Dhariz Mikayla | EDITING

By niellyhze

340K 8.2K 529

Λ– ΰ£ͺ β€Ή π’πšπ π‘π¨π¦πšπ§πœπž 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝟏 π–₯” ΰ£ͺ α₯«α­‘ [ COMPLETE ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐑𝐒𝐬 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 Kerana si ka... More

✦ 𝓓𝓱π“ͺ𝓻𝓲𝔃 π“œπ“²π“΄π“ͺ𝔂𝓡π“ͺ ✦
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟎𝟏
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟎𝟐
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ‘
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ’
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ“
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ”
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ•
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ–
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸŽπŸ—
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟏𝟎
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟏𝟏
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟏𝟐
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ‘
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ’
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ“
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ”
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ•
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ—
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟐𝟎
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟐𝟏
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | 𝟐𝟐
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ‘
πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ’

πƒπ‘πšπ«π’π³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐲π₯𝐚 | πŸπŸ–

5.3K 313 34
By niellyhze



DHARIZ pulang ke rumah. Anak matanya melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul dua belas tengah pagi. Pasti isterinya sudah melelapkan mata.

Dia naik ke atas untuk membersihkan diri. Badannya pun sudah sedikit melekit. Setelah selesai dia membersihkan diri, dia keluar dari bilik air sambil tangannya memegang tuala untuk mengelap rambutnya yang basah.

Dia melihat isterinya itu sudah tertidur sambil tangannya masih lagi memegang telefon pintarnya. Tergeleng kepala Dhariz melihatnya.

Dia pergi ke arah isterinya sebelum dia mengambil telefon pintarnya lalu diletakkan di atas meja. Kemudian dia baringkan diri di sebelah Zehra. Wajah Zehra ditilik olehnya.

Wajah gadis itu sangat cantik meskipun tidak dikenakan apa-apa jenis solekan pada wajahnya. Bahkan wajah gadis itu sangat berseri macam bidadari syurga.

Zehra Mikayla bidadari dunia milik Dhariz Aydan. Zehra hanya milik Dhariz.

Tangan lelaki itu naik mengusap rambut isterinya lalu tangannya mengusap pipi gebu isterinya. Lalu tangannya ditekan sedikit pada pipi gadis itu.

Sampai sahaja di bibir gadis itu, dia memikirkan hal di rumah Puan Adorah dan Tuan Affan. Sanggup kah dia berpisah dengan gadis kesayangannya.

Dia tak sanggup tapi apakan daya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia lemah sangat. Kata-kata Puan Adorah membuatkan dia termenung.

"Mama nak kamu kahwin jugak dengan Zahra. Mama tahu kamu tak sentuh Zehra lagi kan?"

kata-kata itu bermain dibenaknya. Sekali lagi dia tidak boleh melawan kata Puan Adorah.

'Maafkan aku Zehra. Aku tak mampu nak pertahankan rumah tangga kita,' kata hati kecilnya.

Sungguh dia tidak mahu Zehra tersakiti lagi. Hatinya sakit melihat layanan keluarga isterinya melayani Zehra. Mereka layan Zehra seperti orang gaji.

'Aku tau apa yang aku buat ni mungkin kau akan sakit, tapi percaya la, aku sayangkan kau Zehra.'

Hatinya yang baru saja ingin menerima Zehra dalam hidupnya runtuh kerana kehadiran kakak Zehra, Zahra Aleysha.

'Aku tak boleh janji Zehra yang aku akan sentiasa ada disisi kau,' hatinya sakit melihat penderitaan isterinya.

Makin lama matanya sudah memberat sebelum lena menjemputnya.






PADA pagi itu, Zehra sedang menyiapkan sarapan buat mereka berdua. Dia cuma memasak pancakes dengan air jus tembikai.

Dia kena beritahu Dhariz bahawa semua makanan yang berada dalam peti sejuk sudah semakin berkurang.

Zehra melihat suaminya itu makan macam tiada hari esok. Dhariz yang sedang makan itu terus memandang Zehra. Dah kenapa dengan bini aku ni pandang aku semacam.

"Kau pahal pandang aku macam tu?" kata lelaki itu. Sungguh dia segan melihat pandangan Zehra terhadapnya.

"Saja. Awak hensem jadi saya pandang lah," balas gadis itu. Dhariz sudah membuat muka. Alahai isteri.

"Tapi kau pandang aku macam nak makan, mau tak risau aku," ujar Dhariz. Zehra sudah bantai gelak. Halah-halah kenapa lah suaminya ni comel sangat.

"Jangan lah risau. Saya tak makan orang lah," Zehra masih lagi ketawa tetapi perlahan. Dhariz hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.

"Ermm–Awak," ucapnya dengan sedikit gugup. Dhariz yang sedang mengemas pinggan dan cawan yang digunakan oleh mereka terhenti.

Dia menjungkitkan sebelah keningnya. Ada lah tu yang isterinya mahu katakan. Zehra berdehem sekejap sebelum dia membuka mulut.

"Saya nak ajak awak pergi pasaraya boleh tak? Barang dekat peti sejuk tu banyak yang dah habis," ujar Zehra. Harapnya suaminya setuju la nak pergi pasaraya dengannya.

Lagi pula hari ini adalah hari minggu, jadi mereka boleh meluangkan masa bersama.

"Boleh. Kau pergi la bersiap dulu. Aku tunggu," arah Dhariz kemudian dia terus berlalu pergi ke ruang tamu untuk menunggu Zehra bersiap.

Zehra akur dengan arahan suaminya. Dia naik ke atas untuk membersihkan diri. Setelah selesai, dia pergi ke arah almari untuk memilih baju yang sesuai.

Seusai dia memilih, dia mengenakan baju kaftan berwarna hitam. Rambutnya pula diikat kuda. Bibirnya pula dioleskan dengan pelembab bibir. Tidak lupa juga tas tangannya. Berpuas hati dengan penampilannya, dia pun keluar dari bilik itu.

Sampai di ruang tamu, dia melihat Dhariz sedang bermain telefon pintarnya. Baju yang dikenakan lelaki itu juga santai tetapi kacak.

"Awak saya dah siap ni," ujar Zehra mengejutkan suaminya dari lamunan. Dhariz terpegun melihat pakaian yang dikenakan oleh Zehra.

Sungguh cantik apabila baju itu dikenakan pada badan langsing isterinya itu. Dengan wajah yang hanya dikenakan solekan yang nipis menambahkan lagi kecantikan si isteri.

"Jom lah. Nanti lambat pula nak sampai sana," Dhariz terus mengambil kunci kereta yang berada di atas meja kopi lalu Zehra menutup pintu rumah sebelum dia masuk ke dalam kereta mewah milik Dhariz.

Sebaik saja enjin kereta itu dipanaskan, kereta mewah tersebut meluncur keluar meninggalkan rumah mereka.

Beberapa minit memandu, akhirnya mereka sampai di sebuah pasaraya boleh tahan besarnya. Mereka berdua turun daripada kereta mewah milik Dhariz.

Dhariz menglock ke semua pintu keretanya lalu mereka masuk ke dalam pasaraya yang sudah dibanjiri dengan manusia. Zehra terus mengambil troli yang ada dekat situ.

Mereka pun memulakan misi untuk membeli barang. Banyak juga barang dapur yang sudah habis.

"Awak, saya nak pergi dekat tempat barang basah boleh tak?" kata Zehra. Dhariz yang sedang membawa troli hanya menganggukkan kepala.

"Pergi lah. Nanti jumpa aku dekat tempat sayur-sayuran," ujar Dhariz. Zehra hanya membuat tanda okay sebelum dia berlalu pergi ke arah barangan basah.

Dia mengambil ayam, sotong dan ikan. Sedap ni kalau buat kari ikan, siakap tiga rasa dengan tomyam. Lepas dah ambil semua, dia pergi ke tempat yang suaminya katakan tadi.

Jalan punya jalan, dia nampak suaminya sedang memilih sayur-sayuran. Dia menerpa ke arah suaminya sebelum bahu lelaki itu ditepuk lembut.

Dhariz yang sedang memilih sayur itu tersentak. Dia memandang ke arah Zehra yang tersenyum ke arahnya. Dan juga dia melihat ditangan gadis itu ada ayam, ikan dan sotong.

Dhariz mengambil barang basah itu dari tangan Zehra lalu diletakkan di dalam troli. Takkan la nak bagi isteri pegang kot. Kesian pula dia tengok.

"Kau nak beli apa lagi?" tanya Dhariz. Mana lah tau kot-kot ada lagi yang gadis itu ingin beli. Dia pun bukan tahu sangat tentang masak tu semua.

"Saya nak beli air yogurt boleh tak?" kata Zehra sambil membuat mimik muka yang sengaja dicomelkan.

Dhariz lemah melihat wajah gadis itu. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Dia berdehem sebelum dia menjawab.

"Beli lah," ujar lelaki itu. Zehra sudah bersorak kegembiraan. Dhariz hanya tergelak sambil mengelengkan kepalanya melihat tingkah laku Zehra yang keanak-anakkan.

Setelah selesai membeli kesemua barang dapur, mereka pun singgah di kedai makan yang ada di pasaraya tersebut.

"Kau nak makan apa, sayang?" tanya Dhariz sambil anak matanya melihat buku menu itu. Zehra pun turut melihat buku menu itu.

Dia tak tahu nak makan yang mana sebab semuanya nampak sedap. Akhirnya dia menyuruh suaminya yang pilihkan untuknya.

"Awak lah yang pilih. Saya tak tahu nak makan yang mana sebab semuanya nampak sedap," kata Zehra. Dhariz hanya menganggukkan kepala.

"Saya nak makan nasi putih dua lepastu kuah tomyam dengan air teh ais dua," dia memberitahu kepada pelayan itu. Pelayan itu menulis apa yang dipesan.

"Itu saja ke Encik?" tanya pelayan tersebut. Dhariz hanya menganggukkan kepalanya.

"Ya, itu saja," pelayan tersebut mengambil dua buku menu itu lalu dibawa ke kaunter.

Beberapa minit, makanan yang dipesan mereka pun sampai. Banyak benda yang mereka borakkan. Iya lah mereka jarang-jarang saja meluangkan masa bersama kerana suaminya sibuk dengan kerja.




To be continued
©niellyhze

60 votes, 8 comment for unlock next chapter

Continue Reading

You'll Also Like

174K 15.1K 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang la...
857K 10.8K 15
Awas Terlalu banyak typo" Tengku Diana gadis yang baru berpindah ke sekolah barunya . Seorang gadis yang periang dan peramah . Wajahnya yang tenang m...
2.5M 127K 67
@Miss.Heartbreaker @ChocoLyn @RomanticGenre @wattpads2019 Aulia Arisya, dia gadis biasa yang punya kisah silam duka. Dihina dan dicaci menanamkan den...
1M 67.7K 35
π‘¨π’…π’‚π’Ž π‘«π’“π’šπ’‚π’ ~ π‘¨π’šπ’‚π’π’‚ π‘«π’‚π’‰π’π’Šπ’‚ " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...