𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟔

7.7K 384 29
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



MALAM itu ramai saudara mara Zehra yang datang ke rumah keluarga Zehra untuk membantu apa yang perlu. Malam itu jugak adalah malam berinai.

Rumah keluarga Zehra riuh dengan suara kanak-kanak yang baru mencecah beberapa tahun bermain di halaman rumah mereka.

Bising tu memang la bising tapi mereka suka dengan suasana begitu. Rasa bahagia.

Zahra tersenyum dihadapan saudara mara dia. Malam ni malam yang amat menyeronokkan dia kerana dia dapat berjumpa dengan sepupu yang baya umur dengan dia.

Dia juga tak sabar untuk berjumpa dengan bakal suaminya esok. Memang ini yang dia impikan. Berkahwin dengan orang yang dia cintai.

"Mama tak sangka anak mama dah nak jadi isteri orang," ujar Puan Adorah dengan mata yang berkaca-kaca.

"Zahra pun tak sangka yang Zahra akan jadi isteri orang. Nanti takde dah Zahra nak manja dengan mama," balas Zahra. Dia akan merindui mamanya selepas dia berkahwin dengan Dhariz.

"Kamu jaga Dhariz tu elok-elok ye. Jaga dia macam nyawa kamu sendiri. Jangan pernah melawan cakap suami kamu. Nanti kamu bukan tanggungjawab kami lagi dah. Kami dah serahkan tanggungjawab kami dekat Dhariz. Mama harap Dhariz jaga permata mama macam mana mama dan papa jaga permata mama," kata Puan Adorah panjang lebar.

Zahra menangis kemudian dia memeluk mamanya. Sungguh dia akan merindui syurganya.

Zehra? Dia sedang berada di dalam bilik. Dia tak boleh ikut serta sebab tak semua saudara mara tau akan kewujudannya. Sadiskan? Hidup dia memang sadis sejak dia kecil lagi.

Tapi apa yang dia boleh buat selain berdoa kepada-Nya. Tak guna dia nak mempertahankan dirinya kalau tiada yang menyokong dirinya.

'Untung kak Zahra sebab dapat kahwin dengan orang yang dia cinta. Lagipun laki tu dengan kak Zahra memang sesuai sangat.'

Betul kata orang. Nak dibandingkan dia dengan kak Zahra, dia bukan lah apa-apa. Bahkan, semua orang tidak tahu dia adik kepada Zahra.

Puan Adorah dan Tuan Affan kata dia tak layak jadi adik Zahra. Malah jadi ahli keluarga itu pun dia tidak layak.

Entah kenapa mereka benci sangat terhadap dirinya. Besar sangat ke salah dia hingga sebegitu sekali mereka benci dengan dia.

Zehra tidak mahu melayan perasaan sedihnya, jadi dia ingin membaca novel untuk lepaskan tekanan. Dia tak melukis kerana dia malas nak kotorkan tangannya.

Dia pergi ke arah almari yang dipenuhi oleh bermacam-macam jenis novel. Dia mengambil novel yang bertajuk Behind The Hoodie daripada Harleen.

Dia memang suka sangat karya Harleen. Kalau boleh semua karya Harleen dia nak kumpul. Dia suka jalan cerita yang Harleen buat.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now