Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Sembilan puluh lapan

1.1K 173 231
By smolbeanonaussieboi

umairahmeowho

287 likes
umairahmeowho

bini kau cantik? ada bela kucing dengan mengkarung tak? tak? HAH LEMAH!

view all comments...

spearb_riz GAMBAR LAST TU ASAL MACAM TU?!
umairahmeowho ASAL TAKLEH? TU KAN KELAS YOGA KUCING!
jujuyeoncats @umairahmeowho bukan begitu kak... ಥ‿ಥ

imyourmoon_hyungseo kenapa post gambar last tu acik 😭
umairahmeowho kenapa ramai mempersoalkan gambar last tu? ಠᴥಠ
imgojes_new gambar tu menganggu pandangan manusia dan boleh mengakibatkan trauma kepada kucing sebab acik gambar diorang macam tu 😭

QueenMunah MIRAH, WARDAH MASUK RUMAH AKU LAGI! KAU AMBIK ANAK KAU SEKARANG!
umairahmeowho JAP AKU DATANG 🏃‍♀️

abahganteng apa semua ni miskah? ಠᴥಠ

ayyaz_nekenab penatlah tengok perangai acik Mirah ni

bbangyounghoon ganas juga si Wardah tu eh acik Mirah

Di rumah Hyunjin, Wardah sedang ketakutan kerana dimarahi oleh si empunya rumah.

"Kak, Wardah kan kecil lagi janganlah marah-marah dia." ujar Minho sambil membelai anaknya. Hyunjin mengepalkan tangan, kalau tak disebabkan dia geli dengan Wardah sudah lama rambut Minho ia tarik.

"Macam mana aku tak marah?! Dia pergi masuk dalam baju abang Li! Kecil-kecil dah menggatal dengan laki orang! Kang aku bakar tak memasal jadi mengkarung panggang!" marah Hyunjin. Kesian Jisung sedang kemurungan dalam bilik sebab dinodai oleh seekor binatang.

Minho terkejut, anak daranya sudah berani berperilaku tidak elok!

"Wardah, kenapa buat macam tu?!" Minho bertanya kepada Wardah.

"Mak su, mak su tahu kan Wardah tak boleh bercakap?" tanya Changbin, menyedarkan Minho tentang fakta itu. Minho berdecit.

"Kau diam, bocah."

"Cih." Changbin sambung bermain game. Tiba-tiba Chan mendekati Minho dan menadah tangan, tanpa perlu disuruh Wardah sudah berpindah ke tangan kanak-kanak itu.

"Ayyan, jangan sentuh binatang tu! Gelilah!" marah Hyunjin.

"Tapi Ayyan tengok dia comel je. Tengok ni mummy." kanak-kanak itu menunjuk mengkarung pada Hyunjin. Hyunjin cepat-cepat menarik Changbin dan berlindung di belakangnya.

"Mummy, mummy lupa ke Riz pun takut binatang tu?" tanya Changbin.

"At least kalau binatang tu bergerak dia masuk dalam baju kau bukan baju aku." jawab Hyunjin, Changbin memandang ibunya dengan wajah tak percaya. Sampai hati betul.

"Ayyan tak takut pun kat Wardah. Kau je yang melebih, kak." kata Minho. Dia melihat Wardah sedang duduk manis di atas kepala Chan.

"Wardah jom balik."

Mengkarung itu mengelak setiap kali Minho mahu mengambilnya.

"Eh degil pula dia!" marah Minho.

"Ayyan rasa dia nak main dengan Ayyan lah." ujar Chan dan dengan ajaib Wardah mengangguk. Minho mencebik.

"Wardah tak nak dengan mama lagi?"

Wardah menggeleng.

"Sampai hatimu, Wardah. Dulu aku yang pungut kau kat tepi semak, macam ni kau balas bila dah besar? Sampai hatimu, nak..." kata Minho sambil memegang dada.

"Takyah drama lah, gila! Bawa dia keluar!" arah Hyunjin.

"Tapi Wardah nak stay dengan Ayyan." ujar Chan.

"Then keluar kau dari rumah ni." arah Changbin, dengan tidak berperikemanusiaan dia menolak Chan dan Minho keluar lalu menutup pintu tepat di depan mata mereka.

"Tak ada akhlak betul abang kau tu."

"Abang Riz memang macam tu. Akhlakless."

"Rosli, cepatlah datang sini! Kata nak teruskan misi!" kata Hongjoong, bersemangat betul ingin memutuskan hubungan Mingi dan Chaeyoung.

"Hari ni aku tak leh lah wei, aku tengah kemurungan." ujar Jisung.

"Aik? Buayaー"

"Bekas." Potong Jisung.

"Cih, yelah. Bekas buaya macam kau pun boleh murung ke? Kenapa murung ni? Meh cerita dekat abe." tanya Hongjoong, tak sedar Seonghwa sedang memberi tatapan judge hard padanya.

"Gini ceritanya be, tadi anak mengkarung Mirah masuk dalam baju aku abe. Geli aku tu be, geli... Malu aku dengan Munah sebab menjerit macam perempuan tadi be, hilang kelakian aku depan bini sendiri." cerita Jisung.

"Oh macam tu, takpe nanti abe marah si Wardah tu sebab kacau baby Lili. Nakal Wardah tu buat baby Lili macam ni."

"Thank you, abe Doll. Lili terharu."

"Aku cantik, hot, sexy macam ni pun dengan abang Rosli juga dia nak bergay. Macam takde bini je orang tua tu." bisik Seonghwa. Tak hairanlah mengapa majoriti anak-anaknya terjebak dalam dunia pelangi.

Hanya Yunho dan Mingi sahaja yang masih suci, mereka sahaja yang Seonghwa tak berapa malu untuk mengaku zuriat.

"Umi, Farish keluar kejap tahu." ujar Yeosang yang baru turun dari tingkat dua.

"Nak ke mana?" tanya Seonghwa.

"Jalan-jalan."

"Sorang je?"

Yeosang mengangguk, Jongho berniat mahu ikut sebenarnya tetapi Yeosang sudah memberi tatapan maut. Sebagai adik yang tersakiti, Jongho hanya mampu memuncungkan bibir.

"Ha pergilah, kalau jumpa Syakir dengan Ayyaz suruh diorang balik. Keluar dari pagi sampai ke petang tak balik-balik. Cakap kat diorang jangan sampai umi yang tarik diorang balik." Seonghwa memberi ugutan. Yeosang faham, kalau Seonghwa sudah turun padang untuk membawa anak pulang siap sedialah untuk disebat.

"Okey, Farish keluar dulu."

Yeosang berjalan sambil termenung sehinggalah ada beban yang datang tanpa diundang.

"Farish!" panggil orang yang digelar beban oleh Yeosang alias Doyeon. Remaja lelaki itu menghela nafas sebelum menyahut.

"Apa?"

"Syakir pernah ada awek eh?" tanya Doyeon.

"Ketenangan aku terganggu sebab kau nak tanya soalan macam tu je?"

"Alah, bukan selalu aku kacau ketenangan kau. Jawablah, nak tahu ni!" paksa Doyeon.

"Syakir tu sejak dia baby sampai dah tua macam tu dia tak pernah couple, sebab tu kitorang selalu panggil dia sendu. Si Fak tu pun pernah couple walaupun couple dengan kaum sejenis." jawab Yeosang. Doyeon menyipitkan mata, dia tak percaya. Mesti Yeosang tipu.

"Habis tu siapa Iera?" tanya Doyeon lagi. Yeosang cuba mengingati pemilik nama itu, seperti dia kenal gadis itu.

"Oh, Syahirah ke?"

"Manalah aku tahu, yelah kot. Kau kenal ke?"

"Kenal lah, tu kan ex crush Syakir masa sekolah rendah. Macam mana kau boleh tahu fasal Iera ni?" tanya Yeosang balik.

"Oh... macam tu eh." bisik Doyeon tak bersemangat. Yeosang tersenyum senget.

"Tulah, orang dah suka kau tapi kau tak nak terima. Sibuk nak buaya. Padan muka Syakir dah suka orang lain." ujarnya sinis.

"HUWAA FARISH JAHAT LAH SIAK! AKU BENCI KAU, SETAN! AKU HARAP DIANA MINTA PUTUS LAGI DENGAN KAU!" Doyeon berlari meninggalkan Yeosang. Tak lama selepas itu San pula datang menghampiri dirinya.

"Rish, ada nampak Ad tak?!" tanya San dengan nafas tercungap-cungap.

"Rish! Oi, dah mati ke?!" dia memukul bahu abang kembarnya. Yeosang tersedar dari lamunan, terkebil-kebil matanya memandang San.

"Bila masa kau kat sini?" tanya Yeosang.

"Bang, ada nampak Ad?" San mengabaikan soalan Yeosang, tak penting pun untuk dijawab.

"Ada, dia dah lari arah sana tadi. Dia ada tanya aku fasal Iera."

"Kau cakap apa kat Ad fasal Iera?!" tanya San gelisah.

"Oh, aku cakaplah yang Iera tu ex crush kauー"

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM, BANG! KENAPALAH JUJUR SANGAT HUWAAAA! AD JANGAN SALAH FAHAM!" San pula yang berlari ke arah jalan sama yang dilalui Doyeon. Yeosang berdecit, masalah betul dua ketul ni.

"Eh, tadi kan umi suruh Syakir balik! Aduh Farish, kau muda lagi dah jadi pelupa. Haih! Sekarang ni mana si Harraz?!"

...

"Mirah..." Seungmin datang dengan langkah tak bermaya, Minho yang tadi sedang leka menonton gusti kini memandang Seungmin dengan kening kanan terjungkit.

"Kau dah kenapa?" tanya Minho. Seungmin duduk, tiba-tiba dia menekup muka di atas peha Minho dan dan terus merengek.

"Oi, okey ke tak ni?" tanya Minho lagi. Tak pernah-pernah Seungmin jadi childish macam ni.

Seungmin kembali duduk, bibirnya mencebik.

"Dayang rosak kena masuk bengkel huwaaa nanti aku tak boleh tengok dia lagi!!!" rengek Seungmin. Minho memutarkan mata. Patutlah perangai jadi macam ni, motor buruk tu rosak rupanya.

"Dayang rosak je kot, over lah kau ni."

"Hei, aku kenal Dayang dulu sebelum kau! Dia tu cinta pertama aku hiks macam mana aku nak teruskan hidup tanpa Dayang?" tanya Seungmin.

"Kalau macam tu kau tak payah hiduplah, Halim." jawab Minho geram.

"Tapi nanti siapa nak jaga Dayang?"

"Kalau kau mati aku humban besi buruk tu dalam laut."

"DAYANG BUKAN BESI BURUKLAH! HUWAA MAK!" Seungmin keluar dan berlari menemui Jeongin di sebelah. Minho memicit kepala.

"Salah makan vitamin ke budak tu? Peninglah aku."

Changbin sedikit rasa terganggu kerana Seungmin sedang mengadu nasib pada Jeongin dengan linangan air mata. Dia sedang menonton kartun tetapi tangisan Seungmin buat seperti Changbin sedang menonton cerita sedih dan menyayat hati.

Hilang feel nak ketawa.

"Pak su, Dayang tu masuk bengkel je bukan rosak terus." ujar Changbin.

"Riz, kau tak faham benda kalau kita dah sayang nak berjauhan sehari pun tak sanggup. Atuk faham perasaan pak su kau ni Riz." Yongbok membela Seungmin.

"Abah tu tak boleh jauh dengan mak, logik lah. Si Halim ni dengan motor je kot, dengan bini boleh pula berenggang je memanjang. Baik kau kahwin terus je dengan Dayang tu, Lim." Hyunjin dah geram dengan perangai aneh adik iparnya. Masa motor sakit bukan kemain menangis-nangis, kalau Minho sakit tak adanya Seungmin macam tu.

"Haah, kesian mak su sebab pak su lebih sayang Dayang daripada mak su." sokong Chan.

"Mirah tak macam Dayang! Dayang baik dia tu jahat macam nenek sihir!" ujar Seungmin. Jeongin mengetuk kepala Seungmin dengan pengaru belakang.

Tuk!

"Perempuan yang kau kata macam nenek sihir tu lah yang dulu kau ajak kahwin, bodoh!" marah Jeongin, juga terpancing emosi. Seungmin mendengus.

"Mak dengan kak Munah sama jelah! Perempuan semua sama! Perempuan semua nak menang! Memang semua salah lelaki!" dia berdiri dan pergi ke rumahnya semula.

"Sayang, adik siapa yang terjerit-jerit tadi tu?" tanya Jisung yang baru muncul.

"Adik abanglah! Tetiba je jadi gedik sebab Dayang masuk bengkel!" jawab Hyunjin, jengkel.

"Oh, biasalah tu sayang. Dulu Halim pernah tahu mogok tak nak makan masa Dayang kena masuk bengkel seminggu sebab motor tu termasuk dalam longkang."

"Lah, macam mana boleh masuk situ?" tanya Changbin.

"Sebab ayah yang bawa, merajuk sebulan tahu dia dengan ayah."

"Oh ayah accident sampai masuk longkang sebab kaki tak sampai nak pijak tanah eh?" tanya Chan.

"Ayyan, sebelum Ayyan kena tidur luar malam ni baik Ayyan diam."

Beberapa jam berlalu dan sekarang masing-masing sudah berada di dalam bilik, Changbin ingin memejamkan mata namun ada mesej yang masuk dari dua orang berbeza.

Syakir sendu

Riz
22:10
read √√

Tolong cakapkan kat Ad yang aku dengan Iera tak ada apa-apa hubungan
22:10
read √√

Buaya

CAKAP KAT SYAKIR PASNI AKU NAK COUPLE DENGAN IKMAL JE
22:10
read √√

TANAK DAH KAT DIA LAGI
22:11
read √√

Dahi Changbin berkerut, mengapa dia yang diseret masuk dalam pergaduhan rumahtangga orang?

"Masalahnya asal aku juga? Macam tak ada orang lain je." Changbin membalas mesej mereka.

Syakir sendu

Ad kata dia dah tanak kat kau lagi
22:14
read √√

Dia kata lepas ni dia nak couple dengan Ikmal je
22:15
read √√

WEI JANGANLAH BERGURAU
22:17
read √√

INI TIDUCK LAWAK
22:17
read √√

Siapa yang nak bergurau malam malam macam ni?
22:18
read √√

RIZ
22:20
read √√

HUWAAAAAAAA
22:20
read √√

CAKAP KAT DIA JANGAN BUAT AKU MACAM NI
22:21
read √√

Asal kau tak chat dia?
22:22
read √√

DIA BLOCK AKU!
22:22
read √√

WHATSAPP, TWITTER, FB, INSTA, TELE SEMUA DIA BLOCK
22:23
read √√

Haish
22:26
read √√

Korang punya masalah aku yang kena jadi korban!
22:26
read √√

Buaya

Ad, Syakir kata dia takde hubungan dengan Iera
22:27
read √√

Kau jangan buat dia macam tu
22:27
read √√

ITU SEMUA DUSTA!
22:28
read √√

PARES KATA IERA TU EX CRUSH SYAKIR
22:28
read √√

EX CRUSH JE KOT, LAHANAT!
22:29
read √√

BUKAN SYAKIR SUKA DIA LAGI PUN!
22:30
read √√

TAPI AKU NAMPAK DIORANG GURAU TEPOK TAMPAR TENDANG TERAJANG KAT DEPAN MATA AKU!
22:33
read √√

HATIKU KUAT MENGATAKAN MEREKA ADA HUBUNGAN YANG ISTIMEWA!
22:33
read

"Ni kalau bukan sebab member dah lama aku block nombor diorang." bisik Changbin, dia memutuskan untuk membuat sebuah grup.

Ini masalah anda bukan masalah saya

Rizki hensem created this group

Rizki hensem added Syakir sendu

Rizki hensem added Buaya

Buaya:
ASAL BUAT GRUP?!
22:37
read √√

Syakir sendu:
AD!!
22:37
read √√

Buaya:
AKU TAK NAK DENGAR APA KAU CAKAP
22:38
read √√

Rizki hensem:
Kau baca bukan dengar
22:38
read √√

Buaya:
TUTUP MULUTMU, PENDEK!
22:39
read √√

Rizki hensem:
Anjing ☺️
22:39
read √√

Syakir sendu:
Ad, Iera tu ex classmate aku jelah kitorang takde apa-apa hubungan
22:41
read √√

Buaya:
TAPI PARES KATA DIA EX CRUSH KAU
22:41
read √√

Rizki hensem:
EX CRUSH JE KOT! EX! KAU PAHAM TAK MAKSUD EX?! BI KAU GAGAL KE APA?!
22:42
read √√

Buaya:
BETA TIDAK BERBICARA SAMA KAMU, KURCACI! @Rizki hensem
22:45
read √√

Rizki hensem:
Anjing ☺️ pt.2
22:45
read √√

Syakir sendu:
Iera memang crush aku tapi tu dulu
22:46
read √√

Syakir sendu:
Sekarang aku suka kau
22:46
read √√

Syakir sendu:
Kau je yang tak pernah nak pandang aku
22:47
read √√

Syakir sendu:
Kau still suka mengurat lelaki lain walaupun kau dah tahu aku suka kau
22:47
read √√

Buaya:
SO KAU NAK SALAHKAN AKU?!
22:48
read √√

Rizki hensem:
MEMANG TU SALAH KAU, BANGANG! BODOH JANGAN TUNJUK SANGAT MALAM-MALAM MACAM NI!
22:49
read √√

Buaya:
DIAMLAH, LABI-LABI!
22:50
read √√

Rizki hensem:
Anj-
22:50
read √√

Rizki hensem:
Dahlah, maleh aku nak layan kau
22:50
read √√

Rizki hensem:
Buat bertambah dosa aku je
22:51
read √√


Buaya:
Kau kata kau suka aku tapi kau jalan berdua dengan perempuan lain
22:52
read √√

Buaya:
Mesra gila pula tu! Macam sweet couple!
22:52
read √√

Buaya:
Ke sebenarnya kau tipu aku fasal yang kau sukakan aku?
22:53
read √√

Syakir sendu:
Ad
22:54
read √√

Buaya:
KAU SENGAJA NAK MAINKAN HATI AKU JE KAN, SYAKIR?!
22:54
read √√

Syakir sendu:
....
22:55
read √√

Syakir sendu:
Okeylah
22:58
read √√

Syakir sendu:
Aku minta maaf kalau cara aku layan Iera buat kau ragu tentang perasaan aku kat kau
22:59
read √√

Syakir sendu:
Aku tak pernah tipu kau tentang aku suka kau
23:01
read √√

Syakir sendu:
Aku betul-betul suka kau
23:01
read √√

Syakir sendu:
Tapi kau tak pernah ke fikir apa yang aku rasa bila tengok kau mengurat lelaki lain?
23:03
read √√

Syakir sendu:
Aku pun ada perasaan, Ad
23:04
read √√

Syakir sendu:
Kalau kau tak suka aku cakap je terus terang
23:04
read √√

Syakir sendu:
Jangan buat aku terus berharap
23:04
read √√

Syakir sendu:
Kalau di penghujungnya kau bakal menyakiti aku
23:05
read √√

Syakir sendu:
Goodnight, Ad
23:06
read √√

Syakir sendu left

Rizki hensem:
Kau fikir-fikirkan lah apa yang Syakir cakap tu Ad
23:09
read √√

Rizki hensem:
Jangan fikir perasaan diri sendiri je sebab orang lain pun ada juga perasaan
23:10
read √√

Rizki hensem:
Btw dia wish goodnight kat kau je
23:10
read √√

Rizki hensem:
Harey betul punya member
23:11
read √√

You left

Continue Reading

You'll Also Like

18.2K 3K 27
Lee Jiyoung menyamar sebagai lelaki dan sanggup berhadapan risiko di sekolah berasrama lelaki demi untuk menunaikan permintaan appanya dan Uncle Kwon...
6K 844 10
❝ he is actually good but people always think badly -❞
13.8K 2.1K 29
𝐚 𝒚𝐨𝐨𝐧 𝒋𝐞𝐨𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 . misi kali ni , kita kena turun bumi . ━━━ ⌗ completed.
9K 1.5K 16
maka bermula kisah aku dengan dia disebabkan satu kotak Jelly Bean ? Start : 25 Jan 2018 End : 8 Feb 2018 #84 in short story cover by myeong-minho