryan Mikael bin Dato Mustafar Shah. Aku nikah akan dikau dengan anak perempuanku Alyssa Maisara binti Mohammad Mansur dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Alyssa Maisara binti Mohammad Mansur dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai." Mata Aryan tidak berkedip memandang Mansur. Jantung Aryan berdegup dengan sangat laju.

"Sah?"

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Aryan berasa lega mendengar perkataan sah daripada semua saksi. Tok kadi mengiringi bacaan doa sebelum Aryan menandatangani surat nikah itu. Aryan bangun lalu menuju ke pelamin untuk Alyssa menandatangi surat itu pula.

Tidak lepas Aryan memandang Alyssa yang sedang sibuk menandatangani surat itu.

"Syukur alhamdulilah akhirnya kau dah jadi milik aku, Alyssa. Nama kau sentiasa aku selitkan di dalam doa di setiap solat 5 waktu aku. Kaulah bidadari syurga aku." Bisik Aryan di dalam hatinya. Matanya kekal memandang Alyssa yang sedang menandatangi surat itu.

Sebaik kepala Alyssa mendongak memandang Aryan dia terus melarikan pandangan ke arah lain. Dia turut berdehem berkali-kali.

Aryan menyarungkan cincin ke jari manis Alyssa dan Alyssa menyarungkan cincin ke jari manis Aryan. Berketar tangan Alyssa apabila bersentuhan dengan Aryan. Pertama kali dia bersentuhan dengan lelaki.

Penuh hormat Alyssa salam tangan Aryan. Aryan mencoum dahi Alyssa pula. Mata dipejam rapat. Alyssa dapat rasakan perbezaan pada diri Aryan. Ciuman itu terasa seperti ciuman penuh kasih sayang dan cinta.

Tibalah masanya untuk sesi bergambar dengan keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan.

"Alyssa, pegang tangan Aryan" kata Datin Katrina. Terpinga-pinga Alyssa dibuatnya. Aryan menarik tangan Alyssa lalu digenggam erat.

"Pegang je bukan susah pun kita dah halal" kata Aryan senafas. Alyssa mengerling Aryan lalu tersenyum malu. Aryan turut tersenyum segaris.

"Rasanya dah cukup kita ambil gambar. Majlis resepsi tak lama lagi. Kita bagi ruang pada pengantin baru kita tukar baju pula" kata Mansur.

Semua tetamu turun ke bawah untuk makan sementara menunggu Aryan dan Alyssa menukar baju persandingan.

"Aduh, panasnya.. Macam manalah boleh tak ada orang dekat atas jalan ni? Takkan semua pergi majlis Aryan kut" keluh Fathi.

Fathi dan Haniff terpaksa berjalan dari jalan besar sampai ke rumah Alyssa. Kereta yang pancit itu dibiarkan di situ. Kejap lagi mekanik akan datang.

"Aku dah kata semalam tayar sebelah kiri problem kau tak nak dengar. Sekarang kau hadaplah berjalan 5km kata askar. Sembang." Sinis Haniff yang tidak berasa penat langsung.

Sebagai seorang askar latihan yang lebih teruk diorang dah pernah buat. Fathi ni je yang mengada lebih. Macam mana dia diterima masuk ke dalam askar pun tak tahulah. Guna kabel kut?

"Diamlah kau!" Marah Fathi. Haniff mengeleng kepala saja.

Baju pengantin lelaki yang berada di dalam vellfire Datin Katrina dibawa keluar oleh Nabila. Dia yang pelawa untuk membantu memandangkan Haniff dan Fathi belum sampai.

"Dah habis ke majlis? Air sirap!" Fathi meluru ke arah meja makan meninggalkan Haniff yang tengah mengelamun.

Pin!

Pin!

Pin!

Bunyi hon motor kedengaran dari jauh dan semakin dekat dengan mereka. Mereka menoleh memandang Nabila yang sedang mendekati mereka menaiki motosikal.

Nabila menekan pedal brek betul-betul depan Fathi dan Haniff. Hampir saja dilanggar mereka berdua. Fathi melekat dibelakang bonet kereta dengan mata terpejam rapat.

"Pengantin lelaki mana?" soal Nabila selamba. Aryan yang sedang bercakap dengan mekanik dari balik panggilan telefon berpusing memandang Nabila.

"Apa ni kak bawa moto laju-laju? Nasib baik kitorang tak kena langgar" marah Fathi kepada Nabila.

"Sejak bila aku jadi kakak kau? Banyak bunyi pula aku tumbuk muka kau kang" kata Nabila sambil mengangkat buku limanya di depan Fathi. Fathi terus terdiam.

Haniff tersenyum segaris memandang Nabila. Macam orang dilamun cinta.

"Semalam tak pakai tudung hari ni pakai pula. On off ke dia ni?" Soal Haniff di dalam hatinya.

"Nabila kan?" soal Aryan.

"Eh, abang askar. Apahal kau ada dekat sini? Tok kadi tengah tunggu kau tu" kata Nabila.

"Kereta kitorang pancit cik kak" kata Fathi lalu menjeling mata malas.

"Sibuklah lalang ni! Dah jom naik" kata Nabila lalu membalikkan motosikalnya.

Terkejut mereka bertiga. Mereka memandang silih ganti lalu pecah ketawa Fathi.

"Kau serius ah nak aku naik dengan kau? Takpe, takpe kau turun biar aku yang bawa. Karang tak masuk kubur masuk dalam bendang." Sinis Aryan. Tertawa Fathi dengan kuat. Haniff hanya diam tidak beriak.

"Eh, mulut kau cantik sikit erk! Aku ni minah rempit tersohor dekat kampung ni. Tak ada siapa berani nak lawan dengan aku. Kalau kau rasa kau nak kahwin naik sekarang kalau tak aku balik." Nabila berura-ura ingin pergi tetapi ditahan Aryan.

Aryan membaca bismillah sebelum naik ke atas motor. Lepas Nabila cakap macam tu takut pula Aryan nak naik dengan dia.

"Habistu kitorang?" soal Fathi sambil menghalang jalan Nabila.

"Kau pengantin ke? Duduk tepi diam-diam sebelum aku langgor kau" kata Nabila lalu rem motosikal itu.

"Selek dho!" Fathi bergerak ke tepi.

"Ready?" Nabila rem beberapa kali.

"Set." Aryan yang berada di belakang sudah ketar ketir. Dia mengenggam erat besi belakang motor.

"Go!" Nabila memulas habis pedal moto itu. Meter motor naik mendadak dari 10 ke 80 dengan pantas.

"Ahh! Nabila!" jerit Aryan. Terletus ketawa Fathi dan Haniff.

"Aku nak jumpa tok kadi bukan malaikat maut!" Tidak henti Aryan menjerit sepanjang jalan.

"I need to get to know her. Nampaknya dia dah curi sesuatu daripada aku." Bisik hati Haniff. Matanya mengekori setiap gerak geri Nabila.

"Haniff! Jomlah makan, yang kau tersadai macam kereta dekat bawah matahari tu apahal?" Fathi sudah beratur untuk mengambil nasi. Haniff mengeleng kepala lalu mengeluh kecil. Laju je kalau pasal makan tadi bukan main penat.

"Tukarlah baju cepat. Diorang tengah tunggu kita dekat bawah" kata Aryan. Alyssa bangun dari birai katil lalu bergerak ke meja solek untuk mengambil telefonnya.

'Abang Aryan keluar lah dulu. Alyssa tak selesa tukar baju dengan lelaki lain'

"Lelaki lain? Aku ni suami kau tahu tak? Kita dah sah jadi suami isteri dah pun. Setakat tukar baju je bukannya aku nak apa-apa kan kau." Sinis Aryan.

Aryan memandang Alyssa atas bawah. Tubir bibirnya ternaik. Alyssa menutup dadanya dengan kedua tangan. Aryan ketawa kecil melihat reaksi Alyssa.

"Aku tak buat apa-apa. Cepat tukar baju." Alyssa berfikir seketika. Perlahan-lahan pin tudung Alyssa buka satu persatu.

Sampai di pin terakhir yang akan memperlihatkan semua aurat Alyssa. Dia mula berasa ragu-ragu. Air liur ditelan kasar. Aryan dibelakangnya dikerling melalui pantulan cermin.

Aryan membuka baju melayunya dengan selamba. Baju songketnya dipakai sebelum seluar ditanggalkan. Alyssa memejam mata rapat. Tercemar mata Alyssa nanti.

Perlahan-lahan Alyssa mencelik mata dan terlihat Aryan sudah siap berpakaian songket berwarna maroon. Mata mereka bertembung lalu Alyssa menunduk ke bawah.

Aryan mengeluh lalu keluar dari bilik itu. Lagi lama Aryan dalam bilik tu lagi lama tetamu kena tunggu dekat bawah. Alyssa menoleh memandang Aryan yang sudah pergi dari bilik itu. Terkelu lidahnya.

-----------------

Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 262 51
"๐ป๐‘–๐‘  ๐‘™๐‘œ๐‘ฃ๐‘’ ๐‘‘๐‘’๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ ๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ก๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘" ๐„๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ฒ๐š ๐Š๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐Ÿ๐ข๐ž ๐๐š๐ณ๐ณ๐ฎ๐š๐ง, gadis kacukan Korea Se...
1.3M 65.2K 52
๐“œ๐“ป๐“ผ. ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
604K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
12.3K 500 43
The Season :- Volt 2 by Farra J " ๐’Œ๐’‚๐’‰๐’˜๐’Š๐’ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’”๐’‚๐’š๐’‚ . " - Daneena Tersuka tanpa sengaja . Itulah istilah bagi pertemuan mereka berdu...