𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟑

5.2K 293 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




OTAK Dhariz serabut memikirkan perihal yang berlaku beberapa hari lepas. Salah ke dia cakap macam tu dekat Zehra. Dia cuma memberitahu apa yang dia rasa.

Dia tahu Zehra pasti sakit hati dengan perkataan yang keluar dari mulutnya, tapi dia jujur dengan perasan dia.

Dia jujur yang dia masih ada perasaan terhadap Zahra meskipun gadis itu sudah meninggalkan dia. Dia masih sayangkan Zahra walaupun Zahra tak jadi isteri dia.

Dia tahu isterinya yang sekarang adalah Zehra tetapi hatinya ada pada Zahra. Entah kenapa dia rasa susah sangat nak terima Zehra sebagai isteri dia.

Sungguh dia berasa sangat kusut memikirkan hal itu. Eshan yang melihat kawannya itu seperti dalam kekusutan terus menerpa ke arah Dhariz.

"Kau okay tak Dhariz? Aku tengok kau serabut sangat ni pahal," kata Eshan. Dhariz memandang wajah Eshan sebelum dia menjawab.

"Takde apa la cuma aku nak tanya kau la, salah ke aku masih ada perasaan sayang dan cinta dekat Zahra?" tanya Dhariz. Eshan menghela nafas berat.

"Kau sedar tak Riz yang kau dah ada isteri. Patutnya kau cuba untuk cintakan isteri kau. Bukannya kau terus hanyut dalam perasaan sayang kau dekat Zahra. Perempuan tu dah tinggalkan kau bro. Tak kesian ke dekat Zehra. Fikir la sikit perasaan isteri kau dan kau jangan fikir perasaan kau je. Kau kena turunkan ego kau. Bukan terus mengagungkan ego tu," panjang lebar Eshan berkata kepada Dhariz.

Biar kawannya itu sedar bahawa sekarang ini yang menjadi isterinya adalah Zehra bukan Zahra. Dan kalau mereka berjodoh, kau lari la sampai hujung dunia pun, pasti akan bertemu semula.

Hidup kita umpama dalam novel. Allah yang susun atur jalan cerita kita macam mana. Dengan cara kita berdoa saja yang mampu mengubah jalan cerita hidup kita.

"Thanks do Eshan. Aku akan ingat ayat kau sampai bila-bila," balas lelaki itu. Apa salahnya kan dia terima isterinya dalam hidupnya.

Pulang saja ke rumah nanti, dia mahu meminta maaf kepada Zehra kerana telah menyakitkan hatinya. Hatinya tak tenang melihat Zehra sebegitu dengannya sejak beberapa hari yang lepas.

"No hal la. Aku nak kau hargai isteri kau. Bukan senang nak jumpa isteri macam Zehra sekarang. Jaga dia macam kau jaga nyawa kau," pesan Eshan. Dhariz hanya menganggukkan kepalanya.

Ini la sebab kenapa dia suka berkawan dengan Eshan. Eshan sentiasa memberinya ayat yang membuatkan dia sedar akan semua kesalahannya.

"Eh Shan kau dah makan belum?" tanya Dhariz. Kalau Eshan belum makan, boleh la lelaki itu teman dia makan dekat kedai makan berdekatan dengan syarikatnya.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now