𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟗

7.3K 389 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DHARIZ memandang Zehra yang sedang melukis itu. Zehra melukis dengan penuh kusyuk tanpa sedikit pun dia sedari bahawa ada seseorang yang memandang dirinya dari arah belakang.

Cantik sungguh lukisan Zehra meskipun lukisan gadis itu masih belum siap. Dia memuji bakat yang Zehra ada. Bukan semua pandai melukis seperti Zehra.

Setelah gadis itu habis melukis, dia mengemas kesemua bahan lukisan yang telah dia guna tadi. Dia masih tidak perasan akan Dhariz yang sedang memandang ke arahnya sedari tadi.

Selesai mengemas, baru lah dia memandang ke belakang. Terkejut bukan kepalang dia tatkala dia melihat Dhariz memandangnya sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Sejak bila awak ada kat situ?" tanya Zehra. Serius dia tak tahu ada orang tengok dia melukis tadi. Bila dah kusyuk sangat melukis tu sampai tak tahu ada orang memandang dirinya.

"Sejak kau mula melukis sampai lah kau kemas barang lukisan kau," balas lelaki itu dengan tenang. Ye, semasa gadis itu baru mula melukis dia sudah berada disitu.

"Aku tak sangka pula kau pandai lukis. Cita-cita kau nak jadi pelukis ke?" soal Dhariz. Kalau jadi pelukis, pasti Zehra boleh buat duit jika dia menjual lukisannya di pasaran.

"Takde la. Lukis ni cuma hobi saya. Saya pun bukan ada masa sangat nak melukis. Tapi sekarang masa saya lapang, jadi saya melukis la," terang Zehra.

Dia bukan tidak mahu menjadi pelukis, tetapi disebabkan mama dan papanya dia terpaksa menguburkan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis.

"Ouh begitu. Tapi aku tak nafikan yang lukisan kau cantik sangat," puji lelaki itu. Lukisan Zehra memang cantik. Kalau jual pasti harganya mahal.

"Terima kasih. Saya dah lama sebenarnya tak melukis. Tapi bila saya mula melukis semula, tak sangka lukisan tu masih cantik macam dulu," jelas Zehra.

"Mungkin sebab tangan kau masih berseni macam dulu walaupun kau dah lama tak melukis," balas Dhariz pula. Benar, kalau tangan itu berseni, kalau ditinggalkan lama pasti hasilnya akan cantik seperti dahulu.

"Mungkin."

"Zehra aku nak ajak kau keluar, kau nak tak?" ajak Dhariz. Dia bertanya dahulu kerana dia risau kalau Zehra tidak mahu keluar hari ini.

Zehra memikirkan seketika. Sebenarnya dia tak mahu keluar tapi dia rasa bosan kalau duduk rumah saja.

"Nak-nak. Lagipun bosan lah duduk rumah je." Zehra memuncungkan bibirnya. Dhariz tergelak melihat riak wajah isterinya.

Alahai comel saja wajah Zehra. Eh apa yang dia merepek ni. Zehra dengan Zahra, mesti la Zahra cantik lagi. Tapi Zehra pun cantik juga.

"Awak tunggu kejap tau. Saya nak pergi bersiap kejap tata." Zehra terus masuk ke dalam bilik air. Tidak dilupakan juga, dia membawa baju untuk dipakai apabila keluar nanti.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now