TUAN JEFRI 2 - YUHAIRA

By AisyRihana

16.9K 847 72

Sambungan Tuan Jefri Sebelum baca YUHAIRA, sila baca TUAN JEFRI dahulu sebab YUHAIRA ni ada berkait dengan TU... More

1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
AKHIR
JUWITA
SOAL SELIDIK
Patahnya Sayap Rindu

7

405 18 1
By AisyRihana

JAM 1 PAGI Syed Huzair balik rumah.

"Kenapa balik lambat?" tegur satu suara dari ruang tamu. Syed Huzair merengus. Dia membuka lampu. Maryam sedang duduk di sofa sambil memandang ke arahnya.

"Saja balik lewat. Kenapa?" Syed Huzair pandang Maryam dengan muka bersahajanya. Maryam bangun mendekati Syed Huzair.

"You sedar tak sekarang ni dah pukul berapa? You tak pernah balik lewat macam ni kecuali you ada buat sesuatu yang menyebabkan you balik lewat."

"Sekali-sekala I balik lewat, tak boleh ke? Atau you tengah kesepian dan menunggu lelaki membelai you dengan manja?" soal Syed Huzair sinis. Masih segar dalam ingatannya akan kecurangan Maryam pada empat tahun yang lalu. Kecurangan yang menyebabkan kepercayaan Syed Huzair terhadap Maryam hilang dalam sekelip mata.

"Huzair!" bergema suara Maryam. Maryam tidak suka Syed Huzair mengungkit masa lalu. Benar masa lalu itu tidak boleh dimaafkan tetapi dia sudah bertaubat dan dia masih mengharapkan Syed Huzair memaafkannya walaupun dia tahu ia amat sukar.

"You dengar sini baik-baik, Maryam. You tak perlu sibuk nak tahu apa yang I buat. I nak balik lewat atau tidak, you tak perlu susahkan diri tunggu I. You buatlah sesuatu yang berfaedah untuk diri you sendiri. Tak perlu sibuk nak menguruskan hidup I. Hubungan kita berdua sekarang ni sekadar di atas kertas sahaja. Ingat tu!" jerkah Syed Huzair.

"Until when do you want to hate me, Huzair?" tanya Maryam.

"Sampai you mati!" tajam mata Syed Huzair merenung mata bundar Maryam.

Mata Maryam mula berair. Syed Huzair tidak suka dengan mata itu. Mata yang mudah mengalirkan air mata demi membela diri yang sudah terang bersalah.

"I merayu dekat you. Jangan tinggalkan I." Rintih Maryam.

Syed Huzair geleng kepala. "Bila tiba masanya, I akan tinggalkan you tapi sebelum tu, I nak tengok macam mana seorang isteri yang buat suaminya menderita hidup dalam kehidupan yang menjijikkan ni. You bernasib baik I tak ceraikan you sebab I masih fikirkan hati dan perasaan mama dan papa you yang merayu dekat I supaya kekalkan perkahwinan kita ni. Mereka fikir I akan memaafkan kecurangan anak mereka tapi mereka silap. I tak pernah memaafkan anak mereka sebab kecurangan itu penyebab hidup I kucar-kacir dan you dah buat I jadi serabut! Kenapa you tak mati dalam kemalangan tu, Maryam? Kenapa?! Kan lebih baik you mati. Senang hidup I bila you dah mati!"

Maryam terdiam. Hatinya mula merintih. Entah sampai bila dia perlu berhadapan dengan sikap panas baran Syed Huzair gara-gara kesilapannya ini? Dia berharap sangat Syed Huzair dapat menerimanya semula.

Syed Huzair naik tangga dan berhenti di anak tangga ketiga. Dia toleh ke arah Maryam yang masih berdiri itu. "Tadi I ada jumpa kenalan lama I. I jatuh hati pula dekat dia sebab dia semakin cantik dan berbudi bahasa. Sikap dan perangainya pula menepati ciri-ciri calon isteri yang I cari selama ini." Syed Huzair berjeda.

Syed Huzair memejam matanya. Dadanya berombak-ombak bila teringatkan kejadian itu. Sungguh ia menyakiti hatinya. Syed Huzair buka mata dan melepaskan keluhan.

"Dia baik dan dia seorang yang setia. I akan berkahwin dengan dia tak lama lagi, Maryam."

Kata-kata Syed Huzair menampar jiwa Maryam. Maryam ingin berteriak menghalang niat Syed Huzair. Dia tidak mahu lelaki itu memiliki perempuan lain selain dia yang sudah dibuang ini. Cintanya pada Syed Huzair masih bersisa. Jiwanya masih ingin memiliki jiwa Syed Huzair.

Syed Huzair naik ke atas. Maryam terduduk di atas lantai dan menangis teresak-esak. Inilah balasan baginya. Dia kehilangan suami yang dia cintai angkara kecurangannya. Dia bernasib baik Syed Huzair tidak menceraikannya. Tetapi empat tahun menjalani kehidupan dengan berbekalkan kebencian dari Syed Huzair membuatkan dirinya diserang rasa bersalah berganda-ganda. Syed Huzair adalah lelaki yang baik untuk dia tetapi dia yang tidak menghargai kesetiaan Syed Huzair.

*

YUHAIRA dibenarkan balik. Dia bernasib baik tidak mengalami trauma yang teruk. Tiada juga kecederaan yang berat. Yuhaira menarik nafas lega bila dapat tahu Malik sudah dipenjarakan.

"Kau kenal Syed Huzair?" tanya Amir yang datang bertandang ke rumah Nek Mah. Dia duduk bersila di pangkin yang baru buat di depan rumah Yuhaira.

"Kenal. Dia kawan baik ayah Si Malik tu." Ujar Yuhaira sambil menghidangkan minuman dan kuih-muih yang baru siap digoreng untuk Amir.

"Dialah yang serahkan bukti Malik serang kau tu."

"Bukti?"

"Dia record Malik serang kau sebelum dia selamatkan kau. Tapi nasib baik dia bertindak cepat. Kalau asyik record, kemungkinan kau dah mati dicekik Malik."

"Baik juga diakan. Tapi Datuk Jefri pun selamatkan aku juga."

"Datuk Jefri? Dia sekadar tengok kau pengsan. Agaknya dia tak berani melawan Malik tu." Amir mencemuh Jefri. Sememangnya dia tidak menyukai lelaki itu.

"Bukan tak berani melawan tapi tak sempat nak melawan." Ujar Jefri yang datang entah dari mana mengejutkan dua kawan baik itu. Amir hampir terjatuh ke belakang bila terdengar suara Jefri dari belakangnya.

"Eh Datuk, bila masa Datuk sampai?" tanya Yuhaira turut terkejut. Nasib baik tak tersembur air kopinya. Jefri menyerahkan Haider kepada Yuhaira. Dia sudah menghubungi Yuhaira mahu Yuhaira menjaga Haider separuh hari kerana dia terpaksa masuk mesyuarat lepas solat Zohor nanti.

"Baru aja sampai."

"Kenapa saya tak perasan Datuk sampai?" tanya Yuhaira masih pelik.

"Macam mana nak perasan kalau tengah mengumpat orang?" Jefri pandang Amir dengan muka serius kemudian pandang Yuhaira. Amir buat-buat tak tahu.

"Orang tak mengumpat pun fasal dia." Ujar Yuhaira seraya mencebik.

"Nah." Jefri menyerahkan plastik berlogokan butik terkenal kepada Yuhaira.

"Apa ni, Datuk?" Yuhaira mengambil dan mengeluarkan isi dari plastik. "Tudung?" Yuhaira pandang Jefri.

"Kalau boleh, kau pakailah tudung. Sekurang-kurangnya, boleh tutup aurat." Jefri senyum. Dia nampak Yuhaira lagi cantik bila mengenakan hijab yang menutupi auratnya. Dia bukan mahu memaksa Yuhaira tetapi jika Yuhaira tidak mahu, tidak mengapa juga.

Yuhaira terkedu dengan pemberian Jefri. Hatinya dijentik oleh satu perasaan yang luar biasa.Tudung ini mungkin satu pemulaan baginya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Nek Mah sering menyuruh dia memakai tudung setiap kali keluar tetapi dia degil dan tidak dengar kata. Dia merasakan tiada sebab untuk memakai tudung kerana hendak pakai atau tidak itu adalah pilihan, bukan kewajiban. Bila teringatkan apa yang dia kata selama ini, dia rasa dirinya jahil.

"Apa gunanya hafaz Al-Quran banyak kali kalau aurat tidak tutup?" kata-kata Nek Mah menjengah masuk. Kata-kata yang ada kebenarannya. Dengan Nek Mah, dia tidak mahu mempelajari cara-cara menutup aurat. Dia dengan selamba mempamerkan rambutnya kepada orang terutamanya kaum lelaki yang tidak berhak melihat auratnya. Bukan kepala sahaja perlu ditutup, pemakaian pakaiannya juga perlu diubah.

"Yuhaira?" panggil Jefri bila nampak Yuhaira termenung jauh.

Yuhaira terperanjat. Dia senyum pada Jefri. "Terima kasih bagi saya tudung."

"Sama-sama. Aku pergi dulu. Jaga Haider elok-elok." Ujar Jefri. Dia berlalu pergi.

Amir mula rasa tak puas hati apabila Jefri memberikan hadiah kepada Yuhaira. Melihat Yuhaira yang tersentuh dengan pemberian itu, Amir bimbang Yuhaira jatuh hati pada Jefri.

Yuhaira bawa Haider naik meninggalkan Amir di pangkin. "Kau balik, Amir. Aku tak nak syaitan merasuk kau. Risau pula aku kalau kau lama-lama kat rumah aku ni." Ujar Yuhaira dari dalam rumah. Amir merengus lalu pulang.

Yuhaira meletakkan Haider di dalam bilik kerana Haider sudah tidur. Yuhaira keluar seraya membawa tudung yang diberikan oleh Jefri. Dia memakai tudung itu di depan cermin yang digantung di dinding dekat bilik Nek Mah.

"Fuh, nampak ayu pula pakai tudung ni." Yuhaira memuji diri sendiri.

Nek Mah keluar dari bilik. Terkejut orang tua itu melihat cucunya pakai tudung. "Ni tiba-tiba pakai tudung pula ni, kenapa? Malaikat Jibrail bagi jemputan ke?"

"Eish, nenek ni. Tak adalah. Aira rasa Aira kena pakai tudunglah, nek. Nenek tahu tak? Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja, balasannya 70 ribu tahun dalam neraka. Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah ialah azab yang amat pedih. Rambut yang kita tunjuk dengan lelaki bukan mahram akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggegelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Aira dah bertahun-tahun tak tutup kepala ni. Patutlah otak Aira ni sewel macam orang gila. Rupa-rupanya balasan tak tutup aurat." Ujar Yuhaira. Dia memetik ayat daripada Facebook yang dia selalu ikuti itu. Dia sudah lama menyimpan niat untuk bertudung tetapi bila dia asyik menangguhkan niatnya, sampai sudah kepalanya tidak ditutupi. Sudah tiba masanya dia menutup aurat. Hari ini dan seterusnya menjadi hari yang baru baginya.

"Amboi. Baguslah tergerak hati nak tutup aurat. Dah berbuih mulut nenek menasihati kamu, akhirnya terbuka juga pintu hati kamu ni. Esok kita pergi tudung banyak-banyak. Nenek belanja." Ujar Nek Mah dengan perasaan lega.

"Nenek tahu tak, tudung ni sebenarnya Datuk Jefri yang bagi. Dia suruh Aira tutup aurat. Terasa macam pesanan suami kepada isterinya pula. Bagus Datuk Jefri tukan? Dia mengambil berat terhadap Aira terutamanya bab aurat ni." Ujar Yuhaira lalu ketawa kecil.

Berubah riak wajah Nek Mah. 20 tahun lepas kembali menjengah ingatan Nek Mah. Sama apa yang berlaku pada hari ini. Kenapa yang berlaku pada masa kini sama seperti masa lalu? Permainan takdir yang membuatkan hidup Nek Mah mula tidak tenteram. Dia pandang cucunya. Dia tidak mahu Yuhaira terlalu rapat dengan Jefri. Jefri memiliki keperibadian yang hampir serupa dengan Tengku Jaafar walaupun mereka berdua anak-beranak tiri. Adakah Jefri ini jelmaan Tengku Jaafar pada 20 tahun yang lalu yang menyebabkan Yuhaira menjadi seperti Ruhaila?

Tidak! Nek Mah perlu memastikan hubungan Yuhaira dengan Jefri sekadar majikan dengan pekerja sahaja. Tidak boleh ada hubungan lain selain hubungan ini! Sudah cukup Nek Mah menanggung rasa pedih di hati angkara Ruhaila dan Tengku Jaafar. Jangan pula kejadian itu berulang kembali yang akan menyakiti hati Yuhaira pula. Nek Mah tidak sanggup kehilangan Yuhaira lagi selepas dia kehilangan tiga orang yang paling dia sayangi.

"Aira dengan Jefri ada apa-apa ke?" tanya Nek Mah.

"Ada apa-apa? Maksud nenek?"

"Aira sukakan Jefri?" soalan daripada Nek Mah membuatkan Yuhaira ketawa.

"Apalah nenek ni. Suka dekat Datuk? Eish. Takkanlah Aira sukakan Datuk lebih dari tu pula? Tak. Aira sukakan Datuk sebab dia baik dengan kita walaupun perangai dia tu kadang-kadang buat Aira panas hati. Kebaikan Datuk dekat kita berdua ni membuatkan Aira banyak terhutang budi. Tak mampu Aira nak balas semuanya tapi Aira betul-betul bersyukur kita dapat kenal dengan Datuk Jefri yang baik hati itu." Jelas Yuhaira.

"Nenek tak nak kerana budi, Aira mengharapkan yang lain pula. Cukup setakat hubungan Aira dengan Jefri sebagai majikan. Jangan lebih daripada itu. Kita kena ingat, darjat kita dengan darjat Jefri jauh berbeza. Orang macam kita tak layak bersama dengan dia."

"Yang tu nenek jangan risau. Aira tak akan ada perasaan sayang atau cinta pun dekat Datuk. Hubungan kami setakat majikan dengan pekerja sahaja. Tak akan lebih dari itu. Lagipun, Datuk Jefri itukan orang kaya raya. Mesti ramai anak perempuan berpangkat Datuk Tan Sri nak dekat dia. Dia boleh pilih mana yang setaraf dengan dia. Aira ni gadis kampung, tak akan dipilih atau dipandang oleh orang kaya, nek." Yuhaira faham akan kata-kata Nek Mah. Dia tidak akan melebih-lebihkan hubungan di antara dia dengan Jefri. Dia sedar dirinya ini bukanlah setanding dengan Jefri.

"Lega nenek mendengarnya. Nenek bukan apa, orang kaya selalunya akan berubah sikap dan perangai bila kita buat salah. Nenek tak nak jadi macam tu. Kita juga jangan mengharapkan sesuatu daripada mereka. Cukuplah dengan apa yang kita ada, jangan kita meminta."

"Ya, nenek. Nenek jangan risau ya." Yuhaira senyum.

Lega atau tidak, perasaan Nek Mah bercampur-baur. Yuhaira dengan Jefri itu lelaki dan perempuan yang diciptakan mempunyai hati dan perasaan. Mungkin masa ini mereka berdua belum berhubungan lain tetapi masa yang akan datang nanti? Andai perkara itu terjadi, Nek Mah sudah nekad mahu menghalang hubungan mereka berdua.

*

"KAU bagi Yuhaira tudung? Wah, sejak bila kau jadi romantik ni, Jef?" tanya Ashraf tidak percaya. Semasa arwah Hanna masih ada, Jefri tidak pernah memberikan arwah sebarang hadiah. Arwah Hanna pula langsung tidak kisah kalau suaminya tak berikannya hadiah. Jefri ini lelaki tak pernah nak jadi romantik pada perempuan termasuk arwah Hanna.

"Apa kau merepek ni, Ash? Aku bagi sebab nak dia tutup aurat je."

"Bagi tudung sebab nak tutup aurat tu merupakan perbuatan yang romantik, bro. Kau tahu tak, jarang ada majikan yang bagi hadiah macam tu. Jarang juga ada majikan yang begitu prihatin pada pekerjanya. Tapi kau, wah! Kau tak pernah buat macam ni dekat pekerja kau kat syarikat ni. Dengan aku pun, kau jarang bagi hadiah."

"Yang kereta kau guna tu, bukan hadiah ke?"

"Itu kereta, tapi hadiah lain-lainlah. Macam hadiah persahabatan kita berdua ke?"

"Eish, gelilah aku nak bagi hadiah macam tu."

Ashraf ketawa.

Jefri menyandar di kerusi. Bibirnya mengukir senyuman. "Aku tengok dia lagi cantik kalau pakai tudung. Alang-alang aku singgah dekat butik yang selalu aku pergi, aku belikan tudung untuk dia. Masa tu, aku rasa automatik ambil tudung tu. Haih, rasa lain macam aje bila bagi hadiah dekat dia. Padahal sehelai kain tudung aje."

"Rasa lain macam tu sebab kau ada perasaan dekat Yuhaira."

"Tak. Tak akan ada perasaan tulah." Tingkah Jefri. Dia tidak suka dirinya dikaitkan dengan ada perasaan terhadap Yuhaira. Dia kenal Yuhaira tak sampai setahun lagi, macam mana nak ada perasaan pula? Lagipun, dia tidak akan mempunyai perasaan terhadap mana-mana perempuan termasuk Yuhaira. Datanglah sejuta perempuan yang melutut merayu kepadanya, dia tidak akan pandang. Dia juga tidak akan terima cinta daripada perempuan lain. Dia rela hidup menduda sehingga mati.

Ashraf ketawa lagi. Dalam hati Jefri, tetap ada arwah Hanna. Dia tahu Jefri tidak mudah menerima perempuan lain bertakhta dalam hatinya. Jefri seorang yang setia. Kesetiaan yang sanggup bertahan tanpa ada cinta baru. Tak mengapa, Jefri. Jika itu yang kau nak, aku tak paksa. Itu hak kau. Yang penting bagi aku adalah kau dapat hidup dengan bahagia.

Pintu bilik diketuk. Masuk setiausaha Jefri memberitahu akan kedatangan Syed Huzair. Syed Huzair yang merancang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan JCH Holding diterima oleh Jefri. Mereka kini sedang berbincang cara untuk menarik pelabur supaya syarikat kecil Syed Huzair dapat berkembang dengan maju ke depan. JCH Holding sebagai pelabur utama dalam syarikat Syed Huzair. Itu belum mencukupi lagi untuk membangunkan dan mendapatkan projek besar.

Usai perbincangan tersebut, Syed Huzair akan diberikan rakan niaga yang pernah berurusan dengan JCH Holding kepadanya. Syed Huzair membuka syarikat hartanah tetapi syarikat hartanah ini memerlukan juga sokongan dan pelaburan daripada syarikat besar yang pernah menerima projek-projek besar. Itu dapat mengukuhkan lagi syarikat hartanah dalam bisnes hartanah ini.

"Macam mana dengan Yuhaira, dia dah okey?" tanya Syed Huzair. Dia asyik teringatkan Yuhaira sepanjang malam. Tak lena tidurnya memikirkan gadis itu.

"Dia okey. Pagi tadi nampak dia happy macam tak pernah berlaku apa-apa dekat dia." Ujar Jefri.

Syed Huzair tersenyum lebar mendengarnya.

"Boleh I tahu, macam mana you boleh kenal dengan Yuhaira?" tanya Jefri.

"Dia pernah bekerja dengan rakan niaga I dulu. Dari situ I kenal dia." Ujar Syed Huzair. Dia tidak mahu menceritakan perkara yang pernah terjadi pada Yuhaira kepada Jefri. Dia tidak mahu Jefri berfikir buruk terhadap Yuhaira, pekerja Jefri itu.

Jefri terangguk-angguk. "So you nak jumpa dia? I boleh berikan alamat dia."

"Tak mengapalah. Hati I rasa lega bila dapat tahu dia dah okey."

Jefri mula merasakan sesuatu yang aneh. Kenapa dia tiba-tiba rasa cemburu pula terhadap Syed Huzair ini? Dia dapat merasakan Syed Huzair mempunyai perasaan terhadap Yuhaira. Dia pula seperti tidak suka Syed Huzair mengambil berat terhadap Yuhaira. Ah! Gilalah!

"Oh ya. Untuk pengetahuan you, Yuhaira pengasuh anak I. Erti kata lain, dia pekerja I. I tak nak you ganggu dia semasa dia bekerja. Sebab anak I tu sangat cerewet. Yuhaira tak boleh tinggalkan anak I walaupun sesaat sebab anak I terlalu rapat dan manja dengan Yuhaira. Kalau you nak berjumpa atau hubungi Yuhaira, you buat semua tu pada hari hujung minggu. Itu kalau Yuhaira cuti. I bukan apa, I nak pastikan Yuhaira jaga anak I dengan baik tanpa sebarang gangguan. I harap you faham, Syed Huzair." Ujar Jefri. Kata-katanya seperti berbaur kecemburuan pula tetapi dia tidak suka Yuhaira terlalu sibuk bercinta dengan Syed Huzair kalau memang antara mereka berdua ini ada hubungan. Haider terlampau rapat dan manja dengan Yuhaira.

"Datuk jangan risau. I bukan macam tu. I dengan Yuhaira tak ada apa-apa hubungan pun. Kami kenal pun tak adalah rapat sangat. Cuma semalam kami berjumpa semula selepas bertahun tak jumpa." Ucap Syed Huzair.

"Baguslah macam tu."

"But, I have to admit. Yuhaira are very beautiful. The first time i met her, I was already glued to her beautiful face." Syed Huzair tidak malu mengatakannya kerana benar Yuhaira itu sangat cantik pada pandangannya.

Jefri agak terkejut mendengar pengakuan itu. Nampak Syed Huzair seperti sudah tertawan dengan Yuhaira. "So you like her because of her beauty? Bukan kerana hati dan tingkah lakunya?"

Syed Huzair ketawa. "Bukan begitu maksud saya, Datuk. Dia memang cantik tetapi dalamannya saya tidak tahu bagaimana. If I was given by the chance, I would like to get to know her more closely. Jika dia menepati ciri-ciri yang saya nak, saya mahu mengikat dia sebagai isteri saya."

Wow! Ini sudah terlebih. Lelaki ini sudah mula berangan-angan nak memikat pengasuh Haider pula. Nak bagi izin ke tidak ni?

"Perempuan ni seperti kaca. Kalau kita jaga elok kaca itu, ia tidak akan pecah tetapi kalau kita tidak menjaganya dengan elok, maka pecahlah kaca itu. Jaga perempuan ni tak mudah. You kena banyak mempelajari ilmu tentang hal perempuan. Lelaki macam kita ni kalau nak baca sepuluh jenis buku tentang perempuan, kita tidak akan pernah faham. Sebab... perempuan ini terlalu merumitkan."

"Ya. Betul itu. Perempuan terlalu merumitkan tetapi kita boleh menjinakkan."

Jefri senyum. "I doakan you berjaya memikat Yuhaira."

Syed Huzair turut tersenyum. Dia bukanlah mahu memikat Yuhaira tetapi lebih kepada menjadi kawan. Kalau berkawan itu boleh membawa kepada hubungan yang lebih serius, kenapa tidak dia jadikan Yuhaira menjadi isterinya?

Syed Huzair pulang setelah tiada apa lagi hendak dibincangkan. Datang setiausahanya membawa sesuatu yang diminta oleh Jefri. Dia meletakkanya di atas meja dekat sofa dan keluar. Jefri bangun. Dia duduk di sofa berdekatan. Dia mengambil sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 di atas meja. Dia membuka dan mengeluarkan sekeping gambar. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor ASP Razlan dihubungi. Panggilan bertaut.

"Siapa lelaki ni?"

"Izzudin. Lelaki ni dilihat bersama dengan Tengku Adurah sebelum Tengku Adurah dikatakan 'mati'. lelaki ini amat mencurigakan. Dia terlalu rapat dengan Tengku Adurah. Ke mana sahaja Tengku Adurah pergi, dia ada di sisinya." Ujar ASP Razlan.

"Mana dia sekarang?"

"Hilang selepas dia tahu kita pasang spy."

"Macam mana dia tahu kita pasang spy? Adakah dia ada kaitan dengan kejadian lepas?"

"Salah seorang anak buah aku terkantoi. Dia sebut nama aku. Si Izzudin terus melarikan diri selepas itu. Kalau Si Izzudin kenal aku, bermakna dia juga kenal kau. Jadi, sahihlah dia ada terlibat dalam kejadian itu tapi ini sangkaan aku. Sama ada dia terlibat atau tidak, kita tidak boleh buat andaian sesuka hati. Boleh jadi dia mangsa Tengku Adurah ke.... Kau jangan risau, Jef. Aku akan siasat lagi sampai dapat. Selagi Tengku Adurah belum dijumpai, selagi itulah aku akan terus menyiasatnya." Ujar ASP Razlan bersungguh-sungguh. Dia berasa bersalah terhadap Jefri kerana menyangka kejadian yang menimpa mereka semua itu sudah berakhir dengan penangkapan Tan Sri Halim. Rupa-rupanya tidak. Tan Sri Halim mempunyai rakan subahat iaitu Tengku Adurah. Tengku Adurah pula menyangka dengan memalsukan kematiannya dapat melarikan diri dari ditangkap. Kini Tengku Adurah hilang entah ke mana. Dia pasti akan dapat menangkap dan menghukum Tengku Adurah. Terlalu banyak kesalahan yang dibuat oleh perempuan itu!

"Aku berharap dekat kau, Lan. Pastikan perempuan tu ditangkap!" tegas Jefri.

"Aku pasti dapat tangkap dia, Jef." Ucap ASP Razlan.

Perbualan mereka berdua tamat. Jefri merengus dengan perasaan sakit dan amarah. Urusan dia dengan Tengku Adurah belum berakhir! Jefri bangun dan keluar. Dia pergi ke rumah Yuhaira untuk mengambil Haider setelah mesyuarat dia dengan Syed Huzair selesai.

Di rumah itu, terkejut Jefri melihat keayuan Yuhaira memakai tudung pemberiannya. Tak terkelip matanya memandang wajah itu. Melihat wajah Yuhaira seperti melihat wajah Hanna. Tak ubah! Di saat ini, dia merindui arwah Hanna. Alangkah bahagianya dia jika dia melihat arwah Hanna di depannya.

"Hanna nampak cantik." Ucap Jefri tanpa sedar dia tersebut nama arwah Hanna di depan Yuhaira.

Yuhaira mengerutkan dahi mendengar nama yang dia tidak kenal itu.

"Datuk?" tegur Yuhaira.

Jefri tersentak. Dia beristighfar panjang. Dia membayangkan Yuhaira itu arwah Hanna. Betapa rindunya dia pada isterinya itu. Isteri yang tiada galang gantinya.

"Sorry. Aku teringatkan arwah ibu Haider." Ujar Jefri.

"Teringin saya nak tengok gambar arwah ibu Haider. Mesti cantikkan?"

Jefri senyum. "Dia sangat cantik. Sikap dan perangai dia tak ubah macam kau. Jenis happy go lucky dan suka bertekak dengan aku. Kadang-kadang bila aku bercakap dengan kau, aku seperti bercakap dengan arwah. Bila rasa seperti tu, aku baru teringat yang arwah dah tak ada. Hati aku akan hancur bila teringatkan dia sudah tiada." Sayu wajahnya.

"Mengingati orang yang sudah tiada itu bukanlah kesakitan tetapi kerana rindu. Datuk kena sentiasa berdoa untuk arwah. Arwah sangat beruntung mempunyai suami yang baik seperti Datuk."

Jefri sekadar senyum. Dia sentiasa mendoakan arwah isterinya itu.

Datang Nek Mah menghidangkan kuih-muih bersama air kopi. Ketiga-tiga mereka berbual-bual sebelum Jefri pergi. Selepas Jefri pergi, Nek Mah segera masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil telefonnya dan memeriksa sesuatu.

Benar telahan Nek Mah. Ruhaila belum meninggal dunia lagi. Wanita itu masih hidup dan sedang hidup bahagia dengan keluarga barunya. Ruhaila sudah berkahwin baru dan mempunyai anak perempuan yang berusia belasan tahun. Sampai hatinya Ruhaila tidak mahu berjumpa dengan Yuhaira, anak kandungnya kerana lebih mengutamakan keluarga barunya. Bagaimanakah perasaan Ruhaila bila tahu Zaim sudah hilang bertahun-tahun tidak dijumpai? Tidak. Jika Ruhaila masih ingat pada anak-anaknya, pasti Ruhaila sudah datang berjumpa dengannya! Yuhaira, ibu kamu sudah mati!

Continue Reading

You'll Also Like

488K 21.8K 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja da...
222K 11.9K 54
Hanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk...
12.8K 793 85
Mengenal seketul manusia bernama Shadhameir Wildan ni memang mencabar tahap kesabaran gadis yang ayu seperti Darling Shafhanie. Ingatkan bila dah dud...
1.4M 40.3K 84
~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihat...