𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟕

6.7K 367 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




DENGAN sekali lafaz, Zehra Mikayla telah menjadi isteri sah Dhariz Aydan. Zehra hampir menitiskan air matanya.

Tak tahu la sama ada itu tangisan terharu, bahagia atau mungkin dia telah menjadi isteri orang pada umur yg terlalu muda.

Dia tak percaya yang dia dah menjadi isteri orang. Sepatutnya hari ini adalah hari pernikahan kakaknya, tetapi menjadi hari pernikahannya pula.

Zehra memandang sekeliling sebelum matanya menangkap bayang suaminya yang sedang bersembang dengan kawannya. Zehra tenung Dhariz macam nak telan orang.

Sedang dia memandang lelaki itu, suara seseorang mematikan lamunannya. Zehra terkejut memandang wajah lelaki itu.

"Puas tenung aku?" kata Dhariz dengan nada yang dingin. Dia perhati saja Zehra yang tenung dia macam nak makan orang.

"Err– Mana ada saya tenung awak." Zehra segera menafikan. Aduh malunya sebab kantoi usya suami sendiri. Dhariz hanya menjongketkan bahunya ke atas.

"Lantak kau la," ujar lelaki itu sebelum dia masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Zehra seorang diri di luar.

Dia nak mandi kerana rimas memakai baju melayu putih itu terlalu lama. Badan dia pun sudah belengas.

Malam itu, mereka sedang berada di ruang makan untuk makan malam. Sakan Tuan Affan dan Puan Adorah bersembang dengan Dhariz hingga terlupa kewujudan dia disitu.

Seusai makan, Zehra mengangkat pinggan tersebut lalu dia pergi ke dapur untuk mencuci pinggan yang kotor.

Sedang dia membasuh pinggan, tiba-tiba dia terdengar langkah kaki seseorang. Dhariz kot, katanya.

Dhariz meletakkan pinggannya yang kotor itu di atas singki. Dhariz duduk di tepi peti ais sambil memerhatikan Zehra yang sedang mencuci pinggan itu.

"Kenapa kau setuju kahwin dengan aku?" soal lelaki itu. Zehra yang sedang membasuh pinggan itu terhenti. Dia memandang sekilas wajah suaminya sebelum dia menjawab.

"Saya setuju kahwin dengan awak sebab saya tak nak mak ayah saya malu sebab kak Zahra dah lari," ujar Zehra. Benar, dia bukan rela nak berkahwin dengan Dhariz. Cuma dia tiada pilihan lain.

"Aku nak kau ingat ni. Aku takkan pernah cintakan kau macam aku cintakan kakak kau," kata Dhariz kemudian dia berlalu pergi dari situ.

Kenapa dia perlu kecewa mendengar bait bicara suaminya? Sedangkan dia tiada apa-apa perasaan terhadap suaminya.

Tapi dia tahu suaminya itu pasti kecewa kerana kekasih hatinya lari dari pernikahan mereka. Sedangkan Zahra juga yang beria untuk berkahwin dengan lelaki itu.

Dia tak tahu kenapa kak Zahra buat sebegitu. Kalau nak kahwin tu fikir la betul-betul. Ni tak main setuju je. Apa nak jadi la.

Selepas itu, Zehra pun naik ke bilik tidurnya dan Dhariz. Terpaksa dia berkongsi biliknya dengan Dhariz. Seminggu je Zehra, lepasni kau tidur asing, dia tidur asing.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now