C | TRUE LOVE

By itsHaeraLee

181K 10.5K 2.4K

#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas t... More

INTRO
^β€’BAB 1β€’^
^β€’BAB 2β€’^
^β€’BAB 3β€’^
^β€’BAB 4β€’^
^β€’BAB 5β€’^
^β€’BAB 6β€’^
^β€’BAB 7β€’^
β€’^BAB 8^β€’
β€’^BAB 9^β€’
β€’^BAB 10^β€’
β€’^BAB 11^β€’
β€’^BAB 12^β€’
β€’^BAB 13^β€’
β€’^BAB 14^β€’
β€’^BAB 15^β€’
β€’^BAB 16^β€’
β€’^BAB 17^β€’
β€’^BAB 18^β€’
β€’^BAB 19^β€’
β€’^BAB 20^β€’
β€’^BAB 21^β€’
β€’^BAB 22^β€’
β€’^BAB 23^β€’
β€’^BAB 24^β€’
β€’^BAB 25^β€’
β€’^BAB 26^β€’
β€’^BAB 27^β€’
β€’^BAB 28^β€’
β€’^BAB 29^β€’
β€’^BAB 30^β€’
β€’^BAB 31^β€’
β€’^BAB 32^β€’
UNPUBLISH
β€’^BAB 33^β€’
β€’^BAB 34^β€’
β€’^BAB 35^β€’
β€’^BAB 36^β€’
β€’^BAB 37^β€’
β€’^BAB 38^β€’
β€’^BAB 39^β€’
β€’^BAB 40^β€’
β€’^BAB 41^β€’
β€’^BAB 42^β€’
β€’^BAB 43^β€’
β€’^BAB 44^β€’
β€’^BAB 45^β€’
β€’^BAB 46^β€’
β€’^BAB 47^β€’
β€’^BAB 48^β€’
β€’^BAB 49^β€’
β€’^BAB 50^β€’
β€’^BAB 51^β€’
E-BOOK
β€’^BAB 52^β€’
β€’^BAB 53^β€’
β€’^BAB 54^β€’
β€’^BAB 55^β€’
β€’^BAB 56^β€’
β€’^BAB 57.5^β€’
β€’^BAB 57^β€’
β€’^BAB 58^β€’
β€’^BAB 60^β€’
β€’^BAB 61^β€’
β€’^BAB 62^β€’
β€’^BAB 63^β€’
β€’^BAB 64 (AKHIR)^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER I^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER II^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER III^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER IV^β€’

β€’^BAB 59^β€’

3.4K 204 64
By itsHaeraLee

Anayra memandang Aaran tenang walau jantung sudah berdegup laju seperti ingin pecah. Aaran memandang Anayra tidak berkelip. Dia meluru ke arah Anayra laju, ingin memeluk gadis tersebut. Anayra mengelak.

"Kita dah tiada apa-apa. Awak bukan mahram saya lagi. Awak dah ceraikan saya. Awak lupa?" tegur Anayra lembut. Dia berada di belakang Hazel.

Aqeef memandang adengan tersebut sambil tersenyum sinis.

Aaran terkedu.

"Sayang tengah pregnant anak abang. Talak masih belum jatuh. Sayang masih isteri abang, "

"Anak saya dah gugur, Aaran! Anak saya dah tiada. Talak dah jatuh, awak dan saya dah takde apa-apa ikatan lagi. Sekarang, saya hanya datang sini sebab nak uruskan hal penceraian antara awak dan saya" ujar Anayra terus terang.

Aaran menggelengkan kepala. Tangan naik memegang dan menarik-narik rambutnya.

Tidak... Tidak... Tak boleh... Anayra tak boleh berpisah dengan dia. Dia masih perlukan gadis itu. Anayra tidak boleh tinggalkan dia!

"Tak... Abang nak kita rujuk semula. Abang taknak bercerai. Kita rujuk ye, sayang? Abang nak tebus salah silap abang pada sayang selama ni"

"Saya taknak! Cukuplah saya dah terseksa mengenali awak selama ni, Aaran. Saya dah tawar hati. Selepas sahaja talak yang awak lafaz pada saya haritu, hati saya dah selama-lamanya tertutup untuk awak. Cukuplah saya tabahkan hati saya selama ni dengan kelakuan awak. Hanya satu yang saya minta, tolong bagi kerjasama" kata Anayra tanpa teragak-agak. Dia dah perit untuk bertahan.

Aaran terus meluru ke arah Anayra lalu memeluk gadis itu ke dalam dakapan erat bersama tangisan. Dia sedar itu salah, tapi dia tak dapat mengawal emosi.

Anayra meronta-ronta menolak Aaran kuat. Aaran mengundur ke belakang sedikit.

"Jangan sentuh saya! Awak dah bukan suami saya, Aaran. Awak tak boleh sentuh saya!"

"Tolong bagi abang peluang kedua. Abang perlukan sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Sayang dunia abang. Selama-lamanya sayang milik abang. We start our new life, again? Abang janji abang akan jaga sayang baik-baik. Abang janji-"

"Stop with your stupid promise! Anayra dah serik dengar benda tu. Your promise is the most hated thing that i don't wanna hear.

Dah banyak peluang saya bagi untuk abang selama ni bukan sekali, tapi banyak kali. Tapi,abang tetap dengan setia abang terhadap orang lain. Saya dah penat. Saya nak rehat. Saya minta tolong satu je. Tolonglah... Bagi kerjasama." pinta Anayra dengan harapan.

Encik Shah memegang bahu anak lelakinya.

"Kalau kamu betul-betul sayangkan dia, dan nak tebus balik kesilapan kamu, bagi kerjasama. Anayra berhak bahagia dengan cara dia sendiri" ujar Encik Shah. Aaran mendiamkan diri.

Dia mendongak memandang wajah bekas isterinya. Anayra terlihat mengelakkan pandangan dari Aaran.

Aaran mengeluh lemah. Dia mengangguk perlahan-lahan walaupun hati mengatakan tidak. Dia terpaksa. Untuk kebahagiaan Anayra.

Jika wanita itu tidak mahu, maka dia tidak akan paksa.

Semua orang di dalam rumah itu menarik nafas lega. Anayra juga begitu.

Wajah muram Aaran jelas terpancar. Dilihat lagi gerangan wanita yang dia cintai.

Dia dah sakiti bidadari itu beberapa kali, biarlah sekarang ni dia sendiri yang tanggung rasa sakit yang pernah Anayra rasai selama ini.



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aaran dan Anayra telah sah bercerai. Anayra yang memakai pakaian putih di mahkamah tersebut senyum lega.

Aqeef memeluk bahu adiknya.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar" ucap Aqeef. Anayra mengangguk.

"Rasa lapar pulak tiba-tiba. Abah, nanti balik kita singgah kedai mamak okey? " pinta Aqeef manja. Encik Azman hanya menjulingkan mata. Anayra ketawa kecil.

"Jomlah gerak"

Baru sahaja kaki ingin melangkah pergi, mereka ditahan dengan suara garau memanggil nama Anayra. Anayra menoleh kebelakang.

Aaran yang memakai kemeja hitam berserta songkok dipandang Anayra. Jantung tiba-tiba berdegup kencang.

"Boleh abang nak cakap dengan Anayra kejap? Sekejap je" pinta Aaran.

Anayra memandang Aqeef. Aqeef mengangguk tanda membenarkan.

"Jangan lama sangat. Abang tunggu dekat hujung tu" Anayra mengangguk. Dia menuju ke arah Aaran yang setia berdiri menunggunya.

"Awak nak cakap apa?" soal Anayra tenang. Beg tangan kecil dibimbit erat. Anak mata cuba dielak untuk memandang bekas suaminya.

"Abang nak minta maaf kalau selama ni abang banyak sangat buat salah dekat sayang. Abang tahu,tak terkira kesilapan abang terhadap sayang. Abang tak percaya sayang, abang musnahkan segala harapan,abang mungkir janji abang. Abang minta maaf" ucap Aaran penuh rasa bersalah.

Anayra menghela nafas panjang sebelum membalas.

"Saya pun nak minta maaf dekat awak kalau saya pun ada buat silap. Halalkan makan minum saya selama saya jadi isteri awak. Ampunkan segala dosa saya jika saya ada buat dosa dengan awak.

Segala maaf awak, saya dah lama ampunkan. Saya harap awak dapat cari jodoh yang lebih baik dari saya, In Shaa Allah. Saya pergi dulu, assalamualaikum" Anayra menundukkan wajah. Dia berpaling dan bergerak menujj ke arah Aqeef yang setia berdiri di tepi bangku tersebut.

Aaran hanya memerhati langkah Anayra dari jauh.

Bidadari itulah yang dia khianati selama ini dan dia akui, dia menyesal.

Melepaskan bidadari yang sempurna adalah satu kesilapan terbesar baginya.

Nur Anayra Alhena.

Give me one more....





"Baa!!"

"Ya Allah Hanafi sikat rambut tepi!" latah Anayra kuat. Dia menoleh kebelakang. Figura yang sedang terkekek-kekek ketawa itu dipandang geram.

"Sir!"

"Sorry sorry... Alah, gurau sikit je pun. Janganlah marah... Awak ni, terkejut dengan melatah pun cantik. Haih..." Khalish menggeleng-gelengkan kepala.

"Janganlah buat macam tu lagi! Sir ni..." Anayra memuncungkan bibir.

"Alah... Nanti saya tak boleh nak jumpa awak dah. Awak nak balik Kelantan esok kan? Masa ni jelah saya boleh menyakat awak. You know, i will miss you sweetie pie"

Anayra menjulingkan mata. Malas ingin melayan. Sebijik macam Aarash lah pulak perangai Khalish ni!

Oh, for your information...

Aarash sekarang ni tengah sambung study Master dekat London dan akan tinggal di sana bersama kedua ibu bapa dia. Mungkin dia dah takde harapan kut nak dapatkan Anayra balik...

Korang nak ke?

Then, Anas yang gatal tu dah selamat kahwin dengan kekasih dia, Syasya. Selepas beberapa tahun membuaya, akhirnya selamat jugak jadi laki orang. Diharapnya berubahlah perangai tak semenggah si buaya lahanat tu.

Anas ni tak suka Anayra pun sebenarnya. Cuma biasalah, bila lelaki nampak perempuan cantik, mestilah dia nak try kan?

Ilman dengan Nani pulak tak sabar nak jadi ayah ibu. Nani pun sekarang dah mengandung. Alhamdulillah... Diorang ni senyap-senyap je. Sweet bergula kang ada yang muntah karang.

So, itu jelah information untuk kali ini.

Harap jangan tanya lagi kenapa diorang tak muncul atau muncul sikit je.

HAHAHAHAH

Okey sambung.

"Terima kasihlah, Sir untuk ucapan tersebut. Rasa terharu sangat" balas Anayra. Khalish gelak besar.

"Kalau boleh, nanti saya nak singgah lah datang rumah maktok awak. Boleh kenal-kenal. Jalan-jalan satu kampung. Mesti best"

"Datanglah sir... Takde siapa nak halang pun. "

"Betul ni? " Khalish mendekatkan wajahnya pada wajah Anayra. Anayra menolak laju.

"Ish, Sir ni! Jauh jauhlah. Main dekat-dekat pulak. Dahlah, saya nak pergi check semua barang. Datang rumah orang, lepastu kacau orang. Menyibuk lah sir ni! " Anayra terus bergerak masuk ke dalam rumah. Khalish ketawa kecil melihat gelagat Anayra yang tidak ubah seperti kanak-kanak.




Loghat Kelantan with translate for those who didn't understand after this.

Anayra masuk ke dalam dapur. Kelihatan maktoknya, Makcik Timah sedang sibuk menyiang ikan.

"Maktok nok masok gapo ni? Nok Anayra tolong gapo gapo dok? " soal Anayra lembut.

(Maktok nak masak apa ni? Nak Anayra tolong apa-apa tak? )

"Tolong maktok koyok bawey jah. Ambik bawey putih, bawey merah. Pahtu gak tumbuk sapa hancur. Halia etek deh? "

(Tolong maktok kupas bawang je. Ambil bawang putih, bawang merah. Lepastu tumbuk sampai hancur. Halia juga eh?)

Anayra mengangguk-angguk. Dia mengambil beberapa ulas bawang merah dan putih serta halia. Dengan teliti dikupas bawang tersebut.

"Maktok suko dooh maso Anayra oyak hok Anayra nok duk nga maktok. Maktok pun duk sorey. Sedaklah maktok ado sain buleh kecek. Sokmo sokmo gak hari raya jah balik" luah Makcik Timah sayu.

(Maktok suka sangat bila Anayra cakao yang Anayra nak duduk dengan maktok. Maktok pun duduk sorang-sorang. Sukalah maktok ada kawan boleh berbual. Selalunya hari raya je balik)

"Alololo... Maktok. Bo lah runsing nyo. Anayra ado doh key. Hehehe... "

(Alololo... Maktok. Janganlah bimbang dah. Anayra dah ada ni kan? Hehehe... )

"Yolah"

PIN PIN!

"Sapo pulok tu? Anayra ado beli barey ko? " soal Mak Timah sambil menjeling di luar rumah. Anayra cepat-cepat menggelengkan kepala.

(Siapa pulak tu? Anayra ada beli barang ke? )

"Takdok lah maktok. Ore baru mari jah key. " Anayra menafikan.

(Takdelah maktok. Anayra baru datang kan)

"Acu gi kelih meta. Sauk tudung duk tepi tu" arah Makcik Timah sambil menunjukkan tudung yang terletak elok diampaian.

(Cuba Anayra pergi tengok sekejap. Pakai tudung dekat tepi tu)

Anayra bergegas mengambil tudung yang ditunjuk Makcik Timah. Kaki berjalan ke pintu utama. Buka sahaja pintu kayu tersebut, wajah yang dikenalinya bersama kereta Porsche dipandang dengan mata terbeliak.

Senyuman manis diberikan pada Anayra.

"Sir?!! "

Teaser 60

"Ni bakal cucu natu aku ko gano ni?"

"Maktok restu, saya setuju! "

-----------------------------------------------------------

Btw, thank you so much kepada yang vote story Haera.

Maaf, Haera tak dapat nak balas satu-satu komen dengan ucapan terima kasih macam selalu.

Disini sahajalah yang Haera boleh ucap.

Dah ready ke nak baca scene Anayra happy-happy? Esok kita update!

Continue Reading

You'll Also Like

116K 10.7K 52
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
43.2K 2.9K 57
writing this simple short story because im bored. inspired by the my fav short story authors @suyaplums and @oddish on wp <3 🌟 Shahmi Haqiem, si int...
150K 5K 81
β„Œπ”žπ”©π”²π”°π”¦π”«π”žπ”°π”¦ π”œπ”žπ”«π”€ π”‡π”¦π”±π”žπ”¨π”‘π”¦π”―π”¨π”žπ”« π”…π”’π”―π”°π”žπ”ͺπ”ž, π”…π”¦π”‘π”žπ”‘π”žπ”―π”¦ π”–π”Άπ”²π”―π”€π”ž. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
770K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...