Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Sembilan puluh enam

1.3K 173 455
By smolbeanonaussieboi

Maafkan daku jika ada typo atau ayat pelik.

"Oi, Rosli! Come here, bro!" jerit Hongjoong memanggil Jisung. Jisung menghampiri dia dan Sangyeon di dapur pejabat.

"Rosli, nak tahu tak? Kelab kebuayaan dah makin meningkat. Ad croco dengan Ikmal croco dah tarik lebih ramai peserta." beritahu Hongjoong dengan muka semangat. Jisung terkejut. Wow, dia dapat berita yang sangat baik hari ini.

"Hiks tak sia-sia daddy croco melatih mereka dulu. Cakap kat diorang daddy croco bangga dengan pencapaian yang memberangsangkan ni hiks..." ujar Jisung sambil berpura-pura menangis. Hongjoong memeluk Jisung.

"Okey, Rosli. Akan ku sampaikan kata-katamu kepada mereka. Don't cry, babe."

"Tapi kau tahu tak Mingi croco dah keluar kelab buaya?" tanya Sangyeon. Jisung menolak Hongjoong sampai tergolek sebelum memandang Sangyeon dengan mata terbeliak.

"EHHH?! KENAPA BOLEH JADI MACAM TU?" tanya Jisung. Tak sangka salah seorang anak buaya kepercayaannya telah berkhianat.

"Sebab adanya acik Enab, Mingi croco telah memilih untuk setia." jawab Sangyeon.

"Ni tak boleh dibiarkan!" kata Jisung. Hongjoong bangun dan mengangguk mantap.

"Betul! Kita kena tarik dia ke dalam kelab buaya semula!" sokong Hongjoong. Tak sedar orang yang dia nak tarik ke kelab dosa itu adalah anak kandung sendiri.

"Kita kena putuskan hubungan diorang!" ujar Sangyeon. Mereka mengangguk.

"BUAYA KINGZ, AYUH BERAKSI!"

Sementara itu, pasangan yang disebut oleh tiga ekor buaya tua tadi sedang membuat kek bersama-sama.

"Yayang, ni nak letak berapa cawan serbuk koko?" tanya Mingi.

"Yayaz masukkan satu cawan je. Nanti yayang yang letak bahan-bahan lain." jawab Chaeyoung. Jika diperhatikan dari jauh Mingi seperti cucu yang sedang belajar membuat kek bersama nenek. Namun kenyataan mengatakan sebaliknya, mereka adalah sepasang kekasih.

"Aduh!"

Chaeyoung mengibas jarinya yang terkena cerek panas.

"Yayang, kenapa?" tanya Mingi, khuatir.

"Jari yayang kena cerek, sakit." adu Chaeyoung.

"Atototo cian yayang Yayaz, meh Yayaz tolong tiup." Mingi meniup perlahan jari Chaeyoung. Jongho memerhatikan mereka, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki boleh rasa kegelian.

'Kalau Fakkie tak tahu dosa dah lama Fakkie tak ngaku abang Ayyaz tu abang Fakkie.' monolog Jongho. Dahlah dia dipaksa oleh Mingi untuk datang ke sini, nasib baik dia sempat menarik Chan sekali agar dia tidak diseksa sendirian dengan aksi haram itu.

"Fakkie, kenapa buat muka macam tu?" tanya Chan.

"Fakkie geli dengan abang Ayyaz tu." jawab Jongho. Chan memandang ke arah dapur dan cepat-cepat dia menoleh ke tempat lain. Menyesal pula tengok.

Klek

"ASSALAMUALAIKUM, NENEKKU SAYANG!" seorang gadis masuk dan memberi salam seperti rumah Chaeyoung tu berada 500 meter jauh darinya.

"Nenek? Dimanakah dikauー eh toyol!" Doyeon terkejut melihat Chan dan Jongho sedang duduk di ruang tamu sambil bermain masak-masak.

"Kita bukan toyol, toyol tu abang Ikmal." ujar Jongho.

"Haah eh, lupa pula Ikmal tu toyol. Okey kalau macam tu kau jenglot lah."

"Tak boleh, tu kan abang Haimin."

"Lah, habis tu nak panggil kau apa?"

"Cupcake! Ayyan pula akak Ad boleh panggil Sugar!" jawab Jongho sambil tersenyum manis, begitu juga dengan Chan. Doyeon berdecit.

"Perangai macam babun tak layak kena panggil macam tu. By the way, mana nenek aku?" tanya Doyeon.

"Ada tu kat dapur, tengah buat kek dengan abang Ayyaz." jawab Chan.

Doyeon melangkahkan kaki ke dapur.

"Oh patutlah Ad bagi salam nenek tak jawab, tengah berasmara dana dengan tiang ni rupanya. Aduh sakitnya mata Ad tengok hiks yelah Ad kan single." tegur Doyeon.

"Eleh, Syakir ada je untuk kau." balas Mingi.

"Syakir terlalu baik untuk aku."

"Alhamdulillah sedar diri tu macam setan."

"Nek, sorry nek tapi Ad kena buat benda ni." Doyeon sempat meminta maaf sebelum mengambil seketul mentega beku dan membalingnya ke dahi Mingi.

Buk!

"Aduh!"

"Yayaz! Yayaz okey tak?" Chaeyoung memeriksa dahi Mingi yang sudah menjadi merah.

"Huhuhu yayang, dahi Yayaz sakit. Huhuhu..."

"Ciannya dia."

Doyeon segera menghampiri dua kanak-kanak itu semula kerana dia hampir termuntah melihat Mingi merengek manja dengan neneknya. Tak sedar diri badan tu dah macam hantu galah masih nak menggedik.

"Wei, jomlah buat aktiviti yang ekstrim sikit. Main masak-masak tak best. Macam pondan je korang ni." ajak Doyeon.

"Jomlah, kita pun dah lama teringin nak cuba berenang dalam gunung berapi." sahut Chan.

"Sekarang aku baru faham kenapa Riz asyik nak buang kau, Yan. Ada adik tak ada otak, nasib baik aku tak ada adik."

"Akak Ad nak buat aktiviti apa?" tanya Jongho.

Ting

"Kejap, ada yang mesej aku." dia membaca mesej itu lalu menyeringai. Jarinya lincah membalas mesej tersebut.

"Siapa tu kak?" tanya Chan.

"Mangsa buaya aku." Doyeon duduk di antara Chan dan Jongho lalu memandang mereka sambil senyum penuh maksud tersirat.

"Korang nak aku ajar macam mana nak jadi buaya?"

"Nak!" sahut Chan semangat.

"Tapi umi kata tak baik jadi buaya." tolak Jongho.

"Alah tak payahlah bagitahu mak kau fasal ni, benda ni cuma aku, kau dengan Ayyan je tahu. Lagipun ni untuk suka-suka je." hasut Doyeon.

"Ermm, bolehlah."

"Bagus!"

"Bang, macam mana nak confess kat perempuan?" tanya Changbin semasa dia sedang lepak bersama Jaehyun, Chanhee dan Changmin.

"Kau datang kat dia pastu cakap, "Oi perempuan, aku nak hati kau. Kalau tak boleh bagi hati at least bagilah buah pinggang. Aku nak jual sebab nak beli iPhone."." jawab Chanhee.

"Pakai otak kalau nak jawab, tolol." Changmin menolak kepala Chanhee, kasar betul cadangan itu. Kang tak fasal-fasal perempuan tu bagi penampar percuma.

"Kau tanya kat siapa?" tanya Jaehyun.

"Kat abang Uwais lah. Takkan kat abang Syahmi dengan abang Hamzah pula? Diorang kan single." ujar Changbin.

"Single is better daripada couple buat maksiat." balas Chanhee. Jaehyun tersentap dalam diam. Ayat menusuk ke kalbu.

"Mi, sakit..."

"Biasalah bang, S dalam nama Syahmi kan stand for savage." ujar Changmin.

"Kalau H dalam nama Hamzah?" tanya Chanhee.

"Handsome." jawab Changmin. Joonyoung dan ibunya selalu kata dia tampan jadi sebab itulah dia sangat yakin. Susah nak jumpa orang seyakin Changmin.

"Kau nak confess kat siapa, Riz?" tanya Jaehyun. Pipi Changbin jadi merah.

"Dengan akak Ri." Chanhee menjawab tanpa ragu-ragu.

"Akak Ri mana eh? Riana? Rina? Ricky semut Hamzah?" tanya Jaehyun.

"Akak Khairihana." jawab Changmin pula. Changbin mengeluh. Baguslah tu, sepupu dua dua perangai serupa. Habis terburai segala isi perut rahsia Changbin.

"Abang Syahmi dengan abang Hamzah tak boleh simpan rahsia betul lah. Malu tahu aku korang gitau siapa crush aku macam tu je."

"Memang tu niat kitorang nak buat kau malu." kata Changmin.

"Naufal kata Sabtu nanti kau pergi tengok wayang dengan akak Ri. Kau confess lah masa tu." cadang Jaehyun.

"Masalahnya adik bongsu abang dengan empat ketul yang lain sibuk nak ikut!"

"Kesian kena bawa beban dunia." ujar Chanhee.

"Takpelah sebab dia pun beban juga. Beban keluarga. HAHAHAHAHA!!!" sambung Changmin sebelum dia ketawa besar dengan sepupunya.

...

"Jangan dekat sangat, kita kena jauh sikit." arah Jisung. Hari ini mereka bertiga mengekori Mingi dan Chaeyoung, Sangyeon menurunkan sikit cermin mata hitamnya untuk melihat Mingi yang sedang membeli sesuatu di sebuah foodtruck dengan lebih jelas.

"Target tengah nak beli donut. Dollah, ada bawa tak benda tu?" tanyanya.

"Ada, Rad." Hongjoong mengeluarkan sebuah bungkusan kecil. Dahi Jisung berkerut, serbuk itu macam familiar.

"Apa tu wei?"

"Serbuk dedak, aku minta kat Mirah semalam." jawab Hongjoong, hampir empat puluh minit dia merayu agar Minho memberinya serbuk ini. Bukan sebab Minho yang tak mahu bagi tetapi sebab adanya kemunculan Seungmin yang datang menganggu.

Nasib baik Minho memahami Hongjoong, diam-diam Minho sanggup memberi serbuk itu pada malam hari. Dah serupa seludup dadah gayanya.

"Wei, seriuslah? Kau nak bagi kat anak sendiri?" tanya Jisung.

"Rosli, Dollah ni tak sayang anak." ujar Sangyeon.

"Hei, jaga mulut tu eh. Habis tu takkan aku nak bagi kat acik Enab? Kang kalau masuk hospital dia tak jumpa doktor tapi terus jumpa dua malaikat macam mana? Kau nak tanggung dosa? Mentang-mentang dia dah tua, kau nak cepatkan masa dia pergi eh? Lepas tu aku kena belasah dengan mak aku sendiri sebab racun bff dia. Emak aku tu dahlah garang, aku yang dah tua ni pun selamba je dia pukul pakai hanger."

"Ye ye, Dollah. Kitorang faham, terima kasih bagi tazkirah penuh keinsafan kat kitorang." perli Sangyeon. Hongjoong mendengus.

"Guys, kita kena cepat sebelum diorang pergi." kata Jisung. Strategi dia adalah dua daripada mereka mengalihkan perhatian Mingi dan Chaeyoung lalu seorang lagi akan meletakkan serbuk itu secara diam-diam.

"Okey!"

Mereka mula bergerak, Sangyeon pergi ke arah Chaeyoung manakala Jisung dan Hongjoong pergi ke arah Mingi yang dalam perjalanan menuju ke tempat duduk.

"Assalamualaikum, anakanda Harraz!" sapa Hongjoong.

"Waalaikumussalam, walid." balas Mingi. Jisung memandang dua jenis donut itu, ada donut coklat dan donut strawberi.

"Buat apa kat sini anakanda?" tanya Hongjoong.

"Nak jalan jalan dengan cinta hati Ayyaz."

"Ohh, begituー WEI YAZ, TENGOK TU ADA BABI TERBANG!" Hongjoong menunjuk seekor burung merpati yang sedang mematuk roti di tepi jalan.

Kalaulah merpati itu faham bahasa manusia, boleh terkecil hati dia sebab disamakan dengan binatang haram.

"MANA WALID? MANA?!" Mingi gigih mencari, dia selalu dengar orang kata tentang kewujudan babi terbang. Katanya cuma orang yang mempunyai tahap sahsiah tertinggi sahaja yang mampu melihat. 

Ketika Mingi terleka, Jisung meletak serbuk itu ke atas donut coklat. Dia menunjukkan thumb up kepada Hongjoong apabila dia sudah selesai.

"Alah, anakanda lambat. Dia dah terbang." ujar Hongjoong, pura-pura sedih.

"Alah..." Mingi mencebik, terlepas peluang nak tengok binatang lagi unik daripada bigfoot. Tak apalah, mungkin bukan rezeki Mingi.

"Kau nak pergi kat acik Enab kan? Pergilah, tengok tu buaya tua tu tengah nak usha yayang kau." Jisung yang busuk hati menuduh Sangyeon. Mingi segera mendekati mereka.

"Pak cik, pak cik jangan kacau yayang Ayyaz! Kalau pak cik kacau yayang Ayyaz, Ayyan report kat acik Milah!" marah Mingi. Sangyeon terkebil-kebil. Bila masa dan ketikanya dia mengurat Chaeyoung. Dia menjeling Jisung dan Hongjoong yang sedang menahan ketawa. Sah, ni penipuan dan pertuduhan yang tidak manusiawi.

"Aku tak mengurat dia, gila. Aku nak tanya dia sesuatu yang mustahak."

"Apa tu yang mustahak sangat?" Mingi menyipitkan mata yang sudah sipit itu.

"Dia tanya kalau susu lembu diambil daripada lembu betina, jadinya susu almond tu diambil daripada almond betina juga ke? Dah dekat 20 tahun dia tak tidur lena sebab nak tahu jawapan ni." Chaeyoung memberitahu soalan Sangyeon tadi.

"Oh, haah eh? Betul ke almond ada yang betina, yayang?" tanya Mingi. Sangyeon, Hongjoong dan Jisung turut menanti jawapan Chaeyoung. Soalan Sangyeon nampaknya bukan sekadar untuk mengalihkan perhatian.

"Ya Allah, almond tu mana ada jantina." ujar Chaeyoung.

"Habis tu acane nak dapatkan susu almond?"

Soalan itu terjawab setelah Chaeyoung membuka video tentang proses pembuatan susu almond yang pastinya bukan daripada almond betina.

"Oh, macam tu. Sekarang aku dah boleh tidur nyenyak. Thanks acik Enab, kitorang nak berbuaya kat tempat lain." Sangyeon menyeret Hongjoong dan Jisung pergi ke tempat persembunyian mereka tadi.

"Korang dah letak serbuk tu?" tanya Sangyeon.

"Dah." jawab Jisung.

"Mantap."

"Wei, Rosli! Tengok tu!" sampuk Hongjoong. Dia dan Jisung terbeliak apabila Chaeyoung mengambil donut coklat itu.

"WEI, MACAM MANA NI WEI?!" mereka menggoncang bahu Sangyeon yang kebetulan berapa di tengah-tengah.

"AMENDE, BODOH?!" marah Sangyeon.

"Li letak serbuk tu kat donut acik Enab!"

"Wei, jangan memain!"

"Serius wei, tak tipu!" muka Sangyeon jadi pucat sama seperti Jisung dan Hongjoong. Habislah, peluang Chaeyoung bertemu malaikat Izrail buat kali pertama dan terakhir sangat besar.

"ARGHH!" masing-masing terjerit kerana bahu mereka ditepuk dari belakang.

"Abang, buat apa tertonggeng-tonggeng kat semak ni?" tegur Hyunjin.

"Haah, takde kerja ke?" tanya Seonghwa.

"Kenapa muka korang pucat?" tanya Joonyoung pula.

"E-Eh, takde apa-apa pun sayang." jawab Sangyeon.

"Kitorang tadi tangkap belalang hehe..." Jisung memberi alasan sambil ketawa panik. Mati kalau kegiatan mereka terbongkar. Alangkan Joonyoung yang paling lembut tu pun boleh jadi Incredible Hulk bila Sangyeon buat masalah, lagilah kalau Hyunjin dan Seonghwa.

Silap-silap Jisung dengan Hongjoong yang kena jawab soalan kubur dulu sebelum Chaeyoung.

"Tangkap belalang sampai tertonggeng?" Hyunjin menaikkan kening kanan.

"Er ni cara tangkap belalang paling efektif, kalau tak tonggeng susah nak tangkap. Belalang minat dengan orang tonggeng tonggeng ni." ujar Hongjoong walaupun alasan mengarut, Jisung dan Sangyeon tetap berharap isteri mereka akan percaya.

"Haih..." Hyunjin, Joonyoung dan Seonghwa mengeluh. Suami siapa ni? Memalukan betul.

"Cinta ohh cinta." panggil Yongbok, dia tercari-cari cinta hatinya.

"Ada kat sini." sahut Jeongin yang sedang membelek album gambar di ruang tamu. Yongbok duduk di sebelah dan memeluknya.

"Kenapa cinta tengok balik gambar-gambar ni?"

"Saja je, aku nak tengok Rosli dengan Halim tu masa kecil. Cepat je diorang dah ada keluarga." gambar itu mengingatkan kembali pada kenangan lama. Comel je anak Jeongin ketika baru belajar merangkak dan berjalan. Sekarang masing-masing dah jadi bapak orang.

Well, Seungmin hampir jadi sekurang-kurangnya.

Yongbok meletakkan dagu di bahu Jeongin sambil melihat gambar itu juga.

"Cinta tak rindu kita yang dulu? Tengok ni." dia menunjuk gambar dia dan Jeongin sedang tersenyum memandang kamera.

"Nak rindu kenapa?"

"Yelah masa tu kan kali pertama kita tangkap gambar sama-sama padahal kita dah kenal lama." ujar Yongbok. Jeongin berdecit.

"Memang kenal dah lama tapi kau tu dulu perangai macam setan."

"Cinta yang mula dulu, kalau cinta tak simbah air sirap kat abang dulu abang tak jadi macam tu."

"Haah, memang semua salah aku." nada Jeongin kedengaran seperti ingin merajuk. Yongbok ketawa, dia memeluk Jeongin semakin erat.

"Takpelah, tu kan dah jadi kenangan. Yang penting sekarang abang cintakan cinta dan cinta cintakan abang."

"Siapa cintakan kau?"

"Siapa yang nangis masa abang pergi Australia tak cakap kat dia dulu? Cinta kan?" tanya Yongbok. Jeongin mendengus lagi dan memalingkan muka ke tepi. Kurang ajar, Yongbok mengungkit pula perkara memalukan itu.

"Kenapa diam? Malu ke?"

"Mahmod!"

"Hehe, cute."

Di hadapan pintu rumah yang terbuka luas, San terkedu sambil memegang buku modul matematik milik Changbin. Dia datang di waktu yang salah.

'Ya Allah, ana tidak kuat melihat kemanisan ini. Ana tahu ana single tapi hiks ana tak kuat ya Allah... Hiks nak Ad...'

nakaqiss

Jemputlah baca cerita dia, gays... ฅ^•ﻌ•^ฅ

Continue Reading

You'll Also Like

6K 844 10
❝ he is actually good but people always think badly -❞
39.2K 4K 29
Mimpi? 'seventeenfanfic p.s: the 13-15 y/o me wrote this.
22.7K 1.8K 17
+ apabila hijab terbuka tanpa batasnya © a seventeen fanfiction series warning; ni story paling nub pernah aku ada jangan cakap aku tak bagi warning
67.8K 7.6K 40
Dia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar m...