Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Sembilan puluh empat

1.6K 212 438
By smolbeanonaussieboi

Chap ni takde lah menyedihkan sangat. Korang rileks ii je. ಠ◡ಠ

Lima orang dewasa lari tergesa-gesa menuju ke sebuah wad kecemasan. Seungmin sudah lama berada di situ dengan wajah pucat lesi. Dia tidak senang duduk, sekejap ia duduk sekejap ia berdiri.

"Halim, macam mana diorang boleh accident?" tanya Hyunjin risau.

"Kereta diorang terlanggar penghadang jalan sebab ada kereta langgar diorang dari tepi." jawab Seungmin dengan suara agak bergetar.

"Habis tu macam mana dengan keadaan diorang?" tanya Yongbok. Seungmin menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan dengan perlahan.

"Doktor kata Mirah pendarahan teruk. Kandungan dia dalam bahaya. Baby kena lahir awal, sekarang Mirah tengah operation. Tapi dah sejam Halim tunggu kat sini." jawab Seungmin.

Dia memandang Kamal Kai.

"Cedera Aina tak terlalu serius, dia ada kat wad biasa tapi dia belum sedar lagi. Kau pergilah lawat bini kau." ujarnya. Kamal Kai mengangguk.

"Kalau macam tu saya nak pergi tengok isteri saya, ye." dia meminta diri dan pergi ke wad yang menempatkan Somi.

Changbin terus menuju ke hospital sebaik sahaja habis sesi persekolahan, dia turut membawa adiknya sekali. Chan yang tidak tahu apa-apa hanya memasang raut bingung.

"Abang, kenapa kita pergi hospital?" tanya Chan.

"Mak su sakit." jawab Changbin.

"Oh, mak su demam ke?" tanya Chan lagi. Changbin serba salah mahu jujur, Chan dah terlalu teruja untuk menunggu kelahiran sepupu. Jika ia tahu Minho kemalangan dan nyawa bayi itu dalam bahaya mesti Chan akan menangis.

"Mummy!" Changbin berlari ke Hyunjin.

"Macam mana dengan mak su?" tanyanya.

"Kita doakan yang baik-baik je untuk dia, Riz."

Chan duduk di sebelah Seungmin yang sedang memangku muka menggunakan sebelah tangan, Seungmin termenung jauh dengan fikiran yang membayangkan hal yang bukan-bukan.

"Pak su, pak su jangan risau sebab Ayyan pun pernah demam. Mula-mula Ayyan sakit pastu tak lama lepas tu Ayyan sembuh. Ayyan yakin nanti mak su pun boleh sembuh macam Ayyan. Mak su kan kuat." ujar Chan memberi semangat. Seungmin menoleh ke arah Chan lalu mengusap rambut kanak-kanak dengan lembut.

"Aku pun harap macam tu, Yan." kata Seungmin. Jisung mendekati Seungmin, sebotol air mineral diserah.

"Lim, minum. Muka kau dah pucat sangat tu." Seungmin mengambil air itu dan meminumnya beberapa teguk.

"Li, aku takut." Jisung rasa kesian terhadap adiknya. Bukan satu nyawa tetapi dua. Dua nyawa insan tersayang sedang dipertaruhkan.

Telefon Changbin berdering dan memaparkan nombor Yeosang. Changbin hanya melihat hingga pihak sana berhenti memanggil.

Ting!

Farish

Riz, boleh kita jumpa?
16:37
read √√

Sorry, Rish. Tapi sekarang aku tak boleh.
16:37
read √√

Aku kat hospital.
16:37
read √√

Mak su aku kemalangan pastu sekarang tengah operation nak keluarkan baby.
16:37
read √√

Oh...
16:38
read √√

Takpelah
16:38
read √√

Aku doakan acik Mirah dengan anak dia selamat.
16:38
read √√

Thanks, Farish.
16:39
read √√

👍
16:39
read √√

Pintu wad kecemasan dibuka selepas sejam kemudian, semua mata terus memandang seorang doktor yang keluar dari situ.

"Doktor, macam mana keadaan isteri dengan anak saya?" tanya Seungmin, cemas. Doktor itu menurunkan penutup mukanya dan memandang Seungmin.

"Encik Halim, harap encik dan keluarga tetap bersabar dan dapat terima berita yang saya nak sampaikan." katanya.

"Kenapa, doktor? Anak dengan isteri saya selamat, kan?' tanya Seungmin lagi.

"Kami dah cuba lakukan yang terbaik untuk selamatkan anak encik tapi nampaknya Tuhan lebih sayangkan dia. Pembedahan tu tak berjaya, bayi encik telah disahkan meninggal dunia." semua terkejut terutamanya Seungmin. Bayi yang lagi berapa bulan bakal melihat dunia sudah pergi.

Seungmin bahkan tidak berpeluang langsung mendengar suara tangisan daripada anak yang sudah lama ia nantikan kelahirannya.

"Macam mana dengan keadaan menantu saya?" tanya Jeongin.

"Puan Han masih belum sedarkan diri, dia kehilangan banyak darah dan stok darah golongan O di hospital ni tak cukup untuk disalurkan ke puan Han. Kami perlukan perderma darah secepat mungkin." jawab doktor itu.

"Ambil darah saya, doktor." Seungmin menawar diri.

"Halim, kau tak boleh. Darah kau jenis B." ujar Yongbok buat hati Seungmin terhenyak. Dalam situasi gawat macam ni dia tak mampu menolong isteri sendiri.

"Doktor, darah saya jenis O. Biar saya dermakan darah untuk Mirah." Hyunjin memandang Jisung untuk meminta izin dan Jisung mengangguk.

"Baik, puan boleh ikut nurse untuk menderma darah." kata doktor itu sambil menunjuk seorang jururawat yang berdiri di sebelahnya. Hyunjin pergi mengikut jururawat tersebut.

Seungmin terduduk, dia menutup muka yang sudah berlinangan air mata.

"Halim." Jeongin mengusap bahu Seungmin yang bergetar. Wajar Seungmin menangis, cahaya mata pertamanya pergi meninggalkan dia.

"A-Anak Halim dah tak a-ada, mak. H-Halim t-tak sempat nak a-azankan anak Halim, mak." lirih Seungmin.

"Sabar ye, nak. Ni semua kententuan Allah." pujuk Jeongin. Chan terkebil-kebil, dia tak faham keadaan sekarang.

"Ayah... Apa yang jadi ni? Kenapa pak su menangis?" tanya Chan. Jisung rasa mungkin lebih baik jika ia jujur.

"Pak su nangis sebab anak pak su dah tak ada, Ayyan."

"Tak ada?" tanya Chan. Jisung mengangguk. Dia mencangkung untuk menyamakan tinggi dengan anaknya.

"Anak pak su dah meninggal dunia, dia dah tinggalkan kita semua." jelas Jisung. Bibir Chan mencebik dan matanya berair.

"S-Sepupu A-Ayyan dah t-tinggalkan Ayyan? A-Ayyan dah tak ada sepupu?" Jisung mendukung Chan yang sudah mula menangis dan pergi untuk menenangkannya. Changbin memberi jarak yang besar antara dia dan Seungmin sebelum menelefon Kamal Kai.

"Assalamualaikum, bang. Akak Aina dah sedar?"

"Waalaikumussalam, belum tapi doktor kata tak lama lagi nanti dia sedar."

"Baguslah kalau macam tu."

"Riz, macam mana keadaan akak Mirah dengan anak dia?" tanya Kamal Kai.

"Mak su kurang darah, mummy tengah dermakan darah untuk mak su. Anak mak su pula..." Changbin menggigit bibir bawah, berita buruk ini terasa sangat sukar untuk dikhabarkan.

"Anak mak su dah meninggal."

"Innalillahiwainnalillahirajiun." ucap Kamal Kai. Dia terkejut dan sedih dalam masa yang sama.

"Abang Halim macam mana?" Changbin mencuri pandang Seungmin yang sedang ditenangkan Jeongin.

"Pak su tengah nangis."

"Yelah, mesti dia sedih sangat tu."

"Haah, bang. Kita semua tak sangka perkara macam ni pula yang jadi."

Minho membuka mata setelah dua hari tidak sedarkan diri, dia mengebilkan mata beberapa kali sebelum terpandang Seungmin yang tidur di kerusi sambil memegang tangannya.

Gerakan kecil dari jarinya membuat Seungmin terbangun.

"M-Mirah." jelas terlihat raut terkejut Seungmin apabila melihat Minho sudah sedarkan diri.

"Sekejap, aku nak panggil doktor." Minho menahan tangan Seungmin. Dia menanggalkan topeng oksigen dengan susah payah semata-mata hendak bertanya.

"Halim, mana anak kita?" tanya Minho dengan suara serak, tangannya memegang perut yang tidak lagi buncit. Seungmin mengalihkan pandangan daripada membalas tatapan Minho.

"Tunggu sini, a-aku panggilkan doktor."

Seungmin keluar dan membiarkan Minho tertanya-tanya tentang anaknya. Doktor tiba dan memeriksa keadaan Minho.

"Keadaan puan Umairah dah semakin membaik, mungkin beberapa hari lagi dia dah dibenarkan pulang." ujar doktor itu selepas Minho selesai diperiksa.

"Doktor, mana anak saya? Saya nak tengok anak saya." Minho tetap berdegil mahu melihat anaknya walaupun sekarang dia sendiri belum cukup kuat. Doktor itu memandang Seungmin.

"Anak kita dah tak ada, Mirah." beritahu Seungmin.

"A-Apa?"

"Anak kita dah meninggal dua hari lepas."

Minho tergamam, dia tak mahu percaya. Baru tengah hari tadi dia sibuk memilih baju-baju untuk anaknya.

"B-Bohong! H-Halim, tak lawaklah! Mana anak aku?!" marah Minho, matanya berair.

"Aku tak bohong, Mirah. Aku pun masih belum dapat terima kenyataan yang anak kita dah tak ada." kata Seungmin. Minho menangis sambil meremas perutnya sendiri.

"Hiks b-bohong! A-Anak aku belum mati hiks..." pandangan Minho teralih kepada doktor.

"D-Doktor pakat dengan Halim hiks tipu s-saya, kan? A-Anak saya hiks hidup lagi, kan?" tanya Minho.

"Maafkan saya, puan. Encik Halim tak berbohong."

"JANGAN TIPU AKULAH! FIKIR AKU BODOH KE?!" bentak Minho. Dia berubah agresif, Seungmin menahan isterinya kerana Minho ingin turun dari katil.

Minho memberontak. Minho mahu mencari anaknya.

"LEPASKAN AKU, HALIM! AKU NAK CARI ANAK AKU! KAU SOROKKAN ANAK AKU, KAN!" raung Minho.

"Mirah, aku tak tipu! Anak kita memang dah meninggal!" kata Seungmin bersungguh-sungguh, matanya sudah merah kerana menahan air mata. Seluruh badan Minho bagai kehilangan tenaga.

"A-Anak aku hidup lagi hiks... Dia belum meninggal."

...

Sejak pemergian anaknya dua minggu lalu, Minho lebih banyak mendiamkan diri dan termenung. Perangainya berubah dalam sekelip mata.

"Mirah." Minho menghiraukan panggilan Jeongin sehinggalah Jeongin memegang bahunya yang membuat agak tersentak.

Lama dia pandang wajah Jeongin. Sedar tak sedar air mata mengalir.

Jeongin memeluknya namun ia tidak membalas.

"Kau kena redho dengan pemergian anak kau. Mesti ada hikmah kenapa dia pergi, Mirah." kata Jeongin. Hari-hari dia dan Hyunjin datang memujuk, Minho harus merelakan kematian anaknya walaupun berat.

Termenung dan mengasingkan diri takkan membawa bayi itu hidup kembali. Minho semakin kurus kerana dia kerap menolak untuk makan. Mukanya pula sudah pucat dan mencengkung.

"M-Mirah t-tak boleh, mak. Ramai bayi lain kat dunia ni tapi kenapa mesti hiks a-anak Mirah?" Jeongin mengelap air mata Minho.

"Mirah, tak baik kau persoalkan ketentuan Allah. Anak kau dah bahagia kat sana. Kau kena teruskan hidup, anak kau akan tunggu kau dan Halim kat syurga."

Seungmin membawa makanan Minho. Jeongin bangun dan keluar untuk memberi ruang privasi kepada mereka. Siapa tahu mungkin Minho akan lebih mendengar pujukan Seungmin.

"Mirah, makan sikit." sesudu bubur dihalakan kepada Minho tetapi dia enggan membuka mulut.

"Mirah, last kau makan petang semalam. Tak baik kalau kau biar perut kau kosong macam tu." ujar Seungmin.

"Aku tak nak makan hiks aku nak anak aku..." ujar Minho. Seungmin meletakkan mangkuk tadi di atas meja.

"Mirah..."

"Hiks kalaulah aku tak paksa Aina pergi beli baju baby mesti dia ada lagi hiks... Ni semua salah aku." katanya diselangi dengan tangisan.

"Ni takdir Allah. Ni bukan salah siapa-siapa."

"T-Tak, ni salah aku." Minho memandang Seungmin.

"A-Aku nak bersendirian sekarang." katanya. Seungmin memegang tangan Minho, dia khuatir dengan keadaan Minho.

"Mirah, janganlah macam ni."

"Tolong bagi aku ruang, Halim." rayu Minho. Seungmin mengalah, dia keluar dari bilik itu dan turun ke ruang tamu.

"Dia tak nak makan?" tanya Jisung dan Seungmin menggeleng.

"Rasanya sampai bila Mirah macam tu?" tanya Seungmin.

"Kitorang pun tak tahu, Lim. Tapi kau kena selalu beri dia semangat. Kesian dia, banyak baju bayi dia beli hari tu. Dia dah teruja sangat nak tunggu anak korang lahir." jawab Yongbok.

"Halim tahu. Setiap malam dia berbual dengan Halim tentang bayi tu. Banyak benda dia dah rancang nak buat lepas bayi tu lahir." balas Seungmin.

Di dalam bilik, telefon Minho bergetar kerana menerima mesej.

✨ Hanat ✨

Assalamualaikum, akak.
17:20
read √√

Please jangan jauhkan diri daripada kitorang, kak.
17:20
read √√

Kitorang faham perasaan akak tapi kitorang sayangkan akak. Kitorang sedih tengok keadaan akak sekarang.
17:20
read √√

Akak, Allah takkan beri ujian dekat hamba-Nya tak mampu hadapi ujian tu.
17:21
read √√

Allah tahu akak kuat. Kitorang tahu akak kuat.
17:21
read √√

17:21
read √√

Akak jangan sedih nanti meow meow tu nanti pun ikut sedih juga. 😿
17:22
read √√

✨ Kurcaci ✨

Audio 3:49
17:23
√√

Minho mendengar audio itu.

"Mak su, Riz rindu mak su yang dulu. Mak su yang ceria bukan mak su yang selalu menangis macam ni. Riz tahu mak su Riz orang yang kuat. Riz yakin mak su boleh tempuh dugaan ni." ujar Changbin.

"Mak su nak tahu sesuatu tak? Pak su pun rindu nak tengok senyuman mak su. Pak su kata pak su tak kisah kalau mak su suruh minum air sabun lagi kalau tu boleh buat mak su tersenyum semula."

Suara Changbin terhenti dan digantikan dengan suara Hyunjin.

"Mirah, jangan pendam sedih tu sorang-sorang sebab kitorang sentiasa ada untuk kau. Aku boleh jadi bahu untuk kau bersandar. Aku dah anggap kau macam adik kandung aku sendiri. Kalau kau sedih aku pun sedih, Mirah." pesanan suara itu dihentikan. Minho tak mahu dengar lebih lagi. Dia jadi semakin mahu menangis.

Klek

Pintu dibuka oleh Chan yang datang bersama Sunwoo, Youngjae dan Jongho. Mereka semua berlari ke arah Minho dan memeluknya dengan erat.

"Ayyan sayang mak su. Ayyan sedih bila tengok mak su menangis." ucap Chan.

"Fakhrul pun sayang acik Mirah juga." ucap Jongho pula.

"Acik Mirah jangan nangis lagi." ujar Youngjae sambil mengelap air mata Minho dengan ibu jari. Sunwoo mengambil masa sedikit lama untuk bersuara berbanding yang lain.

"Acik... Haimin janji kalau acik Mirah tak nangis lagi lepas ni Haimin bagi acik jus pear favorite Haimin. Haimin tak suka acik Mirah macam ni. Haimin nak acik Mirah marah Haimin macam dulu." ujarnya. Sikap nakal Sunwoo lenyap apabila melihat Minho sudah berubah.

Mereka melepaskan pelukan dan memandang Minho.

"Mak su anggaplah kitorang ni macam anak mak su. Kitorang tak kisah pun." kata Chan.

"Haah, kita pun dah anggap acik ni macam mama kita. Lepas ni kitorang panggil acik Mirah mama!" sokong Youngjae. Semua kanak-kanak di situ mengangguk.

"Betul tu, mama!" panggil Sunwoo.

"Acik Mirah mama kita!" ujar Jongho. Panggilan yang disebut oleh mereka buat Minho menangis.

Timbul perasaan bahagia di hatinya. Harapan Minho untuk dipanggil dengan panggilan ibu tercapai sungguhpun mereka bukanlah anak kandungnya. Rasa sedih dan rindu Minho terhadap arwah sedikit terubat.

"Mama, jangan nangis lagi. Mama tak suka ke kita jadi anak mama? Kita janji kita tak jadi anak nakal." tanya Jongho. Minho mengelap air mata dan mendepakan tangan.

"M-Mama nak peluk anak mama, boleh?" pinta Minho sambil tersenyum.

"Mestilah boleh!"

Mereka berlima saling berpelukan, Minho mencium ubun-ubun kepala mereka.

"Mama sayang anak mama." bisik Minho.


Tak sedih sangat, kan? Aku memang tak reti buat scene sedih.

Dan aku memang sengaja cepatkan masa, aku tak nak buat scene Minho tak terima anak dia meninggal tu lama-lama. Soalnya aku tuh gak punya ide mau buat scene air mata.

Btw kalau ada nak join grup whatsapp Han Family (bukan versi roleplay) boleh tekan link kat bio aku.

Continue Reading

You'll Also Like

9K 1.5K 16
maka bermula kisah aku dengan dia disebabkan satu kotak Jelly Bean ? Start : 25 Jan 2018 End : 8 Feb 2018 #84 in short story cover by myeong-minho
686 100 7
apa yang akan terjadi apabila pelajar ranking 1 dari azali mendapat tempat kedua setelah kehadiran seorang pelajar baharu?
67.8K 7.6K 40
Dia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar m...
7.2K 916 47
『 graphic shop 』 • closed ©mei