𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟒

7.4K 382 19
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PADA pagi itu Zehra cuma masak nasi lemak dengan air teh sejuk. Kalau boleh dia tak mahu memasak, tapi nanti kalau tak masak, tak pasal-pasal kena kurung dalam bilik seminggu.

Nasib dia ada periuk elektrik yang viral tu. Kalau kena kurung pun, dia boleh curi-curi masuk dapur ambil barang ehek.

Selesai dia memasak, dia mengambil periuk nasi itu lalu dibawa ke ruang makan. Air teh sejuk tadi pun dibawa ke ruang makan.

Dia bersiap sedikit awal kerana ingin pergi ke pasaraya untuk membeli barang dapur yang hampir kosong itu. Kang kalau diorang tu tak makan nanti kebulur pulak.

Last-last mati macam tu je. Nak taubat pun dah tak sempat. Astaghfirullahalazim Zehra.

Setelah dia mengemaskan makanan di atas meja makan itu, dia menulis nota dan dia meninggalkan kediamannya itu.

Dia naik kereta ye. Bukan jalan kaki. Nanti kalau jalan kaki kang risau kaki patah sebab jalan jauh. Dia menaiki kereta Myvi miliknya itu.

Kereta itu diberi khas oleh seseorang yang tidak dia kenali. Yang dia ingat masatu orang tu nak bagi padanya. Pada mulanya, Zehra menolak tetapi atas desakan lelaki itu, dia menerima juga kereta itu.

Beberapa minit kemudian, dia sampai di sebuah pasaraya. Dia mengunci kereta tersebut lalu kunci itu disimpan ke dalam tas tangannya.

Masuk sahaja ke dalam pasaraya itu, memang sudah padat dengan manusia yang keluar masuk dalam pasaraya itu. Lantas dia mengambil troli tersebut.

'Besar betul pasaraya ni. Harapnya aku tak tersesat la.' kata Zehra dalam hati. Risau kalau sesat.

Dia mula memilih barang yang hampir habis dahulu. Dia mengambil maggie segera, lepastu dia ambil sayur-sayuran.

Kemudian dia pergi pula ke arah bahan basah. Dia mengambil ikan serta ayam. Nanti boleh dia masak kari ikan dengan ayam masak kicap. Pergh sedapnya.

Selesai dia membeli kesemua barang, dia beratur untuk membayar. Ramai betul orang hari ini. Mungkin sebab hari ini adalah hari minggu sebab itu ramai.

Sedang dia menunggu gilirannya, tiba-tiba badannya dirempuh oleh seseorang. Baru sahaja Zehra nak marah, matanya terpaku melihat wajah itu.

Kenapa dia rasa dia pernah lihat wajah itu? Dia kenal ke? Siapa mamat ni?

"Maaf aku tak sengaja langgar kau," ujarnya sambil tangannya mengusap belakang leher. Malu mungkin.

"Tak apa. Saya tak marah pun," balas Zehra. Pagi-pagi lagi dah buat mood dia melayang. Nasib baik dia jenis yang sabar, kalau tidak memang mamat depan dia ni dah kena sembur.

"Eh dah la, saya dah lambat ni. Nanti mama saya marah pula," kata Zehra. Sekarang sudah jam pukul sembilan pagi. Dia tak boleh pulang lewat, nanti kena marah dengan Puan Adorah.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now