OG | Cerita Ini Cerita Kita

By aafirn

1.4K 30 9

"Aku terima nikahnya Nur Fatima binti Ilyas dengan mas kahwinnya sebanyak RM 300 tunai." Lafaz yang dizahirka... More

2
3
4
5
6
7
8
hello
9
10
11
12
13
14

1

312 5 0
By aafirn

"YOU'VE been staring at the same page for the good 10 minutes, Firhan."

Firhan tersentak. Lipat maut dia menoleh ke arah pintu bilik. Terkedu dia dibuatnya tatkala pandangannya bertembung dengan pandangan redup Fatima yang selesa bersandar di birai pintu bilik tidurnya.

"Sejak bila you tercegat dekat situ?" soal Firhan, berusaha untuk menutup kegugupan yang entah kenapa bertandang. Dia terasa seperti tertangkap semasa melakukan kesalahan besar.

"In the last 10 minutes," jawab Fatima seraya membuka langkah untuk masuk ke dalam bilik Firhan. Duduknya dilabuhkan di atas katil Firhan. "You menungkan apa?" soalnya sambil menjungkit kening.

"Huh? Tak ada apa la." Sepantas kilat Firhan menggeleng kepala. Dia menundukkan kepala. Pandangannya ditalakan ke arah buku Think Like a Monk yang terbuka di atas riba.

Fatima terus memerhatikan Firhan yang kononnya sedang membaca itu. Padahal dia tahu lelaki itu bukannya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaan pun. Dia yakin 200 peratus yang ketika ini fikiran lelaki itu sedang dihuni dengan bayangan seseorang. Atas sebab itu, Firhan ketika ini bersikap lain macam.

Fatima bergerak turun semula dari katil lalu dia menghampiri Firhan yang duduk di atas sofa tunggal di hadapan katil. Tanpa sepatah kata, buku yang terdapat di atas riba Firhan dicapai.

Firhan terkejut. Lantas dia mendongakkan kepala untuk memandang Fatima yang berdiri di hadapannya. Wanita yang menyarung sehelai kaftan itu beriak selamba.

"Biar I sajalah baca buku ni, Fir. I don't think you're reading. Or, if you do read, I'm pretty sure there's nothing from this book that stuck in your mind." Penanda buku yang elok terletak di atas meja dicapai lalu digunakan untuk menanda halaman yang ditinggalkan Firhan. Fatima tetap juga meletakkan penanda walaupun dia pasti yang Firhan perlu membaca buku ini bermula daripada halaman pertama semula. Kalau dia meminta Firhan untuk mengulas semula apa yang sudah dibacanya, Fatima yakin 200 peratus yang Firhan tidak mampu melakukan perkara itu.

"Tapi..." Firhan cuba menghalang. Tapi, laju sahaja kata-katanya dicantas oleh Fatima.

"Takde tapi-tapi, Fir. You nampak teruk sangat dah ni. Why not you keluar? Jalan-jalan dekat taman ke? Or go grab something from Starbucks?" cadang Fatima sambil menjungkit kening. Dia tahu, Firhan sangat menggemari kopi dari Starbucks. Jadi, dia memberi cadangan yang dirasakan munasabah bagi Firhan ketika ini.

Firhan menghela nafas. Matanya dipejamkan seketika sambil badannya disandarkan sepenuhnya pada kerusi. Walaupun dia cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Fatima itu, dia tetap tidak dapat menafikan bahawa setiap kata-kata gadis itu semuanya betul. Dia sememangnya langsung tidak dapat fokus pada pembacaannya walaupun dia cuba untuk membaca sejak 30 minit yang lepas. Dia membuat keputusan untuk membaca kerana dia fikir dengan membaca, dia dapat melupakan seketika seseorang yang sedang mengganggu ketenangan dirinya. Namun, entah apa yang telah dibacanya sepanjang 30 minit ini pun dia tidak tahu.

"I keluar dulu." Fatima meminta diri. Lebih baik dia keluar dari bilik Firhan. Dia tidak mahu kehadirannya semakin menyebabkan fikiran lelaki itu semakin serabut. Biarlah Firhan bersendirian.

"Fatima."

Langkah Fatima spontan terhenti. Langsung dia tidak jadi meneruskan langkah apabila namanya diseru oleh Firhan. Dia menoleh ke belakang. Buku Think Like a Monk dipeluk erat di dada.

"Yes?"

"Can you make me a cup of tea?" soal Firhan yang bunyinya lebih kepada permintaan. Saat ini, dia tidak pasti kalau kopi kegemarannya yang boleh didapati dari Starbucks itu mampu menenangkan sedikit perasaan dan fikirannya, tapi dia yakin teh panas yang dibancuh oleh Fatima mampu membuatkan dia lebih tenang.

"Sure." Fatima tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Setakat bancuh secawan teh, itu tidak menjadi masalah.

"Thanks Fatima." Firhan mengukirkan senyuman nipis. Ikhlas.

"No biggie."


FATIMA merenung mug yang sudah diisi dengan air panas dan seuncang teh. Air panas yang sedang bertukar warna kepada warna jingga itu terus diperhatikan. Fikirannya melayang teringatkan peristiwa di pasar raya tengah hari tadi. Peristiwa yang dia yakin menjadi punca Firhan asyik termenung sejak mereka pulang dari pasar raya dua jam yang lalu.

Fatima yang baru sahaja mahu mencapai kotak jus oren Marigold menarik semula tangannya apabila telinganya menangkap satu suara menegur Firhan. Dia berpaling ke belakang. Terkedu dia tatkala matanya tertancap pada dua figura yang sedang berdiri di tidak jauh darinya.

Firhan.

Dan, di hadapan Firhan pula, berdirinya seorang gadis.

Husna.

Pandangannya dinaikkan ke wajah Firhan. Dia tidak tahu kenapa, tapi, dia sangat ingin tahu bagaimana reaksi Firhan ketika ini. Ternyata, reaksi lelaki itu seratus peratus sama sepertinya.

Tergamam.

Terkejut.

Terkelu.

"You beli barang ke?"

Suara Husna menerjah telinga. Sepatutnya, kalau diikutkan, Fatima tidak akan boleh mendengar sepotong soalan itu kerana kedudukan Husna dan dirinya boleh dikatakan jauh. Tapi, entah macam mana, dia dapat mendengar dengan jelas soalan yang diutarakan oleh gadis itu. Very loud and clear. Mungkin atas sebab tiada lagu atau suara DJ kedengaran melalui corong-corong pembesar suara seperti sebelum-sebelum ini.

Pandangannya kembali ke wajah Firhan. Untuk kesekalian kalinya, rasa ingin tahu tentang reaksi Firhan menebal. Tidak dapat disembunyikan hakikat bahawa di sudut hatinya, dia sangat berharap Firhan akan menghiraukan soalan itu. Bukan. Dia sebenarnya berharap Firhan akan terus beredar dari situ. Dia berharap, Firhan tidak akan terkaku di situ. Dia berharap Firhan tidak akan memandang Husna begitu.

Itu harapannya.

Tapi, Fatima lihat, Firhan menganggukkan kepala. Respon Firhan itu membuatkan Fatima tersenyum sendiri. Tentunya bukan senyuman lebar. Dia tersenyum pahit. Dia akhirnya membuat keputusan untuk tidak terus menunggu di situ. Jadi, tanpa menegur Firhan atau Husna, Fatima lantas berpaling semula ke belakang dan sekotak Marigold dicapai sebelum langkahnya diatur ke rak yang menempatkan pelbagai jenis mi segera sekaligus meninggalkan Firhan dan Husna. Dia tidak mahu kehadiranya di situ disedari oleh Firhan atau Husna sebab dia cukup tahu kalau salah seorang daripada dua individu itu menyedari yang dia sedang menjadi pemerhati, keadaan akan menjadi sangat janggal.

Lagipun, Fatima sedar diri. Itu dunia mereka berdua dan Fatima tiada hak untuk mengganggu momen mereka.

Fatima ditarik ke realiti. Spontan dia menghela nafas berat. Kepalanya digelengkan. Seakan cuba untuk melupuskan peristiwa yang terjadi di pasar raya tadi dari ingatan. Tangannya dipanjangkan untuk mencapai sudu dari dalam bekas kutleri untuk digunakan bagi mengacau air teh yang masih berasap di dalam mug.



SEPASANG baju kurung kain kapas yang berlatar belakang rona putih dan bunga-bunga tabur dicapai dari dalam almari lalu diletakkan terus ke atas katil. Sejurus selepas itu, Fatima menarik laci yang terdapat di bahagian bawah almari. Tudung-tudung bawal miliknya yang terlipat elok di dalam laci itu diperhatikan satu persatu. Sesekali dia menoleh ke arah belakang untuk melihat baju kurungnya. Dia membandingkan rona tudung yang sesuai untuk digandingkan dengan baju kurung itu. Selepas otaknya ligat berfikir untuk beberapa ketika, Fatima akhirnya memilih sehelai tudung bawal berwarna putih susu.

Laci kembali ditutup setelah dia mengeluarkan sehelai tudung bawal yang menjadi pilihan hati. Dia kemudiannya mencapai semula baju kurung kain kapas yang diletakkan di atas katil. Bersama baju kurung dan tudung di tangan, Fatima melangkah keluar dari bilik. Sebelum pintu bilik dikatup, dia sempat mematikan suis lampu dan kipas.

Fatima melangkah ke bilik Firhan yang terletak betul-betul di hadapan biliknya. Pintu itu diketuk beberapa kali.

"Fir."

Tiada jawapan. Dahi Fatima berkerut. Firhan dah tidur ke? Tak munasabah... Selalunya selagi jarum jam tak menginjak melepasi 12 tengah malam, selagi itulah lelaki itu tidak akan melelapkan mata. Hatta jika Firhan sangat penat sekali pun, lelaki itu akan pastikan menyiapkan segala kerjanya terlebih dahulu sebelum merebahkan badan di katil.

"I nak baju and seluar you. I nak iron."

Masih tiada jawapan. Mana pergi Firhan ni?

"I buka pintu ni eh?" soal Fatima sebelum memulas tombol pintu. Kerutan di dahinya semakin jelas kelihatan apabila dia sedar bilik tidur Firhan kosong. Lelaki itu tiada di mana-mana. Tandasnya juga kosong.

Fatima keluar semula dari bilik Firhan. Langkahnya dibawa menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Kalau Firhan tiada di dalam bilik, tentunya lelaki itu berada di tingkat bawah. Tiba di ruang tamu, matanya meliar. Cuba mencari kelibat Firhan, namun ruang tamu juga kosong.

Fatima kemudiannya menghalakan langkahnya ke dapur. Tiba sahaja di dapur, pandangannya terus tertancap pada pintu bilik laundry yang terbuka. Eh? Tanpa berlengah, dia menghampiri bilik itu. Membulat matanya tatkala terpandang figura Firhan yang sedang menggosok baju.

"Fir?"

Firhan mengangkat muka lantas mengukir senyuman.

"Hey Fatima."

"You buat apa ni, Fir?"

"Hmm, gosok baju?"

Fatima mengerutkan dahi. "Suddenly?" Sejak dua bulan yang lepas, dia dan Firhan sudah mencapai kata sepakat untuk membahagikan setiap tugas untuk memastikan urusan seharian mereka berjalan lancar. Tuga menggosok baju itu salah satu tugas Fatima, jadi semua baju Firhan dan bajunya sendiri akan digosok olehnya.

Firhan mengangguk. "I rindu nak gosok baju sendiri," tuturnya memberi alasan.

Dengan dahi yang masih berkerut, Fatima melangkah masuk ke dalam bilik laundry. Baju kurung dan tudung bawalnya diletakkan di atas bangku yang terdapat di situ.

"You tak perlu risau, okey? Insya-Allah baju and seluar I tak hangus. I kan ex-student boarding school, so gosok baju ni kacang hijau je. Kalau I tak reti gosok baju sendiri, memang menalukan nama baik sekolah," ujar Firhan Panjang lebar tanpa memandang Fatima. Seratus peritus tumpuan diberikan kepada kerjanya sekarang ini.

Fatima tidak memberi sebarang respon. Matanya tidak lepas daripada memerhatikan Firhan yang sedang berdiri membelakanginya. Perbualannya dengan Alia beberapa bulan lepas menerjah fikiran.

"Along aku tu, kalau dia stress atau overthinking, perangai pelik dia akan automatik muncul."

"Perangai pelik? Perangai macam mana tu?"

"Dia akan start gosok baju. Kau jangan tanya aku kenapa dia gosok baju bila dia stres atau overthinking sebab aku sendiri pun tak tahu. None of us in the family including ibu tak tahu kenapa."

Jadi, sekarang ini, Firhan sedang stress atau overthinking?

Tap.

Fatima tersentak. Bunyi petikan jari Firhan menariknya ke realiti. Bertambah terkejut apabila wajah Firhan berada sangat hampir dengan wajahnya.

"Mengelamun..." Hidung Fatima ditarik selamba.

"Auch, Fir!" Fatima mengaduh. Matanya dijengilkan ke arah Firhan yang sedang ketawa. Seronok sangat agaknya selepas dapat menarik hidungnya yang tak berapa mancung mana ni.

"Give me your baju kurung and tudung," tutur Firhan seraya menghulurkan tangannya ke arah Fatima. Dia sudah selesai menggosok kemeja dan seluar slacknya. Sudah siap digantung pada penyangkut baju lagi.

"Why?"

"Biar I tolong gosok. Dah alang-alang I tercegat dekat sini."

"Eh, tak perlu. I boleh gosok sendiri," ujar Fatima sambil menggeleng. Baju kurung dan tudung bawalnya terus dicapai dari bangku sebelah lalu diletakkan di atas riba. Dia tidak mahu Firhan mengambil pakaiannya itu. Bukan apa, dia tidak mahu menyusahkan Firhan.

"Apa salahnya? Selama ni you je yang selalu gosok baju I. I belum pernah gosok baju you. So, malam ni biarlah I tolong you." Firhan berdegil.

Fatima menggeleng sekali lagi. "I boleh gosok sendiri, Fir."

Firhan mengecilkan mata. "You are doubting my ironing skill, kan?

"No!"

"Dah tu?"

"I boleh gosok."

"I pun boleh gosok. So, give me your baju. Or else..."

Fatima menunggu kata-kata Firhan yang seterusnya. Tapi, melihatkan senyuman nakal Firhan ketika ini, dia dapat mengesan yang lelaki itu sedang merancang sesuatu.

"I'll tickle you." Dan, selepas itu, dia mula menggeletek pinggang Fatima. Dia tahu, Fatima tidak tahan apabila digeletek lebih-lebih lagi pada pinggangnya. Dia pernah lihat Alia menggeletek Fatima sehingga membuatkan Fatima hampir menangis.

"Fir! No! Stop!" Fatima terjerit. Tangan Firhan cuba ditolak. Dia sudah terasa mahu menangis. Macam mana Firhan boleh tahu titik kelemahannya yang satu ini? Dan, macam mana Firhan boleh tiba-tiba sahaja menggeleteknya begini? Bukan ke lelaki ini sedang stress memikirkan perihal Husna?

"I'll stop if you give me your baju." Firhan bersuara nakal. Dia masih menggeletek Fatima.

"Okey, okey!" Lengan Firhan yang mengepung dirinya ditepuk beberapa kali. Tanda dia menyerah kalah.

Firhan akhirnya berhenti menggeletek Fatima. Tubuhnya kembali ditegakkan dengan senyuman kemenangan merekah di bibirnya. Keningnya dijongket beberapa kali sambil tangannya dihulurkan kepada Fatima. Meminta pakaian milik gadis itu.

Fatima tidak dapat menahan dirinya daripada menjulingkan matanya ke atas. Walaupun dia sakit hati kerana Firhan main tipu, namun begitu, dia tetap juga menyerahkan baju kurung dan tudung bawalnya kepada Firhan. Dia tidak mahu Firhan menggeleteknya untuk kali kedua. Sungguh, dia serik!

Senyuman Firhan melebar sambil baju kurung dan tudung bawal yang dihulur oleh Fatima dicapai dan tangannya dibawa ke atas kepala gadis itu lalu rambut Fatima diusap selamba.

"Good girl."

Fatima terkedu. Bagai disampuk gayanya saat ini walaupun Firhan sudah pun berpaling ke arah iron board semula. Jantung sudah berdegup dalam kadar abnormal. Dadanya disentuh.

Tuhan...

Continue Reading

You'll Also Like

223K 13.6K 45
The feeling of being abandoned by one's own family was not unknown to Aadhira. She hates her family for abandoning her when she was only a newborn, l...
460K 16.6K 192
Won Yoo-ha, a trainee unfairly deprived of the opportunity to appear on a survival program scheduled to hit the jackpot, became a failure of an idol...
251K 18.2K 22
Avantika Aadish Rajawat Aadi, with his fiery nature, adds intensity and excitement to their relationship, igniting a spark in Avni. Avni, like the ca...
261K 9.5K 53
Anhay Sharma:- Cold business tycoon who is only sweet for his family. He is handsome as hell but loves to stay away from love life. His female employ...