𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟓

7.2K 397 19
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HAMPIR dua bulan telah pun berlalu, kesemua persiapan pernikahan Dhariz dan Zahra hampir siap. Zehra juga turut membantu dalam persiapan tersebut.

Zahra dengan Puan Adorah hanya melihat tanpa ada rasa ingin membantu. Kata mereka biarlah semua itu orang yang buat. Zehra dah malas nak kata apa lagi dah.

Memandangkan hari ini keluarga itu keluar pergi ke rumah tunang kakaknya, dapat la juga dia berehat. Beberapa minggu ni, dia memang sibuk sangat dengan persiapan kahwin kakaknya.

Terasa macam diri ni pula yang kahwin. Puan Adorah kata bakal pengantin tak boleh buat kerja. Katanya takut nanti hilang seri. Nak marah tapi kena sabarkan hati.

Tiba-tiba Zehra tersenyum sinis. Dia nak buat jahat hari ini, boleh kan? Tak pernah terlintas di dalam benaknya nak buat sebegini.

Dengan derap langkah yang perlahan dia pergi ke arah bilik Puan Adorah dan Tuan Affan tidur.

Dia mengambil lipas mainan yang berada dalam tangannya kemudian dia letak lipas itu ke atas katil. Kemudian dia menutup lipas tersebut dengan gebar.

Dia bukan lemah macam heroin dalam watak novel. Di mata orang mungkin dia nampak lemah tapi dia tak bodoh.

Selepas itu, dia keluar dari bilik itu dengan perasaan yang gembira. Tak sabar dia nak tengok orang tua tu menjerit apabila dia pulang nanti.

'Salah orang la korang nak mainkan aku. Aku bukan lemah macam yang korang sangkakan.' desisnya.

Zehra pergi masuk ke dalam biliknya untuk menyambung melukis yang sudah lama dia tinggalkan.

Dia minat melukis sejak dia berumur enam tahun lagi. Tetapi dia terpaksa menguburkan minatnya itu tatkala mama dan papanya menyuruh dia untuk menjadi seperti kak Zahra.

Dia bukan Zahra Aleysha. Dia adalah Zehra Mikayla yang cuma meminati bidang lukisan. Salah ke dia suka melukis. Itu cuma hobinya.

Bila dia bosan, dia akan melukis. Apabila perasaannya pada masa itu sedih, marah dan lain-lain, dia akan lepaskan segalanya dalam bentuk lukisan.

Meskipun dia sudah lama meninggalkan hobinya yang satu itu, tetapi lukisannya tetap saja cantik seperti dahulu. Dia berbangga kerana dia mempunyai bakat dalam lukisan.

Dia mengambil berus lukisan yang ada di atas meja itu sambil tangannya memegang cat minyak yang bermacam-macam warna.

Dengan bacaan basmallah, dia mula melukis dengan penuh fokus. Dia tidak mahu hasil karyanya itu comot. Dia malas nak buat semula.

Sambil melukis, sambil akal di benak memikirkan sesuatu. Dia berfikir, adakah mereka akan membenarkan dia bekerja atau terus menjadi 'orang gaji' mereka? Sungguh dia tidak tahu.

Sampai bila dia nak hidup macam ni? Dia nak juga mempunyai pengalaman bekerja. Tapi itu la, bila dia nak bekerja ada saja alasan yang diberikan oleh Puan Adorah dan Tuan Affan.



Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now