Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Tujuh puluh satu

1.3K 213 403
By smolbeanonaussieboi

Klek

"RIZKI AFNAN CHANGBIN HAN! MANA KAU?! TURUN MENGHADAP RATU SEKARANG!" Hyunjin masuk ke dalam rumah lalu menjerit, dia menghempas beg tangan ke sofa. Kelam-kabut Changbin keluar dari bilik dan berlari ke arah ibunya.

"Kenapa, mummy?" tanya Changbin.

"Kau..." Changbin mundur selangkah apabila melihat wajah ibunya yang menyeramkan.

"M-Mummy?"

"Kau bagitahu Mirah yang aku post gambar dia kat insta kau ke?" tanya Hyunjin. Changbin terbeliak, dia cuba berlari ke bilik tetapi Hyunjin lebih cepat menarik lengannya.

"Kenapa nak lari? Betul lah kau bagitahu Mirah fasal ni lepas tu korang rendam baju-baju aku dengan clorox, kan!" marah Hyunjin.

"M-Mummy hiks... Sorry, Riz khilaf masa tu..." mohon Changbin. Mata sudah penuh dengan air mata. Hyunjin ketawa sinis, mudah betul Changbin mahu dimaafkan.

"Riz, yang Riz rendam pakai clorox tu baju mummy tahu. Baju. Favorite. Mummy." kata Hyunjin dengan sedikit penekanan. Yongbok sudah ingin meleraikan pergaduhan antara mak anak itu tetapi Jeongin dan Chan menghalangnya.

"Cinta... Ayyan... Kenapa halang? Nanti berlebam lagi muka si Riz tu." tanya Yongbok.

"Biar jelah, bukan selalu." ujar Jeongin.

"Takpe, tok. Kalau abang Riz ada lebam kita boleh rawat." pujuk Chan. Pengaruh rakan sebaya seperti Sunwoo, Youngjae dan Jongho sudah mengubah tahap kepolosan Chan. Sunwoo adalah penyumbang terbesar.

Klek

Pintu rumah dibuka. Hyunjin tersenyum, Minho tiba di waktu yang sangat tepat.

"Assalamー ah, takpelah aku balik dulu." Minho cepat-cepat berbalik dan ingin keluar namun Hyunjin sudah berada tepat di belakangnya.

"Nak ke mana, Umairah?" tanya Hyunjin. Minho menelan air liur.

"Mak, tolong!" Minho segera berlari dan berlindung di sebalik Jeongin.

"Eh, apa menyorok belakang aku ni? Fikir aku tiang ke?" Jeongin menolak Minho supaya tidak menjadikannya sebagai tempat berlindung. Degup jantung Minho menggila apabila Hyunjin berlari ke arahnya.

Mulut Minho terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah.

"M-Mummy, jangan!" Changbin menahan Hyunjin daripada memukul Minho.

"Jangan halang mummy, Riz! Syurga kau kat bawah telapak kaki aku bukan dia!" marah Hyunjin. Tangan Hyunjin sudah gatal mahu menarik rambut Minho sampai botak dan menendang-nendangnya sepenuh hati.

"Mummy, jangan mummy! Jangan!" larang Changbin.

"KENAPA?! JANGAN SAMPAI SYURGA KAU NI TIBA KAT MUKA KAU, RIZ! MIRAH, SINI KAU!" teriak Hyunjin sementara Minho menyorok di belakang Yongbok.

"Mummy, jangan pukul mak su! Kesian baby mak su tu nanti!"

"AKU TAK KIRA AKU NAK PUKUL JUGAー eh?" Hyunjin tercengang, dia memandang Changbin sebelum memandang Minho dan  beralih ke Changbin semula. Reaksi Yongbok, Jeongin dan Chan sama seperti Hyunjin.

"Kau cakap apa tadi?" tanya Hyunjin.

"Mummy jangan ganas sangat dengan mak su, nanti bergegar kandungan dia baru tahu! Sian baby mak su!" kata Changbin. Mulut mereka semua kecuali Changbin dan Minho terlopong.

"Kau mengandung ke?!" tanya Jeongin. Minho mengangguk perlahan kerana dia agak malu ditatap oleh semua orang di situ.

"Dah berapa bulan?" tanya Yongbok. Minho menunjukkan jari telunjuk.

"S-Satu bulan tapi Mirah baru tahu minggu lepas."

"HUWAAA AKHIRNYA AKU DAPAT TENGOK ANAK KAU!" Hyunjin menjerit dan memeluk Minho. Changbin terkejut melihat perubahan ibunya yang sangat cepat. Tadi bukan main macam nak bunuh Minho.

"YEAY, AYYAN DAPAT SEPUPU!" Chan melompat-lompat keriangan.

"K-Kak, lepas!" Minho menepuk bahu Hyunjin berkali-kali kerana wanita itu terlampau erat memeluknya.

"Halim dah tahu?" tanya Yongbok lagi. Minho ketawa apabila mengingat reaksi Seungmin tadi.

"Dah, Mirah dah bagitahu tadi."

"Macam mana reaksi pak su?" tanya Chan.

"Dia pengsan."

"Alah, biasalah tu Halim terkejutー achoo! A-Achoo!" Hyunjin bersin dan mata yang tiba-tiba terasa gatal.

"Kenapa, mummy?" tanya Chan.

"Tak taー a-achoo!" Hyunjin bersin lagi, hidungnya mula berubah kemerah-merahan.

"Lupa nak cakap, Halim dengan Harith tadi ada bagi Mirah kucing." ujar Minho.

"Patutlah! Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau aku tahu, aku tak peluk kauー achoo! ーtadi!"  marah Hyunjin. Dia menjauhi Minho.

"Mummy alah kucing ke?" tanya Changbin.

"Haah, sebab tu Halim tak bagi-bagi Mirah ni kucing masa diorang duduk sini dulu." jawab Yongbok. Minho tersengih.

"Assalamualaikum. Wah, kenapa semua ada kat ruang tamu ni? Tunggu Li balik ke?" tanya Jisung dengan senyuman lebar.

"Taklah, kita tak tunggu ayah pun." jawab Chan. Jisung cemberut.

"Achoo! A-Abang bawa apa tu? Achoo!" tanya Hyunjin dengan susah payah. Jisung memandang sebuah beg kertas yang dijinjitnya lalu tersenyum.

"Abang bawa hadiah untuk Munah. Munah, abang cakap jujur ni bukan abang yang rendam baju Munah dalam baldi tu."

"Fasal baju tu Mirah punya kerja. Untung Mirah mengandung kalau tak dah lunyai dia kena tibai dengan bini kau." balas Yongbok. Jisung ketawa sebelum tiba-tiba terhenti dan terbeliak.

"Mirah apa, bah?"

"Mak su mengandung. Ayyan nanti dapat sepupu, yah!" jawab Chan, gembira.

"Wow! Congratulation, Mirah! Tak sangka aku yang korang boleh dapat anak!" ucap Jisung. Jeongin mengetuk kepala Jisung dengan penggaru belakang badan.

"Bertuah punya anak!" marah Jeongin. Jisung tersengih busuk.

Hyunjin mengambil beg kertas itu dan melihat hadiah yang dibelikan oleh Jisung, senyuman langsung terukir tatkala melihat sebuah baju kelawar bercorak bawang berserta tulisan "Bawang Rangers world deobination!".

"Huwaa thanks, abang! Achoo!" ujar Hyunjin sambil memeluk Jisung.

"Sama-sama, tapi sebenarnya tu Bawang Rangers world domination tapi si Murad salah eja tadi. Dah budak buat baju tu salah tulis jadi deobination." ujar Jisung sambil menggaru kepala sedangkan Hyunjin menggeleng, masalah itu tidak besar di mata Hyunjin.

"Takpe, bang. Munah syukur ーachoo!ー abang belikan Munah hadiah. Achoo!" raut muka Jisung menjadi risau kerana hidung Hyunjin sudah merah dan sedikit berair. Isterinya juga dari tadi menggosok-gosok mata.

"Kenapa Munah bersin je dari tadi? Sakit ke? Mata tu pun dari tadi Munah gosok."

"M-Mirahー achoo! ーkat baju dia ada bulu kucing achoo! MIRAH KAU PERGI BALIK SEKARANG A-ACHOO! ERGH, MATA MUNAH GATAL!"

...

"Hai, abang. Nama abang Amin ke? Sebab nama abang sentiasa hadir dalam doa saya." Kamal Kai menghela nafas, dia menahan hasrat hendak menghalau Doyeon dengan penyapu.

"Oi, buaya betina. Kalau kau datang sebab nak mengurat aku balik kau balik jelah, aku tak berminat dengan kau." halau Kamal Kai.

"Eh, abang tak berminat dengan perempuan ke?"

"Bukan tu maksud aku woi!" marah Kamal Kai. San memasuki kedai runcit itu.

"Bang, santan mana?" tanya San.

"Ada dekat je." jawab Doyeon.

"Mana?"

"Tu." Doyeon menunjuk ke arah San.

"Huh?"

"Kau kan santan. San. Tan." Kamal Kai menepuk dahi. Tadi bagi pikapline buaya sekarang buat lawak hambar, Kamal Kai bersimpati dengan bakal suami Doyeon. Mesti terseksa hidupnya nanti.

"Haha, kau pula... Se. Tan." balas San.

"Ish, baru gurau sikit nak panggil aku setan. Tak best lah kau ni." Doyeon keluar dari kedai. San diam memerhatikan gadis itu sehingga sosok tubuhnya sudah tidak kelihatan lagi.

Kamal Kai memandang San lalu ia tersengih-sengih, jarinya mencuit lengan San.

"Lama mata kau pandang dia. Ada apa-apa ke ni?" tanya Kamal Kai sambil menaik turunkan kening. San memandang lelaki yang tua hampir sepuluh tahun daripadanya itu.

"Apanya, bang? Takde apa-apa lah."

"Eyy, don't lie ah... I know your secret, boy..." usik Kamal Kai. San menggelengkan kepala, perangai Kamal Kai tak macam lelaki umur dah habis sekolah. Suka sangat menyakat.

"Dahlah bang, santan mana santan? Kang mak aku mengamuk pula sebab aku tak beli santan."

"Tapi kan, kalau Mirah pregnant kenapa dia takde muntah-muntah? Munah tengok elok je dia tu." tanya Hyunjin semasa mereka sekeluarga sedang duduk beramai-ramai di ruang tamu pada waktu malam.

Changbin mendengus.

"Mummy fikir Riz tahu mak su mengandung sebab apa?" tanyanya.

"Sebab apa?"

"Sebab mak su muntah kat tangan Riz lah! Orang kalau muntah pergi sinki ke mangkuk jamban ke tapi mak su pergi ambil tangan Riz pastu muntah!" jawab Changbin, bengang.

"Kat mana dia muntah?" tanya Jisung.

"Kat rumah dia, masa tu Riz teman mak su."

"Bila?"

"A-Adalah masa tu, hari apa entah Riz lupa." jawab Changbin. Sebaik mungkin menjaga rahsia yang dia tak datang ke sekolah semalam.

"Lepas tu mak su kata dia tak muntah kalau ada pak su dekat-dekat dia. Sebab tu pak su tak tahu mak su mengandung." sambung Changbin apabila merasakan Hyunjin mahu bertanya lagi.

Mereka sambung berborak sambil menonton televisyen sehinggalah Yongbok mencadangkan sesuatu.

"Ayyan dengan Riz nanti ada cuti sekolah seminggu kan?" tanya Yongbok. Changbin dan Chan serentak mengangguk.

"Apa kata kita pergi bercuti?"

"Nak! Nak!" jawab Changbin dan Chan. Hyunjin memandang Jisung.

"Abang free ke masa tu?" tanya Hyunjin. Jisung terdiam, dia memandang dua orang anaknya sedang menatapnya dengan penuh harapan. Jisung tak sampai hati mahu mengecewakan mereka.

"Nanti abang cuba minta cuti, rasa boleh dapat kot."

"Yeay!"

Malam itu suara sorakan Changbin dan Chan kedengaran hingga ke luar rumah disertai suara seseorang muntah di dalam bilik air.

"Dah ke?" tanya Minho sambil mengurut perlahan belakang tengkuk Seungmin. Sejak Seungmin bangun pengsan terus dia mahu termuntah-muntah. Jauh lebih teruk daripada Minho.

Seungmin mengangguk sebagai jawapan, dia terduduk di lantai bilik air.

"Mirah, kenapa kau bagitahu yang kau mengandung? Kalau kau tak bagitahu rasanya aku tak jadi macam ni." tanya Seungmin, menyalahkan tindakan Minho memberitahu berita kehamilannya pada Seungmin.

Tanpa ia sedar kata-kata itu seperti jampi serapah yang membuat jiwa harimau Minho bangkit.

"DAH TU KAU NAK AKU KENA SIMPTOM MUNTAH TU SORANG-SORANG? MACAM TU KE, HAH? NI ANAK KAU TAHU! KENAPA KAU NAK SALAHKAN AKU PULA?"

"M-Mirahー"

"DAHLAH, LELAKI SEMUA SAMA!"

"Mirahー"

"KAU TIDUR KAT SOFA MALAM NI!"

Continue Reading

You'll Also Like

681 100 7
apa yang akan terjadi apabila pelajar ranking 1 dari azali mendapat tempat kedua setelah kehadiran seorang pelajar baharu?
67.8K 7.6K 40
Dia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar m...
6K 844 10
❝ he is actually good but people always think badly -❞
13.8K 2.1K 29
𝐚 𝒚𝐨𝐨𝐧 𝒋𝐞𝐨𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 . misi kali ni , kita kena turun bumi . ━━━ ⌗ completed.