𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟒

5.6K 282 10
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



KEESOKAN harinya, tangan Zehra lincah menyiapkan lukisannya. Selalunya dia akan melukis sekali seminggu. Tadi selepas dia masak sarapan untuk Dhariz dan suaminya itu pergi kerja, dia terus masuk ke dalam bilik untuk melukis.

Kusyuk dia menyiapkan lukisan tersebut kerana lukisan tersebut sedikit sukar untuk disiapkan. Anak mata dia melihat lukisannya itu.

Hampir siap tetapi masih ada beberapa bahagian lagi yang dia perlu membuat sentuhan akhir sebelum lukisannya itu siap sepenuhnya.

Setelah hampir empat jam dia duduk di situ, akhirnya lukisan tadi telahpun berjaya disiapkan olehnya. Keluhan kecil dilepaskan oleh Zehra. Penat bukan kepalang mat.

Dia mengemas kesemua bahan lukisan yang sedikit berselerak itu ke tempat asalnya. Setelah selesai, dia keluar daripada bilik dan dia turun ke tingkat bawah.

Tekaknya terasa haus kerana dia tidak minum air sedari tadi. Dia pergi ke arah peti sejuk kemudian dia mengambil air kosong dan dia menuangkan air tersebut ke dalam cawan yang dia ambil tadi.

Dia minum air itu dengan sedikit rakus. Dahaga nok. Setelah habis air yang dia minum, dia membasuh cawan itu kemudian diletakkan semula cawan itu ke tempat asal.

Dia melabuhkan punggung di atas sofa kemudian badannya dibaringkan di sofa itu. Sedang dia berehat, telefonnya berbunyi minta untuk diangkat. Ish masa orang nak rehat juga la dia telefon pun.

Zehra mengambil telefon pintarnya di atas meja kopi itu lalu dia mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil. Selang beberapa minit, barulah si pemanggil itu bersuara.

"Assalamualaikum Zehra, boleh tak kau datang rumah aku?" siapa lagi kalau bukan Elysa. Zehra mengeluh perlahan.

"Boleh, tapi aku kena mintak izin dekat suami aku dulu," kata Zehra. Kalau dia pergi macam tu saja, pasti dia akan kena marah macam hari itu. Dia sudah serik.

"Okay. Aku tunggu kau tau, bye," Elysa mematikan panggilan tersebut. Zehra melihat skrin telefon pintarnya yang gelap itu.

Kemudian dia on kembali telefon pintarnya itu dan dia mencari kenalan suaminya. Setelah jumpa, dia menekapkan telefon itu di cuping telinganya.

"Assalamualaikum awak, saya nak mintak izin nak pergi rumah Lysa boleh tak?" tanya Zehra. Harapnya suaminya bagi la dia keluar.

"Boleh. Tapi kau kena balik sebelum sembilan malam," ujar Dhariz. Zehra terus bersorak kegembiraan.

"Aip aip kapten. Thanks awak. Dah la saya pergi siap dulu assalamualaikum," belum sempat Dhariz ingin membalas salam Zehra, Zehra mematikan panggilan.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now