𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟕

5.3K 263 26
                                    

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



HATINYA menjadi gundah gelana. Dia pun tidak tahu kenapa dia perlu ada perasaan sebegitu. Dia masih tidak boleh melelapkan mata meskipun sekarang sudah hampir pukul dua belas.

Dia sedang merisaukan suaminya yang sedang bekerja. Dia cuma boleh berdoa agar Dhariz dalam keadaan yang baik. Demi nak lupakan perasaannya, dia mengambil telefon pintarnya di atas meja.

Lalu kenalan yang bernama Elysa dicari. Dia berharap gadis itu masih belum melelapkan mata. Boleh lah dia nak beritahu gadis itu apa yang dirasakan olehnya sekarang.

Setelah jumpa, dia menekapkan telefon pintarnya di cuping telinga. Dia berharap gadis itu mengangkat panggilannya.

Kau gila ke Zehra telefon orang tengah-tengah malam buta ni. Lantak lah janji Elysa angkat call dia sudah.

"Assalamualaikum ye Zehra kenapa kau call aku tengah-tengah malam ni?" jawab Elysa. Kawannya ni dah kena sampuk ke tiba-tiba saja menghubunginya pada tengah malam.

Tapi Zehra macam tau-tau saja yang dia tak boleh nak melelapkan mata.

"Waalaikumussalam aku saja call kau. Aku sebenarnya tengah tunggu laki aku balik ni. Tapi entah kenapa sekarang dia masih belum balik,"

Perasaan dia sekarang ni bercampur baur. Dia risau tapi pada masa yang sama dia berharap yang suaminya tak buat sesuatu yang pelik dibelakangnya.

"Asal? Laki kau pergi mana malam-malam macam ni," soal Elysa. Takkan lah tengah-tengah malam begini pun suami Zehra keluar. Pelik bin ajaib ni.

"Tadi dia beritahu aku yang dia ada kerja tapi entah kenapa perasaan aku rasa lain macam. Aku tak tahu nak cakap apa yang aku rasa. Dia risau but at the same time, aku takut kalau dia buat benda yang bukan-bukan kat belakang aku," kata Zehra dengan panjang lebar.

Elysa menganggukkan kepala walaupun Zehra tidak nampak perbuatan dia.

"Kau jangan fikirkan sangat perasaan kau tu. Dia saja je tu nak mempengaruhi pemikiran kau," ujar Elysa. Dia tak mahu Zehra terlalu memikirkan perasaannya.

"Aip aip babe," tergelak Elysa dengan kelakuan Zehra. Zehra pun terikut sekali gelak. Virus gelak Elysa tak pernah tak sampai dekat dia.

"Wey babe, jom jumpa dekat tempat biasa nak tak?" tanya Elysa. Kali terakhir mereka keluar adalah beberapa minggu yang lalu.

"Jom. Nanti aku tanya laki aku. Harapnya dia bagi lah aku keluar," kata Zehra. Dia berharap agar Dhariz bagi dia keluar dengan Elysa.

Lagipun dia bosan dekat rumah kerana Dhariz sibuk dengan kerja. Dia pun bukan suka sangat duduk rumah. Ada masa saja pasti dia akan keluar bersiar-siar.

Dhariz Mikayla | EDITINGOnde histórias criam vida. Descubra agora