My Dear Loser

By mynameismas

2.1K 230 73

Apa akan terjadi jika kau jumpa semula orang yang pernah buli kau lama dulu? More

KUCH-KUCH HOTA HAI
FARHAN
SUP
ULAT SAGU
HAZER DARI NERAKA
HAZER DARI NERAKA II
INFINITY WAR:THANOS
EPIPHANY II : HAZER vs HAZER
STAR OF STARS
STAR OF STARS:VENUS
TRUTH UNTOLD:END OF THE BEGINNING
MEE REBUS vs YOO SI JIN
PANDORA BOX
PANDORA BOX II
COLCHESTER
UNTIL WE MEET AGAIN
AFTER A WHILE
BUAH KHULDI vs CINCIN BELAH ROTAN
JAMIL OH JAMIL
MISI MENJINAK NAGA
BEGIN AGAIN
KONFRONTASI
SI BERET BIRU MUDA
BANDUNG BONDOSOWO

EPIPHANY

99 11 1
By mynameismas

Jika Thanos yang menjadi nemesis paling kuat para wira Avengers itu bertubuh keungu-unguan,tinggi besar dan misinya mengembara antara galaktik semata-mata untuk mendapatkan Infinity Stones,namun sang Thanos para Avengers Minggu Orientasi itu normal sahaja saiznya.Tidak tinggi tetapi tidak juga rendah.Jika beberapa hari yang sudah dia tampil sebagai seorang yang tidak perduli,entah mengapa tiba-tiba pula Thanos Fakulti Perubatan itu bertukar perangai.Farhan,si ketua Minggu Orientasi hinggakan mengap-mengap tidak tahu hendak mengatakan apa.

Amar yang paling tidak normal antara mereka pun mati kutu dan tiap kali dia mengenangkan bagaimana si Thanos jadi-jadian itu mengumbar kata kepada Farhan,pemuda itu bergidik sendiri.Ngeri dan hairan bercampur baur.Ngeri membayangkan semangat apa yang merasuki Naifa sehingga berani-berani mengatakan hal itu di depan mereka dan hairan bagaimana wajahnya terlalu  berkulit tebal seperti sisik naga.Mengungkapkan kata-kata begitu di hadapan Farhan! Normalkah?

Yang lelaki sahaja fikir belasan kali untuk mengeluarkan kata-kata begitu kepada seorang gadis apabila memikirkan risiko akan ditolak mentah-mentah dan kemudian menderita patah hati.Tetapi,lihatlah seorang Naifa Zahra.Mengungkapkan pick-up line  dahsyat tanpa teragak-agak sedikit pun tepat di depan batang hidung Farhan.

Mungkin bagi yang tidak mengetahui kronologi perseteruan antara dua orang itu pasti mula membayangkan babak telenovela ataupun adegan klise drama Korea.Namun bagi para senior berbaju merah itu,mereka tahu hamburan kata-kata Naifa tidak ubahnya seperti senjata rekaan terbaru.Jika senjata konvensional memerlukan bahan peledak ,senjata baru Naifa itu hanya memerlukan gelombang bunyi yang mampu memecahkan urat saraf manusia.Buktinya,sang ketua kru hazer Minggu Orientasi itu melongo seperti orang yang dikenakan renjatan elektrik.

Kerana dilarang daripada menyertai aktiviti perhimpunan petang dan Naii tidak tahu bagaimana menghabiskan waktu sehingga perhimpunan selesai,Sebaik sahaja salah seorang daripada kru AJK Kebajikan menggamit Naii agar membantunya untuk menguruskan hal-hal kecil di ruangan tersebut,gadis itu mengikutinya dengan senang hati.

Tidak banyak yang boleh dilakukan Naii sebenarnya.Hanya melakukan kerja-kerja rencam dan disuruh itu ini seperti lazimnya seorang pembantu.Barangkali hanya helah agar Naii tidak merayap ke mana-mana lantaran hukumannya tidak dibenarkan menyertai perhimpunan petang maka dia dipanggil ke situ.Diawasi secara tidak langsung.

Melalui tingkap,jelas dilihat Naii aktiviti perhimpunan petang itu tidak ada bezanya daripada aktiviti petang sebelum ini.Tetapi,melihat dari kejauhan rupanya membuatkan Naii menyedari sesuatu.Tanpa diarahkan,para junior berbaris lurus dari hujung ke hujung.Senyap dan tidak berganjak walaupun ketika mereka dimarahi para senior.Hari pertama jelas dalam ingatan Naii.Perlukan suara para senior tenggelam timbul untuk mentertibkan barisan tetapi kini mereka seakan-akan tahu tempat mereka sendiri tanpa perlu sesiapa pun bersusah payah.Walaupun hal itu didoktrinkan secara kasar kepada mereka,tetapi kini Naii mulai dapat melihat hasilnya.

Disiplin.

Raez yang keinginannya untuk menguliti para kru hazer itupun berfikir banyak kali sebelum melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang Minggu Orientasi kerana dia tahu para hazer berbaju merah itu tidak pilih bulu.Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan,akibatnya akan ditanggung oleh semua orang.Dan kerana kasihankan rakan-rakan yang lain,dia terpaksa menahan kemarahan walaupun tiap kali mereka berkumpul pemuda itu mencak-mencak tidak keruan di hadapan Naii dan Amei.

Akauntabiliti.

Bahkan berlatih dengan lebih gigih berbanding orang lain bagi memastikan pasukan bola keranjang Fakulti Sains akan menjadi juara Karnival Sukan Mini yang sedang berlangsung itu semata-mata ingin menyua trofi ke arah batang hidung para kru hazer yang selalu mengatakan mereka tidak berusaha sehabis baik dalam semua aktiviti yang dianjurkan sempena Minggu Orientasi.

Semangat kerjasama.

Amei sendiri tidak lagi perduli kepada dendaan mengarut para senior kerana yang paling penting baginya,kuota tandatangan perlu dipenuhi sebelum hari penutupan.

Keberanian.

Naii mengerjap-ngerjapkan matanya ketika satu demi satu kesedaran itu tumpah menyirami kepalanya.Kata-kata Farhan tentangnya yang selalu berlagak hero kembali terngiang membuatkan Naii mengetap gigi.Bukan niatnya yang diragukan kini tetapi bagaimana jika apa yang dikatakan Farhan itu benar-benar berlaku?

Heisyyy....

Niatnya hendak keluar dari celah tautan pintu yang memisahkan antara ruangan tersebut dengan tandas wanita terbantut mendadak sebaik sahaja mendengar suara sedikit riuh di ruangan hadapan.Menolak pintu sesenyap yang mungkin hanya bagi membolehkan dia mencuri dengar apa yang sedang berlaku di ruangan tersebut,dia memasang telinga.

" Pastikan dia mendapatkan rehat yang cukup,Nita.Aku akan uruskan hal yang selebihnya."

Suara Farhan jelas kedengaran.Panjang umur !

" Kenapa?"

" Bukan tempat aku untuk bertanyakan soalan sensitif begitu.Aku juga ada adik perempuan.Aku tahulah"

Berdiri cuping telinga Naii mendengarkannya dan buat kali pertama Naii mendengar berlainan sekali nada suara Fahan kali itu.

" Knight in shining armour again,Boss?"

" Tak penting siapa jadi pahlawan siapa jadi penjahat." Farhan tertawa seketika " Aku tak mahu dia pengsan nanti.Susah kalau pengurusan masuk campur .Masalah pelajar junior kalau boleh kita selesaikan,kita selesaikan pada peringkat AJK Minggu Orientasi.Masak kita kalau MPP masuk campur."

" Hei..you are the Boss of MPP itself,isn't?"

" Dahlah.Aku dah minta Amar untuk mendapatkan menstrual pain killer dari farmasi.Sekejap lagi dia sampai.Khabari aku jika ada apa-apa.."

Melalui celah daun pintu yang dibuka sedikit,dapat dilihat Naii Anita meletakkan tangannya ke dahi memberi tabik hormat kepada pemuda itu.Mengira jari-jarinya sehingga mencecah bilangan seratus,Naii pura-pura batuk sambal menolak tautan pintu bagi menunjukkan kepada Anita bahawa dia baru sahaja keluar dari tandas.Gadis itu pantas menoleh.

Belum sempat Naii melabuhkan duduknya ke atas permukaan kerusi,pintu ditolak lagi perlahan-lahan dari luar dan satu bingkai wajah yang sedikit pucat menjenguk takut-takut.

" Senior Anita?"

Anita pantas berdiri dan menyilangkan tangan di hadapan dada seraya memasang tampang wajah yang ketat.Naii hanya terkebil-kebil menyaksikan adegan itu di hadapan matanya.

" Ya.Ada apa?"

" Senior Farhan suruh saya ke sini.." Takut-takut gadis itu menyerahkan sehelai kertas yang dilipat semberono.Mencerunkan penglihatannya,Anita mengambil kertas tersebut dan membacanya sekilas.

" Nampaknya benarlah yang kamu masih belum mendapatkan tandatangan saya?"

" Mmmafff,senior.."

" Baik!' Anita mengangkat nada tiba-tiba " Memandangkan kamu dah ada di sini,bantu saya sebagai imbalan memberikan tandatangan saya secara percuma.Bolehkan?"

"Bbbaikk sennior.."

"Tapi sebelum itu,rehatlah dulu.Segarkan diri dan makan apa yang ada di atas meja.Ada makanan lebih dihantarkan untuk AJK Kebajikan .."

Tanpa mengatakan apa-apa,gadis yang tampak ketakutan itu menganggukkan kepala.Cepat-cepat mencelah ke dalam tandas wanita untuk membasuh muka dan tangannya,meninggalkan Naii yang terpinga-pinga sendiri.

Naii angkat kening sendiri.Pekerjaan apa sangat sehingga memerlukan dua orang pembantu? Semuanya telah dikerjakan Naii dan sehingga menjelang lewat petang,gadis itu tertidur lena di atas katil menunggu pekerjaan apa yang akan diberikan kepadanya.

Hujan turun dengan lebat ketika Anita mengarahkan agar Naii balik sahaja kerana tidak ada lagi pekerjaan yang perlu dilakukannya untuk hari itu.Sebenarnya memang tidak ada pun.Bahkan daun bunga plastik di atas meja sudah dilap satu persatu oleh Naii bagi mengisi masanya di situ.Anita senyap mengerjakan sesuatu pada computer ribanya manakala gadis yang satu itu tertidur pulas.

Sepanjang perjalanan menuju ke kolej kediaman,Naii tidak habis fikir.Apakah tragedi dia dikecualikan daripada perhimpunan petang juga merupakan salah satu daripada agenda Si Knight In Shining Armour itu juga? Selepas apa yang dilakukan Naii kepadanya??

Eiiyy..tak mungkinlah!!

Dengan hujan yang turun mencurah-curah,pelik bagi Naii ketika melihat salah satu daripada lampu limpah masih terpasang menerangi podium sementara jam sudah menunjukkan hampir jam Sembilan.

Kerana ingin tahu apa yang sedang berlaku,Naii meredah tempias yang dibawa angin menuju ke arah podium dan mengejutkan baginya ketika melihat beberapa deret bangku dipenuhi para pelajar yang rata-ratanya para senior ahli jawatankuasa Minggu Orientasi.Pelajar junior juga tidak kurang ramainya dan ada yang berhimpitan berkongsi payung agar tidak dibasahi hujan.

" Tiga pusingan lagi,Farhan.." Khan memekik dari arah belakang membuatkan Naii yang baru sahaja selesai mengibas butir hujan pada kepalanya menoleh pantas.Ada Khan,Amar,Jimmy dan Fateh dan Andrew di situ.Berdiri saling bergandingan bahu dengan gestur menyoraki seseorang.

Naii terpaksa memincing mata bagi melihat satu susuk tubuh yang berlari dalam curahan hujan begitu.Farhan.Berlari terhuyung-hayang dengan langkah kaki yang berat.Basah lecun.

" Kenapa?" Naii bertanya ketika Raez datang mendekatinya setelah menyedari kehadiran Naii di situ.Amei juga dan cuaca yang dingin membuatkan wajah Amei semakin bening.

"Because of me.."

"Iyalah.Apa yang berlaku?"

"You know how I hate all these hazing thing,rite?"

"Ya.Bukan rahsia pun.."

" Semasa perhimpunan petang tadi,Raez mempersoalkan tindakan senior yang halau you dari perhimpunan just because of that damn name tag incident.And guess what? Senior Farhan yang naik angin denda Raez untuk berlari 30 pusingan trek"

"What??" Naii hampir tersedak air liur sendiri " And you do that?"

" Kau tahukan itu bukan masalahnya.."

"Tapi,30 pusingan tu melampaulah.Ingat kita ni sedang menjalani latihan komando kah apa?"

" Aku baru menghabiskan 2 pusingan bila para senior tahun akhir datang." Raez tidak menjawab pertanyaan terkejut Naii.Matanya lurus menatap ke hadapan.

"And?"

" Senior tahun akhir marahkan para AJK Minggu Orientasi dan kru Senior Farhan yang paling teruk dimarahi.Mereka diarahkan untuk melakukan apa yang kru AJK Disiplin lakukan kepada junior."

"........."

" Semuanya.." Amei mengangguk." 50 set push-up,50 set star jump ,50 set burpees dan untuk Senior Farhan sendiri tambahan 30 pusingan trek .Jumlah sama seperti denda untuk Raez."

Naii sekali lagi tidak tahu hendak mengatakan apa-apa.Set-set dendaan begitu hanya akan membuatkan sesiapa sahaja berakhir di dalam ambulans.Selajur matanya jatuh kepada imej Farhan yang samar di tengah padang sana,dia segera menepi ketika para senior terutama sekali kru AJK Minggu Orientasi bergegas turun tanpa memperdulikan guyuran hujan lalu berdiri di tepi trek sambi beteriak menyemangati sang ketua.

" Satu pusingan lagi,senior..Bertahanlah.."

Leher Naii tertoleh ke kiri.Salah seorang daripada pelajar junior yang diingati Naii didenda untuk berjoget lambak di tengah kafeteria itu berbisik tanpa sedar.Bagai mengucapkan mantera,dia mengulang-ulang perkataan tersebut dan perlahan-lahan ungkapan itu mulai kedengaran dari semua arah.Menjatuhkan pandangannya kepada Farhan yang longlai namun tetap menguak langkah lalu kepada para junior yang kini rata-rata sudah berdiri.Tanpa sedar turut menyoraki Farhan membuatkan sekali lagi Naii bagaikan disiram sebaldi air hangat.

Semangat kebersamaan.

Hanya itu yang boleh menjelaskan mengapa para junior dan senior berkumpul di situ tanpa memperdulikan curahan hujan dan saling menyemangati sang ketua kru disiplin yang paling dibenci mereka sepanjang tiga minggu ini.Tidak ada penjelasan lain.

Dan ketika Amei bergegas menuruni tangga podium sambil membawa sekaki payung dan mengembangkan payung tersebut bagi meneduhi Farhan yang terjelepok ke dalam dakapan Khan,Naii kaku di tempatnya.

Diam-diam dia mengaku.

Hazer Dari Neraka vs Naifa The Three Musketeers

1-1

What the hell is going on here??

*              *              *

Continue Reading

You'll Also Like

86.7K 6.3K 28
" Q ? Awak Q kan ? " - Qais Azrin - " Mana dia tahu nama panggilan aku yang dulu tu ? " - Qaseh Amani - Apabila mereka dipertemukan kembali. Si Qai...
2.1K 100 12
"Dia tinggi, kacak, berpenampilan kemas dan agak comel sikit tapi aku tak nampak langsung semua itu sebab... Dia sombong! Super dumb! Silly! Kenapa o...
141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...
506K 2.2K 27
My nama is Nania. Aku yang akan jaga akaun ni sepenuhnya. Setelah di pas oleh beberapa orang. This is Firth story in this account. Sorry kalau cerita...