𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟏

5.7K 283 10
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DIA dihurung rasa kebosanan. Suaminya sudah pergi ke kerja. Sudahnya, tinggal dia seorang di rumah dua tingkat itu. Dia tak tahu apa yang nak dibuat dalam rumah itu.

Tiba-tiba dia dapat idea. Telefon pintarnya diambil lalu dia mencari kenalan seseorang. Apabila dia jumpa kenalan itu, dia terus menekan nama kenalan tersebut.

Harapnya orang tu angkat la panggilan dia. Kalau tak angkat memang kau kena dengan aku. Sedang dia menunggu, suara orang itu kedengaran.

"Assalamualaikum," orang itu memberi salam. Zehra menjawab salam itu.

"Kau pahal babe tiba-tiba je call aku? Ada problem ke?" tanya orang itu dengan nada yang risau.

"Takde la, aku cuma bosan je. Laki aku dah pergi kerja so tinggal aku seorang je kat rumah," balas Zehra.

Ouh ya, orang itu adalah Elysa Darisha. Sahabat lama dia semasa darjah enam. Tetapi masuk saja tingkatan satu, Elys terpaksa berpindah ke luar negara kerana ayahnya ada tawaran kerja disana.

Tetapi bagaimana mereka boleh mendapat nombor telefon masing-masing? Mereka terjumpa semasa Zehra pergi ke kedai berdekatan. Sejak itu mereka sering berkontak.

"Sampai hati kau tak bagitahu aku yang kau kahwin. Tak mau kawan la," kata Elysa seakan-akan tengah merajuk dengan Zehra.

Zehra ketawa dengan tingkah laku gadis yang bernama Elysa itu. Alahai Elysa, perangai kau dari dulu langsung tak pernah berubah.

"Ala Elysa, aku bukan tak nak bagitahu kau, tapi keadaan tak tak mengizinkan. Sorry tau," balas Zehra. Dia bukan sengaja tak mahu memberitahu Elysa, tetapi keadaan membuatkan dia tak sempat memberitahu Elysa.

"Takde apa la. Aku faham kau. Nasib kau bagitau yang kau dah kahwin. Kalau tidak, memang aku cincang kau sampai lumat tau," ujar Elysa dengan nada gurauan. Tergelak mereka berdua.

"Kau free tak Elysa? Jom keluar nak tak?" ajak Zehra. Macam ni bila Dhariz pergi ke kerja, mesti dia akan ajak Elysa keluar dengannya.

"Kebetulan aku tengah free sekarang ni so jom la keluar," Zehra sudah tersenyum. Tak sabar dia nak keluar dengan Elysa. Mereka jarang berjumpa atas sebab Elysa sibuk.

"Aku nak bersiap dulu la. By the way, tempat macam biasa tau," kata Zehra. Suaminya beritahunya bahawa dia akan pulang ke rumah sedikit lewat.

Awal-awal lagi dia sudah meminta izin dengan Dhariz nak keluar sekiranya dia kebosanan.

Dhariz hanya membenarkan tetapi dia memberi pesanan pada Zehra supaya jangan keluar berseorangan. Kalau boleh ajak la siapa-siapa nak keluar.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now