My Dear Loser

By mynameismas

2.1K 230 73

Apa akan terjadi jika kau jumpa semula orang yang pernah buli kau lama dulu? More

KUCH-KUCH HOTA HAI
FARHAN
SUP
ULAT SAGU
HAZER DARI NERAKA
HAZER DARI NERAKA II
INFINITY WAR:THANOS
EPIPHANY
EPIPHANY II : HAZER vs HAZER
STAR OF STARS
STAR OF STARS:VENUS
MEE REBUS vs YOO SI JIN
PANDORA BOX
PANDORA BOX II
COLCHESTER
UNTIL WE MEET AGAIN
AFTER A WHILE
BUAH KHULDI vs CINCIN BELAH ROTAN
JAMIL OH JAMIL
MISI MENJINAK NAGA
BEGIN AGAIN
KONFRONTASI
SI BERET BIRU MUDA
BANDUNG BONDOSOWO

TRUTH UNTOLD:END OF THE BEGINNING

81 9 10
By mynameismas

"Is that all you can say? How am I suppose to meet her without feeling guilty?"

Fateh yang mundar-mandir dan Jimmy yang membebel  langsung tidak membantu situasi Farhan ketika itu.Wajahnya tenang tetapi tidak ada sesiapa yang tahu betapa berkeladaknya pemuda tersebut.

"And all of your stupid banters for these few days just because your guys know each other before?"

" Is that my fault?"

"Hello..what ever it is,she is still our senior you brat! "

Farhan terdiam buat beberapa detik dan hanya kedengaran bunyi dia menyedut air dari dalam bekas plastik dengan laju.Cuba menyejukkan hatinya yang panas barangkali.

Naifa.Sekali lagi gadis tersebut menjadi puncanya dikeroyoki beramai-ramai petang itu.Semuanya kerana mereka terserempak dengan Naifa yang baru turun dari sebuah kenderaan bercermin gelap dengan nombor pendaftaran yang bukan biasa.ZD.Nombor pendaftaran kenderaan rasmi Angkatan Tentera Malaysia.Bahkan ketika seorang pemuda lengkap berpakaian hijau muda dan berseluar hijau gelap keluar dari perut kenderaan tersebut lalu memberikan tabik hormat,Fateh yang tahu serba sedikit berkenaan protokol ketenteraan itu hanya melopong.Kaku dengan mata yang terkebil-kebil.

" Sebab itulah kau tanya dengan adik aku hari tu?"

Fateh menatap pemuda itu dengan lagak seakan-akan mahu mencekiknya.Aduhai..ke mana hendak disorokkan muka mereka jika bertemu dengan Naifa kelak?

Gadis yang merajai kumpulan pemberontak itu sememangnya penuh dengan kejutan.Apa lagi yang hendak dikatakan mereka dalam situasi sebegitu.Naifa yang menjadi sasaran empuk para kru hazer minggu orientasi terutama sekali oleh Farhan yang tampak benar terganggunya itu ternyata bukan seseorang yang wajar perlakukan sebegitu.Dan Farhan sendiri mengakuinya setelah didesak berkali-kali.

Lalu,Jimmy yang sepertinya tersilap memilih kerjaya sebagai seorang doktor berbanding penyiasat persendirian itu mulailah bertanya itu ini kepada para staf bahagian pentadbiran.Sedikit keberuntungan kerana disebabkan paras rupanya yang terkena tempias oppa-oppa Korea itu,dia senyum sedikit sahaja para staf bahagian pentadbiran luluh lalu membeberkan sedikit sebanyak point penting yang dimahukan si Oppa celup itu.

Terlepas dari si tukang tebar persona oppa jadi-jadian itu,Khan dengan bermodalkan wang saku Ammar yang bernasib buruk kerana tewas dalam cara biasa mereka- permainan gunting batu kertas-menghulur cup minuman Starbuck sambil melayangkan tatapan khas 0.0001 peratus DNA Shah Rukh Khan membuatkan para staf mabuk bagaikan terlebih memakan jering tersebut berjaya mendapatkan hal sama seperti Jimmy.

Bahawa ada beberapa pelajar yang terlibat dalam sebuah program kerjasama antara universiti dengan sebuah universiti tentera yang merangkumi bidang kejuruteraan dan perubatan.Mereka adalah pegawai-pegawai bertauliah dalam bidang masing-masing dan sedang berkhidmat dengan pasukan keselamatan tersebut dan sekurang-kurangnya berpangkat leftenan.

Dan tambah tolak darab bahagi sekalipun,Naifa ternyata merupakan senior mereka !

"Weii..aku pun baru tahulah."

Jelas sekali Farhan tidak terima apabila rakan-rakannya menyalahkan dia dalam hal tersebut.Alasannya,dia tidak memberitahu mereka hal yang sebenar.Lalu,jika mereka tahu sekalipun,apa yang akan berubah? Akan mereka biarkan sahajakah Naifa begitu hanya disebabkan dia lebih senior?

"Boleh pula aku denda dia push up 20 kali hari tu!! Aduihhhh..."

Seperti kepala berambut keriting itu didiami ratusan ekor kutu,Ammar merungut sendiri sambil mengaduk-aduk rambutnya membuatkan Farhan ingin sekali menyumbat mulut si keribo itu dengan kertas.

"Sebab tu aku taknak bagitau korang awal-awal.Kan tak pasal-pasal aku lagi yang salah?"

"Dan biarkan kami nampak jahat di mata Naifa?"

"Haihh..sejak bila pula topik kita bertukar kepada Naifa ni??"

Khan menjegil biji mata sementara Jimmy pula menyepetkan matanya sehingga hanya membentuk garisan.Ammar mencekak pinggangnya sendiri manakala Fateh berpeluk tubuh.

"Aku tak kira" Jimmy menyambar buku di atas meja sambil mendekatkan mukanya kepada Farhan yang rimas dipandang begitu."Yang aku tahu,kau kena cari jalan macam mana nak minta maaf dengan Naifa.Muktamad!"

"Aku pulak??"

Protes Farhan mati sebaik Jimmy meletakkan telunjuknya merentangi bibir petanda dia tidak mahu mendengar sebarang alasan.

"Salah siapa?" Ammar mendagu dengan cebikan khasnya yang paling menjengkelkan pernah dilihat Farhan setakat ini.

"Oii..."Farhan melaung kawan-kawan 'bertuah'nya itu ketika mereka seorang demi seorang meninggalkannya yang termangu-mangu sendiri.

Eissstttt...Naifa Zahra!!!

*                *                  *

Sebentar-sebentar Jumaat datang lagi dan tahu-tahu sahaja sudah dua minggu berakhirnya Minggu Orientasi para pelajar junior.Selepas melalui minggu yang melelahkan dengan diakhiri dengan kemuncak malam penutupan serta menobatkan STAR OF STARS,rupanya hanya berbaki tiga empat hari lagi sebelum Farhan kembali semula ke hospital untuk menyudahkan bulan-bulan terakhir tempoh praktikalnya.

Sepanjang menyudahkan tetek-bengek tugasannya sebagai Pengerusi MPP,hampir tiap hari dia didatangi Khan,Jimmy,Fateh,ataupun Ammar bahkan sekali-sekala Anita.

Empat makhluk berjambul itu datang untuk menagih janji yang entah sejak bila dipersetujuinya dan dia diperingatkan secara jelas bahawa hal tersebut perlu diselesaikan sebelum mereka kembali semula ke hospital.Sesekali sempat singgah di fikiran Farhan dosa apa yang sudah dia perbuat pada masa silam sehingga balasan untuk dosa tersebut mendatanginya dalam bentuk empat orang pemuda yang sebaya dan selalu membuatkan dia pusing tujuh keliling.Sahabat-sahabat karibnya lagi!

Meminta maaf bagi Farhan bukanlah suatu hal yang sukar tetapi jika menyangkut nama Naifa,segalanya serba tidak kena.Dari dulu lagi.Hakikat bahawa tidak ada seorang pun selain mereka berlima yang tahu perihal Naifa menambah bebannya.

Naifa seperti biasa sesuai dengan reputasinya sebagai magnet yang memiliki kutub bertentangan dengan para kru hazer Minggu Orientasi yang lepas kerap dilihat bersama Raez,Amei dan Uwais.Sudah tentu kerana mereka berkongsi sentimen yang sama sebagai mangsa penindasan kru hazer dar neraka pimpinan Farhan sementara dia dan Uwais dinobatkan sebagai STAR OF STARS Minggu Orientasi.

Dengan pelajar lain baik yang junior atau senior,Naifa baik-baik sahaja namun sebaik sahaja melihat tampang Farhan-raut wajah gadis itu berubah drastik.Bukan tidak pernah mereka terserempak dan jelas-jelas Naifa sanggup berpatah semula ke belakang dan mengambil jalan lain hanya kerana dia sedang menuju ke arah gadis tersebut.

Peluang terbaik hadir pada suatu petang ketika Farhan mendatangi bangunan pentadbiran bagi menghantar sebuah fail yang dipinjamnya beberapa hari yang lepas.Naifa tanpa ditemani sesiapa melangkah satu persatu sambil memerhatikan skrin telefon bimbitnya sehingga tidak menyedari pemuda itu hanya berjarak beberapa ela daripadanya.

Demi apa saja.Jika di belakang Naifa tidak berdirinya Ammar,Fateh,Khan dan Jimmy-Farhan pun tidak mahu juga menunggu Naifa begitu.Perduli apalah dia dengan permintaan mereka kerana Farhan malas sekali berurusan dengan gerombolan penjahat itu tetapi apakan daya.Dia tidak lagi mampu mengelakkan diri kerana keempat-empat mereka berdiri tegak seperti patung batu di Kepulauan Ester itu.

Farhan memandangi mereka minta dikasihani tetapi empat orang pemuda itu tetap bergeming.Dia hanya berani membuka mulut untuk memberi salam setelah melihat Jimmy mengacukan tinju dan membuat jurus seakan-akan patukan bangau di belakang Naifa untuk mengancamnya.

"Assalamualaikum,Naii."

Naifa angkat wajah dan pantas sekali dia mengerutkan kening.

"Walaikumsalam.Ada apa-apa yang saya boleh bantu,senior Farhan?"Lihatlah sinis Naifa menjawab salamnya.

"Tentang minggu orientasi...."

" Peraturan adalah peraturan,senior.Tidak ada apa-apa yang perlu dijelaskan lagi."

Sekilas dilihat Farhan bibir Naifa terangkat membentuk bingkai senyum yang sangat kaku dan tidak ikhlas lalu dengan satu anggukan,dia kembali membuka langkah melepasi Farhan yang kaku di tempatnya berdiri.Begitu sahaja.Tanpa basa-basi.

" See?" Farhan mengetap gigi sambil melangkah menghampiri mereka berempat "Puas hati nampak macam mana Naifa tak endahkan aku sampai begitu sekali?"

Dia tahu mereka dapat membaca fikirannya dan kerana itulah manusia keribo itu segera meraih bahu Farhan dan mengurut-urutnya seraya menggiring pemuda itu meneruskan kuakan kaki.

"You know what,boss?"

Ujar Ammar dengan nada pasti seakan-akan dia merupakan seseorang yang sangat berpengalaman dan itu membuatkan hati Farhan jengkel bukan kepalang.

"Perempuan perlu tahu bahawa kita ini tidak mudah hilang akal kerana mentaliti seperti itulah yang membuatkan mereka paling terkesan.Jika kita kelihatan seperti orang mudah bingung,mereka akan menendang kita begitu sahaja kawan"

Lahh...lupakah dia kami ini merupakan saksi hidup bagaimana berpuluh-puluh kali juga dia ini mati kutu di depan Zakiah dulu? Kini gadis tersebut bakal menjadi tunangannya semata-mata kerana rekomendasi kakak Zakiah yang kebetulan merupakan senior dalam barisan MPP yang lama.Bukan kerana berkat keberkesanan segala macam teori tengiknya itu !

"Apa katamu?" Farhan berbalik menggeser tangan Ammar pada bahunya lalu mengepit leher pemuda tersebut pada celah ketiak " Jangan kau sama kan kejadian kau dan Zakiah dengan aku.Lagi pula,siapa yang paksa aku untuk meminta maaf dengan Naifa?"

Melihat Ammar kewalahan melepaskan diri daripada penumbuk Farhan yang ditorehkan ke arah ubun-ubunnya,gerombolan pendesak yang kurang sukses itu lari berhamburan meninggalkan Ammar yang menderita dan sedang berusaha melepaskan lehernya dari celah ketiak Farhan.

Bertuah punya kawan!! Tunggu giliran kalian ya.

*               *               *

Continue Reading

You'll Also Like

506K 2.2K 27
My nama is Nania. Aku yang akan jaga akaun ni sepenuhnya. Setelah di pas oleh beberapa orang. This is Firth story in this account. Sorry kalau cerita...
910K 51.3K 46
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "...
86.8K 6.4K 28
" Q ? Awak Q kan ? " - Qais Azrin - " Mana dia tahu nama panggilan aku yang dulu tu ? " - Qaseh Amani - Apabila mereka dipertemukan kembali. Si Qai...
141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...