PULANG sahaja ke rumah, dia nampak suaminya sedang duduk di atas sofa dengan kedua belah tangannya menyilangkan ke dada.
"Kau pergi mana baru sekarang nak balik rumah?" tanya Dhariz dengan nada yang tegas. Zehra hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Dia melihat jam di dinding rumah. Sudah hampir pukul 10 malam. Dia pulang lambat kerana dia pergi ke rumah Elysa petang tadi hingga ke malam.
Habis la dia kena marah dengan Dhariz. Ni Elysa punya pasal la ni suruh dia singgah makan dekat rumahnya. Dan sekarang dia melihat wajah Dhariz sedikit dingin.
"Saya mintak maaf sangat-sangat. Kawan saya ajak saya pergi makan-makan dekat rumah dia," ujar Zehra sambil kepalanya menekur ke arah lantai.
Dia takut nak pandang wajah suaminya yang sedang menyinga itu. Memang habis dia malam ni.
"Aku suruh kau balik pukul berapa tadi? Bagitahu aku!" oktaf suaranya semakin meninggi. Bahu Zehra terangkat dengan suara Dhariz.
"Pukul—Sepuluh malam," kata Zehra sedikit tergagap-gagap.
Sumpah dia rasa takut bila aura ketegasan suaminya keluar. Ye suaminya beritahu dia agar pulang ke rumah sebelum pukul sepuluh malam.
Tapi dia pula rancak dekat rumah Elysa sampai terlupa pesan suaminya itu. Sungguh dia menyesal keluar rumah hari ini.
"Dah tu asal baru sekarang kau nak balik rumah ha?" sekali lagi suara itu bergema di seluruh rumah.
"Saya minta maaf sangat-sangat. Tolong la maafkan saya," balas Zehra. Kemain lagi keluar macam tak ada suami, kan dah mendapat.
"Hey kau dengar sini eh, aku kahwin dengan kau pun sebab aku nak jaga hati keluarga kita je," kata-kata Dhariz menusuk ke dalam kalbu. Sebegitukah dalamnya dia mencintai kak Zahra berbanding dia.
"Kenapa, awak tak boleh terima saya sebagai isteri awak?" soal Zehra. Kenapa suaminya itu tak boleh terima dia isteri kepada lelaki itu.
"Sebab hati aku masih milik kakak kau dan bukan kau," kata lelaki itu dengan tenang. Zehra memejamkan matanya dan dia cuba untuk menerima kenyataan yang sungguh menyakitkan hatinya.
"Tapi kenapa, kenapa awak masih cintakan kak Zahra setelah apa yang dia buat dekat awak hah?" dia rasa macam dia sedang merampas hak kak Zahra walaupun hakikatnya dia memang dah rampas.
"Sebab aku tahu kakak kau masih cintakan aku. Tapi mungkin dia lari sebab tak sedia then kau pulak yang jadi isteri aku," sakit. Itu yang dirasakan oleh Zehra.
Hatinya bagai dicarik-carik dan bagai ditikam dengan pisau belati yang tajam. Sungguh menyakitkan. Lagi sakit apabila suaminya mencintai orang lain lebih dari isteri sendiri.
YOU ARE READING
Dhariz Mikayla | EDITING
Romance˖ ࣪ ‹ 𝐒𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ [ COMPLETE ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐡𝐢𝐬 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 Kerana si kakak melarikan diri dari pernikahannya, si adik pula yang perlu menggantikan si kakak. Zehra menyangka lelaki itu akan layan di...