C | TRUE LOVE

itsHaeraLee tarafΔ±ndan

194K 10.8K 2.4K

#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas t... Daha Fazla

INTRO
^β€’BAB 1β€’^
^β€’BAB 2β€’^
^β€’BAB 3β€’^
^β€’BAB 4β€’^
^β€’BAB 5β€’^
^β€’BAB 6β€’^
^β€’BAB 7β€’^
β€’^BAB 8^β€’
β€’^BAB 9^β€’
β€’^BAB 10^β€’
β€’^BAB 11^β€’
β€’^BAB 12^β€’
β€’^BAB 13^β€’
β€’^BAB 14^β€’
β€’^BAB 15^β€’
β€’^BAB 16^β€’
β€’^BAB 17^β€’
β€’^BAB 18^β€’
β€’^BAB 19^β€’
β€’^BAB 20^β€’
β€’^BAB 21^β€’
β€’^BAB 22^β€’
β€’^BAB 23^β€’
β€’^BAB 24^β€’
β€’^BAB 25^β€’
β€’^BAB 26^β€’
β€’^BAB 27^β€’
β€’^BAB 28^β€’
β€’^BAB 29^β€’
β€’^BAB 30^β€’
β€’^BAB 31^β€’
β€’^BAB 32^β€’
UNPUBLISH
β€’^BAB 33^β€’
β€’^BAB 34^β€’
β€’^BAB 35^β€’
β€’^BAB 36^β€’
β€’^BAB 37^β€’
β€’^BAB 38^β€’
β€’^BAB 39^β€’
β€’^BAB 40^β€’
β€’^BAB 41^β€’
β€’^BAB 42^β€’
β€’^BAB 43^β€’
β€’^BAB 44^β€’
β€’^BAB 45^β€’
β€’^BAB 46^β€’
β€’^BAB 47^β€’
β€’^BAB 48^β€’
β€’^BAB 49^β€’
β€’^BAB 51^β€’
E-BOOK
β€’^BAB 52^β€’
β€’^BAB 53^β€’
β€’^BAB 54^β€’
β€’^BAB 55^β€’
β€’^BAB 56^β€’
β€’^BAB 57.5^β€’
β€’^BAB 57^β€’
β€’^BAB 58^β€’
β€’^BAB 59^β€’
β€’^BAB 60^β€’
β€’^BAB 61^β€’
β€’^BAB 62^β€’
β€’^BAB 63^β€’
β€’^BAB 64 (AKHIR)^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER I^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER II^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER III^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER IV^β€’

β€’^BAB 50^β€’

2.5K 132 29
itsHaeraLee tarafΔ±ndan

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Akhirnya! Sampai jugak kaki ni ke negara itu. Jalan berpimpinan tangan dan suami dia yang sentiasa disisi.

Nampaknya, Aaran sudah menunaikan janjinya yang hanya mereka berdua bercuti di Korea. Itulah yang membuatkan Anayra teruja.

Mereka sudah siap sedia menempah hotel di Grand Hyatt Seoul, hotel termewah di Seoul, Korea Selatan. Terima kasih kepada encik suami, Aaran.

Selepas selesai meletakkan beg pakaian, Aaran mengajak Anayra untuk makan petang sebelum pergi berjalan-jalan.

Macam dejavu pulak.

But, nevermind.

Aaran setia dengan Anayra disisi. Senyuman tidak lekang dari bibir Anayra. Dari tadi tersenyum. Biarlah orang nak kata gila, asalkan dia bahagia. Lagi-lagi hanya mereka berdua.

Aih, malu lah kita!

Aaran pulak sweet je selalu. Macam tak boleh lepas. Tangan tu asyik duk tolong suap je. Aishh... Ni tak boleh ni.

Sesekali ada kesan comot dibahagian tepi bibir Anayra, Aaran terus mengesat dengan ibu jarinya. Yang paling tak boleh tahan lagi, boleh pulak dia jilat bekas kesan comot tadi! Suami dia ni macam lain macam je ni...

Anayra terkedu. Dipandang suaminya dengan mata di kelip-kelip beberapa kali. Aaran hanya dengan wajah selamba. Dia meneruskan makan.

Anayra yang tidak tahan lagi terus mengambil menu kad bersebelahan dengannya dan terus menekup wajah. Bibir terus mengorak senyuman lebar dengan pipi yang kemerahan. Menu kad itu dipegang kuat.

Aaran sengih nakal. Tahulah tu blushing.

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke Namdaemun Market yang tidak jauh dari tempat mereka.

Namdaemun Market merupakan pasar tradisional terbesar di Korea dengan lebih 1,700 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan merangkumi pakaian, barangan harian, peralatan dapur yang terdiri daripada produk-produk buatan tempatan dan juga yang diimport.

Kebanyakan kedai-kedai di sini mempunyai kilang-kilang mereka sendiri atau membuat produk itu sendiri yang membolehkan mereka menjualnya kepada pengunjung pada harga yang sangat murah.

Mata Anayra sudah bersinar-sinar. Lagi-lagi bila melihat barangan-barangan yang menarik dijual dengan harga yang murah. Semestinya tangan Aaran ditarik ke hulu ke hilir. Maklumlah, bank bergerak.

Kebanyakan barang yang dijual disana ialah baju sejuk dan barang-barang yang lain untuk musim sejuk.

Dianggarkan dalam 10,000 won juga harga untuk baju sejuk yang cantik-cantik. Manakala untuk scarves dan mafla dalam sekitar 4,000 won.

Apalagi? Boronglah!

Selesai sahaja membayar, mereka berdua berjalan lagi sehinggalah mata Anayra tertancap pada sebuah gerai yang menjual honey candy.

Lengan sweater Aaran ditarik-tarik sambil menunjukkan gerai tersebut seperti anak kecil yang ingin meminta gula-gula. Mulut dimuncungkan.

Hanya dengan kelakuan sebegitu sahaja, Aaran sudah cair hati. Atas sebab sayangkan bini, dia turutkan juga isterinya itu.

Uish, kacak jugak owner gerai ni. Oppa oppa gitu.

Anayra memilih sekotak honey candy yang berperisa coklat. Oppa korea tu sempat mengenyit mata ke arah Anayra sambil menyerahkan honey candy tersebut.

Aaran hanya memerhati tajam. Dikerling atas bawah.

Amboi engkau duk main kenyit mata dengan bini aku pulak. Aku korek biji mata tu baru tahu!

Cepat sahaja Aaran menarik Anayra dari oppa tersebut. Anayra ketawa. Kuat cemburu lah suami dia sorang ni.

Nasib dia setia.

Lah sangat .

Kemudian, mereka berdua menuju ke kedai yang menjual pelbagai keychain dan kraftangan pelbagai corak dan warna untuk dibeli dan dijadikan cenderahati untuk ahli keluarga dan rakan.

Anayra memilih keychain yang berbentuk 'love' bercorak kayu yang bertulis '사랑헤 Korea' yang bermaksud, saya sayang korea untuk adiknya yang satu, Nina.

Keychain je dah cukup. Dia bukannya penting sangat.

Gurau je.

Tapi...

Takpelah.

Beberapa lagi barangan yang lain seperti kacamata, topi, barangan perhiasan, dan macam-macam lagi.

Selepas berpuas hati dengan barang yang dibeli, mereka berdua pun pulang ke hotel akibat kepenatan yang terlampau.


Anayra sedang sibuk menyusun dengan penuh teliti produk penjagaan kulitnya atau lebih senang dipanggil 'skincare' di atas meja solek.

Bunyi kuakan pintu bilik air terbuka. Anayra terus berpaling. Aaran yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan tuala masih terikat di pinggang bersama rambut yang masih kebasahan.

Badan berketak-ketak itu dipandang bulat. Diteliti atas bawah. Wajahnya kemerahan, dia terus memalingkan wajahnya menghadap meja solek.

Aaran sengih nakal. Seperti dia tidak nampak yang Anayra tadi sedang seronok 'scan' badan dia. Dia perlahan-lahan mendekati si isteri yang buat-buat sibuk.

Perlahan-lahan jari-jemari menyentuh pinggang Anayra. Anayra tersentak. Dia memandang pantulan cermin meja solek dihadapannya.

Dengan jelas terlihat bahawa tangan gagah Aaran memeluk erat pinggangnya dengan wajah dekat ditepi telinga.

Anayra boleh merasapkan derusan nafas Aaran disebalik rambutnya yang ikal mayang. Anayra memejamkan matanya rapat.

"Don't close your eyes, babe. Look at me... " suara serak basah Aaran menyapa.

Air dari rambut Aaran jatuh keatas bahu Anayra yang terdedah. Anayra membuka mata perlahan-lahan. Mata mereka bersabung melalui pantulan cermin. Sama-sama berkomunikasi antara satu sama lain. Hanya mereka yang tahu.

"I miss your old Alhena" ujar Aaran perlahan berbisik.

Anayra menghela nafas.

No... Saya tak berubah. Tapi abang yang berubah. Sepatutnya itu yang saya perlu katakan pada abang.

"I miss your laugh. I miss your mouth. Mulut murai sayang yang selalu abang rindu nak dengar. I miss all about you" katanya lagi.

Anayra tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu mendengar. Tidak mampu membalas.

Abang... If i can tell you that i miss our old time...

Our time.

Together.

Just two of us.

Boleh tak dia nak minta masa diundurkan kembali? Kebahagiaan mereka dahulu tidak sama seperti sekarang.

Sebelum Aaran pergi dan lima bulan tidak kembali, sebelum Maira hadir dalam hidup mereka, sebelum semua perhatian kini hanya untuk madunya itu.

Mesti mereka sudah hidup bahagia. Terlalu bahagia. Sangat-sangat.

Tapi apakan daya.

Masa sudah berlalu. Dia pun sudah menerima semua takdir tuhan bahawa...

Aaran bukan milik dia seorang.

Bukan. Milik. Dia. Seorang.

Ya Allah... Mampukah aku untuk hadapi semua cabaran ini? Aku cuba untuk meraih, tapi aku tak mampu.

Ya Tuhan Ya Karim, berikanlah aku kekuatan. Kekuatan semoga dia sentiasa dapat bersabar, dan menerima segala yang sudah tertulis sejak azali.

Dia perlu kuat...

Ye, dia perlu kuat.

Demi si kecil yang baru sahaja berusia 2 bulan. Dia harus kuat.

Dia... Kuat.





Keesokkannya, Aaran beria membangunkan dia awal pagi ke Itaewon untuk sarapan. Anayra ikutkan sahaja kehendak si suami. Dia juga tidak tahu apa-apa tentang jalan disekitar Korea ini.

Itaewon sangat terkenal kerana kebanyakan disana menjual pelbagai makanan dan yang halal. Semestinya akan menjadi pilihan bagi orang yang beragama islam ke sana.

Mereka bersarapan di Foreign Restaurant, restoran yang berasaskan masakan Timur Tengah.

Aaran memesan hidangan Butter Chicken Masala Butter Naan bersama nasi putih untuk dua orang. Mereka menikmati sarapan pagi bersama secawan teh dan segelas jus oren sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.

Seterusnya, mereka meneruskan perjalanan ke Hangang Park yang terletak di tepian Sungai Hang. Mereka dapat melihat pemandangan bandaraya Seoul yang indah terletak di seberang sungai.

Genggaman tangan semakin erat. Cuaca juga sangat sejuk.

Aaran mengajak Anayra untuk bermain skate rink, atau dalam bahasa Melayunya, bermain luncur ais.

Anayra kaget. Dia pernah bermain perkara tersebut tapi kesudahannya, jatuh.

Jatuh, jatuh dan jatuh.

Dahlah takde siapa tolong.

Abang Aqeef pun asyik duk gelak je. Mentang-mentang dia pro, boleh pulak gelakkan aku.

Cakar ps5 dia karang.

Baru menangis tak bermusik.

Akhirnya dia hanya melihat dari jauh. Sakit kaki woo... Bonus sekali dengan sakit punggung. Buy 1 free 1.

"S... Saya tak pandai... " jujur Anayra. Dia takut jatuh lagi.

Takut pisang berbuah dua kali.

Lagi-lagi kena tahan malu.

Aaran tersenyum. Dia melutut sambil memakaikan Anayra kasut luncur dengan cekap. Tangan dihulurkan.

Anayra menyambut. Dia cuba untuk stabilkan diri, namun susah. Badannya terumbang-ambing ke kiri dan ke kanan.

Aaran cekap memegang pinggang Anayra. Anayra pula memegang kedua-dua bahu Aaran.

"See? Saya tak pandai" Anayra memuncungkan bibir.

"Relax. Don't worry, i'm here. Ikut abang" Aaran menarik Anayra perlahan-lahan ke gelanggang ais.

Anayra menarik nafas kemudian hembus.

"Bismillah... Bismillah... Bismillah.. " Anayra memejamkan mata. Rapat. Gigi diketap kuat.

"Shhh... Jangan gelabah. Follow me" Aaran perlahan-lahan memegang pinggang Anayra dan terus meluncur.

Anayra hanya mengikut. Dia cuba untuk mengikut langkah Aaran. Perlahan-lahan diluncurkan kasut luncur yang dipakainya.

Akhirnya, tanpa bantuan Aaran, Anayra berjaya menstabilkan diri. Dia berjaya bergerak tanpa masalah.

Terima kasih kepada encik suami.

Hehehehe...

Seronok jugak main skate rink ni eh? Terasa seperti bidadari. Boleh pusing-pusing.

Entah bagaimana Anayra meluncur, sehinggakan kakinya tidak dapat menstabilkan diri kembali. Anayra tergapai-gapai sebelum badan hampir menyembah bumi.

Tangan kekar si suami menyelamatkannya dari innalillah jatuh gedebuk. Pinggang isterinya dipeluk kemas, manakala kedua-dua tangan si isteri juga dikalungkan pada tengkuk si suami.

"Gotcha, " ujar Aaran. Dia memandang wajah Anayra.

Keadaan mereka begitu rapat. Terlalu rapat. Sangat rapat! Sehinggakan hidung mereka bersentuhan antara satu sama lain.

Mereka berdua terkaku. Memandang antara satu sama lain. Mata Aaran tunduk memandang bibir kecil merah merekah bak delima milik Anayra. Dia merapatkan lagi wajah, ingin mencapai bibir tersebut.

Anayra sedar akan hal itu. Dia terus menekup mulut suaminya dengan sebelah tangan.

"Abang nak buat apa, ni? " soal Anayra.

"Just a kiss, sayang"

"No. Jangan buat hal" Anayra menggeleng-gelengkan kepala.

"Alah, diorang tak kisah kita nak bercium ke, berpeluk ke, ber.. "

"No means no! Abang ni! Public lah, abang. Mana boleh"

Aaran diam. Kemudian menarik senyuman nakal.

"So, dalam bilik on lah eh? "

Mata Anayra membulat. Ya Allah, 'clear'kan lah telinganya dari mendengar kata-kata double meaning dari suaminya ini Ya Allah... Aku tak mampu mendengarnya lagi.

"Jom, balik bilik"

Tangan Anayra terus ditarik. Anayra menjegilkan mata.

"Abang!"






Malam itu, merupakan malam terakhir mereka berdua berada di Seoul. Kata Aaran,mereka tak boleh berlama-lama disini. Ada seorang lagi yang perlu dijaga.

Siapa lagi? Tak sebut pun mesti dah tahu.

Aaran akhirnya mengajaknya ke Namsan Tower yang merupakan menara ke sepuluh tertinggi di dunia.

Ketinggian menara ini merupakan 480 meter dari atas paras laut. Namsan Tower juga merupakan tempat yang paling seronok untuk melihat panaromic view Seoul.

Anayra dan Aaran menaiki lift ke observation deck untuk melihat panaroma dari atas. Sebaik-baiknya pergi waktu malam sebab lagi cantik dan memukau.

Aaran menyerahkan sebuah mangga berwarna merah hati kepada Anayra. Anayra memandang mangga itu dan Aaran silih berganti dengan mata yang terkebil-kebil.

"For you"

Mangga yang tertulis AM-AA itu diambil Anayra. Terharunya rasa. Ingat lagi dia ketika di Cameron Highlands dulu. Dia pernah berhajat untuk memasang mangga tersebut bersama-sama. Namun, hanya dia seorang yang melakukannya.

Kini, dia gembira dapat memasang mangga cinta itu bersama suami tercinta. Mangga itu dipasang di sebuah tempat bernama Tree Of Love Paddlock. Dia macam dekat Paris, tapi di Korea.

Faham tak?

Tak faham sudah.

Anayra tersengih. Gembira sangat.

Pertunjukkan bunga api dimulai. Anayra teruja melihat pelbagai jenis bunga api berlainan warna. Ada yang kecil, ada yang besar.

Aaran memeluk bahu Anayra dan tariknya merapat. Mereka berdua bersama-sana menikmati pemandangan yang indah itu berdua.

Actually bertiga.

Anayra membalas pelukan. Dia berharap sangat yang masa dapat dihentikan supaya dia dapat menikmati lagi kebahagiaan yang baru sahaja muncul ini.

Kekalkanlah sebegini, Ya Allah.

Kekalkanlah.

Inilah kebahagiaan yang aku mahukan.

Kebahagiaan yang takkan pernah pudar.

Hanya dia dan Aaran.

Selamanya.



Haaa... Selalu feeling sedih kan. Ni, kita bagi dia happy sikit.

Sorrylah geng lewat update. Homework banyak. Nak curi-curi update pun tak sempat.

Hampeh betul.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

199K 6.1K 81
β„Œπ”žπ”©π”²π”°π”¦π”«π”žπ”°π”¦ π”œπ”žπ”«π”€ π”‡π”¦π”±π”žπ”¨π”‘π”¦π”―π”¨π”žπ”« π”…π”’π”―π”°π”žπ”ͺπ”ž, π”…π”¦π”‘π”žπ”‘π”žπ”―π”¦ π”–π”Άπ”²π”―π”€π”ž. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
295K 11.5K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. βˆ†βˆ†βˆ† Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
1.2M 36.4K 59
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina ke...
389K 13.3K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...