Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Enam puluh tiga

1.2K 209 541
By smolbeanonaussieboi

Miss me? Haha, aku memang sengaja nak update lambat hshshhshs. Btw mungkin awal part ni cliche, cringe and boring, tapi layankan jelah ye.

"Abang Farish..." Hyunjun memanggil Yeosang, dia menghela nafas secara diam-diam kerana Yeosang kini duduk di atas dahan pokok rambutan. Lelaki itu betul-betul bertekad tidak mahu bertatap mata dengannya.

"Turunlah bang, kena gigit kerengga nanti sakit tahu." pujuk Hyunjun.

"Biarlah, abang lebih rela digigit semut daripada dilukai dengan kata-kata Dianaー AKH SAKIT!" baru saja Yeosang kata tak mahu turun, seekor kerengga menggigit lehernya hingga menyebabkan dia mengelibas dan jatuh ke tanah.

"Aduh, bodoh betul kembar aku tu." ujar Yunho yang sedang bersembunyi di balik semak bersama rakan-rakannya.

"Tulah, sejak broken makin hilang kewarasan akal dia." sokong Mingi.

Hyunjun mencangkung di hadapan Yeosang yang sedang memarahi kerengga.

Dia tersenyum.

"Hai, abang." sapa Hyunjun namun Yeosang lebih memilih untuk bercakap dengan kerengga itu.

"Abang Farish tak nak tahu kenapa Diana jauhkan diri daripada abang ke?" tanyanya. Yeosang yang tadi memarahi serangga kerana cuma mahu mengalihkan perhatian daripada Hyunjun langsung terdiam. Gadis itu menganggap Yeosang mengiyakan soalannya tadi.

Hyunjun mengeluarkan sebuah surat dari beg dan menyerahkan kepada Yeosang.

"Nah." surat itu ditatap seketika sebelum diambil.

"Apa ni?" tanya Yeosang. Hyunjun mengambil nafas dan menghembuskan dengan perlahan-lahan.

"Esok... Diana dah tak duduk Korea lagi."

"Hah?!" Itu bukan suara Yeosang namun suara Kamal Kai. Mereka yang menyorok tadi keluar dan menghampiri Hyunjun dan Yeosang.

"Kenapa pula tiba-tiba kau nak pindah ni?" tanya Yunho. Hyunjun terdiam dan memandang Yeosang yang sedang membaca surat itu.

"Diana kena pindah Amerika Syarikat sebab Diana kena buat rawatan kat sana." jawabnya perlahan.

"Kenapa? Kau sakit ke?" tanya Haknyeon pula.

"Barah otak tahap dua..." gumam Yeosang, dia pantas menatap Hyunjun.

"Sebab ni Diana minta putus?" tanya Yeosang. Hyunjun mengangguk kecil.

"Jadi selama ni kau dekat dengan Harith bukan sebab Harith dah santet kau ke?" tanya Kamal Kai.

"Tak, Diana dekat dengan abang Harith sebab nak buat abang Farish bencikan Diana. Abang Harith tak bersalah pun. Diana yang salah." Hyunjun mengambil nafas sebentar sebelum menyambung berbicara.

"Mak Diana kata rawatan tu boleh sembuhkan sakit Diana tapi Diana takut kalau rawatan tu tak berjaya. Jadi Diana fikir lebih baik kalau Diana minta putus dengan abang Farish, abang Farish boleh pengganti yang lebih baik daripada Diana. Kak Ad contohnya." ujar Hyunjun. Doyeon memutarkan mata, tolonglah di dalam hati Doyeon sudah ada akhi Jaehyun.

"Tapi boleh je jadi yang rawatan tu berjaya, kau kena fikir positif lah!" marah Haknyeon. Hidung dan matanya sudah berair, begitu juga dengan Changbin.

Dua-dua hati tisu jadi tidak hairan mengapa secepat itu mereka boleh menangis.

"Tulah! Kau fikir mak kau bayar rawatan mahal-mahal tu untuk suka suka je ke? Untuk kau sembuh tahu tak!" marah Changbin pula. Mingi menyerahkan tisu kepada mereka berdua. Takut jika hingus mereka meleleh ke dagu.

"Riz... Mirza... Lebih baik lap hingus korang sebelum terlambat. Ni khidmat nasihat khas daripada aku ni." nasihat Mingi sebagai rakan yang prihatin.

Yeosang mendekati Hyunjun.

"Diana, abang terima kalau Diana ada sakit barah. Tapi abang tak boleh terima yang Diana buat keputusan untuk putuskan hubungan kita sebab ni."

"Tapi kalau Diana pergiー"

"Kita tak tahu masa depan, Diana. Kalau betul Diana tak mampu teman abang seumur hidup, biarlah abang yang teman Diana sepanjang Diana masih bernafas."

Kamal Kai mengipas muka dan menahan air matanya, dia tidak mahu menangis seperti Haknyeon dan Changbin. Hyungseo, Yunho dan Mingi pun sudah mula berhingus.

"Aku tak boleh nangis, lelaki kuat tak menangis." bisik Kamal Kai pada dirinya sendiri.

"Nanti Diana jauh dengan abang." ujar Hyunjun perlahan.

"Kan boleh buat long distance relationship! Eie, tu pun tak boleh fikir ke?!" Doyeon memarahi Hyunjun namun selepas itu dia memeluk gadis itu dengan erat.

"Pastu kau janganlah fikir yang bukan-bukan, sekarang dunia dah maju. Mesti ada doktor boleh rawat sakit kau, Diana. Kau boleh sembuh." sambung Doyeon, berbisik di telinga Hyunjun.

Hyunjun terdiam, sedikit terkejut dengan kelakuan manis Doyeon namun dia tetap membalas pelukan itu dan tersenyum.

"Thanks, kak." bisiknya.

"HUWAA, LAIN KALI CAKAP LAH AWAL-AWAL KAT AKU FASAL NI HIKS TAKDELAH AKU TUDUH KAU MEMACAM HIKS HUWAAA!" jerit Hyungseo sambil menangis, dia ingin ikut acara peluk-memeluk itu tetapi Changbin dan Mingi lebih cepat menarik lengannya.

"Kau jangan hiks nak hiks buat taik, bang." marah Yunho membuat Hyungseo cemberut, baru saja dia mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Abang okey ke kalau kita buat ldr?" tanya Hyunjun. Yeosang menatap dua belah mata Hyunjun dan tersenyum.

"Abang okey je. Diana kena ingat walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat." katanya.

"Bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan a-a-aku..." sambung Haknyeon dengan menyanyi. Changbin membuka selipar dan memukul kepala lelaki itu dengan kuat. (Read: Aishiteru by Zivilia)

"MIRZA, KAU HANCURKAN MOOD SEDIH AKU TAHU TAK! EIEE BADAK SEKOR NI KAN EIE GERAMNYA AKU!"

...

"Cupcake, kenapa abang kita pelik semacam lepas balik petang tadi?" Chan membuat panggilan video bersama Jongho untuk menanyakan tentang perangai aneh abang sulungnya.

Jika ada yang penasaran, Chan sedang bersembunyi di dalam stor, tentu saja dia membuat panggilan video itu secara rahsia. Libasan penyapu lidi atuknya petang tadi masih berbekas dan terasa.

"Kita pun tak tahu, Sugar. Kita tengok abang Khai dengan abang Harraz pun pelik semacam masa diaorang balik." balas Jongho.

"Masa balik mata abang kita sembab."

"Masa balik mata abang kita sembab."

Chan dan Jongho cakap serentak. Dua orang kanak-kanak itu mula tersenyum. Ada aura jodoh yang sangat kuat antara mereka.

"Sugar, apa beza awak dengan bulan?" tanya Jongho.

"Tak tahu, apa dia?" tanya Chan semula dengan muka malu-malu.

"Bulan menyinari malam kita tapi Sugar menyinari hidup kita." ujar Jongho. Terima kasih Wan Ikmal Wooyoung dan Wan Syakir San kerana mewariskan perangai luar tabii ini. Chan tersengih-sengih lalu menutup muka kerana malu.

Tiba-tiba seseorang membuka pintu bilik air yang menjadi tempat persembunyian Jongho.

"Lah, kat sini rupanya. Tadi umi ada panggilー" Mingi terdiam seketika melihat wajah Chan di skrin tablet Jongho. Firasatnya mengatakan sesuatu negatif, adiknya masih tidak berubah.

"A-Abang Harraz..."

"UMI! TENGOK ANAK PUNGUT UMI NI DIA BERGAY LAGI! YA ALLAH, UMI! NI DAH KENA BERUBAT DENGAN PAK ARAB TERUS NI, MI! KAU BUDAK, END KAN VC TU CEPAT!" Chan dapat melihat bagaimana Mingi menarik telinga Jongho dan berteriak seperti pontianak jadian sebelum menutup panggilan video tersebut.

Chan mengeluh, masanya berdua-duaan dengan Jongho diganggu. Dia memutuskan untuk keluar dari stok tetapi belum genap lima langkah dibuat, dia merasakan ada sesuatu memandangnya dari arah belakang. Kanak-kanak itu turut dapat menghidu sesuatu yang tak terlalu asing.

Bau kemenyan dan ubat nyamuk dibakar.

"Oh no..." bisik Chan. Perlahan-lahan dia memusingkan badan dan melihat dua buah sosok yang berdiri tak jauh daripadanya. Datuknya memegang penyapu lidi dan sebuah ubat nyamuk, ada juga neneknya yang memegang penggaru belakang dan sebuah mangkuk kemenyan.

"Nenek... A-Atuk..." mereka berdua maju selangkah sementara Chan mengundur selangkah.

"Mahmod, malam ni kita kena bergabung kuasa. Cucu kita ni dah terpesong sangat dah ni." ujar Jeongin. Yongbok mengangguk.

"Malam ni kita akan buat setan dalam badan Ayyan pergi buat selama-lamanya. Cinta dan abang satu-satunya harapan yang tinggal untuk sembuhkan cucu kita." sahutnya. Wajah pucat Chan menjadi semakin pucat. Dia tidak sangka kegiatan rahsianya sudah dapat dihidu dengan mudah.

"Auzubillahiminashaitannirajeem..." lafaz Yongbok.

"Bismillahirrahmanirrahim..." sambung Jeongin. Mereka serentak mengangkat alat khas mereka dan berlari ke arah Chan.

Teriakan Chan bergema di dapur diselangi dengan bunyi libasan penyapu lidi dan penggaru belakang badan.

Seungmin sedang melipat baju-bajunya sementara Minho memerhati dari atas tilam. Kalau mata Minho boleh mengeluarkan laser, sudah lama Seungmin mati kerana direnung dari tadi.

"Kau nak pergi mana?" tanya Minho.

"Sibuk je nak tahu." jawab Seungmin. Minho menyipitkan mata melihat Seungmin memasukkan baju tersebut ke dalam bagasi.

"Mirah!" marah Seungmin apabila Minho merampas bagasi itu dan menyorokkan ke belakang badan.

"Jawab soalan aku, kak pergi mana?! Kalau tak aku bakar bagasi ni!" ugut Minho. Seungmin memutarkan mata, perangai degil isterinya sudah kembali.

"Adalah, kau pergi kemas baju-baju kau sana." jawapan itu berjaya membuat wajah bengis Minho bertukar kehairanan. Dia menatap Seungmin dengan mata yang terkebil-kebil.

"Kenapa aku kena kemas baju aku?"

"Sebab aku nak letak kau kat rumah panti asuhan nantiー akh!"

Minho mengepit leher Seungmin dari belakang menggunakan pelipat lengannya. Terkapai-kapai Seungmin cuba mengambil nafas.

"M-Mirah lepas!" arah Seungmin sambil menepuk-nepuk lengan Minho.

"Dasar lelaki! Kau kalau tak sakitkan hati aku tak boleh ke?!"

"T-T-Tak da-dapat n-nafas!"

Tok! Tok!

"Halim. Mirah. Korang okey tak tu?" tanya Jisung dari luar. Risau dia mendengar suara terseksa adiknya. Sudahlah di bawah anak bongsunya sedang menjalani ritual Yongbok dan Jeongin.

"R-Rosli, tolong aku!"

Klek

"Astaghfirullah! Adegan 18 tahun ke atas apakah ini?!" tanya Jisung terkejut kerana diperlihatkan dengan aksi lagak ngeri ini.

"R-Rosli, t-tolong!" jerit Seungmin. Segera Jisung menarik Minho agar melepaskan leher Seungmin.

Seungmin terbatuk-batuk dan mengambil nafas dengan terburu-buru.

"Mirah, kenapa pergi wrestling laki kau tu?" tanya Jisung.

"Salah dia sendiri! Ada ke patut dia nak hantar aku pergi panti asuhan!" marah Minho.

"Ya Allah, Halim. Kalau kau tak nak si Mirah ni, bagi jelah kat akuー ADUH, SAKIT MIRAH! AMPUN AKU TAUBAT!" Jisung menjerit kesakitan kerana Minho menarik rambutnya dengan kuat. Dia yakin dia boleh botak jika Minho tidak melepaskan rambutnya dalam masa terdekat.

"Apa ni bising-bising?" Hyunjin memasuki bilik adik iparnya, dari luar suara mereka bertiga boleh kedengaran.

"Kan dah malam ni, kenapa terjerit-jerit? Mirah, kenapa tarik rambut abang Li?" tanya Hyunjin lagi. Minho melepaskan rambut Jisung lalu keluar sambil menarik lengan Hyunjin.

"Aku tidur dengan kau hari ni, kak." ujar Minho. Hyunjin mengerutkan dahi.

"Eh?"

"Habis tu aku nak tidur mana?" tanya Jisung, sedikit berteriak. Minho berhenti dan menoleh ke arah Jisung dengan tajam.

"Kau tidurlah dengan biawak tu! Adik dengan abang dua-dua annoying! Perangai dua kali lima, lima kali babー"

"Sudah, Mirah. Jom tidur." Hyunjin menutup mulut Minho dan membawanya masuk ke dalam bilik. Jisung mamandang Seungmin.

"Kau bebetul nak hantar dia pergi panti asuhan ke?" tanya Jisung. Seungmin berdecit.

"Taklah, gila ke aku nak hantar dia pergi situ."

"Habis tu kau packing semua baju ni nak buat apa?"

"Esok aku dengan Mirah nak pindah dari sini." Jisung terbeliak kerana jawapan Seungmin sangat di luar jangkaan.

"Lah, tiba-tiba je nak pindah. Ke kau tipu ni?" tanya Jisung.

"Aku tak tipu, petang tadi aku dah jumpa dengan pemilik rumah tu. Dah siap bayar dah pun duit deposit." Jisung terdiam, membiarkan Seungmin melanjutkan kegiatan melihat bajunya dan Minho. Selepas beberapa minit barulah dia kembali bersuara.

"Terkejut aku yang rupanya kau ada duit, Lim. Aku ingatkan kau papa kedana."

Seungmin berhenti melipat.

"Li, belum pernah lagi masuk berita adik libas abang pakai tali pinggang sampai mati. Kau nak aku buat ke?"

Continue Reading

You'll Also Like

107K 9.7K 36
Bangtan Soyeondan ataupun lebih dikenali sebagai BTS telah berubah menjadi kucing kecuali Jeon Jungkook setelah meminum air yang dijual oleh seorang...
3K 363 16
Cerita ni mengandungi kisah Hyunsuk yg pada awalnya dia selalu dibuli oleh 5 org yeoja yg salah satu dari mereka yg dia sukai. Setelah itu Hyunsuk ju...
39.1K 2.9K 41
[ naega wolf ] 12 sahabat yang mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh bertukar rupa, akibat sumpahan ahli sihir ...
6K 844 10
❝ he is actually good but people always think badly -❞