𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟓

5.4K 274 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PUAN Adorah memikirkan kejadian semalam. Tidak dia sangka anaknya itu akan kembali kepadanya. Dia sangkakan anaknya hilang begitu saja tanpa berita. Ternyata dia silap sama sekali.

Sedang dia membuat kerja, telefon pintarnya bergetar. Kemudian Puan Adorah ambil telefon pintarnya itu tanpa melihat siapa si pemanggil.

"Assalamualaikum, ini siapa ye?" Puan Adorah memulakan perbualan.

Bunyi hening mengambil suasana seketika sebelum si pemanggil bercakap. Suara si pemanggil seakan-akan suara seseorang.

"Waalaikumussalam mama. Rindu tak dekat Zahra?" kata si pemanggil itu. Pantas Puan Adorah menekup mulutnya. Sungguh dia tidak percaya.

"Be-betul ke ni anak mama, Zahra?" tanya Puan Adorah. Dia menginginkan kepastian dari si pemanggil.

"Iye la. Takkan mama dah tak kenal anak sendiri kot?" ujar Zahra. Ai mama aku ni takkan anak sendiri pun dah tak kenal, kata Zahra dalam hati.

"Ya Allah Zahra. Mama rindukan kamu nak," Puan Adorah hampir menitiskan air matanya apabila anaknya itu sudah pulang ke pangkuan mereka.

"Zahra pun rindukan mama," tuturnya dengan nada yang manja. Rindu dia kepada mama tak terhingga.

"Kamu balik rumah kita ye Zahra. Mama nak masak sedap-sedap untuk kamu tau," kata Puan Adorah dengan nada yang teruja. Rasa teruja sebab anaknya sudah pulang.

"Mesti la. Nanti Zahra balik okay. Zahra ada hal kejap. Bye mama," Zahra terus mematikan panggilan tersebut.

Bahagia yang dirasakan olehnya tatkala dia mengingati anaknya itu. Nanti dia akan beritahu hal ini jika suaminya pulang ke rumah nanti.

Nanti boleh dia nak suruh Dhariz kahwin dengan Zahra. Baginya Zehra langsung tidak layak untuk menjadi isteri Dhariz.

'Tunggu kau perempuan. Nanti aku akan buat kau keluar daripada rumah ni dan bercerai dengan Dhariz,' kata dalam hati kecilnya.

Tak sabar dia nak buat perempuan tak guna itu keluar daripada rumah mereka. Dia tahu pasti gadis itu tidak boleh hidup tanpa kemewahan.

Selepas itu, dia terdengar bunyi kereta yang baru sahaja masuk ke garaj rumah mereka. Mesti suaminya sudah pulang ke rumah.

Puan Adorah terus pergi ke arah pintu lalu dia membuka pintu rumah itu. Nampak saja Tuan Affan menghampiri dirinya, terus saja tangannya menyalam suaminya.

"Abang nak makan tak? Kalau nak nanti Dorah panaskan lauk yang Dorah masak petang tadi," ujar Puan Adorah sambil dia menutup pintu rumah mereka lalu dikunci.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now