KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 39K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

07 | AM

16.9K 657 35
By imzafira_

Setelah berjalan beberapa minit, Alyssa mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghantar mesej ringkas kepada Aryan. Sebelah kening Aryan ternaik membaca mesej itu.

Alyssa

'Abang Aryan nak jalan sampai mana?'

Aryan menoleh ke kiri dan ke kanan tubuh Alyssa sudah tiada di sampingnya. Dia berpusing ke belakang dan ternampak Alyssa sedang bercekak pinggang di dalam kedai chicken rice chop.

Alyssa memanggil Aryan dengan gerakan jari telunjuknya. Aryan mengeluh kecil lalu berjalan menuju kedai makan itu.

"Kau orderkan untuk aku sekali. Apa-apa pun aku tak kesah." Tangan Aryan tidak berhenti menaip di atas telefonnya dari kedai cincin tadi sampai ke sini. Berkerut dahi Alyssa. Takkan dia nak balas dendam dengan Alyssa?

"Dia tengah chat dengan siapa? Dari tadi tak berhenti. Busy sangat ke?" Bisik hati Alyssa. Dia cuba menjenguk skrin telefon Aryan tetapi tidak kelihatan apa pun.

Setelah Alyssa selesai memesan makanan, dia terus saja memandang ke arah Aryan. Aryan masih tidak sedar.

"Entah-entah encik tunang dia dah ada perempuan lain dekat kem tu sebab tu tak dapat datang. Kesian, dah lah cacat lepastu kena tipu. Aku rasa dia memang dilahirkan untuk ditinggalkan..."

Kata-kata itu kembali bermain di fikiran Alyssa. Berdosa sangat ke kalau ada kekurangan? Hina sangat ke sampai perlu dipermainkan sampai macam ni?

Alyssa mengeluarkan telefonnya dan menulis sesuatu di dalam notes. Dia mengetuk meja itu beberapa kali untuk menarik perhatian Aryan tetapi Aryan langsung tidak memandangnya.

Alyssa menendang kaki Aryan dari bawah meja membuatkan Aryan terjerit kecil. Semua orang dikedai itu mula memandang ke arah mereka. Aryan tersenyum lalu meminta maaf.

"Kenapa kau tendang kaki aku?" bisik Aryan perlahan. Alyssa menghadapkan skrin telefonnya ke arah Aryan.

'Alyssa nak putuskan pertunangan kita.'

"Hah? Kau dah gila ke? Semua persiapan kita dah buat. Lagi 3 bulan je kita dah nak kahwin. Takde-takde kau jangan nak merepek." Bantah Aryan sekeras-kerasnya.

Sudahlah Aryan kena paksa kahwin dengan Datin Katrina. Kalau Aryan putuskan pertunangan ini mahu dia dikena bebel dengan Datin Katrina tujuh keturunan.

'Abang Aryan dah ada orang lain Alyssa tak nak jadi orang ketiga'

Aryan semakin bingung. Dahinya berkerut sejuta. Sejak bila Alyssa tahu pasal April?

Alyssa mengeluh kecil lalu berura-ura ingin beredar dari situ.

"Alyssa." Aryan berdiri lalu menghalang laluan Alyssa.

"Duduk dulu. Kita bincang elok-elok. Please.." rayu Aryan. Alyssa kembali melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Aryan turut duduk di hadapan Alyssa.

Pesanan makanan mereka sudah terhidang di atas meja. Masing-masing tidak bersuara. Aryan memandang Alyssa yang dari tadi menundukkan kepala.

"Kenapa kau nak putus dengan aku? Aku nak jawapan yang kukuh dulu baru aku akan fikirkan balik permintaan kau" kata Aryan kepada Alyssa memecah keheningan. Mustahil Alyssa tahu tentang April sedangkan April tiada di sini.

Alyssa menulis di dalam notes nya lagi.

'Abang Aryan dah ada orang lain'

"Siapa kata? Siapa yang pandai-pandai reka cerita? Kau cakap dengan aku sekarang." Tegas Aryan menyoal.

Alyssa menundukkan kepala kerana takut dengan tatapan tajam Aryan. Bibir diketap menahan air mata.

"Alyssa, pandang aku." Alyssa mengeleng laju.

"Aku tak ada perempuan lain selain kau, Alyssa. Percayalah cakap aku" pujuk Aryan. Dengan tangan yang mengeletar Alyssa menaip di atas skrin telefon.

Alyssa perlahan-lahan mendongak memandang Aryan dengan air mata bergenang.

'Habistu abang Aryan chat dengan siapa dari tadi tak layan Alyssa pun'

Tersenyum Aryan membaca tulisan Alyssa.

"Aku chat dengan kawan aku. Kitorang tengah bincang pasal kerja" kata Aryan lembut. Alyssa masih tidak percaya. Dia memandang wajah Aryan lama.

"Kau tahu kan aku kerja apa? Kau tahu kan kerja aku berbahaya? Kau tahu kan aku tak boleh kongsi maklumat misi aku kepada sesiapa walaupun isteri aku sendiri?" soal Aryan bertubi-tubi. Alyssa mengangguk pada setiap soalan Aryan.

"Percayakan aku. Aku takkan pernah curang dengan kau. Aku takkan duakan kau." Alyssa mengangguk perlahan lalu air matanya mengalir di pipi kanan.

"Nah, lap air mata kau. Nanti orang ingat aku marah kau pula." Aryan menghulurkan sehelai tisu kepada Alyssa. Alyssa mengesat air matanya dengan tisu itu.

"Say aaa.." kata Aryan sambil mengangkat sudu yang berisi nasi ke arah Alyssa. Alyssa terkedu dengan tindakan Aryan tetapi tetap mengikut saja arahan Aryan. Nasi disuapkan ke dalam mulut Alyssa. Tersenyum Alyssa.

"Kau ada apa-apa nak beli lagi tak?" soal Aryan selepas mereka keluar dari kedai makan itu.

Alyssa menunjuk ke arah satu kedai kasut di depan mereka. Aryan mengangguk sekali lalu mengikuti langkah Alyssa. Dia memilih sementara Aryan duduk di atas sofa bermain telefonnya lagi. Sibuk betul Aryan Mikael mengalahkan CEO.

Alyssa melabuhkan punggung di sebelah Aryan untuk memakai kasut yang dipilihnya. Kasut tumit tinggi dihulurkan kepada Alyssa oleh staf di situ.

Aryan mengerling kasut yang dipilih Alyssa sebelum dia sambung membalas mesej dengan Fathi pula.

Alyssa yang sudah siap memakai kasut tumit tinggi itu dibantu oleh staf untuk berdiri. Agak tinggi kasut yang dia pilih tapi dia suka. Tergelak Aryan melihat cara jalan Alyssa seperti seekor ketam.

"Kalau tak boleh jalan pilih yang lain. Dah macam ketam aku tengok kau" sindir Aryan. Alyssa berpusing dengan pantas tanpa dia sedari dia tersilap langkah menyebabkan dia jatuh ke atas lantai. Aryan meluru ke arah Alyssa.

"Kau ok tak?" Mendengar Alyssa mengerang kesakitan membuatkan Aryan bertambah panik.

Aryan menanggalkan kasut itu lalu mendukung tubuh Alyssa keluar dari kedai itu. Beg tangan dan kasut Alyssa sempat diambil. Alyssa memukul bahu Aryan berkali-kali ingin dilepaskan tetapi dihiraukan Aryan.

Semua orang di dalam pusat membeli belah itu memandang ke arah mereka. Ada yang menangkap gambar dan mengambil video. Nak buat video jj agaknya.

Sehingga ke dalam kereta Aryan dukung Alyssa. Habis lupa dia pasal hukum hakam. Aryan bergerak ke arah pemandu dengan pantas. Alyssa memukul bahu Aryan berkali-kali. Aryan menangkap kedua tangan Alyssa lalu digenggam erat.

"Kenapa dengan kau ni, Alyssa?" soal Aryan tegas. Alyssa menepis kuat tangannya sehingga terlerai genggaman tangan mereka.

Pang!

Satu tamparan mendarat dipipi kiri Aryan sehingga terteleng kepalanya. Tamparan yang sangat kuat sampai meninggalkan kesan merah dipipi Aryan.

Dada Alyssa turun naik. Aryan masih terkilan dengan tamparan tersebut. Tanpa menunggu lama Aryan memandu kereta membelah jalan. Stereng kereta digenggam kuat dengan kening berkerut. Alyssa melihat ke luar tingkap sambil menangis.

Sampai dirumah Mansur, Alyssa terus masuk ke dalam rumah menuju biliknya. Mansur yang sedang membasuh pisau menoreh getah di depan rumah dihiraukan.

Aryan turun daripada kereta lalu mendekati Mansur. Aryan salam tangan Mansur penuh hormat.

"Kenapa dengan Alyssa, Aryan?" soal Mansur. Aryan menarik nafas dalam sebelum menjawab soalan Mansur.

"Alyssa kata dia tak sihat, abi."

"Tak sihat sampai menangis?" Mansut memandang wajah Aryan lama. Aryan menundukkan kepalanya.

"Dia sakit kepala sangat agaknya. Aryan balik dulu abi ada kerja dekat bandar" kata Aryan. Dia salam tangan Mansur semula.

"Kamu balik ke bandar terus ke?" Mansut menghantar Aryan sehingga depan keretanya. Aryan mengangguk sekali dengan senyuman segaris.

"Ini barang Alyssa, abi. Tolong sampaikan dekat dia. Lagi satu abi, tolong cakap yang Aryan minta maaf" pesan Aryan. Mansur mengangguk lalu mengambil beg kertas itu. Mansur memegang bahu Aryan.

"Aryan, abi yang besarkan Alyssa. Abi kenal Alyssa. Dia takkan sakitkan orang lain kalau orang lain tak sakitkan dia" kata Mansur lalu menepuk bahu Aryan berkali-kali.

Mansur perasan kesan merah dipipi kiri Aryan. Pasti ada yang tak kena dengan mereka berdua. Aryan mengangguk sekali lalu masuk ke dalam keretanya.

Setelah Aryan pergi, Mansur masuk semula ke dalam rumah mencari Alyssa. Pintu bilik Alyssa diketuk berkali-kali.

"Alyssa, kamu ok ke tak?" soal Mansur dari luar bilik Alyssa.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam. Wajah Alyssa agak sembam kerana terlalu banyak menangis.

"Ini Aryan bagi. Aryan pesan suruh abi bagitahu Alyssa yang dia minta maaf." Mansur menghulurkan beg kertas itu kepada Alyssa.

"Alyssa mesej Aryan, ya nak? Bincang elok-elok dengan dia" pesan Mansur sambil mengusap hujung kepala Alyssa. Alyssa mengambil beg kertas berisi cincin mereka berdua itu. Dia mengangguk sekali kepada Mansur lalu pintu ditutup semula.

Kaki bergerak mendekati katilnya. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Telefon dikeluarkan dari beg tangannya. Nombor Aryan ditenung lama. Air mata tidak henti membasahi pipinya.

Ting!

Aryan mencapai telefonnya yang berada disebelahnya.

Alyssa

'Kenapa nak minta maaf?'

Aryan menghentikan kereta di bahu jalan.

Alyssa

'Aku minta maaf sebab bertindak diluar kawalan tadi'

'Bertindak macam mana?'

'Alyssa tak faham'

"Aduh dia main tarik tali pula" keluh Aryan.

Alyssa

'Aku minta maaf sebab dukung
kau dekat shopping mall tadi'

'Aku tak sengaja..'

'Kenapa abang Aryan tak
sengaja?'

'Sebab aku risaukan kau!'

'Abang Aryan marahkan
Alyssa ke?'

"Haih lah, Alyssa. Dari dulu sampai sekarang kau memang tak pernah berubah. Setiap kali aku minta maaf mesti kau nak aku merayu dekat kau kan?" kesal Aryan. Dia tahu apa yang Alyssa nak Aryan cakap apa.

Alyssa

'Aku minta maaf aku buat sebab
aku sayangkan kau'

'Puas hati kau!?'

'Alyssa pun sayang abang Aryan🤍'

"Kalau bukan sebab abi memang tak ada maknanya aku nak minta maaf. Rugi masa aku je risaukan kau. Sakit pipi aku kena tampar." Aryan meraup wajahnya lalu mencampak telefonnya ke kerusi penumpang di sebelah.

Kaki Alyssa tak teruk pun sebenarnya. Aryan yang melebih.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Orang kampung banyak yang datang membantu Mansur membuat persiapan perkahwinan Alyssa. Saudara mara Alyssa juga datang. Meriah sungguh rumah Mansur dengan gelak tawa mereka.

Kerusi meja disusun oleh orang lelaki termasuk khemah. Di bahagian dapur, orang perempuan sedang memasak.

"Alyssa, untungnya kamu dapat mak mertua baik macam Datin Katrina ni" puji Mak Ngah. Alyssa tersenyum manis.

"Tak sangka orang kaya macam Datin ni pun sanggup datang merewang sekali dengan kitorang" kata Mak Long sebelum ketawa kecil.

"Alyssa dah macam anak saya sendiri. Dari kecil saya jaga dia.  Memang saya sayang sangat dekat dia. Setakat merewang ni memang saya suka lagi-lagi dengan suasana kampung macam ni" jelas Datin Katrina. Mereka semua tertawa.

"Kamu kata kamu ada dua orang anak lelaki. Yang lagi satunya mana?" soal Mak Ngah lagi.

"Oh, yang lagi satu tu tengah bertugas jadi tak dapat datang. Minta maaf lah ye." Mereka beroh besar.

"Takpe, kami faham. Kerja askar ni bukan boleh buat main. Kena serius dan berani." Kata salah seorang makcik bawang di situ.

"Alyssa, tolong buatkan air untuk orang lelaki. Kesian pula mak long tengok diorang berpeluh-peluh bawah matahari tu." Alyssa mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya menuju dapur.

Baru saja Alyssa masuk ke dalam dapur, dia ternampak Liyana Azira, anak Mak Ngah.

"Kau nak buat apa? Air? Tak payah biar aku je yang buat. Entah jampi apa yang kau akan letak dalam air nanti sampaikan semua lelaki terhegeh-hegeh nakkan kau" kata Liyana lalu menjeling mata malas.

Mereka berdua memang tidak rapat sebab sejak dari kecil Alyssa duduk di bandar. Sekali-sekala mereka akan berjumpa ketika musim perayaan saja. Liyana lebih tua seumur daripada Alyssa jadi dia selalu membuli Alyssa. Liyana ada seorang adik kembar bernama Luqman Azieff.

Alyssa berura-ura ingin keluar tetapi dipanggil Liyana semula.

"Eh, nak pergi mana tu? Tolong aku ambilkan gelas lepastu cuci bersih-bersih. Entah barang dalam rumah kau ni dah bertahun tak basuh agaknya. Berhabuk je aku tengok" sindir Liyana sambil memerhati setiap inci rumah Alyssa.

"Sebelum habuk tu aku sumbat dalam mulut kau baik kau diam." Mereka berdua menoleh memandang Nabila yang sedang berdiri di atas tangga itu.

Semua orang Nabila langgar tak kira dia kenal atau tidak. Kalau sesiapa berani sakitkan hati Alyssa memang dia yang akan maju dulu.

Nabila baru sampai sebab dia kena jaga supermarket tadi. Alyssa dan Nabila berpelukan.

"Sorry sebab aku datang lambat. Nasib baik aku on time kalau tidak entah apa dia buat dekat kau" kata Nabila lalu mengerling ke arah Liyana sekali sebelum mereka menjeling sesama mereka.

"Patutlah kau makin lama makin biadap. Dapat kawan pun jenis kuajar macam ni." Sinis Liyana.

Nabila berura-ura ingin mendekati Liyana tetapi Alyssa menarik tangan Nabila sambil mengeleng laju. Alyssa tak nak majlisnya huru hara nanti.

"Cepat basuh gelas tu! Kesian crush aku berpeluh-peluh dekat luar tu. Mesti dia dahaga" kata Liyana sambil menjenguk ke luar tingkap.

Ada banyak lelaki dekat luar sana. Entah siapa yang Liyana maksudkan 'crush' dia.

"Silap-silap crush dia reject dia sebab dah taken." Bisik Nabila kepada Alyssa tetapi dapat Liyana dengar.

"Aku healing sampai pagi tak balik! Oh no! Tak boleh! Hatiku dah parah kau tak boleh nak tarik!" Alyssa menari-nari depan Alyssa. Alyssa memukul lengan Nabila menyuruhnya untuk berhenti tetapi Nabila tak kesah.

Liyana berdengus kasar lalu mendekati mereka berdua. Dia melanggar bahu Alyssa kuat sehingga terdorong ke tepi Alyssa.

"Kurang ajar betul lah kau ni! Cakap elok-elok tak boleh ke?" Alyssa menarik tangan Nabila yang hampir menarik tudung Liyana itu.

---------------------

Continue Reading

You'll Also Like

78.5K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
185K 1.9K 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasa...
1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...
38.4K 1.1K 31
"Taknak la kawin dengan pakcik tu"ucap firya "Oh taknak yee jangan harap kau boleh lepas"ucap naufal "Ehhh kamu ni naufal suka betul laa"ucap putra "...