TUAN JEFRI 2 - YUHAIRA

By AisyRihana

16.9K 847 72

Sambungan Tuan Jefri Sebelum baca YUHAIRA, sila baca TUAN JEFRI dahulu sebab YUHAIRA ni ada berkait dengan TU... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
44
45
AKHIR
JUWITA
SOAL SELIDIK
Patahnya Sayap Rindu

43

276 14 0
By AisyRihana

JACK mengekori kereta yang dipandu oleh Syed Huzair. Lebuh raya tidak sesak. Kereta yang lalu-lalang tidak banyak. Mudah bagi Jack dan kawannya yang memandu lori pasir buat kerja. Jack menghubungi kawannya yang dalam perjalanan untuk buat kerja. Dalam beberapa minit, datang lori pasir dari arah bertentangan kereta Syed Huzair. Jack berhenti di tepi jalan. Dia keluar melihat kereta Syed Huzair terbalik gara-gara dilanggar oleh lori pasir. Keadaan kereta Syed Huzair sangat teruk. Jack menjangkakan Syed Huzair tidak akan selamat. Jack ketawa terbahak-bahak bila melihat kereta itu tiba-tiba terbakar.

Telefon Jack berdering. Segera dia keluarkan telefonnya dari kocek seluar. Nama Haziq tertera di skrin telefon lalu dia angkat panggilan itu.

"Abang kesayangan kau dah mati!" ujar Jack. Haziq terus mematikan panggilan. Jack cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan bergegas pergi. Dia melalui kawasan yang sudah sesak kerana kemalangan ngeri itu. Lebar senyumannya melihat orang ramai berkerumun membantu mengeluarkan mangsa.

#

BERITA kemalangan Syed Huzair telah sampai ke pengetahuan Syed Abdullah. Syed Abdullah bergegas meninggalkan mesyuaratnya pergi ke hospital. Sebelum itu, dia menghubungi Ruhaila dan Haziq untuk pergi sekali ke hospital.

Sampai di hospital, Syed Abdullah dimaklumkan oleh doktor yang merawat mengenai keadaan Syed Abdullah. Keadaan Syed Huzair sangat teruk sekali. Syed Huzair berada 50-50. Doktor tidak dapat memberikan jaminan Syed Huzair boleh diselamatkan atau tidak. Jika Syed Huzair selamat, Syed Huzair akan lumpuh seumur hidupnya.

Resah dan gelisah hati tua Syed Abdullah pada anak lelakinya itu. Walaupun Syed Huzair membencinya, Syed Abdullah tidak membalas kebenciannya itu kepada anaknya. Syed Abdullah menghubungi kawannya yang merupakan doktor terbaik di luar negara. Dia mahu kawannya merawat anaknya walaupun apa pun caranya.

Ruhaila dan Haziq mendapatkan Syed Abdullah.

"Macam mana keadaan abang?" Haziq berpura-pura tanya.

"50-50. Jika Huzair hidup, Huzair akan lumpuh seumur hidupnya." Ujar Syed Abdullah.

Haziq menahan diri dari tersenyum. Dia berharap abangnya itu mati. Kalau hidup, Syed Huzair akan lumpuh dan Haziq akan buat Syed Huzair lumpuh seluruh anggota badannya pula. Inilah balasan kepada Syed Huzair kerana menghinanya. Syed Huzair dan Raihana sudah dapat balasan mereka. Siapa lagi nak menghinanya? Silakan. Dia akan balas dengan teruk!

Datang pula bekas isteri Syed Abdullah, Puan Nina. Puan Nina sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang anak tirinya. Walaupun hubungan Puan Nina dengan Syed Huzair tidak baik, Syed Huzair masih menghormatinya sebagai ibunya. Puan Nina pula sayang dan anggap Syed Huzair macam anak kandungnya sendiri. Kedatangan Puan Nina mencetuskan rasa tidak suka Ruhaila terhadap bekas isteri Syed Abdullah itu.

"I tak setuju you bawa Huzair berubat di luar negara. Tunggu keadaannya betul-betul stabil, baru bawa dia pergi." Ujar Puan Nina.

"Keadaan Huzair sangat teruk. Kita tak tahu bila dia akan stabil." Ujar Syed Abdullah.

"I dah tanya doktor. Kalau you bawa Huzair sekarang, Huzair boleh mati."

Syed Abdullah melepaskan keluhan. "Habis tu, apa patut I buat?"

"Bawa kawan you ke sinilah. Itu pun you tak boleh fikir?" marah Puan Nina namun dia faham akan kekusutan Syed Abdullah sekarang. Syed Huzair belum melepasi paras bahaya. Anak lelakinya itu sedang bertarung nyawa.

"Siapa jaga Lea dengan Aidil?" Syed Abdullah ubah topik perbualan.

"Mak I yang jaga mereka. Semenjak you berkahwin dengan perempuan tu, you langsung tak jenguk mereka." Puan Nina menjeling ke arah Ruhaila.

"I'm sorry." Ucap Syed Abdullah. Wajahnya tidak bermaya pada waktu ini. Matanya sudah bengkak.

"By the way, betul ke khabar angin I dengar? Budak tu anak you dengan Ruhaila?" tanya Puan Nina. Alang-alang sudah bersua muka, elok dia tanya bekas suaminya itu.

"Yes." Jawab Syed Abdullah lemah.

Puan Nina senyum sinis.

"Patutlah you menceraikan I."

"Nina, please. Jangan buat kecoh kat sini. I tak larat nak bergaduh. Huzair masih dalam wad." Pinta Syed Abdullah.

"You jangan risaulah. I bukan perempuan macam dia suka buat kecoh." Masih segar dalam ingatan sewaktu Ruhaila dan Syed Abdullah sudah sah menjadi suami isteri, Ruhaila datang ke rumah Puan Nina dan menampar Puan Nina tanpa sebab. Ruhaila siap bagi amaran lagi padanya agar menjauhkan diri daripada Syed Abdullah. Puan Nina pula nak melawan, dia tak mahu. Sudahnya, dia ikut saja kemahuan Ruhaila itu.

Hubungan suami isteri di antara Puan Nina dengan Syed Abdullah tidak baik selepas 4 tahun berkahwin. Syed Abdullah banyak menghabiskan masa dengan kerja. Lelaki itu sering mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak mereka. Silap Puan Nina kerana merampas Syed Abdullah daripada ibu Syed Huzair. Dia sudah faham betapa seksanya ibu Syed Huzair berlakikan Syed Abdullah ini lagi-lagi Syed Abdullah ada hubungan dengan Ruhaila sehingga ada anak luar nikah. Rasa menyesal sentiasa menghuni dalam hatinya.

Dekat tiga jam Ruhaila dan Haziq menunggu di luar wad dengan Syed Abdullah. Puan Nina pula pergi solat. Ruhaila berasa bosan. Haziq juga sama. Kedua-dua mereka balik. Sampai di rumah, Ruhaila menampar Haziq secara tiba-tiba.

"Mama?" Haziq meraba pipinya. Tiba-tiba pula dia ditampar tanpa sebab.

"Kenapa kamu bunuh Raihana?" soal Ruhaila.

Reaksi Haziq berubah. Dia bagaikan disoal oleh malaikat maut sekarang.

"Mama cakap apa ni? Saya tak faham."

"Jangan buat tak faham, Haziq! Kenapa kamu bunuh Raihana?" soal Ruhaila. Merah matanya memandang Haziq.

"Mama mengarut apa ni?" Haziq cuba mengelak dari mengaku.

"Haziq, tolonglah bercakap benar dengan mama. Kenapa kamu bunuh Raihana?"

"Ma, saya tak bunuh Raihana." Haziq berbohong.

"Kenapa pihak polis panggil kamu ke balai polis beberapa kali?"

"Sebab mereka nak mengesahkan kematian Raihana. Itu aje." Macam mana Ruhaila tahu?

"Kamu tak beritahu mama fasal ni, Haziq."

"Hal macam ni tak perlu mama tahu. Pihak polis panggil saya untuk mencari pembunuh Raihana. Mereka minta saya mengecam orang yang disyaki oleh pihak polis. Saya tak tahu muka pembunuh tu macam mana. Jadi, tak ada penyelesaian kepada kes ini, mama."

"Ada orang cuba menutup kes ni supaya pembunuh tu terlepas. Mama nak tahu siapa orangnya."

Haziq ketap gigi. Ruhaila tahu daripada siapa tentang ini? Tak akanlah Ruhaila mengupah penyiasat pula menyiasat kes kematian Raihana? Haziq tak boleh membiarkan Ruhaila dapat tahu siapa pembunuh sebenar Raihana.

"Serahkan kepada pihak polis. Kes ini akan selesai juga." Ujar Haziq lalu memeluk Ruhaila.

"Maafkan mama kerana menuduh kamu."

Haziq mengeratkan pelukan mereka. "Tak apa, ma."

Entah kenapa Ruhaila merasakan Haziqlah pembunuh Raihana. Nalurinya sangat kuat mengesahkannya. Andai benar, dia tidak tahu hendak bersemuka dengan Haziq selepas ini.

Haziq menghantar Ruhaila masuk ke biliknya. Haziq cepat-cepat turun ke bawah. Dia menghubungi Jack.

"Kau dah keluar dari Malaysia?" tanya Haziq.

"Dah. Aku kat Thailand sekarang ni. Kenapa? Kau ada job untuk aku ke?"

"Kau dengar sini, mulai sekarang jangan call aku. Aku dengan kau dah tak ada apa-apa kaitan lagi."

"Yalah, yalah. Aku tahulah."

Panggilan dimatikan.

Haziq merengus. Dia pandang atas. Dia tidak boleh membenarkan Ruhaila tahu dialah yang membunuh Raihana dan juga Syed Huzair.

#

JANTINA sudah disahkan! Yuhaira dan Jefri bakal menerima anak perempuan. Nama sudah pun diberikan iaitu Iris Raihana. Jefrilah yang paling gembira kerana dia akan mempunyai sepasang anak.

"Kalau anak kita keluar lelaki, abang nak letak nama apa?" tanya Yuhaira.

"Letak nama Firhat Alan."

"Firhat Alan? Sesuai juga nama tu tapi Alan tu nama Inggerislah, bang. Kita anak Melayu."

"Alan nama ayah abang. Abang nak mengabadikan nama ayah pada nama anak kita. Kalau Aira tak suka, tak apa."

"Okey juga letak nama ayah abang. Ayah abang, orang paling penting dalam hidup abang. Macam abang. Abang sangat penting untuk Aira."

Jefri usap pipi Yuhaira. Fasal pertemuan semalam dengan Ruhaila, Jefri tidak mahu cerita. Dia tak nak nanti Yuhaira terkesan hati.

"Abang tak cerita pun fasal ayah kandung abang. Abang asyik cerita fasal papa, ibu dan keluarga abang yang lain." Ujar Yuhaira.

Reaksi Jefri berubah seketika.

"Abang tak banyak kenangan dengan arwah ayah." Ujar Jefri. Dia tidak diberikan peluang untuk menjadi anak kepada Alan Tan semasa Alan masih hidup. Alan lebih suka membazirkan masa hidupnya dengan makan najis dadah.

Jefri usap perut Yuhaira. "Abang dengan ayah tak ada apa-apa yang indah. Semuanya kelam. Abang tak ingat bila kali terakhir dia memeluk abang dan ucap kata-kata indah untuk abang dan Airin."

Yuhaira terdiam seketika. Silap bertanyalah pula.

"Abang nak makan nasi air? Aira nak buatkan nasi air kalau abang nak." Yuhaira ubah topik.

"Boleh juga."

Yuhaira bangun dan turun ke dapur. Di dapur, ada Puan Rahimah sedang memasak sesuatu dengan Jamilah.

"Kamu dengan Jefri dah makan?" tanya Puan Rahimah. Yuhaira dan Jefri keluar awal tanpa sempat menjamah sarapan pagi tadi.

"Belum lagi. Aira nak buatkan nasi air untuk abang."

"Jangan buat. Biar Jamilah buatkan." Tegah Puan Rahimah. Semenjak Yuhaira semakin sarat, Puan Rahimah banyak melarang Yuhaira melakukan kerja rumah termasuk memasak.

Yuhaira patuh. Dia duduk di kerusi dan membiarkan Jamilah memasak. Puan Rahimah siap memasak masakan kegemarannya. Dia duduk di kerusi sambil perhatikan Jamilah memasak. Jamilah ini pandai juga memasak. Dia yang rajin memasak tiba-tiba jadi malas pula sebab Jamilah yang suka memasak ini.

"Mak, tadi Aira ada tanya abang fasal ayahnya. Aira rasa macam salah tanya pula. Abang nampak macam tak suka aje Aira tanya fasal ayahnya." Ujar Yuhaira.

"Jefri memang tak berapa suka kalau ada orang menanyakan fasal ayahnya."

Yuhaira tersentak.

Puan Rahimah pandang Yuhaira lalu tersenyum. "Maksud mak, Jefri tak suka tu sebab dia tak ada apa-apa kenangan terindah dengan arwah ayahnya. Arwah ayahnya nak kata baik, baiklah juga tapi mak tengok hubungan Jefri dengan arwah ayahnya tidak sebaik yang disangkakan. Jefri banyak terima kesakitan berbanding kasih sayang. Dadah menjadi punca keretakan kebahagiaan mereka sekeluarga. Jefri lebih suka berkasih sayang dengan pak langnya berbanding ayah kandung. Aira faham-fahamlah kenapa."

"Oh, begitu rupanya. Kasihannya abang."

"Mujurlah Jefri tak ikut perangai bapaknya. Cuma garang dia tu dia mewarisi daripada neneknya."

"Haah. Nenek punya garang lagi dahsyat dari abang." Tiba-tiba dia jadi seram pula bila teringatkan Puan Sri Fiona.

Puan Rahimah ketawa kecil.

"Jefri bukan anak yang malang. Dia anak yang bertuah. Dia seorang yang penyabar dan bertanggungjawab. Masa silam yang kelam itu banyak mengajarnya menjadi orang yang tabah. Sebab itulah kita selalu tengok dia bersemangat dan tidak lemah dengan mudah. Tetapi, waktu arwah Hanna meninggal dunia, Jefri menjadi lemah selemahnya. Kami semua risau akan dia. Kami takut akan kehilangan dia. Alhamdulillah, Jefri sememangnya orang yang sangat tabah dan dia reda. Bila Aira muncul dalam hidup kami, kami nampak keceriaan Jefri semula."

30 tahun yang lalu, berlaku konflik keluarga di antara Puan Naurah, Jefri, Airin dengan arwah Tok Pah. Puan Naurah dan Jefri dihalau keluar daripada kampung selepas kematian Alan. Pada masa itu, Puan Rahimah tidak tahu bagaimana kehidupan adik dan anak saudaranya itu. Arwah Tok Pah melarang keras mereka adik-beradik daripada mengingati Puan Naurah dan Jefri serta Airin.

Airin terpisah dari Jefri dan dibesarkan oleh orang kampung Puan Rahimah. Puan Rahimah tidak sedar Airin yang pada masa itu dipanggil Suraya adalah anak saudaranya. Airin berkawan baik dengan arwah Hanna. Sememangnya ia membuatkan Puan Rahimah berasa bersalah terhadap Airin ketika itu kerana tidak mengenali anak saudaranya sendiri.

Jefri membesar dalam keadaan yang penuh dengan rasa dendam dan kebencian apabila menyangka Puan Naurah meninggal dunia kerana kejahatan Tan Sri Halim. Konflik demi konflik terjadi. Mereka menyangka mereka mampu menyelesaikan konflik itu dengan baik tetapi tidak. Konflik itu dapat diselesaikan tetapi ia mengorbankan nyawa arwah Hanna ketika.

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tempoh pemergian arwah Hanna. Mereka sekeluarga perlu meneruskan kehidupan mereka walaupun hati masih lagi bersedih di atas pemergian arwah Hanna.

"Nasi air abang dah siap?" tanya Jefri. Dia muncul tanpa Puan Rahimah dan Yuhaira sedar.

"Dah siap, Datuk." Jawab Jamilah.

"Mak tak bagi Aira masak. Risau kalau Aira terjatuh." Ujar Puan Rahimah dengan sikap berjaga-jaganya itu.

"Mak jangan manjakan sangat Aira ni. Nanti naik lemaknya." Usik Jefri.

Mereka ketawa.

Telefon Jefri berdering. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon.

Jefri angkat panggilan telefon itu.

"Jef! Syed Huzair dah meninggal dunia!" beritahu Ashraf.

"What?!" Jefri terkejut seraya tidak percaya. "Syed Huzair meninggal dunia? Dia sakit apa?"

"Bukan sakit. Dia kena langgar pagi tadi."

"Innalilah."

Panggilan dimatikan.

"Abang," panggil Yuhaira. Benarkah apa yang dia dengar?

"Syed Huzair kemalangan pagi tadi dan meninggal dunia selepas beberapa jam kemudian."

"Allah!"

#

JENAZAH Syed Huzair sudah selamat dikebumikan. Syed Abdullah duduk mendiamkan diri di dalam bilik. Dia tidak keluar dari bilik. Tetamu yang hadir beransur pergi. Mereka memahami kesedihan Syed Abdullah jadi mereka tidak mengambil hati jika tidak bertemu dengan Syed Abdullah. Puan Nina yang menguruskan semua termasuk pengebumian Syed Huzair kerana Syed Abdullah tidak kuat melakukannya. Mujurlah ada Puan Nina. Jika mengharapkan Ruhaila, agaknya Syed Huzair tidak dikebumikan.

"Tugas you dah selesai. You boleh balik." Ujar Ruhaila. Rimas melihat bekas isteri Syed Abdullah bersungguh-sungguh menguruskan pengebumian Syed Huzair.

"I tahulah!" ujar Puan Nina bengis.

"Assalamualaikum." Jefri memberi salam. Dia hadir seorang diri. Yuhaira mahu ikut sekali tetapi dia tidak membenarkan Yuhaira datang kerana risau akan keselamatan Yuhaira bila berhadapan dengan Ruhaila dan Haziq.

"Waalaikumussalam." Jawab Puan Nina. Puan Nina tergaman seketika melihat Jefri.

"Maaf saya datang lambat." Ujar Jefri. Dan dia juga tergaman seketika melihat wanita di depannya.

"Kamu ni Jefri, anak Naurah?" tanya Puan Nina menginginkan kepastian.

"Ya, saya Jefri. Aunty Nina, kan?"

"Ya Allah, Jefri!"

Jefri senyum lebar. Tak sangka dapat bertemu dengan kawan ibunya yang sudah lama berpisah.

Jefri dan Puan Nina duduk. Ruhaila turut duduk sekali sambil memerhati mereka berdua.

"Kamu kenal dengan Huzair rupanya. Tak sangka dunia ni kecil." Ucap Puan Nina. Puan Nina adalah kawan baik kepada Puan Naurah melalui abang Puan Nina yang merupakan rakan niaga Tengku Jaafar.

"Ya. Dunia ini kecil. Saya tak sangka aunty rupa-rupanya bekas isteri Syed Abdullah malah aunty diceraikan kerana perempuan tu." ujar Jefri mengundang ketawa Puan Nina.

"Aunty dah lama tak berhubungan dengan ibu kamu. Agaknya ibu kamu masih fikir aunty belum berkahwin, kan?"

"Itulah. Dah lama kami tak berhubungan dengan aunty. Rasanya ibu mesti terkejut. Jadi, aunty belum mencari pengganti ke? Syed Abdullah dah ada penggantinya." Sempat Jefri mengerling ke arah Ruhaila.

"Aunty tak nak berkahwin lagi. Aunty nak membesarkan dua orang anak aunty tu. Anak aunty dengan Abdullah, anak yang sah!" sengaja Puan Nina menekan ayat hujungnya. Bukan dia berniat mahu menghina status anak Ruhaila dengan Syed Abdullah tetapi kerana mengenangkan perangai Syed Abdullah yang menggilai wanita itu, sakit hati Puan Nina ini.

Ruhaila merengus kasar bila dia menjadi bahan dua manusia itu. Dia bingkas bangun lalu naik ke atas mendapatkan Syed Abdullah. Melihat Ruhaila sudah tiada, Puan Nina mula bersikap serius.

"Razlan masih jadi polis?" tanya Puan Nina akan anak angkat Puan Naurah itu. Puan Naurah sempat mengenalkan dia kepada ASP Razlan suatu ketika dahulu.

"Dia masih lagi seorang polis. Kenapa, Aunty?"

Puan Nina pandang sekeliling termasuk pandang ke atas. Dia bangun.

"Kita bercakap di luar." Ujar Puan Nina lalu pergi ke luar. Dia duduk di meja batu yang berada jauh dari kawasan rumah. Jefri turut duduk.

"Entah kenapa aunty merasa Ruhaila dan Haziq yang merancang kemalangan tu. Mereka nak Huzair mati." Ujar Puan Nina. Firasatnya kuat mengatakan kedua-dua orang itu ada kaitan dengan kemalangan yang melibatkan kematian Syed Huzair.

"Aunty nak Razlan menyiasat fasal ni?" tanya Jefri.

"Kalau boleh." Puan Nina pandang Jefri.

"Macam ni, apa kata aunty buat report polis. Minta polis menyiasat kemalangan Syed Huzair. Kita tak boleh menuduh Haziq dan Ruhaila ikut suka hati. Mereka tak akan mengaku kalau berlaku tuduhan ni. Hanya polis saja boleh menyelesaikannya." Ujar Jefri. Sebab itulah dia tidak membalas perbuatan Haziq terhadap Yuhaira. Dia menyerahkan semuanya kepada ASP Razlan untuk diselesaikan. Kes pembunuhan Sharifah Zanariah dan Raihana hampir selesai berkat usaha ASP Razlan.

"Sebetulnya hati Aunty tak pernah rasa tenang semenjak Abdullah berkahwin dengan Ruhaila. Aunty risau kalau Ruhaila mencederakan Abdullah. Wanita tu bukan sembarangan orang. Dia mampu menghancurkan orang yang dia tidak suka."

"Dia tak akan berani menghancurkan hidup orang, aunty. Dia akan jatuh juga akibat perbuatannya sendiri."

#

JEFRI memeluk isterinya dari belakang. Sungguh erat pelukan itu bagaikan tidak mahu melepaskan isterinya.

"Penat." Ujar Jefri. Dia melentokkan kepala di bahu Yuhaira.

Yuhaira bawa Jefri berbaring di atas kali bersamanya.

"Sepanjang hari abang pergi balik. Mana tak penatnya?"

Jefri mengiring ke arah Yuhaira.

"Abang berharap sangat tiada yang mengacau rumah tangga kita. Abang dah penat nak hadapi manusia yang sakit hati dengan kita. Entah apalah salah kita sampai mereka membencikan kita dan nak buat kita bukan-bukan."

"Aira ada terbaca kata-kata ini, Ada orang, Allah berikan ujian dengan nikmat dan kebahagiaan. Ada orang, Allah uji pula dengan kegagalan dan kesedihan. Dan ingatlah, walau macam mana berat pun ujian itu, itu tanda Allah sayang."

"Allah sentiasa uji kita dengan pelbagai dugaan. Orang yang bersabar dan ikhlas menerima, orang itulah yang Allah paling sayang."

"Ya, betul tu abang. Ada hikmah kenapa semua ini berlaku."

"Abang nak kita berdua kuat hadapi ujian ini."

"Aira kuat kerana abang kuat."

Jefri senyum lebar. Dia kucup dahi Yuhaira. Tiada sesiapa yang mahukan ujian berat ini melainkan mereka adalah insan yang terpilih. Ujian ada hikmah disebaliknya.

"Esok teman abang pergi ke majlis hari ulang tahun perkahwinan kawan abang."

"Siapa kawan abang tu?"

"Dato' Iqbal dan Datin Natrah. Dato' Iqbal tu kawan abang semasa belajar dulu. Dia banyak membantu abang pada masa tu. Dah lama abang tak jumpa dia sejak sibuk dengan kerja."

"Abang, kita pun kena buat majlis ulang tahun perkahwinan kita juga. Teringin tau nak sambut."

"Insya-Allah, abang akan buat."

#

RUHAILA pergi ke suatu tempat yang tersorok. Dia menerima panggilan daripada bekas pembantu rumah Sharifah Zanariah yang mahu berjumpa dengannya pada waktu malam.

"Kenapa kau balik sini?" tanya Ruhaila.

Seri terketar-ketar berhadapan dengan Ruhaila. Dia berasa sangat takut ketika ini.

"Saya mohon pada ibu, bantu'in saya, bu. Ada orang mahu bunuh saya."

"Siapa pula nak bunuh kau?"

"Enggak tahu."

"Bodoh!" Ruhaila menampar Seri. Seri menangis teresak-esak kerana dia sudah tertangkap oleh seorang lelaki.

"Kau sepatutnya duduk di Indonesia tapi kau balik juga sini. Kau nak kita masuk penjara?" soal Ruhaila.

Seri menangis tak berhenti. Ruhaila berasa sebal pula. Ingatkan apalah yang mustahil sangat Seri nak jumpa dengan dia. Ruhaila segera pergi sebelum ada yang ternampak dia.

ASP Razlan dan Jefri keluar dari semak. Mereka mendekati Seri.

"Saya udah lakukan apa yang bapak mahu." Ujar Seri tersedu-sedan. Dia tunduk ke bawah. Takut nak tengok muka dua ekor singa itu.

Jefri senyum sinis.

ASP Razlan berjaya menahan Seri sebelum Seri sempat menaiki kapal terbang pulang ke Indonesia. Berkat hasil siasatan ASP Razlan yang menyoal jiran Sharifah Zanariah yang ternampak Seri keluar dari rumah agam itu dengan tangan berlumuran darah dan pegang pisau di tangan, terus ASP Razlan menjalankan operasi mencari Seri. Seri dipaksa dan hampir dibelasah untuk mengaku kesalahannya. Mujurlah Seri cepat mengaku. Pisau yang menjadi senjata pembunuhan pula, Seri tanam di belakang surau berdekatan dan sudah dianalisiskan.

Seri juga berkata Syed Abdullah telah merosakkan CCTV rumah Sharifah Zanariah dan membelikan tiket kapal terbang untuk Seri.

Ini bermakna, bukan Ruhaila seorang yang terlibat dalam pembunuhan Sharifah Zanariah, Syed Abdullah juga terlibat sama sebagai rakan subahat dengan Seri.

#

TIBA majlis hari ulang tahun perkahwinan Dato' Iqbal dengan Datin Natrah, Yuhaira sedikit lelah kerana terpaksa berjalan jauh sedikit daripada kereta yang diletakkan ke dewan majlis. Nak tak nak, Yuhaira kena menggagahkan diri juga berjalan. Nasib baik dia datang dengan Jefri. Kehadiran Jefri dan Yuhaira disambut oleh Dato' Iqbal dan Datin Natrah. Namun malang sekali buat Yuhaira apabila Tengku Lily dan Tengku Mona juga ada. Mereka dijemput oleh Datin Suria, ibu Dato' Iqbal yang pernah berurusan dengan adik Tengku Jaafar itu. Jefri dan Yuhaira tidak perasan Tengku Lily dan Tengku Mona berada dalam majlis ini.

Lama Tengku Lily perhatikan Yuhaira yang galak berada di sebelah Jefri melayani orang yang berbual-bual dengannya. Memang sakit hatinya! Cemburunya dia tak boleh nak kawal. Rasa nak tolak Yuhaira jauh-jauh daripada Jefri.

"Kamu bawa ubat tu?" tanya Tengku Mona. Mereka sudah menjangkakan kehadiran Jefri dan Yuhaira ke majlis ini. Jadi mereka sudah menyediakan ubat itu.

"Mestilah bawa!"

"Good!"

Tengku Lily menghampiri meja yang ada gelas dan minuman. Dia mengisi air ke dalam gelas. Dia mengeluarkan sebiji ubat yang dihancurkan dan dituangkan ke dalam gelas berisi minuman itu. Tengku Lily memanggil pelayan. Dia memberikan gelas itu kepada pelayan dan menyuruh pelayan itu memberikan kepada Yuhaira.

Pelayan itu pula mengikut saja arahan daripada tetamu yang dia tidak kenal. Dia membawa minuman itu kepada Yuhaira. Kebetulan Yuhaira sedang kehausan, dia mengambil minuman itu daripada pelayan. Dia meneguk air itu sambil diperhatikan jauh oleh Tengku Lily dan Tengku Mona. Kedua-dua anak beranak itu pula bersorak gembira apabila Yuhaira meminum air yang berisi ubat itu.

Ubat yang mereka letak dalam minuman itu adalah ubat keguguran. Ruhaila yang memberikan ubat itu kepada Tengku Lily dan Tengku Mona. Wanita itu menyuruh dua anak-beranak itu selalu membawa ubat ini sekiranya ada majlis atau pergi ke tempat yang ada Yuhaira. Jadi, di majlis inilah peluang untuk Tengku Lily dan Tengku Mona menjalankan rancangan mereka.

Kesan ubat itu mengambil masa dekat 30 minit. Selepas 30 minit berlalu, Yuhaira berasa sakit perut. Mulanya dia boleh menahan rasa sakit itu namun lama-lama dia tidak boleh menahan. Sudahnya, keluar cecair berwarna merah dari celah kelangkangnya. Yuhaira menjerit sakit dan pengsan di pangkuan Jefri. Suasana menjadi panik. Tetamu yang hadir termasuk Dato' Iqbal dan Datin Natrah memberikan kerjasama kepada Jefri membawa Yuhaira pergi ke hospital.

Majlis itu diteruskan seperti biasa. Tengku Lily dan Tengku Mona bersuka-ria menikmati acara majlis pada malam itu kerana mereka menyangka mereka sudah berjaya menumpaskan Yuhaira. Mereka juga yakin anak dalam kandungan Yuhaira mati.

Continue Reading

You'll Also Like

299K 12.2K 67
Laura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain...
275K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
557K 21.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
46.6K 1.8K 51
Mengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan...