"Assalamualaikum mummy...."
"Waalaikumussalam! Ha! Cepat, masuk-masuk!" seru Tengku Akma dari dalam rumah.
Wanita itu berlari ke arah pintu untuk menyambut kedatangan anak dan menantunya. Hannah bersalaman dengan Tengku Akma.
"Jom, yang lain dah tunggu dah tu"
Harraz menaikkan satu alis keningnya. Wajah mummy nya itu dipandang pelik.
"Yang lain?"
"Iye... Dah, jom"
Hannah, Harraz dan Tengku Akma berjalan ke arah ruangan dapur. Apabila melihat siapa yang hadir, Harraz ternganga.
Aniq, Zyad, Rayyan dan Hasif sudah menatapnya. Husna, Ernie, Rissa, juga turut ada di situ.
"Kau pun ada Aizat?"
"Hai...?"
Harraz hanya menggelengkan kepala apabila melihat manusia-manusia itu di situ. Dia memimpin tangan Hannah dan berjalan ke arah meja makan.
"Makanlah. Jangan tenung je makanan tu" tegur Tengku Akma apabila melihat mereka semua hanya berdiam diri.
"Sweetheart, suap aku boleh?" pinta Harraz manja. Kepalanya disandarkan pada bahu si isteri. Wangian gadis itu menerpa masuk ke rongga hidungnya membuatkan Harraz memejamkan matanya.
Aniq yang duduk di hadapan Harraz itu sudah mula berdecit. Wajah Harraz di tatap tajam.
"Woi tenuk. Aku tahu la kau dah kahwin, tapi tolonglah ada rasa hormat dalam diri kau tu. Aku yang single ni sangat lah sensitif dengan perkara semut-semut begini. Faham tak tenuk?" kata Aniq.
"Kau single duduk diam-diam. Aku nak manja dengan isteri sendiri pun tak boleh" bidas Harraz pula.
Tangannya mula melingkar pada pinggang ramping Hannah membuatkan tubuh gadis itu mengeras. Dia masih lagi belum terbiasa dengan sentuhan Harraz.
"Auntie... Tengok Harraz tu" cebik Aniq pada Tengku Akma. Wanita itu menatap tajam ke arah Harraz.
"Harraz...."
"Okay, fine"
Tengku Hanif yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah lali dengan perangai Harraz dan sahabat-sahabat anaknya yang sudah dianggap macam anak sendiri itu.
Harraz menarik kembali tangannya. Dirinya dijarakkan sedikit daripada Hannah.
"Malam ni semua tidur rumah auntie tau. Harraz pun sama" kata Tengku Akma. Mereka semua hanya mampu mengangguk.
Selesai makan, Hannah pergi ke bahagian singki untuk menolong Rissa membasuh pinggan. Mereka yang lain sudah berada di ruang tamu.
"Cik Rissa-"
"Hannah, janganlah panggil saya Cik Rissa. Saya bukan majikan awak. Panggil Rissa je" kata Rissa. Hannah hanya mengangguk. Bibirnya tersenyum manis.
"Awak duduklah dekat depan. Biar saya yang sambung basuh pinggan ni" kata Hannah pula.
"Tak apa ke?" soal Rissa pula. Hannah mengangguk. Rissa meninggalkan Hannah di situ dan dia pun pergi duduk di ruang tamu.
Hannah menyinsing kan lengan bajunya sedikit. Paip air dibuka dan dia mula membasuh pinggan.
"Sweetheart....." panggil Harraz yang baru sahaja tiba di ruangan singki itu. Tangannya pantas melingkar pada pinggang Hannah. Dagunya diletakkan di atas bahu gadis itu.
Tubuh gadis itu mengeras. Terkejut dengan tindakan Harraz yang tiba-tiba itu.
"Harraz... Nanti orang tengoklah"
"Tak apalah. Lagipun aku kan suami kau...."
"Harraz-"
"Wanginya kau sweetheart..." kata lelaki itu perlahan. Wangian isterinya dihidu lagi. Dia tertawa kecil apabila perasan dengan pipi Hannah yang sudah merona merah.
Pipi ranum Hannah dikucup seketika.
"Sweetheart...."
"Hmm?"
"Tadi mummy ada cakap dengan aku. Mummy kalau boleh nak ada cucu before dia pergi umrah tahun depan" ujar Harraz perlahan pada telinga gadis itu.
Hannah meneguk air liur kesat. Tidak semena-mena bulu roma dia meremang.
"Insyaallah, kalau ada nanti adalah" ujar Hannah pula. Sengaja mahu mengelak. Dia tidak mahu memanjangkan topik anak ini.
Harraz mengeratkan lagi pelukannya. Pipi Hannah dikucup lagi.
"Mana boleh macam tu. Kita kena usaha dulu, baru la kita boleh serahkan pada Allah" bisik Harraz. Tangannya turun mengusap perlahan perut gadis itu. Wajah Hannah semakin memerah.
"Mesti comel kan anak kita nanti. Handsome macam aku, cantik macam kau"
"Ehem-ehem. Una ganggu ke?" ujar Husna yang baru saja masuk ke dalam ruangan singki itu. Beberapa gelas di tangannya diletakkan di tepi singki.
Harraz berdehem. Dia menjarakkan sedikit dirinya dari Hannah. Belakang tengkuk yang tidak gatal itu digaru.
"Sweetheart, aku pergi depan tau. Nak apa-apa panggil aku" pesan Harraz sebelum berlalu ke ruang tamu rumah mummy nya.
"Kakak, abang Harraz dah bagi hint tu..." usik Husna. Keningnya diangkat-angkat sengaja mahu mengusik kakaknya ini.
"Ish Una ni. Dah, tinggal je cawan-cawan ni. Nanti kakak basuh"
Husna tergelak melihat reaksi kakaknya itu. Selesai membasuh pinggan, Hannah berjalan ke arah ruang tamu. Disebabkan tiada tempat kosong, gadis itu duduk bersebelahan dengan Aizat.
"Aizat..." panggil Hannah perlahan. Matanya memandang Harraz yang sedang sibuk bermain permainan video sebelum pandangannya beralih pada Aizat semula.
"Eh? Cik Hannah"
"Saya ada benda nak cakap dengan awak ni"
"Apa dia?" soal Aizat. Badannya dipusing untuk menghadap Hannah.
"Saya ingat nak minta awak jadi pengurus resort abah saya. Kalau awak setuju, minggu depan boleh sign agreement"
Aizat sedikit terkejut dengan kata-kata Hannah itu.
"Eh? Kenapa pula macam tu?"
"Harraz, dia nak saya duduk rumah je. Uruskan rumah tangga. Hal kerja-kerja ni biar dia yang uruskan" ujar Hannah. Walaupun sedikit sedih, dia tetap harus menurut kata-kata Harraz itu
"Kenapa Cik Hannah tanya saya?"
"Sebab awak je yang saya boleh percaya. Awak pun dah lama kerja dekat resort abah" kata Hannah lagi.
Aizat terdiam seketika.
"Nanti saya fikir dulu ya Cik Hannah. Kalau dah ada jawapan nanti saya bagitahu Cik Hannah semula" ujar Aizat. Hannah hanya tersenyum.
Hannah melirik ke arah jam. Sekarang sudah pukul sebelas malam. Gadis itu meminta diri dari Aizat dan berjalan ke tingkat atas.
"Sweetheart, kau nak pergi mana ni?" kata Harraz dan memegang lengan isterinya, menghalang gadis itu bergerak.
"Saya nak masuk tidur, dah malam"
"Bilik aku dekat sana sweetheart..." ujar Harraz dan menunjukkan biliknya yang berada di hujung tangga itu.
"Mummy cakap, girls tidur dekat bilik ni. Boys tidur bilik awak" jelas Hannah. Harraz sudah mengerutkan dahinya.
"Mana boleh macam tu. Habis, malam ni aku tidur nak peluk siapa?" cebik Harraz pula.
"Aniq ada"
"Tak nak aku peluk beruk tu"
Hannah menahan tawanya. Dirinya didekatkan sedikit dengan Harraz. Kakinya dijinjit sedikit. Satu kucupan dihadiahkan pada pipi Harraz.
"Tak apalah, malam ni je. Lagipun, sebelum ni kan awak tidur sorang-sorang juga, kan?"
Harraz menarik Hannah ke dalam dakapannya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut. Bibirnya mengucup dahi Hannah.
"Sebelum ni aku tak ada kau"
Hannah tersenyum. Dia menjarakkan dirinya dari Harraz dan mendekati pintu bilik tetamu itu.
"Good night" ucap Hannah sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
Gadis itu melihat Husna dan Ernie yang sedang berbaring di atas katil itu. Dia dan Rissa pula berbaring di atas lantai beralaskan toto.
Hannah memejamkan matanya. Entah kenapa, dia terasa susah untuk tidur. Hannah membuka matanya kembali. Jam dilihat sekilas. Sekarang sudah pukul satu pagi.
Gadis itu mencapai telefonnya dan membuka ruangan Whatsapp. Nombor Harraz dicari dan dia mula menaip sesuatu.
Sayang.....
Encik Lanun 🐢
Yes sweetheart.....
Sorry salah orang
Encik Lanun 🐢
What do you mean wrong person?
........
Encik Lanun 🐢
We need to talk sweetheart. Asap.
Hannah menutup telefonnya. Niat cuma mahu bergurau, tidak sangka pula Harraz mengambil serius perkara itu. Tidak sampai seminit pintu biliknya diketuk.
Hannah mengetap bibirnya. Telefonnya pula berbunyi ketika ini. Gadis itu mengeluh. Menyesal pula mengusik Harraz begitu.
Hannah mencapai tudungnya. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Pintu bilik itu dibuka perlahan.
"Do you have another man behind my back?" soal lelaki itu dingin. Mata helangnya tajam menatap Hannah yang sudah menunduk itu.
"Answer me sweetheart...."
"Saya gurau je-" percakapannya terhenti. Jantungnya juga terasa seperti sudah tidak berfungsi ketika ini.
Harraz mengucup bibirnya lama. Gadis itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya membiarkan Harraz.
"You're mine. Forever" ucap Harraz lagi. Bibirnya disatukan dengan milik Hannah kembali.
"Wait here" kata Harraz sedikit tegas. Harraz berjalan ke arah biliknya. Kunci kereta dan dompetnya diambil sebelum dia menarik tangan Hannah untuk mengikutnya.
Hannah hanya mengikut lelaki itu. Dahinya berkerut apabila Harraz membawanya masuk ke dalam kereta. Enjin kereta itu dihidupkan sebelum mereka berlalu dari kawasan rumah Tengku Hanif.
"Awak, kita nak pergi mana ni?"
"Hotel maybe? Aku tak boleh tidur kalau tak ada kau sweetheart. You're just like my sleeping pills and I need that" ujar Harraz.
Tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Hannah. Wajah isterinya yang kelihatan mengantuk itu dilihat sekilas.
Setelah hampir dua puluh minit di atas jalan raya, mereka akhirnya tiba di sebuah hotel.
Harraz membuka pintu bilik hotel. Dia berjalan ke arah katil dan terus saja merebahkan dirinya di atas katil itu. Mata dipejam seketika.
Hannah menutup pintu bilik dan mula berjalan ke arah Harraz. "Ahh!" Gadis itu menjerit terkejut. Harraz tiba-tiba sahaja menarik tangannya dan akhirnya dia terjatuh di atas tubuh lelaki itu.
Harraz membalikkan tubuh mereka. Dia kini berada di atas Hannah. Rambut gadis itu yang sedikit berserabut dibetulkan.
Bibirnya turun mengucup dahi Hannah. Mukanya disorokkan pada ceruk leher gadis itu. Wangian isterinya dihidu lagi.
"Sayang....." panggil Harraz meleret. Hannah sudah menelan air liur.
"Jom?" ujar Harraz tiba-tiba. Leher jinjang Hannah dikucup lembut.
"J..jom a...apa?" soal gadis itu gugup.
"Jalankan tanggungjawab suami isteri?" ujar Harraz perlahan. Bibirnya naik mengucup dahi Hannah. Gadis itu melihat Harraz. Matanya bertembung dengan pandangan redup lelaki itu.
Kucupan itu turun pada hidung, pipi dan akhirnya pada bibir Hannah. Lama mereka begitu. Jantung Hannah sudah mula berdetak laju begitu juga dengan Harraz.
Pipinya terasa panas saat pagutan itu terlepas. Dengan nafas yang terengah gadis itu mengalihkan pandangannya dari Harraz. Tidak mahu menatap pandangan suaminya kerana malu.
Tangan Harraz naik mengusap pipi ranum Hannah. Sekali lagi pipi itu dikucup.
"Bismillahi Allahumma Jannibnasy Syaithaana
Wajanibis Syaithaana Maa Razaqtana" bisik Harraz perlahan pada tepi telinga isterinya. Pipi Hannah diusap lembut
"Hafal doa ni sayang. Insyaallah kita akan amalkan sesering yang mungkin" Hannah meneguk air liur mendengar kata-kata Harraz itu. Dia hanya mampu mengangguk perlahan.
Dia memberanikan diri untuk bertatap mata dengan pandangan teduh dari suaminya itu. Harraz tersenyum tipis sebelum bibirnya kembali mengucup bibir Hannah.
"I love you sweetheart. It's always you and only you"
Umii nak kawin jugak...
Hmmm 😌💔